Hai korang, budak pandai!
Seminggu aktiviti dalam BMP aku dah cite kan kat entri ni. so, jom kita sambung cite untuk minggu-minggu seterusnya pulak.
***
Dalam minggu pertama, memang penuh giler aktiviti tiap-tiap hari dari pagi sampai ke malam. tidur lewat tapi kena bangun awal dalam masa seminggu tu tersangat lah normal. aku dulu, orientasi start hari Rabu, dan habis pada hari Sabtu. lebih kurang 4 hari lah kan. untuk tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, tempoh masa orientasi sume tertakluk kepada perubahan semasa.
Memandangkan orientasi habis hari Sabtu, hari Ahad kitorang free. tu lah masa nya untuk kemas bilik dan relaks puas-puas. sebab, pada minggu kedua, student Medic UKM sume kena pergi kem. kem apa? ok yang tu aku akan cite kat entri seterusnya. kali ni, aku nak fokus kat BMP je. orait?
***
Minggu kedua, ada pulak Minggu Sukan Kolej (MISKOL). waktu ni student course lain sume dah start pergi kelas, tengah semangat giler nak belajar. cuma student Medic je yang takde kat K1 sebab kitorang diwajibkan pergi ke kem.
Untuk MISKOL, tiap student akan dapat rumah sukan masing-masing. biasanya, Jawatankuasa Kebajikan Siswa-Siswi KTSN (JAKSA) akan tampal notis yang ada list nama student siap dengan rumah sukan kat tangga-tangga blok dan jugak sume papan kenyataan yang ada kat sekitar K1. pandai-pandai lah korang carik nama sendiri.
MISKOL ni berlangsung dari hari Rabu sampai Sabtu, tapi student Medic pergi kem dari hari Selasa sampai Khamis. that's mean, student Medic terkecuali lah sikit daripada mana-mana aktiviti sukan yang dijalankan dalam tempoh 2 hari tu. balik dari kem, maksudnya.. hari Jumaat, boleh lah mana-mana student Medic yang semangat giler nak masuk sukan, join MISKOL mewakili rumah sukan masing-masing. merit pun dapat. untung-untung dapat stay K1 lagi masa Tahun 2.
Mesti korang tertanya-tanya, macam mana pulak boleh ada MISKOL di kala kelas dah pun start. student UKM ni sume tak pergi kelas ke?
Sebenarnya, student UKM ni sume tersangatlah cemerlang. masa ada kelas pun dorang boleh buat aktiviti lagi. sebab aktiviti ni sume akan bermula dari petang sampai ke malam. court kan banyak kat sekitar K1. DSG pun ada. so, sume aktiviti dijalankan kat situ lah. habis je kelas, naik bas dari fakulti mai K1, salin baju sukan jap, haa hang pergilah bersukan kat padang tu. untung-untung menang, boleh dapat medal.
Hari penutupan MISKOL, rumah sukan terbaik akan diumumkan berdasarkan pencapaian atlet secara keseluruhan. waktu ni, sume orang kena turun DSG. sape yang turun dapat merit, sape tak turun akan dimerit (merit akan dipotong sampai jadi negatif). haa ambik kau =.=
* nak tengok gambar-gambar MISKOL? klik sini =)
***
MISKOL kan sampai hari Sabtu je. dah tu, apa jadi dengan Ahad? Ahad tak terkecuali. tetap ada aktiviti jugak ye adik-adik oi =.=
Untuk batch aku, Ahad minggu kedua BMP tu ada Hari Alam Sekitar. kitorang sume kena turun DSG bagi memeriahkan acara. tetap ada aktiviti dalam kumpulan, buat cheeers, cipta poster bertemakan alam sekitar, dengar ceramah dan sebagainya. untuk tahun-tahun akan datang, entah apa lah pulak aktiviti untuk korang agak nya.
***
Masuk minggu ketiga, aktiviti BMP dah mula berkurangan. student Medic pun dah start kelas. penat kot, bila siang kena pergi kelas, malam pulak ada perjumpaan sempena BMP. dan dalam waktu yang sama, PBL kena siapkan. tak lama lagi nak discuss. nota pun berlambak. sebulan lagi ada exam. haish. pengorbanan pengorbanan =.=
Hari Sabtu minggu ketiga, ada Kejohanan Sukan Antara Tahun 1 kat UKM Bangi. sape-sape yang ada ciri-ciri atlet tu, cepat-cepat daftar nama untuk join mana-mana acara sukan mewakili KTSN. merit lebih tinggi sebab acara ni melibatkan seluruh UKM. bukan KTSN semata-mata.
Tapi, hang join sukan ka, tak join ka, hang tetap kena pergi UKM Bangi hari Sabtu tu. nak buat apa? hang kena jadi cheerleaders tak berbayaq. tolong sorak untuk suma atlet KTSN. kalau hang nak tau, KTSN lah yang bawak paling ramai cheerleaders. 12 bas ok! kolej lain ada? takdaaaaaaakkkk =P
*sebenarnya, memang student KTSN yang paling ramai kalau nak dibandingkan dengan kolej-kolej lain. ngehehehe*
Dan, hasilnya... KTSN berjaya muncul sebagai Johan Bola Tampar (Perempuan) dan Naib Johan Sepak Takraw (Lelaki). ada 1 lagi acara KTSN berjaya dapat tempat, tapi aku terlupa pulak acara apa. hehe =D
Oh ya, hari Ahad kitorang free. boleh pergi jalan-jalan =)
***
Dah habis cite minggu ketiga. kita beralih pulak ke minggu terakhir. yipppppeeeee!!!
Untuk minggu keempat, korang sekali lagi akan travel ke Bangi dengan menaiki bas UKM. yes. kena naik bas lagi. di kala sume student Bangi tengah berehat, student KTSN dah bersiap. sebab nak makan lagi, nak beratur naik bas lagi. nak travel ke Bangi pun ambik masa lebih kurang 40 minit (bergantung kepada keadaan jalan). so, nak tak nak, korang memang kena bersiap awal.
Kali ni, kitorang pergi Bangi lewat sikit. sebab aktiviti dia diadakan pada waktu malam iaitu Malam Seni Berputik. errkkk... sound sedikit gedik di situ. hehe.
Masa ni, sape-sape yang ada bakat seni, boleh mewakili KTSN untuk buat persembahan kat DECTAR. seramai 3,000 orang student Tahun 1 UKM akan jadi penonton korang. yang mana ada darah gemuruh terlebih tu, boleh mintak toyol awal-awal. hahaha. ok, tak lawak.
KTSN hantar wakil untuk sketsa dan boria. seperti biasa, bukan sume student Tahun 1 akan jadi peserta. hanya yang berbakat dan terpilih sahaja layak mewakili kolej masing-masing. dapat merit kot. untunglaaaaa....
Tapi, hang wakil ka, tak wakil ka, hang tetap kena pergi DECTAR jugak. nak jadi penyokong katakan. mula-mula semangat je aku tengok persembahan-persembahan dari kolej-kolej lain malam tu. lama-lama aku jadi boring dan mengantuk. tambah-tambah lagi bila mengenangkan PBL aku yang belum siap. haish.
Finally, persembahan pun habis. tempat pertama, kedua, ketiga, keseratus sume dah tau. ingat dah boleh balik dah. rupanya majlis tak habis lagi. tang tadi majlis rasmi dah 'the end'. tang ni ada majlis tak rasmi pulak.
Apa majlis tu? yeaaaaahhh! Perang DECTAR lagi sekali.
Korang boleh nampak student KTSN kat 3 tempat. belakang sekali belah kanan, tengah belah kanan dan tengah belah kiri. sume nya berbaju merah sebab waktu ni pakai kod 3. semangat tak kitorang? =)
Memang best giler lah masa ni. habis tercabut anak tekak aku dok bersorak tak henti-henti. yang pakai baju kaler oren tu Kolej Keris Mas (KKM). menurut senior, KKM kawan baik KTSN. sebab untuk tahun-tahun sebelum ni, KTSN kan menumpang kat KKM masa BMP kat Bangi =D
Bila Petang DECTAR dah habis, kitorang pun balik KTSN pada pukul 1 pagi. habisnya Malam Seni Berputik menandakan habislah BMP. bermaksud, kitorang dah merdekaaa!!!!!
***
Even BMP ni memenatkan, bagi aku, pengalaman yang didapati daripada BMP ni tetap berharga. tak boleh dibeli dengan wang ringgit. masa ni lah kita nak kenal UKM, belajar menyanyi lagu UKM, kenal kolej masing-masing, belajar pupuk semangat kolej.
Lepas korang dah masuk Tahun 2, 3, 4 atau 5 nanti, korang dah tak hirau punya dengan lagu UKM lagi. KTSN pun korang tak nak pandang. sebab waktu tu, dok study je memanjang.
Masa BMP ni jelah merupakan waktu yang paling sesuai untuk korang ada 'semangat UKM'. tak rugi pun. sekali seumur hidup. try to get some experience. ok =)
So, habislah cite pasal BMP. lepas ni, boleh lah aku cite pasal kem pulak.
Adios~
1 comment:
Akak, thank you for your blog. Really help me to prepare mentally for ukm orientation. Boleh imagine sikit2, cmne akan berlaku. Thank you!! :D -bakal student ukm-
Post a Comment