After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


10 August 2012

Module 4 - Musculoskeletal System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah habis tinjau jadual Module 3 kan? so, jom kita beralih ke Module 4 pulak. sesi pembelajaran modul ni berlangsung selama 5 minggu~












Warna coklat mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk modul ni, akan ada :

*  19 CL
*  3 SLP
*  4 PBL
*  8 P/D/MES

Dalam modul ni, barulah korang akan jumpa mayat yang telah diawet a.k.a cadaver. jumpa lah cadaver tu puas-puas. haha. korang akan masuk dissection hall (dewan diseksi) sebanyak 5 kali dalam sesi P/D/MES. kat dissection hall ni lah tempat korang jumpa cadaver tu. bagi yang lemah semangat tu, jangan risau. dalam modul ni, semua cadaver yang kita jumpa tu cantik-cantik belaka. bukannya mayat yang dah reput, berulat, kembung dan sebagainya. lagipun, korang cuma akan jumpa part tangan dan kaki cadaver tu je. dah kata musculoskeletal system kan. mesti lah nak tengok muscle yang ada kat tangan dan kaki. so, tak perlu nak meroyan sangat =P



Baki lagi 3 sesi P/D/MES, korang akan masuk makmal. lebih kurang sama je macam modul-modul sebelum ni. haaaa... Module 4 ni memerlukan skill hafalan yang superb dan mantap. so, bersedialah untuk makan kismis banyak-banyak supaya korang mampu menghafal segala nama muscle yang wujud kat tangan dan kaki manusia ye. hahaha =D

Dan, bukan setakat tu je. korang jugak perlu tau segala penyakit yang bersangkut paut dengan muscle kat tangan dan kaki manusia =)

***

Cukup-cukuplah aku menakutkan korang dengan fakta di atas. haha. skang ni, kita beralih pulak kepada format penilaian Module 4~



Untuk modul ni, macam biasa lagi... PBL = 10% dan EOM = 20%. overall, continuous assessment = 30%.

Dalam final exam, paper teori menyumbang sebanyak 50%. OBA + EMI = 25% dan MEQ = 25%.

OSPE pulak menyumbang sebanyak 20%. boleh dikatakan 80% soalan OSPE dalam modul ni mengenai muscle yang ada kat cadaver.

***

Ni pulak buku untuk modul ni~



Kebanyakan lecturer cadangkan medical student beli Atlas (buku yang ada semua gambar muscle dalam badan manusia). Atlas ni memang menyenangkan korang dalam dissection hall, lebih-lebih lagi nak kenal pasti segala muscle yang berselirat macam wayar tu. tapi, Atlas ni takde penerangan. buku tu cuma ada gambar je. semuanya gambar. so, aku tak beli pun. haha =D

Aku beli buku Clinically Oriented Anatomy tu je. gambar ada, penerangan pun ada. errrr... itu pun aku tak baca =P

***

Overall, aku rasakan yang modul ni takkan jadi susah bagi orang yang suka dan rajin menghafal. tapi, ia akan jadi agak susah bagi orang yang tak berapa suka menghafal macam aku. lebih teruk, ia akan jadi sangat susah bagi orang yang tak nak menghafal langsung, so, pilihan di tangan anda =)

EOM untuk Module 4 ni, aku cuma lulus cukup-cukup makan. ye.... dapat C je (50% - 54%). tu lah, baca sekerat-kerat. hafal pun nak tak nak. itulah jadinya. nasib baik lulus =P



1 comment:

Unknown said...

As salam mua lai kum akak
Biasenye Kodiak modul tu memang akak dapat sekaligus utk 1modul ataupun
Dapat by minggu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails