After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


15 July 2012

Module 1 - Human Genetics

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Cerita pasal Semester 1 semua dah habis. so kali ni, jom kita melangkah ke Semester 2 pulak =)

Untuk Semester 2 ni, ada 7 module bagi subjek Fakulti Perubatan UKM yang perlu kita cover~

Module 1 - Human Genetics
Module 2 - Infection & Immunity
Module 3 - Mechanism of Diseases
Module 4 - Musculoskeletal System
PPD Module - Professional & Personal Development 1B
CSL Module - Clinical Sciences 1B
MS Module - Medicine & Society 1

Dan jugak, ada 2 paper lain selain 7 module kat atas ni iaitu :

1.  Asas Keusahawanan dan Inovasi (CESMED)
2.  Workplace Communication (English)

* sebarang perubahan tertakluk kepada Fakulti Perubatan UKM


Masa ni subjek Workplace Communication belum masuk dalam list lagi

***

See. banyak gila kan subjek yang ada. tersangatlah berbeza daripada Semester 1. baru je masuk Semester 2, dah busy. Tahun 2 nanti macam mana lah agaknya =.=

***

Kebanyakan format pembelajaran dan exam untuk Semester 2 ni sama je macam Semester 1. kalau ada lainnya pun, lain sikit je. so, better korang tengok balik entri-entri aku pasal Semester 1 dulu ye =)

So, skang ni, jom kita tengok jadual Module 1 dulu. sesi pembelajaran module ni hanya dijalankan selama 3 minggu~







Warna purple mewakili lecture dalam Module 1, warna biru pulak mewakili MS Module, warna kuning ialah CSL Module dan warna hijau mewakili PPD Module. so, buat masa ni, sila fokus pada warna purple dulu ye.

Selain daripada 3 module lain menyelit dalam jadual Module 1 ni, macam Semester 1 jugak, English Class akan diadakan pada setiap minggu. bezanya, kali ni, English Class akan alternate antara hari Selasa dan Khamis. selain tu, ada subjek baru yang start dalam batch aku iaitu CESMED. kelas untuk CESMED ni diadakan pada setiap hari Rabu. dalam entri akan datang baru aku akan huraikan dengan lebih lanjut pasal module lain ok.

***

Untuk Module 1 ni, akan ada :

*  9 CL
*  2 PBL
*  1 MES
*  3 P/D/MES (Practical/Demonstration/Meet Expert Session)

Sama je konsep nya macam Semester 1. takde yang luar biasa pun. cuma, mungkin korang pelik kenapa ada P/D/MES. itu maksudnya, korang kena pergi lab. tapi, bukan setakat menonong je pergi lab. ada soalan MES berkenaan praktikal tu sekali dan korang kena lah siap sedia dengan jawapan awal-awal. oh ye, soalan-soalan berkenaan akan masuk dalam OSPE.

Bagi aku lah kan, Module 1 ni tak berat sangat sebab lecture dia sikit je. tapi, jangan main-main. even nampak ringan, killer subject jugak ni. ada jugak lah beberapa orang batch aku gagal module ni sahaja. sayang gila kot. rasanya, part paling pening ialah risk calculation. so, tolong beri perhatian betul-betul ye masa lecture tersebut.



***

Habis part jadual, jom kita beralih kepada format penilaian Module 1 ni~



Lebih kurang sama je macam format penilaian modul lain dalam Semester 1. EOM = 20% dan PBL = 10%. overall, continuous assessment akan menyumbang sebanyak 30%.

Dalam final exam pulak, paper teori akan menyumbang sebanyak 60% daripada peratus keseluruhan yang mana OBA + EMI = 50% dan MEQ = 50%. senang cite, ambik 30% daripada OBA + EMI dan lagi 30% daripada MEQ.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%.

***

Tiba part kesukaan korang jugak, part buku. hehe =D



Secara jujurnya, aku tak beli buku pun untuk modul ni. aku pinjam buku Emery's buddy je. tapi, pinjam pinjam pun, tetap tak baca jugak. haha =P

***

Ok lah. setakat ni dulu. next entri aku akan cite pasal PBL dan share video berkenaan modul ni pulak.

Stay tuned~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails