After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


25 May 2015

Posting 2 - Psychiatry

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Jom kita sambung cerita mengenai posting kedua dalam Tahun 4. habis dah part minor posting, laaaa ni kita jumpa major posting semula. seperti yang aku dah bagitau dalam entri Triad posting, major posting akan berlangsung selama 8 minggu. cara pelaksanaannya sama je macam posting masa third year dulu. takde beza mana pun =)

Mungkin ramai yang sedikit teruja ataupun curiga dengan Psychiatry posting. hehe. it's okay. normal lah kalau ada feeling macam tu. bila dah masuk posting ni baru korang akan faham realiti Psychiatry posting yang sebenar ;-)




Jabatan, wad dan klinik psikiatri semuanya terletak kat tingkat 1. dekat dengan farmasi. jadi, kalau korang nak ambil ubat, boleh lah jenguk-jenguk klinik psikiatri kejap. hihi.

Berikut merupakan jadual posting ni~
















Amacam. banyak gila kan slot yang ada?

Clinical Component
* Lectures
* Workshop - Interview Technique & MSE
* Self Directed Learning (SDL)
* Small Group Discussion (SGD)
* Clinic
* Observe ECT
* Grand Ward Round
* Field Visits

PPD Component
* Session With Carer
* Community Project


Banyak sangat lah sampai aku pun tak tau nak explain macam mana. konfem korang akan pening nanti. hahaha =P

Dalam posting ni akan ada banyak sangat pecahan kumpulan. group dengan supervisor lain (dalam 4-5 orang per group), group kecil lain, group besar pun lain. kebiasaannya dalam satu posting akan ada purata 60 pelajar. jadi, dia akan bahagikan kepada 4 kumpulan kecil. 15 orang dalam group 1, 15 orang dalam group 2, 15 orang dalam group 3, 15 orang juga dalam group 4. kemudian, group 1 dan 2 akan digabungkan sebagai BIG GROUP 1 manakala group 3 dan 4 akan menjadi BIG GROUP 2.

Pening kan? kawan-kawan satu posting aku pun ramai yang keliru dengan pecahan group ni. sampai aku pun jadi stress nak explain kat dorang memandangkan aku ketua group besar. aigooooo T_T




So, bermula dengan lectures. seperti biasa, pergi jelah ke department untuk mendengar lectures. kesemua satu posting terlibat dengan lectures secara serentak.

Kemudian, untuk sesi workshop, masa ni lah pecahan dua group besar tadi berlaku. BIG GROUP 1 dengan doktor lain, manakala BIG GROUP 2 dengan doktor lain. benda ni pun dijalankan kat department. masa workshop tu nanti, korang akan tengok video interview technique in psychiatry sekali dengan mental state examination (MSE). seperti yang korang sedia maklum, nak diagnose psychiatric disorder memerlukan history taking yang mantap. itulah pentingnya interview technique. MSE tu pulak sejenis examination khusus untuk Psychiatry posting. nanti korang belajar lah sendiri ye =)

Beralih kepada self directed learning (SDL), benda alah ni kena belajar sendiri je sebenarnya. hehe. takyah pergi department pun. jadi, kalau korang tercangak-cangak tak tau nak baca apa, follow jelah SDL tu. benda tu je pun yang perlu korang cover sebagai persediaaan untuk final exam.

Kemudian, small group discussion (SGD) pun dijalankan dalam pecahan dua group besar. tujuannya supaya takde lah ramai sangat dalam satu sesi SGD. kalau sampai 60 orang satu sesi, bukanlah SGD namanya. tu BGD (Big Group Discussion). masa SGD ni, korang perlu ke department, macam lectures jugak. then, akan ada trigger macam PBL tentang sesuatu disorder. try lah jawab trigger tu ramai-ramai. kadang-kadang, ada doktor yang suka tanya sorang-sorang. so please be prepared before each SGD session. oh ye, SGD ni ada 6 kali je. dalam jadual tu , SGD1 je pun sampai 3 kali. sebenarnya, korang boleh pilih salah satu hari tu mengikut availability doktor tersebut ;-)

Untuk clinic, seperti biasa... korang perlulah ke klinik. tapi, posting ni pelik sikit. ada student yang mungkin takkan follow klinik supervisor dia sebab supervisor dia merupakan Child Psychiatrist. untuk clinic session, korang perlulah ke Adult Clinic dua kali seminggu. jadi, mana-mana yang supervisor dia memang Adult Psychiatrist tu, korang perlulah follow supervisor korang. yang mana supervisor dia Child Psychiatrist, korang akan follow supervisor orang lain. lagi satu, kat klinik psikiatri korang boleh duduk! memang ada seat khas untuk student. kenapa boleh duduk pulak? korang tau tak... klinik psikiatri terlampau lama. sorang pesakit mungkin mengambil masa setengah jam untuk cerita masalah dia. kalau sehari ada 8 pesakit, dah jadi 4 jam. tu pun kalau ada 8 pesakit je -,-




Bagi sesi observe ECT pulak, korang akan dipecahkan mengikut group supervisor masing-masing. ECT merupakan electroconvulsive therapy yang mana rawatan ni banyak digunakan ke atas pesakit Major Depressive Disorder (MDD). korang perlu follow MO yang buat ECT, kemudian minta sign dalam logbook. setiap group perlu pergi sekali je =)

Kemudian, grand ward round tu macam CME je lebih kurang. bukannya ward round kat wad pun. jadi, nanti pun ada jadual mengikut group supervisor. korang pergilah ke department pada waktu yang ditetapkan untuk grand ward round.

Kini tibalah part field visits. mesti mata korang bersinar-sinar nampak field visits tu. ahaks! dalam posting ni, akan ada dua kali field visit. yang pertama, ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) yang mana dahulunya dikenali sebagai Hospital Tanjung Rambutan. tujuan utama melawat HBUK adalah untuk mengenali servis-servis lain dalam psikiatri yang ditawarkan kat hospital lain. lawatan ni mengikut pecahan dua group besar. mungkin korang akan rasa teruja untuk ke HBUK. tapi, bagi aku... lawatan ni memenatkan. hehe. pukul 6.30 pagi dah kena naik bas untuk ke Perak. sampai sana lebih kurang pukul 10.00 pagi. kemudian, terus dengar taklimat daripada doktor yang in-charge kat sana. then pergi melawat sikit wad-wad kat HBUK. then, pukul 3.00 petang balik ke HUKM semula. sampai HUKM dalam pukul 6.00 petang. keesokannya harinya tetap kena pergi ke wad seperti biasa. haha! *ke aku je rasa tak seronok sangat?*



Lawatan kedua adalah ke Unit Pengesanan dan Pengesahan Dadah, Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL). lawatan ni mengikut group supervisor. pukul 7.30 pagi korang perlu lah ke HKL dengan menaiki bas. kemudian, terus pergi ke Klinik Methadone. dengar taklimat sikit, then buat lah apa yang patut. tujuan utamanya adalah untuk belajar mengenai servis Methadone yang ditawarkan kat HKL untuk drug addicts.

Mungkin korang ingat dah habis part clinical component. harap maaf. masih belum habis ye. hihi =P

Antara slot yang takde dalam jadual tu adalah~

* Child Clinic
* Psychogeriatric Clinic
* Seminars
* 2 Case Presentations
* Home Visit


Haih bila nak habis ni. haha. setiap group supervisor perlulah ke child clinic sekali sahaja sepanjang posting. nanti akan ada jadual. ikut jelah jadual tu. psychogeriatric clinic pun sama. perlu pergi sekali sahaja sepanjang posting mengikut group supervisor. psychogeriatric merupakan klinik untuk warga emas.

Kemudian, akan ada dua slot seminars yang dijalankan kat department mengikut pecahan dua group besar. setiap group besar perlu present dua seminar ye =)

Untuk slot 2 case presentations pun sama. ia dijalankan kat department mengikut pecahan dua group besar. setiap group perlu present 2 cases. one on psychotic and another one on neurotic.

Kemudian, setiap orang juga perlu pergi ke home visit mengikut jadual yang akan dibuat oleh ketua group korang (aku lah tu). masa ni korang perlulah ke Community Psychiatry Unit kat sebelah Child Clinic untuk follow unit tersebut ke home visit. pastu jangan lupa minta sign dalam logbook =)



***

Okay habis part clinical component. jom kita beralih ke PPD component. fuhhhhhh! dalam PPD component, setiap aktiviti akan dijalankan dalam group kecil (group 1-4). ada dua psychologist yang akan nilai aspek PPD korang. jadi, setiap group besar akan share sorang psychologist.

Menurut jadual di atas, ada dua slot PPD iaitu session with carer dan community project. tapi, ada satu lagi slot yang takde dalam jadual iaitu Session With Psychologist.

Untuk session with carer, setiap group kecil (group 1-4) perlulah berhubung dengan psychologist yang ditugaskan untuk menilai group korang. kemudian, psychologist tu akan suruh ketua group korang untuk contact one of the carer supaya datang ke department. then, korang perlulah interview carer tu macam masa posting ENT dulu. antaranya, untuk selami perasaan dia yang mempunyai ahli keluarga yang ada psychiatric disorder. kemudian, macam biasa... reflective writing time!!!

Untuk slot community project, korang perlu buat pape community project yang ada kena mengena dengan psikiatri. setiap group kecil kena buat community project ni mengikut group masing-masing. objektif nya adalah untuk education, teamwork and manage stigma in psychiatry. psychologist korang akan nilai projek korang tu dan bagi markah.



Last but not least, untuk session with psychologist... setiap orang perlu pergi berjumpa psychologist masing-masing untuk tengok cara pelaksanaan cognitive behavioural therapy (CBT). nanti ketua group korang akan buat jadual jugak (aku jugak lah tu). CBT akan dijalankan kat bilik psychologist korang kat klinik.

Aiyooooooo banyaknya. penat nak taip. hahaha! eh terlupa pulak. bedside teaching dan logbook janganlah dilupa =P

***

Akhirnya, habis pun part jadual. jom kita beralih ke format penilaian posting ni~




Dah namanya major posting. korang perlulah PASS ketiga-tiga komponen. no exception!

Dalam CA, korang perlulah hantar satu CWU yang menyumbang sebanyak 10%. CWU Psychiatry TAK BOLEH SHARE!!! jadi, kalau dah jumpa kes tu... cepat-cepat cop. please avoid plagiarism. please and PLEASE. CWU korang nanti perlu melalui TURNITIN yang mana cut-off point nya adalah 20%.

Kemudian, logbook menyumbang sebanyak 10% manakala observed long case pun sebanyak 10%. long case akan dinilai oleh supervisor sendiri pada bila-bila masa yang disukai mereka. ada yang buat kat klinik, ada yang kat wad.

Untuk theory paper, seperti biasa akan ada OBA, EMI dan KFQ (35%). OSCE pulak menyumbang sebanyak 35% yang mana ada manned OSCE dan written OSCE masa final exam nanti.

PPD component sama je macam posting-posting lain dalam third year.

Untuk re-sit exam, basically sama je kot format penilaian nya macam third year dulu. takde CWU mahupun log book.

***

Okay habis dah part assessment. jom beralih ke part buku~




Takde cara lain untuk faham psikiatri selain daripada membaca buku. psikiatri merupakan satu posting baru yang korang tak pernah belajar dalam pre-clinical years. kecuali tang ubat dia lah. korang ada belajar sikit-sikit masa Neuroscience Module dulu. tang penyakit, diagnosis... semuanya benda baru. memang kena BACA BUKU.

Aku yang malas baca buku ni pun tetiba terpaksa baca Psychiatry Oxford. hehe. lepas dah baca, dah ada ilmu sikit... boleh clerk patient kat wad. lepas tu, try tengok diagnosis dia mengikut DSM. takde cara lain untuk praktis psikiatri selain daripada baca buku dan clerk patient. selain daripada tu, dalam posting ni ada application Schoology untuk korang sign in. dalam Schoology ada banyak video dan info yang doktor akan share mengenai Psychiatry posting. nanti korang update lah sendiri dengan Schoology ye.

Mungkin ramai yang ingat posting psikiatri tidak memerlukan ilmu physical examination. ternyata tanggapan anda itu salah! setiap kali lepas clerk patient, korang tetap kena buat relevant physical examination untuk exclude pyschiatric disorder dua to organic causes. jadi, ilmu physical examination anda itu jangan lah dicampak ke laut pula.




***

Orait. rasa macam dah habis je cerita pasal Psychiatry posting. mungkin ramai yang cakap posting ni banyak free time. tapi bagi aku, tak free pun. memang nak kena gigit sape yang cakap macam tu!

Bila takde klinik, ada bedside teaching. petang pulak ada SGD. senang cerita takde lah free sangat seperti yang digembar-gemburkan. after all, it depends on your supervisor. secara jujurnya, aku tak minat posting ni. hahaha. kejam tak? =P

Jadi, buat sesiapa yang ada cita-cita nak jadi Psychiatrist tu. amacam sekarang? ;-)


2 comments:

Anonymous said...

Salam akak sy ex pasum...sy dpt iv utk medic ukm which sy pun x expect sbb first sem sy 3.67...n utk result utk 2nd sem xdpt lg...but sy agk2 dlm 3.7-3.8 mcm tu...akak rse sy ade hrpn x nk dpt medic ukm...sbb um punye sy x dpt n sy x apply usm pun

kurakuraygslow said...

Wassalam. Kalau dipanggil interview tu insyaAllah ada peluang. Just do your best in the interview. Good luck! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails