After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


20 January 2013

CSL Module IIA

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Well. mesti korang dah excited gila kan belajar CSL masa Semester 2 dulu. sekarang ni korang dapat jumpa CSL lagi. yeay~ *nada tak ikhlas*

***

Kali ni, masih lagi ada sesi 'History Taking' macam Semester 2 dulu. bezanya, kali ni kita akan tambah satu lagi sesi iaitu sesi 'Physical Examination'! masa ni lah korang boleh start gunakan stetoskop. aku tau korang dah excited gila nak guna stetoskop kan. pastu sangkut stetoskop tu kat leher ala-ala doktor pakar. eleh. aku tau lah =P


Haa macam ni lah =)

p/s : sila beli sendiri stetoskop yang berharga RM200++ tu ye... ahaks!

***

Orait. korang boleh jenguk jadual keempat-empat modul sebelum ni dan warna oren mewakili CSL Module. kali ni, CSL tetap akan dijalankan mengikut group PBL masing-masing =)

Untuk modul ni, akan ada:

* 4 CL
* 7 CSL

Basically, cara CSL ni dijalankan sama je macam semester lepas. CL tetap kena pergi lecture dan CSL tetap kena pergi kelas mengikut group PBL. kali ni, setiap kumpulan PBL akan dibahagikan kepada 3 group besar iaitu Group A, B, dan C. jadi, sama jugak... korang cuma perlu hadir sesi CSL bila tiba giliran group besar korang je. 

Bezanya, untuk semester ni... CSL akan dijalankan kat HUKM sepenuhnya. so, korang perlulah berulang-alik dari UKM Kampus Kuala Lumpur ke HUKM setiap dua minggu. memang best gila bila kena skip lunch dan selalu terkejar-kejar untuk menunaikan solat Zohor. haha =D

***

Memandangkan kita ada belajar Cardiovascular System dan Respiratory System dalam semester ni, CSL kali ni pun akan fokus kepada dua sistem tersebut iaitu Cardiovascular Examination dan Respiratory Examination.  maksudnya, korang cuma akan belajar history taking dan physical examination mengenai dua sistem tu je untuk semester ni. examination untuk sistem lain, korang akan belajar dalam semester seterusnya. sabar ye =)

Dalam CL, memang ada lecture mengenai Urinary System. tapi, lecture tu setakat untuk menambahkan ilmu je. takde pun CSL untuk Urinary System dalam semester ni. mengenai sesi 'CSL Procedure' pulak, korang akan diajar macam mana nak ambik darah daripada patung / dummy. eh, bukan hisap darah. tu dracula. haha! kita akan ambik darah guna jarum. tapi, benda ni setakat belajar je. tak masuk exam pun =)



***

Orait. kali ni aku nak bagi penerangan mengenai format penilaian modul ni pulak~



Apa yang korang boleh nampak, continuous assessment = 30% manakala OSCE = 70%. apa yang ada dalam continuous assessment adalah :

Log Book
Reflective Writing
OSCA

Lebih kurang sama je macam semester lepas, tetap ada markah untuk reflective writing. OSCA tu pulak, lebih kurang sama je macam sesi CSL korang kat HUKM dalam semester lepas. korang boleh nampak jadual Clinical Assessment dalam Module 4. haaa tulah slot untuk OSCA.

OSCA ni macam Mock OSCE lah. dah macam raptai sebelum final exam. hihi. ada dua stesen dalam OSCA iaitu stesen history taking dan stesen physical examination. so, korang perform jelah masa ni. anggap je final exam sebenar sebab OSCA menyumbang sebanyak 20% kot kalau tak silap aku =)

Untuk final exam pulak, macam yang korang nampak kat atas tu... OSCE menyumbang sebanyak 70%. memang banyak gila! sampai boleh jadi gila dibuatnya. haha. so, buat jelah betul-betul ye~

***

Berikut merupakan buku rujukan untuk modul ni~



Kalau rajin, boleh lah baca. tapi aku pemalas. sebab tu tak perform sangat CSL ni. huhu =(

***

Orait... next entri aku akan share video berkenaan modul ni. so, stay tuned~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails