After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


23 November 2011

Kolej Tun Syed Nasir Again

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri yang lepas, aku dah cite sikit pasal perjalanan bas ulang alik kolej-fakulti kan. skang ni, aku nak terangkan pulak, apa itu KTSN 1 - KTSN 5.

Korang tau kan KTSN tu singkatan untuk nama kolej kat UKM Kampus KL ni. aku cakap ada 1 je kolej kat UKM KL, tapi apsal nama sampai 5 pulak. jangan pening. jangan gusar. aku ada di sini untuk melenyapkan segala pertanyaan yang bermain di benak korang itu *hak tuihhh =P*.
***
KTSN 1 merujuk kepada kolej utama yang ada kat UKM KL ni. dia jugak lah yang paling besar dan paling ramai student duduki. lelaki perempuan, bumiputera bukan bumiputera, sume campur kat sini. KTSN 1 ada kat Jalan Temerloh, berdekatan dengan Pusat Darah Negara. 

Memang sume student baru, yakni student Tahun 1 untuk keempat-empat fakulti akan duduk kat KTSN 1. yuran KTSN 1 ni RM420 per semester tak silap aku. *tapi apsal naluri aku mengatakan aku telah membayar RM600++ untuk yuran KTSN 1?*

Pintu masuk KTSN 1

So, takyah pening takyah pusing, korang memang duduk kat KTSN 1 sampai habis Tahun 1. yang jugak bermaksud, sume student Medic UKM akan stay kat KTSN 1 sepanjang Semester 1 dan Semester 2. jelas?


Bilik kat Tingkat 4 Blok A KTSN 1. sume student baru akan tinggal kat Tingkat 4. senior pulak akan tinggal kat Tingkat 1, 2 dan 3. student baru stay bilik double, senior pulak bilik single.



Untunglaa kalau korang dapat bilik nombor 7. hari-hari boleh tengok KLCC =)

***
Perjalanan bas yang aku huraikan dalam entri sebelum ni pun merujuk kepada KTSN 1. sebenarnya, KTSN 1 antara yang jauh daripada fakulti kalau nak dibandingkan dengan KTSN-KTSN yang lain.

Cuma, kelebihan KTSN 1 ni, sume kemudahan lengkap lah kat situ. ada kafeteria (even ada 1 je pun), ada gimnasium, ada padang, ada mini mart, ada Dewan Serbaguna (DSG) dan macam-macam lagi. jumlah blok kat KTSN 1 pun banyak. lebih daripada 9 blok sumenya.

***
Habis tu, masa Tahun 2, nak duduk mana pulak kan? sebab aku cakap, sume student akan duduk sini sampai habis Tahun 1 je.

Yeah~ itulah gunanya KTSN-KTSN yang lain tu. KTSN 1 ni untuk student yang aktif giler je. join banyak giler aktiviti kolej untuk dapatkan merit. merit terkumpul sepanjang Tahun 1 akan dikira untuk menentukan korang ni layak ke tak stay KTSN 1 untuk Tahun 2.

Kalau korang jenis aktif, takpelah. konfem-konfem stay KTSN 1 sampai habis Tahun 2 (sebab Tahun 3 kena pindah UKM Cheras pulak). tapi, kalau korang tak berapa nak aktif, merit pun sikit je, sila lah mengintai-intai KTSN yang lain pulak.

***

Cer tengok semula peta yang ada dalam entri lepas. lokasi setiap KTSN lain-lain kan. KTSN 2 ada kat Jalan Raja Mahmood, KTSN 3 kat Jalan Raja Alang, KTSN 4 kat Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan KTSN 5 kat Jalan Raja Abdullah. tapi rasanya, KTSN 2 dan KTSN 3 dah tak wujud kot sebab takde pun student ditempatkan kat situ.

Senang cite, KTSN-KTSN yang lain ni takde pun kemudahan macam kat KTSN 1. dia cuma ada blok yang menempatkan hostel pelajar. itu sahaja. dan tak silap aku, KTSN 5 cuma menempatkan pelajar perempuan. dah ada 1 blok je, takkan nak campur pulak. bajet oversea kot. KTSN yang lain aku tak pasti.

Even takde kafeteria, takde mini mart, toksah risau jugak. kolej kat tengah bandar kot. senang je nak pergi cekau mana-mana warung dan kedai runcit kat KL ni =)

Nak pergi fakulti pun tak jauh sangat. yang duduk KTSN 5 tu boleh jalan kaki. dalam 5 minit, sampai lah fakulti. sihat pun sihat =D

Tapi, aku tak tau berapa yuran KTSN 2 - KTSN 5 ni. sebab setakat ni, aku masih stay kat KTSN 1. hehe.

* nak tau lebih lanjut pasal KTSN, sila klik sini

***
Selain daripada KTSN 1 - KTSN 5, ada lagi satu bangunan yang menempatkan student UKM KL iaitu Plaza Rah. yang ni bukan kolej, tapi apartmen yang mana bercampur dengan golongan bukan pelajar UKM KL jugak. bila cakap pasal apartmen, kena cakap pasal bayaran dia sekali.


Seriously, bayaran Plaza Rah memang mahal. cecah RM2,000 per semester tak silap aku. ni campur yuran kolej dan yuran pengajian lah. tapi, student Medic kan dapat biasiswa, apalah sangat RM2,000 tu. haha!

Nak masuk Plaza Rah, takyah kumpul merit pun. asal korang apply je, konfem dapat. part yang best nya, Plaza Rah ni kan konsep rumah. ada ruang tamu, dapur, 3 bilik tidur dan sangat luas. nak main kejar-kejar dalam rumah pun boleh. 6 orang boleh muat dalam satu rumah.

Lokasi Plaza Rah ni pulak bersebelahan dengan KTSN 5. dekat je nak pergi fakulti =)

***
Kelebihan menjadi student UKM KL adalah korang toksah risau pasal nak cari rumah sewa kat luar. even merit tak cukup sekalipun, still boleh stay kolej ataupun Plaza Rah. cuma jumlah merit yang akan menentukan korang layak stay kat KTSN yang mana.

See. enjoy je kan. nak keluar pergi Berjaya Times Square hari-hari pun boleh. hehehe. ok lah, sampai sini dulu. nanti aku update pasal tempat riadah paling best berdekatan KTSN 1 pulak.

Stay tuned~

***

Updated : Memandangkan mahasiswa perubatan UKM dah takde lagi kat UKM KL, secara automatiknya kolej pun dah berubah tempat. kalau dulu pre-clinical students (Tahun 1 & 2) stay kat KTSN, kali ni korang akan stay kat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di Cheras.

Kat Cheras, ada tiga kolej iaitu KTDI Pusat, KTDI2 dan kolej luar iaitu Laman Midah. KTDI Pusat untuk clinical students (Tahun 3, 4 & 5) manakala KTDI2 untuk pre-clinical students. Laman Midah bagi clinical students yang tak cukup merit untuk stay kat KTDI Pusat. *sila klik sini untuk KTDI Pusat*

KTDI2 terletak kat bekas tapak Institut Pengajian Guru (IPG). ada banyak blok yang mana kebanyakan bilik berkonsepkan double room (satu bilik dua orang). tandas terletak kat luar. antara kemudahan yang disediakan adalah kafe, surau dan wifi. 

Kalau nak pergi ke pre-clinical block, ada tiga cara iaitu jalan kaki, naik basikal/motor atau naik kereta. jalan kaki dalam 10 minit je boleh sampai. tapi kalau tak nak berpeluh, boleh bawak motor atau naik basikal. ada tempat parking kat situ. kalau nak naik kereta, kena datang awal sebab parking kat padang IPG cepat penuh.

Bagi mahasiswa perubatan Tahun 2 yang nak stay kat KTDI Pusat untuk Tahun 3 nanti, perlulah kumpul merit banyak-banyak. kalau tak dapat stay kat KTDI Pusat, stay kat KTDI2 je pun okay. tak jauh sangat pun nak pergi wad.


43 comments:

Anonymous said...

nak tnya. merit tu dikira sama mcm koku dlu-dlu eh? mksudnya. kna ada jwatan in any persatuan ? let's say takda jwatan dlm any persatuan. but join program je mcm mna? lpas tuhh dgar ada prog mega major n minor . kalau tak silap laaa, kt fb ada ckap. btw sori ayat tunggang terbalik n bnyak tnyaa. *dorang ckp KTSN 2-5 kos nya higher than KTSN


:)

kurakuraygslow said...

Sebenarnya tak tau lah merit tu dikira macam mana sebab JAKSA yang kira. Kalau takde jawatan pun masih boleh dapat merit dengan join je aktiviti yang ada kat KTSN. Tapi sape yang pegang jawatan dalam program tu lagi tinggi meritnya. Memang betul ada merit major dan minor bergantung kat program tu sendiri. Kalau program tu dalam KTSN je, biasanya merit minor. Kalau program inter-kolej, wakil KTSN lawan dengan kolej kat Bangi, merit major. Macam tu lah lebih kurang. Harap membantu =)

Anonymous said...

nak dpt merit tinggi sng je. join la pape program, tp jd la jwtn yg tinggi. or jd organisasi dlm kelab. or kalo nak merit yg sng duduk kolej, jd la JAKSA,PMUKM, atau organisasi kelab/persatuan kemudahan pelajar (bsmm, toh puan, k-shop, pustaka)

kurakuraygslow said...

Terima kasih atas informasi. Harap informasi daripada anon dapat membantu semua yang tertanya-tanya.

Dina said...

Perrgghh...org kaye..dpt jpa kn..untunglahh..rm2000 tu baya je.HAHAHA..

kurakuraygslow said...

Hek eleh. Dia pun dapat JPA jugak. Haha.

Anonymous said...

kalau budak post grad akan duduk KTSN mana selalunya?

kurakuraygslow said...

Kebanyakan post grad students duduk Plaza Rah. Yang duduk K1 pun ada jugak rasanya.

Anonymous said...

nak tanye sikit bole??agak2nye jpa keluar bulan brp ek?? cukup tak biasiswa jpa untuk medic dekat ukm?

Anonymous said...

kalau 1st year nk dduk plaza rah boleh tak ? n bilik single ?

Dany Reesha said...

Tumpang tanya eh,

1) Boleh x bawak kenderaan luar masuk (mcm motor/kereta) untuk pelajar tahun pertama ?

2) Pelajar tahun pertama dibenarkan tinggal kat luar (rumah sendiri etc etc ) ?

kurakuraygslow said...

Anonymous 11 July :

Skrg ni JPA hanya boleh dipohon menggunakan result asasi/matrik je kalau tak silap. Tak pasti sama ada boleh mohon lepas dapat tawaran atau bila dah daftar untuk degree.

Berkenaan biasiswa JPA untuk medic kat UKM, cukup je kalau pandai uruskan kewangan sendiri. Tak perlu minta duit parents pun.

Anonymous 12 July :

First year memang kena duduk KTSN 1. Tapi kalau nak duduk plaza rah, mungkin boleh mohon kat pejabat kolej.

Dany Reesha :

1. Pelajar tahun 1 tak boleh bawak kereta. Tapi motor boleh.

2. Pelajar tahun 1 mesti tinggal KTSN 1. Tapi mungkin boleh mohon kat pejabar kolej kalau nak duduk luar.

Anonymous said...

hari2 kena naik bas ke ? :(

kurakuraygslow said...

Malangnya, ya....memang hari2 kena naik bas.

Anonymous said...

duh zaman rebut2 bas tak brakhir lagi nmpknya . smua org class wktu yg sama ke ?

kurakuraygslow said...

Takde la sama. Tp ramai yg kelas pukul 8 pagi.

cik nur said...

salam cik doktor.. sy ni bkn la pljr medic. tp akn smbung blja dlm bidang sarjana. dpt 2 tempat, dua2 course sains kshtn. satu d uitm puncak alam, satu lg d ukm kl.. dlm dilema, xtau nk plih yg mne.any advice? tq =)

Anonymous said...

first year dah mmg susah ke syllabus ? bila baca pasal stiap saat kne bce notes kalau tak ibarat tolak satu mrkah tu trus hilang confident hmm

kurakuraygslow said...

Cik Nur : Wassalam. Kalau nak bg pendapat dari segi course sarjana tu sendiri, mmg tak dapat. Hehe. Tp kalau dari segi penginapan, UKM KL lebih senang. Ramai student sarjana tinggal Plaza Rah. Dekat je dengan fac. Kat UiTM Puncak Alam, tempat tinggal luar jauh dari fac.

Anonymous : Tak lah. Ayat tu hiperbola je. Takde lah susah mana kalau study betul2. Tapi lebih susah lah kalau nak dibandingkan dengan course lain.

Dany Reesha said...

Thanks sebab jawab soalan haritu :)
Nak tanya lagi boleh x ? hehe.
Jadual student medic memang pack eh ? macam 8am-5pm, Isnin-Jumaat. Sebab time asasi dulu pack jugak.

kurakuraygslow said...

No prob :)

Sebenarnya life student medic ni takdelah hectic sangat macam yg digembar-gemburkan. Busy ke tak ikut semester. Kalau semester tu banyak subjek yg susah-susah, jadi busy sikit. Tapi memandangkan kita kena jugak terlibat dalam mana-mana program fakulti/kolej, bukannya kena study je, so life tu jadi lebih busy daripada zaman asasi.

Kalau nak tau mengenai jadual, boleh klik label ikut semester kat sidebar belah kiri blog ni. semuanya ada kat situ :)

Anonymous said...

dkat ktsn ada lif tak?

kurakuraygslow said...

Takde. 4 tingkat je.

Anonymous said...

klau sem 2 duduk bilik yg sama gak ke

kurakuraygslow said...

Yup. Duduk bilik yang sama untuk setahun.

sambalgoreng said...

Tumpang tanya mcm mane nk mohon kat plaza rah ni.. (bdk bru nk daftar masuk sarjana)..

kurakuraygslow said...

sambalgoreng : Minta maaf. Tak tau macam mana cara sarjana mohon masuk plaza rah.

Anonymous said...

Salam tumpg tnye antara 5 kolej tun syed nasir tu, mana paling dkt dgn hkl?

kurakuraygslow said...

Wassalam. KTSN 5 atau Plaza Rah paling dekat dengan HKL.

Anonymous said...

Just nk tnye, ade x rumah sewa dkt dgn hkl? Below 1000 sebulan.. Dah tnye pihak kolej tun syed nasir, klu ikut kepala 1 hari rm 10, klu sebuln dlm rm 300.. Rase x mampu..klu rumah sewa sebuln 1000 share dgn kwan2 lain just 100 smting je sebuln..thanks..

kurakuraygslow said...

Dulu housemate pernah menyewa kat Jalan Raja Alang. Dia jalan kaki je pergi HKL. Takde la dekat sangat. Tapi masih boleh jalan kaki.

Anonymous said...

Owh... Thanks kurakuraygslow... :)

Anonymous said...

Salam, ni akak ke abang? btw, saya nk tnya.. ada tak wifi kt ktsn/ apartment. and kalau nak kluar jugak dr ktsn 1 walaupon merit tinggi boleh x? terima kasih 😄

kurakuraygslow said...

Wassalam. Cik Kura-Kura ni perempuan. Kat KTSN1 je ada wifi, kat KTSN lain dan Plaza rah takde. Kalau nak keluar dari KTSN1 walaupun merit tinggi memang boleh je.

fieqa said...

salam, saya nk tnye ckit sbb saya still survey2 lg utk postgrad study, plaza rah tu dekat ke dgn fak farmasi? or which ktsn yg dekat dgn fak tu. tq :)

kurakuraygslow said...

Fieqa: Plaza Rah dan KTSN 5 dua-dua dekat dengan fakulti. Dalam 5-10 minit jalan kaki je :)

Atiey Rahim said...

tumpang Tanya, selalunya untuk student internship kat PPUKM , akan stay kolej mana ye? dan kolej terdekat dengan hospital , kolej apa ? terima kasih blogger.

kurakuraygslow said...

Kat PPUKM ada dua kolej je. KTDI 1 dan KTDI 2. Tak pasti mengenai internship student dapat kolej ke tak. KTDI 1 lebih dekat dgn hospital berbanding KTDI 2.

Anonymous said...

Salam kak... tumpang tanya, ktsn utk thn pertama still guna double dec ke??

kurakuraygslow said...

Wassalam. KTSN takde double decker. Bilik double ada lah.

Anonymous said...

Sekarang xde dah ktsn5,etc...tinggal ktsn 1 yang dekat dgn tasik titiwaangsa tu dgn plaza rah ja..
Bayaran pun dah naik. Bilik single almost RM900 , bilik double almost RM700, plaza rah,xpasti..
Student medic tak duduk kat UKM KL dah...dorg pindah cheras semuanya...
Sini tinggal student dental, farmasi,optometri,biomedical,environmental health,nutrition,dietetic,occupational therapy.

Esya said...

Hai! Nak tanya kalau Tahun 2 duduk luar macam rumah sewa luar or duduk rumah sendiri boleh ke?

Esya said...

Hai! Nak tanya kalau tahun 2 boleh ke stay dekat rumah sewa luar or rumah sendiri?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails