After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


17 January 2013

Workplace Communication III (English Class)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Memandangkan penerangan pasal semua Medical Module dah habis, aku nak teruskan dengan explanation about English Class pulak. ehem! basically, Workplace Communication III ni takde banyak beza pun dengan Academic Communication I dulu.

Macam biasa, prinsip dalam Medic ni, kita perlu LULUS SEMUA MODUL termasuklah subjek universiti jugak. bezanya, segala Medical Module akan menyumbang kepada CGPA, sedangkan subjek universiti ni cuma akan terpampang dalam slip result je. tak masuk CGPA pun. pape pun, tetap kena lulus jugak ok.

***

First of all, ini adalah format penilaian dalam subjek English ni~

i.  Social Interaction - 20%

ii.  Impromptu Talk - 20%

iii.  LC SGD - 25%  :  Performance - 20%
                               Learning Process - 5%

iv.  LC TV Show - 25%  :  Show & Tell - 15%
                                      Conferencing - 5%
                                      Peer evaluation - 5%

v.  Class Participation - 10%  :  Teacher - 5%
                                            Peer - 5%


***

Ok. kali ni, English Class akan ikut group PBL. satu kelas gabung dua PBL group. setiap minggu akan ada English Class ni, sama ada hari Selasa atau hari Khamis. dia akan alternate dengan CSL. kalau korang takde CSL, maksudnya korang akan ada English Class kat Pusat Kembangan Pendidikan (PKP). ye ye aku tau memang English Class ni tersangatlah bosan. tapi, nak buat macam mana. tetap kena datang jugak =.=

So, aku dah list kan segala format penilaian kat atas tu kan. basically, memang itu lah yang korang kena buat dalam English Class ni. untuk Social Interaction tu, korang kena buat a group of five kalau tak silap aku. then, ada lah task yang perlu selesaikan.

Untuk Impromptu Talk pulak, korang kena bercakap sorang-sorang kat depan selama 6 minit kot. entahlah, aku dah lupa. suka hati korang lah nak cakap berapa lama pun. haha! korang pilih jelah topik yang korang suka, pastu membebel lah puas-puas.



SGD tu, korang kena bentuk a group of five lagi. then, berlakon lah pulak. setiap group akan diberikan masa dalam 10 minit. topik lakonan korang tu ikut suka. asalkan ada moral value nya yang tersendiri.

Lastly, untuk TV Show, dalam a group of five lagi, korang perlu buat rancangan ala-ala TV Show. group aku dulu buat macam-macam segmen dalam rancangan yang berdurasi 20 minit. kitorang buat origami lah, iklan lah. so, korang buat jelah pape. ikut kreativiti.

Then, macam biasa, attendance dan penilaian kawan terhadap korang akan termasuk dalam markah participation. 

***

Eh, mana Final Exam?????? yezza!!!! kali ni, takde final exam English! betul! tak tipu punya. memang takde final exam =D

So, korang cuma perlu sibukkan diri dan bosankan diri dengan English Class yang ada setiap minggu tu je. tak perlu pening-pening fikirkan final exam. cukup-cukuplah final exam untuk Medical Module tu =.=

Finally, dah habis dah cerita pasal Workplace Communication III ni. pasni, aku akan update mengenai modul yang paling 'best' dalam Semester 2 ni iaitu Asas Keusahawanan dan Inovasi / CESMED. stay tuned!


MS I Module

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Modul Medicine & Society ni pun merupakan modul baru yang mana korang cuma akan jumpa bila dah masuk Semester 2. dalam Semester 1 mana ada modul ni kan. see. banyak betul modul baru bila dah masuk Semester 2. baru Semester 2. belum lagi Tahun 2. memang hectic gila lah life as a medical student ni =.=



Kalau korang nak tau pasal jadual MS I Module ni, sila lah jenguk jadual Module 1, Module 2, Module 3 dan Module 4~

Warna biru mewakili MS I Module ni. sama jugak macam PPD Module dan CSL Module, MS I Module ni takde slot yang tersendiri. dia memang menyelit-nyelit dalam modul lain jugak.

Untuk modul ni akan ada:

* 16 CL
* 4 SLP
* 2 P/D/MES
* 4 S

Ok. macam biasa lah. CL tu korang sila lah dengar lecture dengan sebaik-baiknya. SLP pulak jangan lupa baca sebab info dalam SLP tetap masuk exam. tapi, untuk sesi SLP/Film tu, korang kena pergi DK1 untuk menonton 2 video dan jawab lah segala soalan yang ada dalam SLP2 dan SLP3. untuk pengetahuan korang, soalan dalam SLP ni tetap masuk exam jugak. so, baca jangan tak baca.

Untuk sesi P/D/MES tu, korang kena pergi lab masing-masing dan perlu buat discussion dengan lab members seterusnya buat preparation untuk seminar presentation dalam slot S tu. 

Setiap lab akan diberikan tajuk presentation masing-masing. ada 2 presentation korang kena buat dalam MS I Module ni. first presentation tajuknya lain, second presentation pun tajuknya lain. 2 minggu selepas buat second presentation, kena sediakan report sekali. maksudnya, 2 presentation dan 1 report lah setiap lab perlu siapkan. jangan pandang seminar presentation ni sebelah mata ye. ada markah kot untuk presentation dan report! so, setiap lab members, tolonglah bekerjasama sebaik-baiknya untuk seminar preparation ni sebab markah yang diberikan sama je untuk semua lab members. janganlah biar sorang je yang buat kerja ye =)


***

Sekarang ni aku nak tunjukkan format penilaian modul ni pulak~



Korang nampak kan continuous assessment = 30%. so, ni lah dia apa yang terkandung dalam 30% tu~

Mini Test I = 6%
Mini Test II = 6%
Seminar Presentation I = 5%
Seminar Presentation II = 5%
Seminar Report = 5%
Attendance = 3%

Final exam pulak menyumbang sebanyak 70%. banyak kot 70% ni. jangan main-main. nak gagal modul ni tersangatlah senang kalau korang malas baca lecture notes. jadi, tips untuk lulus modul ni hanyalah dengan membaca segala lecture notes dan SLP yang ada =)

Haa apa kata aku terangkan lebih sikit pasal Mini Test. ada dua Mini Test dalam modul ni. Mini Test I akan dijalankan dalam Module 2 manakala Mini Test II pulak akan dijalankan dalam Module 4.

Mini Test I akan cover dari CL1 sampai CL6 dan SLP1 sampai SLP3. Mini Test II pulak akan cover dari CL7 sampai CL16 dan SLP4. setiap Mini Test cuma ada 20 soalan OBA yang dijalankan dalam masa sejam. sikit je kot soalan dia. kalau salah 1 soalan, dah kurang 5%. sebab tu lah senang nak gagal Mini Test ni. kalau dah salah 11 daripada 20 soalan, terus gagal. as simple as that. so, sila lah study betul-betul MS I Module ni. walaupun nampak lebih ringan daripada modul lain, nak gagal pun senang.

Oh ye, untuk final exam, dia akan cover semua CL dan SLP termasuk topik-topik dalam seminar jugak ;-)

***

Ni pulak buku-buku untuk modul ni~



Secara jujurnya, aku tak pernah ambik tau pun pasal buku-buku ni. haha =D

***

Ok lah. sampai sini je cerita untuk 'killer module' ni. hehe. kalau korang tak baca lecture notes dan SLP, memang potensi untuk gagal tu adalah sangat tinggi. tapi, kalau korang baca pun, bukan senang nak dapat A. siyes!

Masa Mini Test I aku dapat A- (75% - 79%). masa Mini Test II pulak aku dapat B+ (70% - 74%). tapi, result final exam, aku hanya mampu dapat B- (60% - 64%). huhu =(

Pape pun, aku masih lagi bersyukur sebab tetap lulus kan. Alhamdulillah =D



CSL Module 1B

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Rasanya, dah lama kita tak bertemu dalam blog ni kan. anda sihat? eceh, ayat dah macam pengacara TV pulak. ahaks!



Orait, kali ni aku berkobar-kobar nak update semula blog yang telah lama ditinggalkan ekoran kesibukan melampau yang dibuat-dibuat. hihi =D

Aku baru je habis exam Semester 1 dalam Tahun 2 ni. ada cuti semester selama seminggu JE. sempat lah aku update blog kan. korang pun mesti dah terlalu merindui tulisan aku yang ohsem ni kan. ihiks =P

Oh ye, result exam semester ni akan keluar dalam masa seminggu lagi. korang tolong doakan aku berjaya lulus semua modul ye. agak takut jugak sebab modul-modul dalam semester ni takde lah se'tough' semester lepas (bagi aku), tapi soalan exam dia tricky. huhu. hope for the best!

***

Eh, sebelum kita berborak lebih lanjut pasal CSL Module ni, aku cuma nak ingatkan para readers yang budiman. kat side bar belah kiri blog ni, aku dah nyatakan bahawa setiap isi kandungan blog ni bergantung pada keadaan semasa. well.... regulation always changes. tak mustahil apa yang aku post kat blog ni pada hari ini, dah tak valid lagi untuk hari esok.



Sebagai contoh, berkaitan isu biasiswa JPA. masa batch aku, medical students masih lagi ditawarkan biasiswa JPA secara automatik. tup tup, batch junior aku, kena mohon pulak biasiswa JPA tu. dah takde sistem budak medic dapat biasiswa JPA secara automatik dah.

Jadi, bila korang tanya aku pasal biasiswa JPA tu semua, of course lah aku akan jawab berdasarkan pengalaman aku yang dapat biasiswa JPA secara automatik ni. aku tak tau macam mana nak mohon JPA dalam kes korang. so, aku nak mintak maaf banyak-banyak. aku cuma boleh bagi pendapat berdasarkan apa yang aku tau je. selebihnya, pandai-pandai lah korang cari info sendiri ok. budak medic kan pandai =)

***

Baiklah. dah banyak sangat aku melalut. haa jom lah kita betul-betul bincang pasal CSL Module pulak =)

CSL ni adalah Clinical Science Learning. dah namanya 'clinical' kan, mesti lah korang akan didedahkan dengan ilmu-ilmu hitam berhadapan dengan pesakit sebelum masuk clinical years (Tahun 3, 4, 5) nanti. ini merupakan modul baru yang korang cuma akan start jumpa masa Semester 2 Tahun 1. dalam Semester 1 dulu mana ada modul ni. tapi, jangan tanya aku kenapa nama dia CSL Module 1B. bukan 1A. tu korang tanya lah dekan.

***

Cer korang jenguk jadual Module 1, Module 2, Module 3 dan Module 4 sekejap~

Warna kuning mewakili CSL Module ni. modul ni pun menyelit-nyelit kat dalam modul lain. lebih kurang sama je macam PPD Module. group untuk CSL ni sama je macam PBL group korang. takde beza pun. hadap lah muka sama selama satu semester. haha =D

Untuk modul ni, akan ada:

* 6 CL
* 7 CSL


Orait! dalam CSL Module 1B ni, korang cuma akan didedahkan dengan skill clerk patient. senang cite, amek history daripada patient ala-ala apa yang korang belajar dalam PBL tu. tanya patient sakit apa, dah berapa lama sakit dan bla bla bla. nak lagi sedap, kita namakan sesi ni sebagai 'History Taking'. toksah risau-risau. sesi ni tak memerlukan stetoskop mahupun bunsen burner. apa yang korang perlu hanyalah air liur. haha =D

CL tu macam biasa lah. kena pergi lecture dan dengar penerangan pasal CSL ni. lecturer akan mengajar cara-cara dan prosedur yang perlu dilakukan dalam setiap sesi history taking. ada sesi tayangan video jugak. tapi, bukan tayang cerita Adam dan Hawa ye. dia akan tayang video pasal history taking lah. haha.

Korang juga akan dibekalkan dengan log book sebagai panduan untuk menguasai skill history taking ni. sebenarnya, history taking pun ada flow dia yang tersendiri. tak boleh main bantai je nak tanya apa. so, masa ni lah korang perlu belajar segala flow tu ye =)

Dalam sesi CSL pulak, haa masa ni lah korang nak praktikkan ilmu yang korang dah dapat masa lecture tadi. setiap kumpulan PBL akan dibahagikan kepada 4 group besar iaitu Group A, B, C dan D. jadi, korang cuma perlu hadir sesi CSL bila tiba giliran group besar korang je. tak perlu hadir semua sesi CSL tu sebab kita akan rotate menggunakan bilik yang sama untuk sesi ni. CSL dijalankan kat Makmal Kemahiran Klinikal tingkat 4 mengikut group PBL masing-masing.

***

Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana CSL ni dijalankan. opps don't worry. I'm here bebeh. ahaks! =P

Kan ada 7 sesi CSL. so, dalam beberapa sesi, ada yang kena berlakon jadi doktor dan sorang lagi kena jadi patient. maksudnya, setiap orang kena ada pasangan masing-masing untuk berlakon. kalau korang yang jadi doktor masa tu, korang lah yang kena clerk dia. kawan korang yang jadi patient tu akan diberikan skrip untuk berlakon. eceh! dah macam Aaron Aziz. muehehehe =D



Pastu, doktor merangkap fasilitator group korang pun akan buat penilaian dan komen sikit-sikit mengenai skill orang yang jadi doktor tu. tengok ada pape-pape info yang korang tertinggal ke, terlupa nak tanya ke. next session, korang pulak lah yang jadi patient manakala kawan korang akan jadi doktor. oh ye, setiap kali habis sesi CSL, korang kena tulis short reflective writing dan hantar kepada fasilitator korang. ada markah ye =)

Tapi, ada beberapa sesi CSL dijalankan bersama SP (Standardised Patient). SP ni merupakan orang luar yang berlakon jadi patient. masa ni, takde dah nak main-main. buat betul-betul ye. SP tu bukan kawan korang yang boleh bergelak ketawa sama-sama =D

***

Selain tu, akan ada sekali je sesi CSL ni dijalankan kat HUKM. masa ni korang kena clerk mana-mana patient yang fasilitator korang bagi. lepas clerk dia, korang kena present case tu kat depan fasilitator. selain daripada Final Exam, sesi kat HUKM ni pun ada markah yang tersendiri. so, sila buat betul-betul ye =)

Then, kat dalam jadual, ada jugak sesi 'Aseptic Technique' kan. haa masa ni korang kena pergi lab dan akan didedahkan dengan cara-cara membasuh tangan dengan betul, pakai surgical gown, surgical gloves dan macam-macam lagi. aku pun dah lupa. haha. korang tengok lah sendiri kat dalam guide book nanti. 'Aseptic Technique' ni pun masuk Final Exam tau. so, jangan main-main.

***

Errr sudah-sudah lah dengan penerangan panjang lebar aku mengenai CSL ni kan. kali ni, jom kita tengok format penilaian modul ni~



Orait, korang nampak kan continuous assessment = 50%. tapi, aku dapat rasakan ada sedikit kesilapan dalam study guide ni sebab mengikut info yang aku dapat, continuous assessment = 40% manakala final exam = 60%. apa kata kita ikut info yang aku dapat. hihi.

Apa dia yang ada dalam continuous assessment tu? inilah dia~

Reflective writing = 10%
Case report (HUKM) = 10%
Presentation (HUKM) = 10%
Attendance = 10%

Untuk final exam pulak, soalan mengenai CSL akan dimasukkan dalam sesi OSPE/OSCE. jangan lupa, final exam menyumbang sebanyak 60%. banyak gila kan. so, sila lah buat betul-betul masa OSCE nanti. ada 2 je station untuk CSL ni iaitu station history taking dan station aseptic technique. apa yang boleh aku pesan hanyalah, buat betul-betul. haha =D

***

Kalau korang berminat nak baca pape buku untuk modul ni, silakan~



Tapi aku tak pernah baca pape buku pun. sebab tu lah result final exam pun setakat B+ (70% - 74%) je =.=

***

Overall, aku rasakan modul ni tersangatlah bagus untuk melatih kemahiran komunikasi kita. doktor kan kena pandai berkomunikasi dengan patient. kalau duk malu-malu, sampai bila pun tak tau patient tu sakit apa. so, pesanan aku, hindarilah sifat malu anda dan berbuat baiklah kepada patient anda. last but not least, selamat maju jaya =D



22 December 2012

PPD Module 1B

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Minta maaf sebab aku update blog ni ikut suka hati. haha. bila aku rasa aku free, aku akan update. dan ternyata apa yang aku update tu adalah benda lama. yelah, Semester 2 pun tak habis cerita lagi takkan nak terus lompat pergi Tahun 2. ye tak? so, kita slow-slow ok. habiskan cerita pasal Semester 2 dulu, baru cerita pasal Tahun 2.

***

Kali ni, aku nak bagi penerangan pasal PPD Module untuk Semester 2 pulak. secara keseluruhannya, PPD untuk semester ni tak banyak beza pun dengan PPD dalam Semester 1. so, korang jenguk lah jugak entri yang ni ok.

***

Berikut merupakan format penilaian PPD Module dalam Semester 2~


***

See... memang tak banyak beza pun. aku dah cakap dah. ada satu je perbezaan yang ketara antara PPD dalam Semester 1 dengan Semester 2. cer korang jenguk jadual Module 1 dan Module 2 ni. korang akan perasan, banyak gila perkataan VISIT yang ada kat jadual tu. haaaa.. dalam semester ni, korang kena buat lawatan amal ke rumah-rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur ni.

Masa ni lah korang nak praktikkan nilai-nilai kemanusiaan yang dah lama tertanam dalam jiwa korang tu *hak tuih =P*. korang akan diberikan tugasan untuk buat lawatan amal ni bila-bila masa je yang korang suka. takyah ikut slot dalam jadual pun takpe. pengangkutan untuk pergi ke rumah-rumah kebajikan tu, boleh apply kat UKM.




Selain daripada beramah mesra dengan penghuni rumah-rumah tersebut, korang juga dikehendaki siapkan laporan dan jugak buat presentation menggunakan Power Point selepas lawatan ni. satu group, satu je laporan. dan jugak satu presentation. toksah duk kalut sangat lah =P

Masa kitorang dulu, siap ada hadiah kot untuk segmen presentation dan report ni. dan group aku dapat nombor 3. ahaks! tak sangka boleh menang. wee~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...