Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Modul Medicine & Society ni pun merupakan modul baru yang mana korang cuma akan jumpa bila dah masuk Semester 2. dalam Semester 1 mana ada modul ni kan. see. banyak betul modul baru bila dah masuk Semester 2. baru Semester 2. belum lagi Tahun 2. memang hectic gila lah life as a medical student ni =.=
Kalau korang nak tau pasal jadual MS I Module ni, sila lah jenguk jadual Module 1, Module 2, Module 3 dan Module 4~
Warna biru mewakili MS I Module ni. sama jugak macam PPD Module dan CSL Module, MS I Module ni takde slot yang tersendiri. dia memang menyelit-nyelit dalam modul lain jugak.
Untuk modul ni akan ada:
* 16 CL
* 4 SLP
* 2 P/D/MES
* 4 S
Ok. macam biasa lah. CL tu korang sila lah dengar lecture dengan sebaik-baiknya. SLP pulak jangan lupa baca sebab info dalam SLP tetap masuk exam. tapi, untuk sesi SLP/Film tu, korang kena pergi DK1 untuk menonton 2 video dan jawab lah segala soalan yang ada dalam SLP2 dan SLP3. untuk pengetahuan korang, soalan dalam SLP ni tetap masuk exam jugak. so, baca jangan tak baca.
Untuk sesi P/D/MES tu, korang kena pergi lab masing-masing dan perlu buat discussion dengan lab members seterusnya buat preparation untuk seminar presentation dalam slot S tu.
Setiap lab akan diberikan tajuk presentation masing-masing. ada 2 presentation korang kena buat dalam MS I Module ni. first presentation tajuknya lain, second presentation pun tajuknya lain. 2 minggu selepas buat second presentation, kena sediakan report sekali. maksudnya, 2 presentation dan 1 report lah setiap lab perlu siapkan. jangan pandang seminar presentation ni sebelah mata ye. ada markah kot untuk presentation dan report! so, setiap lab members, tolonglah bekerjasama sebaik-baiknya untuk seminar preparation ni sebab markah yang diberikan sama je untuk semua lab members. janganlah biar sorang je yang buat kerja ye =)
***
Sekarang ni aku nak tunjukkan format penilaian modul ni pulak~
Korang nampak kan continuous assessment = 30%. so, ni lah dia apa yang terkandung dalam 30% tu~
Mini Test I = 6%
Mini Test II = 6%
Seminar Presentation I = 5%
Seminar Presentation II = 5%
Seminar Report = 5%
Attendance = 3%
Final exam pulak menyumbang sebanyak 70%. banyak kot 70% ni. jangan main-main. nak gagal modul ni tersangatlah senang kalau korang malas baca lecture notes. jadi, tips untuk lulus modul ni hanyalah dengan membaca segala lecture notes dan SLP yang ada =)
Haa apa kata aku terangkan lebih sikit pasal Mini Test. ada dua Mini Test dalam modul ni. Mini Test I akan dijalankan dalam Module 2 manakala Mini Test II pulak akan dijalankan dalam Module 4.
Mini Test I akan cover dari CL1 sampai CL6 dan SLP1 sampai SLP3. Mini Test II pulak akan cover dari CL7 sampai CL16 dan SLP4. setiap Mini Test cuma ada 20 soalan OBA yang dijalankan dalam masa sejam. sikit je kot soalan dia. kalau salah 1 soalan, dah kurang 5%. sebab tu lah senang nak gagal Mini Test ni. kalau dah salah 11 daripada 20 soalan, terus gagal. as simple as that. so, sila lah study betul-betul MS I Module ni. walaupun nampak lebih ringan daripada modul lain, nak gagal pun senang.
Oh ye, untuk final exam, dia akan cover semua CL dan SLP termasuk topik-topik dalam seminar jugak ;-)
***
Ni pulak buku-buku untuk modul ni~
Secara jujurnya, aku tak pernah ambik tau pun pasal buku-buku ni. haha =D
***
Ok lah. sampai sini je cerita untuk 'killer module' ni. hehe. kalau korang tak baca lecture notes dan SLP, memang potensi untuk gagal tu adalah sangat tinggi. tapi, kalau korang baca pun, bukan senang nak dapat A. siyes!
Masa Mini Test I aku dapat A- (75% - 79%). masa Mini Test II pulak aku dapat B+ (70% - 74%). tapi, result final exam, aku hanya mampu dapat B- (60% - 64%). huhu =(
Pape pun, aku masih lagi bersyukur sebab tetap lulus kan. Alhamdulillah =D
No comments:
Post a Comment