Hai korang, budak pandai!
Memandangkan PPD Module pun masuk dalam Final Exam, so kali ni, aku nak bagi penerangan pasal PPD Module pulak. cara penilaian PPD Module ni lain sikit daripada 4 module yang lain.
Kalau korang rujuk balik jadual ni, PPD pun ada lecture kan. dan bila dah masuk Module 2 nanti, ada Small Group Discussion (SGD) pulak untuk PPD. Masuk pulak Module 3, ada SDL. SGD dan SDL ikut group PBL ok. harap maklum.
***
Persembahan korang masa SGD tu lah yang akan dinilai sebagai Continuous Assessment. ada fasilitator jugak lah masa SGD. sama aje macam PBL. SGD menyumbang kepada 40%. banyak tu. jangan main-main. (in fact, most of student akan main-main masa SGD sebab waktu ni jelah nak santai-santai. termasuk aku. hehehe)
***
SDL pulak, korang kena buat creative presentation untuk dipersembahkan kat dalam DK1. masa tahun aku, dua group PBL bergabung untuk buat satu persembahan. bermakna, ada 10 persembahan lah sebab keseluruhannya kan ada 20 group PBL. markah daripada persembahan tu akan dikumpulkan dan mungkin dibawa ke Final Exam.
***
Kalau korang tengok jadual Module 4, korang akan perasan ada sesi Reflective Writing. sebenarnya, Reflective Writing ni merupakan assignment wajib untuk sume student Medic UKM. sampai korang final year nanti pun, akan ada assignment ni. format assignment ni akan diberikan kepada korang nanti. dan, cara nak hantar pulak, kena upload kat laman web PPD.
***
Untuk Final Exam pulak, baki lagi 50% datangnya daripada ilmu yang korang dapat masa lecture. takdelah heavy mana pun ilmu tu. takyah hafal nama tulang-tulang atau sel-sel yang ada dalam badan pun. cuma berdasarkan penyelesaian masalah. contohnya, kalau patient bersedih, apa korang kena buat. kalau korang ada masalah dengan team, apa korang nak buat. lebih kurang camtu lah.
Macam biasa, ada OBA + EMI + MEQ, sama je macam Module 1. bezanya, kali ni, OSCE / OSPE dia bukan berdasarkan apa yang korang buat kat lab. tapi, berdasarkan cara korang berkomunikasi dengan pesakit. komunikasi yang berkesan itu penting.
So, jelas sume? kalau ada pape yang tak jelas, sila-sila lah bertanya ok. malu bertanya sesat jalan =)
Adios~
No comments:
Post a Comment