Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Rasanya, dah lama kita tak bertemu dalam blog ni kan. anda sihat? eceh, ayat dah macam pengacara TV pulak. ahaks!
Orait, kali ni aku berkobar-kobar nak update semula blog yang telah lama ditinggalkan ekoran kesibukan melampau yang dibuat-dibuat. hihi =D
Aku baru je habis exam Semester 1 dalam Tahun 2 ni. ada cuti semester selama seminggu JE. sempat lah aku update blog kan. korang pun mesti dah terlalu merindui tulisan aku yang ohsem ni kan. ihiks =P
Oh ye, result exam semester ni akan keluar dalam masa seminggu lagi. korang tolong doakan aku berjaya lulus semua modul ye. agak takut jugak sebab modul-modul dalam semester ni takde lah se'tough' semester lepas (bagi aku), tapi soalan exam dia tricky. huhu. hope for the best!
***
Eh, sebelum kita berborak lebih lanjut pasal CSL Module ni, aku cuma nak ingatkan para readers yang budiman. kat side bar belah kiri blog ni, aku dah nyatakan bahawa setiap isi kandungan blog ni bergantung pada keadaan semasa. well.... regulation always changes. tak mustahil apa yang aku post kat blog ni pada hari ini, dah tak valid lagi untuk hari esok.
Sebagai contoh, berkaitan isu biasiswa JPA. masa batch aku, medical students masih lagi ditawarkan biasiswa JPA secara automatik. tup tup, batch junior aku, kena mohon pulak biasiswa JPA tu. dah takde sistem budak medic dapat biasiswa JPA secara automatik dah.
Jadi, bila korang tanya aku pasal biasiswa JPA tu semua, of course lah aku akan jawab berdasarkan pengalaman aku yang dapat biasiswa JPA secara automatik ni. aku tak tau macam mana nak mohon JPA dalam kes korang. so, aku nak mintak maaf banyak-banyak. aku cuma boleh bagi pendapat berdasarkan apa yang aku tau je. selebihnya, pandai-pandai lah korang cari info sendiri ok. budak medic kan pandai =)
***
Baiklah. dah banyak sangat aku melalut. haa jom lah kita betul-betul bincang pasal CSL Module pulak =)
CSL ni adalah Clinical Science Learning. dah namanya 'clinical' kan, mesti lah korang akan didedahkan dengan ilmu-ilmu hitam berhadapan dengan pesakit sebelum masuk clinical years (Tahun 3, 4, 5) nanti. ini merupakan modul baru yang korang cuma akan start jumpa masa Semester 2 Tahun 1. dalam Semester 1 dulu mana ada modul ni. tapi, jangan tanya aku kenapa nama dia CSL Module 1B. bukan 1A. tu korang tanya lah dekan.
***
Warna kuning mewakili CSL Module ni. modul ni pun menyelit-nyelit kat dalam modul lain. lebih kurang sama je macam PPD Module. group untuk CSL ni sama je macam PBL group korang. takde beza pun. hadap lah muka sama selama satu semester. haha =D
Untuk modul ni, akan ada:
* 6 CL
* 7 CSL
Orait! dalam CSL Module 1B ni, korang cuma akan didedahkan dengan skill clerk patient. senang cite, amek history daripada patient ala-ala apa yang korang belajar dalam PBL tu. tanya patient sakit apa, dah berapa lama sakit dan bla bla bla. nak lagi sedap, kita namakan sesi ni sebagai 'History Taking'. toksah risau-risau. sesi ni tak memerlukan stetoskop mahupun bunsen burner. apa yang korang perlu hanyalah air liur. haha =D
CL tu macam biasa lah. kena pergi lecture dan dengar penerangan pasal CSL ni. lecturer akan mengajar cara-cara dan prosedur yang perlu dilakukan dalam setiap sesi history taking. ada sesi tayangan video jugak. tapi, bukan tayang cerita Adam dan Hawa ye. dia akan tayang video pasal history taking lah. haha.
Korang juga akan dibekalkan dengan log book sebagai panduan untuk menguasai skill history taking ni. sebenarnya, history taking pun ada flow dia yang tersendiri. tak boleh main bantai je nak tanya apa. so, masa ni lah korang perlu belajar segala flow tu ye =)
Dalam sesi CSL pulak, haa masa ni lah korang nak praktikkan ilmu yang korang dah dapat masa lecture tadi. setiap kumpulan PBL akan dibahagikan kepada 4 group besar iaitu Group A, B, C dan D. jadi, korang cuma perlu hadir sesi CSL bila tiba giliran group besar korang je. tak perlu hadir semua sesi CSL tu sebab kita akan rotate menggunakan bilik yang sama untuk sesi ni. CSL dijalankan kat Makmal Kemahiran Klinikal tingkat 4 mengikut group PBL masing-masing.
***
Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana CSL ni dijalankan. opps don't worry. I'm here bebeh. ahaks! =P
Kan ada 7 sesi CSL. so, dalam beberapa sesi, ada yang kena berlakon jadi doktor dan sorang lagi kena jadi patient. maksudnya, setiap orang kena ada pasangan masing-masing untuk berlakon. kalau korang yang jadi doktor masa tu, korang lah yang kena clerk dia. kawan korang yang jadi patient tu akan diberikan skrip untuk berlakon. eceh! dah macam Aaron Aziz. muehehehe =D
Pastu, doktor merangkap fasilitator group korang pun akan buat penilaian dan komen sikit-sikit mengenai skill orang yang jadi doktor tu. tengok ada pape-pape info yang korang tertinggal ke, terlupa nak tanya ke. next session, korang pulak lah yang jadi patient manakala kawan korang akan jadi doktor. oh ye, setiap kali habis sesi CSL, korang kena tulis short reflective writing dan hantar kepada fasilitator korang. ada markah ye =)
Tapi, ada beberapa sesi CSL dijalankan bersama SP (Standardised Patient). SP ni merupakan orang luar yang berlakon jadi patient. masa ni, takde dah nak main-main. buat betul-betul ye. SP tu bukan kawan korang yang boleh bergelak ketawa sama-sama =D
***
Selain tu, akan ada sekali je sesi CSL ni dijalankan kat HUKM. masa ni korang kena clerk mana-mana patient yang fasilitator korang bagi. lepas clerk dia, korang kena present case tu kat depan fasilitator. selain daripada Final Exam, sesi kat HUKM ni pun ada markah yang tersendiri. so, sila buat betul-betul ye =)
Then, kat dalam jadual, ada jugak sesi 'Aseptic Technique' kan. haa masa ni korang kena pergi lab dan akan didedahkan dengan cara-cara membasuh tangan dengan betul, pakai surgical gown, surgical gloves dan macam-macam lagi. aku pun dah lupa. haha. korang tengok lah sendiri kat dalam guide book nanti. 'Aseptic Technique' ni pun masuk Final Exam tau. so, jangan main-main.
***
Errr sudah-sudah lah dengan penerangan panjang lebar aku mengenai CSL ni kan. kali ni, jom kita tengok format penilaian modul ni~
Orait, korang nampak kan continuous assessment = 50%. tapi, aku dapat rasakan ada sedikit kesilapan dalam study guide ni sebab mengikut info yang aku dapat, continuous assessment = 40% manakala final exam = 60%. apa kata kita ikut info yang aku dapat. hihi.
Apa dia yang ada dalam continuous assessment tu? inilah dia~
Reflective writing = 10%
Case report (HUKM) = 10%
Presentation (HUKM) = 10%
Attendance = 10%
Untuk final exam pulak, soalan mengenai CSL akan dimasukkan dalam sesi OSPE/OSCE. jangan lupa, final exam menyumbang sebanyak 60%. banyak gila kan. so, sila lah buat betul-betul masa OSCE nanti. ada 2 je station untuk CSL ni iaitu station history taking dan station aseptic technique. apa yang boleh aku pesan hanyalah, buat betul-betul. haha =D
***
Kalau korang berminat nak baca pape buku untuk modul ni, silakan~
Tapi aku tak pernah baca pape buku pun. sebab tu lah result final exam pun setakat B+ (70% - 74%) je =.=
***
Overall, aku rasakan modul ni tersangatlah bagus untuk melatih kemahiran komunikasi kita. doktor kan kena pandai berkomunikasi dengan patient. kalau duk malu-malu, sampai bila pun tak tau patient tu sakit apa. so, pesanan aku, hindarilah sifat malu anda dan berbuat baiklah kepada patient anda. last but not least, selamat maju jaya =D
No comments:
Post a Comment