After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


Showing posts with label Respiratory Module. Show all posts
Showing posts with label Respiratory Module. Show all posts

17 July 2013

Final Exam Semester 3

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri ni dan ni, aku dah pun terangkan mengenai Final Exam Semester 1 dan Semester 2. memandangkan korang dah pun masuk Tahun 2, mesti lah dah biasa berhadapan dengan final exam kan. basically, format setiap exam paper sama je. pape hal pun, jom kita tengok jadual exam ni dulu~



Tetiba subjek Hubungan Etnik ada kat tengah-tengah antara Medical Module. so, korang boleh lah study Hubungan Etnik awal-awal atau sejam sebelum exam, macam aku. kekeke =P

***

Kali ni, aku akan terangkan format final exam mengikut jenis exam tu sendiri. rasanya, tak perlu kot aku huraikan dengan panjang lebar mengenai exam bertulis keempat-empat modul tu. korang dah biasa sangat berhadapan dengan soalan OBA, EMI dan MEQ untuk empat modul ni masa EOM kan. basically, sama je konsep soalan dia =D

So, aku berminat nak terangkan mengenai MS II Module. macam yang korang sedia maklum, kita belajar epidemiology dan statistics dalam modul ni. so soalan MEQ pun ada dua je. satu mengenai epidemiology dan satu lagi mengenai statistics. tolong jangan lupa bawak kalkulator masa exam. kang tak pasal-pasal merana nak kira statistics. kekeke. oh ye, jangan lupa kita ada OBA dan EMI jugak yang mana soalan nya merangkumi kedua-dua bab ni =)



***

Sekarang ni, jom kita beralih kepada OSCE pulak. macam yang korang dah sedia maklum, OSCE ni untuk CSL Module IIA. ada dua soalan OSCE dalam modul ni yang menyumbang sebanyak 70%. banyak kot! tapi modul ni cuma cover Cardiovascular System dan Respiratory System. so, korang perlu lah tumpukan perhatian kat kedua-dua modul ni je untuk OSCE.

Soalan pertama adalah mengenai 'History Taking'. toksah kalut sangat kot sebab korang dah pun belajar 'history taking' ni dalam Semester 2 kan. basically, format exam nya sama je. cuma apa yang berbeza, korang dah takde stesen persediaan dah. datang-datang, terus baca soalan dan ambik history daripada SP selama 4 minit. habis je 4 minit, cepat-cepat bergerak ke stesen kedua.

Kat stesen kedua, tadaaaaa korang kena buat 'Physical Examination' selama 8 minit. benda yang baru bagi korang kan. hehe. jangan lupa bawak stetoskop! walaupun ini merupakan pertama kali korang berhadapan dengan 'physical examination', toksah takut sangat. tengok je video 'physical examination' yang aku dah post sebelum ni. memang tu jelah yang korang kena buat. eh tapi, kat akhir examination korang nanti, akan ada satu atau dua soalan yang bakal ditanya oleh examiner. haaa sebab tu lah korang kena tau apa significance setiap examination korang tu. so, selamat study! =P



Sebenarnya, sebelum korang OSCE, ada slot OSCA sebagai Mock OSCE kan. sama je macam Semester 2 dulu. so format OSCA pun sama je macam OSCE.

***

Orait. jom kita beralih kepada OSPE. dalam semester ni, OSPE menyumbang sebanyak 10% untuk keempat-empat modul. so, senang cite, semua modul ada OSPE. tapi, secara jujurnya, aku rasa OSPE untuk Semester 3 ni lebih senang daripada OSPE masa Semester 2. tak tau lah kenapa. hihi =P

Tak perlu kot aku nak terangkan panjang lebar mengenai OSPE untuk keempat-empat modul tu. format nya sama je macam sebelum ni. cuma, aku nak bagi penerangan sikit mengenai final exam PPD Module yang menyumbang sebanyak 40%. kebiasaanya, akan ada satu je soalan untuk PPD kan yang mana terdiri daripada dua stesen. satu stesen persediaan selama 4 minit, satu lagi stesen berborak dengan SP selama 4 minit. tapi, kali ni ada pertambahan dua lagi stesen menjadikan jumlahnya empat stesen. lepas korang berborak dengan SP, pergi ke stesen seterusnya dan jawab soalan mengenai masalah SP tadi selama 4 minit. then, pergi ke stesen terakhir, jawab pulak soalan mengenai apa yang korang dah belajar dalam SGD sebelum ni. haaaa tu je. tak susah mana pun. takde theory paper pun kali ni. hehe =D



***

Kesimpulannya, tu jelah yang aku dapat share mengenai Final Exam Semester 3. Alhamdulillah aku lulus kesemua modul dengan CGPA 3.00. takpe lah, setimpal lah dengan usaha aku. hehe. so, semoga berjaya kat korang semua. study betul-betul, usaha dan tawakal. inshaAllah berjaya =D



Dah habis pun cerita pasal Semester 3, lepas ni aku akan masuk cerita pasal Semester 4 pulak =)


18 January 2013

Module 3 - Respiratory System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku akan bagi penerangan mengenai Module 3 pulak setelah habis cerita tentang Module 2 =)

Pembelajaran untuk modul ni berlangsung selama 4 minggu~






Kemudian, cuti midsem selama seminggu






Warna coklat mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 3 ni akan ada :

*  15 CL
*  5 SLP
*  3 PBL
*  6 P
*  1 SGD

Sama je macam Cardiovascular Module, modul ni pun akan ada anatomy, histology, embryology, physiology, pathology, microbiology dan pharmacology. 

Tapi kali ni, ada satu je SGD mengenai physiology.

***

Pendapat aku mengenai modul ni... lebih kurang sama dengan CVS. soalan exam mengenai physiology agak tricky. tapi, modul ni lebih rumit sebab ada 3 lecture mengenai microbiology. pehhhhh... banyak gila kot microbes yang ada kena mengena dengan respiratory tract infection ni =.=


***

Orait... format penilaian modul ni pulak~



Sama jugak macam modul-modul lain, continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 30% dan MEQ = 30%. so, overall.... 60%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%. soalan OSPE dia pun akan merangkumi semua bidang daripada anatomy, histology, physiology, pathology dan microbiology. sama je macam CVS.

***

Ini pulak buku untuk modul ni~


***

Malangnya, aku tak jumpa pape video berkenaan modul ni. concept map pun aku tak buat langsung. hehe. so, setakat ni jelah info yang dapat aku kongsi =)

***

EOM untuk modul ni, Alhamdulillah aku dapat B (60% - 64%). mungkin sebab soalan EOM dia tak tricky sangat kot. tapi, soalan final Module 3 ni memang susah. bukan aku je rasa macam tu. kawan-kawan aku pun setuju final exam Module 3 yang paling susah. huhu. harap-harap aku lulus modul ni. amin~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...