After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


05 August 2012

Module 2 - Infection & Immunity

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Segala penerangan mengenai Module 1 dah pun lengkap sebelum ni. so, kali ni jom kita tinjau jadual Module 2. sesi pembelajaran untuk modul ni agak panjang iaitu selama 5 minggu~











Warna merah mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 2 ni akan ada :

*  20 CL
*  5 SLP
*  2 PBL
*  11 P/D/MES

Bagi aku, Module 2 ni tersangatlah berat dan memeningkan kepala. microbiology dan parasitology tu bukan senang. ada berapa banyak microbs kat dunia ni. bawah microbiology je ada bacteria, virus, fungi. parasitology pulak ada protozoa, helminths, arthropods. pehhhhhh... memang PENING KEPALA nak HAFAL SEMUA nama dan ciri-ciri microbes yang pelik tu.

So, pesanan ikhlas aku untuk korang semua, study lah betul-betul modul ni. jangan study main-main dan jangan study last minute. notes untuk modul ni terlampau lah banyak. SLP tu jangan tak baca pulak. soalan exam banyak keluar dari SLP jugak. ramai kot orang gagal modul ni sebab tak baca SLP.



***

Skang ni, jom kita tengok format penilaian Module 2 ni~



Boleh dikatakan format penilaian Module 2 sama je macam modul-modul sebelum ni. tak banyak beza pun. continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 25% dan MEQ = 25%. so, overall.... 50%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 20%. soalan OSPE dia agak susah. so, paham-paham lah ye. sila baca dan hafal betul-betul.

***

Dan, ini dia buku untuk modul ni~



Kali ni, aku cuma beli buku Levinson je. tu pun tak baca. hehe =D

***

PBL 4 yang bertajuk 'The Shorter The Better' mengisahkan pasal Nosocomial Infection iaitu jangkitan kuman yang berlaku kat hospital. nak cerita lebih-lebih pun tak perlu kot. korang tengok jelah concept map ni~



***

Ok lah. aku rasa cukup sampai sini je aku cerita untuk Module 2. nak cerita lebih-lebih pasal PBL dan P/D/MES, aku cuma buat satu je concept map dan tak jumpa pun pape video yang berkaitan dengan modul ni. modul ni memang kena banyak menghafal dan hafal dan hafal je. hehehe.

Oh ye. untuk EOM Module 2 ni, first time aku mengalami saat kegagalan dalam Medic. aku cuma mampu dapat C- (47% - 49%). seriously, aku tak study pun modul ni. masa tu aku tengah busy uruskan program HC sampai kan aku tak larat nak study. so, ni lah dia resultnya. nasib masa final exam aku lulus. Alhamdulillah =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails