23 November 2011

Kolej Tun Syed Nasir

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kalau dalam entri sebelum ni, aku dah cite pasal fakulti, kali ni aku nak cite pasal kolej pulak. kadang-kadang ada student bahasakan kolej tu hostel. tak kisah lah. janji maksud dia sama.

Kalau kat UKM Kampus Bangi, ada lebih daripada 10 buah kolej yang terdapat kat sekitar kawasan kampus. tapi, kat UKM Kampus KL ni, ada 1 je kolej. senang sikit korang nak ingat nama kolej ni, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). nasib tak kena ingat sume nama kolej yang ada kat Bangi tu =.=


***
Kat Bangi, memang kolej dengan fakulti kat dalam kawasan yang sama. even dalam satu kawasan sekalipun, jauh kot nak travel dari kolej ke fakulti. sebab sesungguhnya UKM Bangi tu tersangatlah besar. kebarangkalian untuk korang sesat pun tinggi.

Kampus Kuala Lumpur ni pulak kecik je. kalau sesat jugak, memang melampau. tapi, kolej dengan fakulti kat tempat yang berlainan. fakulti kat Jalan Raja Muda Abdul Aziz, kolej pulak kat Jalan Temerloh. jarak antara kolej dengan fakulti jauh lah jugak. adalah dalam 20-30 minit jalan kaki. tu pun kalau jalan laju macam acara lumba jalan kaki. semput kot kalau hari-hari jalan kaki sejauh tu =.=

Tak dapat bayangkan jaraknya? cer kita tengok peta ni kejap.


Skang ni cuba korang fokus kat KTSN 1 dan UKM KL. tengok jaraknya. jauh kan. sepanjang 2 bulan lebih aku ulak alik kolej-fakulti-kolej-fakulti ni, baru sekali aku mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki. yang selebihnya? aku naik bas jelah. haha!

***
Sebenarnya, ada je perkhidmatan bas kat sini. korang toksah lah nak panik-panik kena jalan kaki tiap hari. dah bayar RM200 untuk yuran bas, takkan tak guna kot. kan kan?

Tapi, sistem bas ni berjadual. bas cuma akan ada setengah jam sekali. so, pandai-pandai lah korang nak aturkan masa sendiri. kalau aku, kelas start pukul 8 pagi, pukul 7 pagi aku dah turun tunggu bas.

Sebab boleh kata ramai orang ada kelas pukul 8 pagi. so, barisan tunggu bas tu memang panjang yang amat lah. kalau dah beratur belakang sangat, silap-silap tak dapat naik bas pukul 7.30, kena jalan kaki. lagi haru!


Ni jadual perjalanan bas. silalah rancang perjalanan korang sebaik mungkin.



Bus stop yang masih lagi cantik. boleh tunggu bas sambil duduk.... kalau beratur awal.



Lambat beratur? jawapannya sila berdiri. sebenarnya barisan boleh jadi lebih panjang sampai melebihi kawasan ni.

***
Mesti korang tertanya-tanya, mana pulak tempat tunggu bas kat fakulti? jangan risau. apa gunanya aku kat sini. ehem. ok, korang sume boleh je beratur kat depan tangga ni.


Memang sume student akan beratur kat situ untuk tunggu bas. ada bumbung. jangan risau putera lilin sume. aku tau korang takut panas. 

Jadual perjalanan bas ke fakulti lebih kurang sama je dengan KTSN. sebab memang bas yang sama akan ulang alik bawak student dari KTSN ke fakulti dan student dari fakulti ke KTSN. so memang toksah risau lah. ada je bas. tak patah punya kaki korang duduk UKM Kampus KL ni.

Mungkin kaki korang akan patah sebab banyak sangat berjalan, bukan patah sebab pergi kelas. al-maklum lah, Chow Kit dekat, Berjaya Times Square dekat, Masjid Jamek dekat, KLCC dan Sogo pun boleh lah tahan dekat. youhoo~

***
Ok lah, cukup cite pasal bas dulu. kang aku update cite pasal kolej pulak. mesti korang tertanya-tanya kan apa itu KTSN 1, KTSN 2, KTSN 3, KTSN 4 dan KTSN 5 yang ada kat dalam peta tu.

So, stay tuned bebeh~

18 comments:

Anonymous said...

salam... nk tnyer ckit.. dkat kolej dduk bilik berdua an?? jdi,, kte ley pilih roommate ke? and mostly roommate kte same course dgn kte ke t? saje tnyer ;)

kurakuraygslow said...

Wasalam. Yup, untuk student first year, akan duduk bilik berdua-dua. Malangnya, tak boleh pilih roomate. KTSN dah aturkan awal-awal. Mostly, roomate memang sama course. Tapi ada jugak kes yang roomate lain course =)

Anonymous said...

oooooo,,, kiranya mmg kne aktif sungguh ke kalau nk trus stay kat kolej utk 2nd yr?
btw,, sonok bce blog niyh ;)

kurakuraygslow said...

Yup memang kena aktif gila! Boleh baca entri-entri lain jugak. Ada penerangan pasal macam mana nak stay dalam, dan kolej lain yang ada kat luar =D

Anyway, thanks for the compliment =)

Anonymous said...

bilik campur ke muslim ngan non muslim???

kurakuraygslow said...

Tak campur bilik. Tapi campur blok dan aras.

Anonymous said...

medic je ke blh tnye.huhu...dietetic kampus mane ye?

kurakuraygslow said...

Tak lah. Sesape pun boleh tanya. Tapi, kalau pasal silibus tu, boleh jawab part medic je =)

Dietetik under Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu kan. Kat UKM Kampus Kuala Lumpur jugak =)

Anonymous said...

Salam. Nak tanya sikit.
Saya dapat course sains(math) dekat UKM Bangi.
Nanti kitaorang belajar dalam BM ke English?
Sorry soalan tak berkenaan Medic ><

kurakuraygslow said...

Wasalam. Ada sorang kawan ni, dia study sains marin kat UKM Bangi. Mengikut dia, ada subjek yang belajar BM dan ada yang belajar BI. Tapi, kurang pastilah pulak apa dia subjek tu. Sori, setakat ni je yang mampu jawab ><

Anonymous said...

sori.nak tanya sikit.mostly yang ambil course sains marin tu perempuan ke lelaki?

kurakuraygslow said...

Boleh kata lebih kurang seimbang kot. Kalau lebih pun, perempuan lebih sikit.

Dany Reesha said...

Tumpang tanya lagi :) , Di KTSN ada berapa block ? Saya dapat KTSN(W) , W tu maksudnya apa ?

kurakuraygslow said...

Ada 9 blok. KTSN(W) tu maksudnya blok untuk wanita. Sama ada blok A, B, C, G, H atau J.

Dany Reesha said...

Thanks for answering. Tapi saya lelaki haha, ni kelakar sikit. Dia tulis pendaftaran dekat situ. Mungkin pendaftaran sahaja kot. Selalunya untuk first year medic student dekat block mana ?

kurakuraygslow said...

Oh yeke. Haha sorry. Mungkin KTSN(W) tu ada maksud lain. Biasanya pendaftaran kat dewan. Kalau student lelaki, sama ada blok D, E atau F.

Anonymous said...

nak tanye ek...tau x camne klau kite nak wat second degree medik kt ukm?my first degree is biomedical electronic engineering...

kurakuraygslow said...

minta maaf. tak tau pulak macam mana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails