After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


24 May 2015

Posting 1 - Triad (ENT, Ophthalmology & Anaesthesiology)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Memandangkan aku sedang dalam mood bercuti sekarang ni, molek lah agaknya untuk aku meneruskan entri mengenai Tahun 4. all the best untuk third year UKM medical students yang akan start final exam Semester 2 esok. usaha, doa, tawakal. insyaAllah berjaya =D

***

Untuk Tahun 4, akan ada 4 posting utama (seperti biasa) di samping dua posting sampingan iaitu~

Posting 1 - Triad (ENT, Ophthalmology & Anaesthesiology)
Posting 2 - Psychiatry
Posting 3 - Orthopaedic & Traumatology
Posting 4 - Paediatrics 

Others:

Special Study Module (SSM)
Forensic Pathology 


Keempat-empat posting utama akan dijalankan selama 8 minggu per posting. kenapa bukan 7 minggu seperti Tahun 3? korang lupa ke kita ada Klinik Asas selama seminggu masa third year dulu. posting utama pulak 7 minggu. jadi bila digabungkan tetap jadi 8 minggu =)

Untuk posting sampingan, cara ia dijalankan lain sikit. nanti aku story-mory ye. sekarang ni kita fokus kat posting utama dulu! =D

Berikut merupakan takwim tahunan batch aku~




***

Jadi, mari kita melangkah ke posting pertama dalam Tahun 4 iaitu POSTING TRIAD!

Triad merupakan gabungan TIGA MINOR POSTING iaitu Otorhinolaryngology (ORL) yang mana dahulunya dikenali sebagai Ear, Nose and Throat (ENT), Ophthalmology (Ophthal) dan Anaesthesiology (Anaes).

ENT dijalankan selama 3 minggu, Ophthal pun 3 minggu manakala Anaes pulak 2 minggu. 3+3+2 bersamaan dengan berapa adik-adik? ya jawapannya 8 minggu. sebab tulah namanya minor posting. baru 3 minggu kat ENT dah kena pergi Ophthal. baru 3 minggu kat Ophthal dah kena pergi Anaes. 2 minggu je kat Anaes tetiba dah habis posting triad. hehehe.

Antara ketiga-tiga posting ni takde cuti langsung ye. korang cuti jelah dua hari masa weekend tu =)

***

Kita start dengan ENT dulu ye~

ENT ni merupakan sub-speciality dalam surgeri. jadi, wad dia terletak kat tingkat 5 jugak. kalau masa third year dulu korang selalu pergi ke general surgery ward, kali ni korang kena pergi pintu yang satu lagi tu. wad dia terperuk sikit kat hujung. tak ramai pun patients dalam wad tu. takde lah sepenuh general surgery ward.

Ini merupakan jadual ENT batch aku selama tiga minggu tu~








Okay. jom kita mulakan briefing mengenai jadual tersebut. hihi.

Macam biasa, masa first day... mestilah ada briefing from module coordinator pukul 8.00 pagi tu. then, boleh lah tengok video show mengenai physical examination in ENT.

Memandangkan ENT merupakan posting yang merangkumi telinga, hidung dan tekak, jadi banyak lah yang korang perlu tau dalam masa 3 minggu tu. sebab tu ada banyak gila lectures! lectures akan dijalankan dalam Jabatan ENT kat tingkat 9. most of the lectures will start on 8.00 am. don't be late! ;-)




Then, ada jugak clinical session with registrars. masa ni korang perlu contact sendiri registrar yang dah ditugaskan untuk membantu group korang selama tiga jam bagi membuat demo physical examination and investigation in ENT. ENT equipments ni canggih-canggih belaka tau. untuk ear examination, lain equipment nya. untuk nose examination pun lain. untuk throat examination pun lain. nanti korang explore lah sendiri ye. takkan aku nak cerita semua. tak suprise lah nanti. keke =P

Kemudian, ada juga~

* On-call
* Ward
* OT
* Supervisor Clinic
* MO Clinic
* Audiology
* Ward Round
* PBL

Untuk on-call, korang tengok jelah jadual tu. take note bila group korang on-call. then, kena stay kat wad dari pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam. follow jelah ward round petang tu, then pandai-pandai lah korang nak buat apa pun. hehe.

Untuk slot ward, korang pergi jelah wad. clerk case ke, buat procedure pape ke. suka hati. then, untuk slot OT, seperti biasa... dah namanya surgeri, mestilah ada OT. seelok-eloknya, take note dulu kes apa yang ada sebelum masuk OT.

Then, untuk slot supervisor clinic... follow jelah klinik supervisor korang. kebanyakan supervisor akan ada dua kali clinic session dalam seminggu. untuk hari yang supervisor korang takde klinik, sila lah follow MO clinic. serius banyak gila prosedur boleh dapat kat klinik. boleh lah penuhkan logbook. hihi. oh ye. klinik ENT terletak kat tingkat 1.

Then, korang akan ada peluang dua kali dalam 3 minggu tu untuk ke audiology bagi mempelajari serba sedikit tentang pure tone audiometry, tympanometry and etc. audiology terletak dalam klinik ENT jugak.

Untuk slot ward round, korang kena clerk mana-mana kes dalam wad, then present kat supervisor masa ward round. ward round ni hanyalah group korang dengan supervisor masing-masing je. takde orang lain pun.

Akhir sekali, untuk slot PBL pulak... nanti korang akan dapat case scenario then jawablah case tersebut sebelum PBL. masa PBL session ni, kita akan discuss dengan group masing-masing dan supervisor sendiri. tempatnya kat department. jangan tak jawab pulak PBL tu ye!

Dalam ENT posting ni jarang nak ada bedside teaching. 3 minggu je kan. mana nak sempat bedside teaching segala. dengan klinik lagi, OT lagi, logbook lagi. senang cite, best lah sebab takde bedside teaching! haha =P

***

So, berikut merupakan format penilaian ENT posting~




Sama je macam third year dulu. akan ada core clinical component dan PPD component.

Dalam continuous assessment, korang perlulah hantar satu case write-up (CWU) yang menyumbang sebanyak 10% kepada supervisor. dalam 3 minggu pun kena buat CWU? well... itulah pentingnya time management. hihi. logbook pun menyumbang sebanyak 10%. mini CEX tu maksudnya akan ada mini assessment dengan supervisor korang sendiri yang mana ia menyumbang sebanyak 10%. takde waktu tertentu pun untuk buat mini CEX ni. suka hatilah supervisor korang nak buat bila. kadang-kadang, ada supervisor yang tak buat mini CEX secara formal pun. dorang cuma nilai prestasi korang masa follow klinik dia je.

Untuk theory paper pulak, cuma akan ada OBA dan EMI yang menyumbang sebanyak 35%. KFQ tarak dalam minor posting! yeay!!!!

OSCE cuma akan dijalankan masa final exam sahaja. ofkos lah written OSCE. hehe. takde short case pun. weeeeeeeee~

Nak tau satu lagi fakta menarik mengenai minor posting? tiada lagi prinsip perlu pass ketiga-tiga komponen (CA, theory, OSCE) dalam minor posting. markah CA dan final exam (theory, OSCE) akan digabungkan seterusnya menyumbang kepada gred korang! sama macam pre-clinical years dulu. hihi =D




***

Kemudian, untuk PPD component, part CA... akan ada 30% markah daripada CWU manakala lagi 20% daripada specific assignment. pebenda specific assignment nya? well... nanti korang akan ada sesi menemu bual pesakit yang pernah ada masalah ENT. ni sesi beramai-ramai ye. bukannya korang interview sorang-sorang pun. then, reflect sikit masalah dia tu. kemudian, buat reflective writing. PPD dan reflective writing memang tak dapat dipisahkan. haha!

Baki lagi 50% ada dalam final exam iatu written OSCE.

* takde supervisor's report dalam minor posting

***

Okay. sudah habis pasal PPD. mari beralih ke format penilaian re-sit posting ENT~

Masalahnya, aku pun tak tau format penilaian nya macam mana. haha! sebab ni kan minor posting. yang penting, dah takde CWU dan logbook. tapi, part lain aku tak berapa pasti sebab re-sit posting bagi minor posting hanyalah SEMINGGU. bukan 3 minggu macam major posting.




***

Macam sudah settle cerita pasal ENT. marilah beralih ke Ophthalmology!

Baru je 3 minggu kat ENT, tetiba kena chow ke posting lain. keke. tak sempat nak usha doktor ENT lama-lama. heh tetiba?! =P

Wad Ophthal ada kat tingkat 5 jugak. berdekatan dengan wad ENT =)

Berikut merupakan jadual Ophthal batch aku~







Pelik tengok jadual dalam Bahasa Melayu. hahaha!


Okay apa yang ada dalam Ophthalmology posting ni?

* Lectures
* Clinical Session
* Video Session
* Clinic
* PBL
* Case Presentation
* Slide Quiz
* Field Trip

Lectures dalam posting ni akan dijalankan sepenuhnya dalam minggu pertama kat Jabatan Oftalmologi kat tingkat 9. jadi, takyah pergi ke klinik masa first week. hihi. then, sama jugak macam ENT posting, sila lah contact registrar untuk clinical session. video session tu takde pape sangat pun. korang tengok je lah video breaking bad news (PPD component) dan video cataract surgery (clinical component).

Pabila sudah masuk minggu kedua, boleh lah ke klinik kat tingkat 1 untuk mempraktikkan fundoscopy skill memasing. sila ikut klinik supervisor masing-masing sahaja. secara jujurnya, agak susah nak buat fundoscopy ni. memang susah nak cari optic disc tu. tapi kalau dah banyak kali praktis, insyaAllah boleh dapat findings. jadi, rajin-rajin lah praktis fundoscopy ye =)



Oh ye. setiap supervisor ada tiga kali klinik dalam seminggu. baki lagi dua hari tu boleh lah pergi cari prosedur kat klinik untuk penuhkan logbook =)

PBL session sama je macam ENT posting. korang akan dapat trigger awal-awal, try jawab dan discuss bersama supervisor masing-masing kat department.

Dalam Ophthalmology posting takde CWU. yeay! tapi ada case presentation. dalam dua atau tiga orang akan kongsi satu kes. korang try lah cari kes sama macam nak buat CWU. bezanya, CWU kena buat sorang-sorang dalam bentuk word. case presentation ni boleh buat bersama-sama seramai dua atau tiga orang dalam bentuk slides. nanti, masa slot tu... korang dan ahli kumpulan masing-masing cuma perlu present case tersebut kat depan supervisor. pastu, buat reflective writing daripada case tersebut secara individu. sama je macam PPD part dalam CWU =)

Kemudian, slide quiz session pulak lebih kepada mock OSCE kot. hehe. nanti akan ada soalan bergambar untuk korang jawab. sesi ni macam lecture je sebenarnya. markah daripada jawapan kuiz tu tak menyumbang kat CA pun.

Akhir sekali, jom kita pergi ke field trip!!! bosan lah asyik duduk dalam wad je. sekali-sekala nak jugak tengok dunia luar. keke. nanti korang akan pergi ke Blind School untuk reflect diri memasing. sebab kena buat reflective writing! hihi =P

***

Kini, jom kita beralih ke format penilaian Ophthal posting~






Sama je macam ENT, CA menyumbang sebanyak 30% yang mana case study/case presentation 10%, logbook 10% dan mini CEX pun 10%. sama jugak macam ENT, mini CEX ni terpulang kat supervisor masing-masing nak buat macam mana. kadang-kadang tak ikut slot dalam jadual tu pun.

Untuk theory paper pun cuma ada OBA dan EMI. hihi. OSCE pun hanya dijalankan dalam final exam =)

Kemudian, untuk PPD component pun takde beza dengan ENT. CA menyumbang sebanyak 50% yang mana 20% markah daripada reflective writing case presentation manakala lagi 30% daripada specific assignment iaitu reflective writing visit to blind school. baki lagi 50% ada dalam final exam iatu written OSCE.

***

Okay jom ke posting terakhir dalam Triad iaitu Anaesthesiology posting!!!

Bagi aku, Anaes posting paling kelam-kabut. dah lah 2 minggu je. dengan lectures, logbook procedure, OT, CWU, ada exam lagi (BLS). pehhhhh memang menguji ketahanan mental betul!

Sebelum tu, marilah kita tengok jadual Anaes posting terlebih dahulu~









 Penuh kan jadualnya?


Dalam Anaes posting akan ada empat lectures yang dijalankan sepenuhnya pada hari pertama posting. hang duk lah dengaq lectures tu dari pagi sampai petang. lectures ni akan dijalankan kat Jabatan Anestesiologi kat tingkat 2 Blok Pendidikan.

Kemudian, akan ada sesi skill lab yang mana masa ni korang akan belajar semua equipments yang ada dalam Anaes posting. sesi ni sekali je mengikut group. belajar benda ni betul-betul ye sebab memang akan keluar dalam OSCE punya. sesi ni pun kat department.

Computer assisted learning (CAL) tu pulak macam main game. hehe. korang akan buat simulasi intubate patient menggunakan software. enjoy jelah main game tu. kiki. sesi ni pun sekali je, kat department.

Pre-operative assessment tu pre-op round sebenarnya. kalau esoknya korang nak pergi OT, boleh lah contact doktor yang in-charge pre-op round tu awal-awal. then, join jelah round tu.

Small group discussion (SGD) pulak merupakan PPD component yang mana korang kena berlakon mengikut situasi yang diberi. contohnya... breaking bad news ke, taking consent ke.

On-call pun ada tau. korang kena on-call kat OT dari pukul 5.00 petang hingga 9.00 malam.

Kemudian, akan ada exam pada minggu kedua! exam tu sehari je pun. dari pagi hingga petang. namanya Basic Life Support (BLS). korang mesti pernah dengar cardiopulmonary resuscitation (CPR) kan? haaaaa CPR tu masuk dalam BLS lah. nanti pagi-pagi korang akan belajar dulu teknik-teknik CPR kat mannequin. kemudian, petangnya korang akan ambik exam BLS. ada 40 soalan OBA dan practical session yang mana korang kena perform CPR kat mannequin. kalau pass, boleh dapat sijil BLS yang valid selama 2 tahun. kalau fail teori, kena re-sit keesokan harinya. kalau fail practical boleh terus re-sit on the spot. kalau fail lagi mana-mana komponen, kena repeat the whole exam.



Setiap benda ada attendance


Selain daripada benda-benda kat atas tu, dah namanya Anaes posting kan, ofkos lah korang perlu mengabadikan diri kat OT. kalau takde jadual lain, memang kena pergi OT. pagi dan petang. ada attendance jugak ye.




Kemudian, ada jugak ICU visit (PPD component). sekali je dalam 2 minggu tu. korang kena ikut ICU round lepas tu buat reflective writing.

Anaes merupakan satu-satunya posting yang takde klinik. yeay! =D

***

Berikut merupakan format penilaian Anaes posting~




Anaes posting ada CWU walaupun postingnya 2 minggu sahaja. silalah bersedia untuk stress. hahaha. yang lain takde beza pun dengan ENT dan Ophthal posting =)




Reflective writing (15%) daripada ICU visit manakala SGD (15%) daripada lakonan korang yang awesome tu =P

***

Ni pulak buku-buku untuk Triad posting~



Memang namanya lecture notes tetapi ia adalah buku. harap maklum =)

***

Finally habis pun cerita pasal posting pertama dalam Tahun 4. mesti korang terkejut kan tetiba format posting ni lain pulak. hehe. selama ni posting sampai 7-8 minggu. tetiba posting 2-3 minggu je. dalam 8 minggu sampai 3 kali tukar supervisor. haha.

Walaupun Triad posting macam terkejar-kejar sikit, sebab korang kena tau banyak benda dalam jangka masa yang singkat... tapi aku enjoy posting ni. hehe. kalau korang tak suka posting tu sekalipun, korang boleh fikir positif yang mana posting ni sekejap je. bertahan lah diri. errrr korang faham-faham lah tak suka sesuatu posting tu sebab apa. keke. (hint: tak suka supervisor atau groupmate) =P

Lepas tu, walaupun kena baca sampai 3 posting untuk exam... soalannya OBA dan EMI je. takde KFQ pun. then, markah CA dan final exam digabungkan. bukannya kena pass semua komponen macam selalu tu. re-sit exam pun seminggu je. seeeeeeee. best tau Triad posting ni. hihi =D

Tapi, setiap benda ada pros and cons. dalam best-best Triad posting pun, korang tetap kelam-kabut nak buat CWU ENT dan Anaes. tetap kelam-kabut nak kejar prosedur dalam logbook. tapi kalau pandai uruskan masa, okay je sebenarnya. aku saja je ingatkan awal-awal supaya korang akan expect the worst.




Masa aku tengah Triad posting dulu, ada cuti Chinese New Year selepas Ophthal. jadi, sempatlah kitorang cuti seminggu sebelum masuk Anaes. cuti seminggu tu aku pergi KOREA for the second time. kekeke =P

*sila lah klik sini untuk baca Travelogue Korea aku*

Balik Malaysia Sabtu malam. Ahad dah balik KTDI semula sebab Isnin nak start Anaes posting. serius Isnin tu aku jadi mereng sepanjang hari sebab kepenatan baru balik melancong. hahaha. selamba je aku tidur masa lectures. nasib baik aku cepat-cepat catch-up balik apa yang tertinggal masa lectures tu. hihi =P

After all, bagi aku Triad posting ni best. posting feveret aku selama bergelar medical student. hahaha =D




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails