After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


18 January 2013

Module 1 - Blood & Lymph

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Cerita pasal Tahun 1 semua dah habis. korang pun dah pass Tahun 1 dengan bergaya. so, sekarang jom kita masuk Tahun 2. yeay!

Mula-mula, mesti lah masuk Semester 1 dulu kan. takkan nak terus lompat pergi Semester 2. ahaks! tapi, aku akan gunakan term 'Semester 3' untuk Semester 1 Tahun 2 ni ok. takde lah korang konfius dengan Semester 1 Tahun 1 =)

***

Untuk Semester 3 ni, ada 7 module bagi subjek Fakulti Perubatan UKM yang perlu kita cover~

Module 1 - Blood & Lymph
Module 2 - Cardiovascular System
Module 3 - Respiratory System
Module 4 - Urinary System
PPD Module - Professional & Personal Development
CSL Module - Clinical Sciences IIA
MS Module - Medicine & Society II

Dan jugak, ada 1 paper lain selain 7 module kat atas ni iaitu :

1.  Hubungan Etnik


* sebarang perubahan tertakluk kepada Fakulti Perubatan UKM


***

Basically, Semester 3 ni tak banyak beza pun dengan Semester 2. subjek tambahan yang ada selain daripada 4 modul tu pun sama je kan =)

***

Kebanyakan format pembelajaran dan exam untuk Semester 3 ni pun sama je macam Tahun 1. mesti korang dah arif gila kan pasal ni. dah setahun kot belajar Medic kat UKM =)

So, skang ni, jom kita tengok jadual Module 1 dulu. sesi pembelajaran module ni dijalankan selama 4 minggu~












Warna purple mewakili lecture dalam Module 1, warna biru pulak mewakili MS Module, warna oren ialah CSL Module dan warna hijau mewakili PPD Module. so, buat masa ni, sila fokus pada warna purple dulu ye.

Selain daripada 3 module lain menyelit dalam jadual Module 1 ni, macam Semester 2 jugak, subjek Hubungan Etnik akan diadakan pada setiap hari Rabu untuk setiap minggu. dalam entri akan datang baru aku akan huraikan dengan lebih lanjut pasal module lain ok.

***

Untuk Module 1 ni, akan ada :

*  15 CL
*  2 SLP
*  3 PBL
*  5 P/D/MES (Practical/Demonstration/Meet Expert Session)

Sama je konsep nya macam Tahun 1. takde yang luar biasa pun. so, study jelah semua CL, SLP, PBL dan MES yang ada. kebanyakan soalan berkenaan P/D/MES akan masuk dalam OSPE.

Bagi aku lah kan, Module 1 ni yang paling ringan kot antara modul-modul lain dalam semester ni. kira macam warm-up lah ni. basically, modul ni hanyalah berkisar kepada blood, blood problem, diseases related to blood, lymphatic system and so on. so, study jelah ye. bukan suruh pergi berperang kat Gaza pun =)


***

Dah habis part jadual, jom kita tengok format penilaian Module 1 ni~


Lebih kurang sama je macam format penilaian modul lain dalam Tahun 1. EOM = 20% dan PBL = 10%. overall, continuous assessment akan menyumbang sebanyak 30%.

Dalam final exam pulak, paper teori akan menyumbang sebanyak 60% daripada peratus keseluruhan yang mana OBA + EMI = 50% dan MEQ = 50%. senang cite, ambik 30% daripada OBA + EMI dan lagi 30% daripada MEQ.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%.

***

Ni senarai buku rujukan untuk modul ni pulak~



***

Ok lah. cukup setakat ni dulu. next entri aku akan cerita pasal PBL dan kongsi video untuk modul ni pulak. stay tuned~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails