Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Akhirnya, bertemu pun korang dengan Orthopaedic posting!
Setelah habis Psychiatry posting yang hanya berkisarkan the relationship between mind and body (eventhough I think my mind already separated from my body), kini kita bertemu kembali dengan posting yang ada kena mengena dengan surgeri! =D
Mungkin korang selalu dengar khabar angin yang mengatakan doktor ortopedik ni cooooool belaka. ternyata itu bukan khabar angin sebab kebanyakan doktor ortopedik memang cool pun. hiks! *tapi ada jugak lah yang tak cool*
Seperti biasa, posting ni akan berlangsung selama 8 minggu. wad ortopedik terletak kat tingkat 4 ye =D
*Clinical Examination (Hand Exam etc)
* Seminar
* Seminar
* Clinic
* OT
* Radiology / Histopathology Conference (Clinical Brushing Session)
Untuk posting ni, korang akan dipecahkan dalam beberapa kumpulan kecil mengikut team. sama je macam posting surgeri masa third year. sorang supervisor akan ada 3-4 supervisees. ikut nasib lah supervisor korang tu team mana. kalau team santai, best lah. kalau team busy, nasib lah *you know what I mean* =)
Tapi, masa posting surgeri dulu... korang kena stay dalam team yang sama selama 7 minggu kan? untuk posting ortopedik, akan ada team rotation. minggu 1-3 rotation 1, minggu 4-6 rotation 2, minggu 7-8 rotation 3.
Sebagai contoh, kalau asalnya korang under paeds1 group, jadi paeds team tu adalah rotation 1. lepas 3 minggu, korang akan masuk team lain (onco team). bila dah 3 minggu kat onco team, korang akan masuk team terakhir (spine team) selama 2 minggu.
Walaupun korang tukar team, supervisor tak berubah. jadi, kalau dah masuk team lain sekalipun... supervisor korang masih boleh buat bedside teaching.
***
Mengikut jadual, masa minggu pertama ada slot Clinical Examination (Hand Exam etc). ia akan dijalankan kat department iaitu kat tingkat 9. waktu clinical examination ni bergantung kat doktor in-charge sebenarnya. tak ikut jadual tu pun. suka hati dia lah nak buat bila. slot ni macam practical session lah lebih kurang. physical examination dalam ortopedik terlampau lain kalau nak dibandingkan dengan physical examination yang kita pernah belajar dulu. jadi, korang memang akan belajar benda baru. so, itulah gunanya slot clinical examination pada minggu pertama. doktor in-charge akan guide korang mengenai physical examination in orthopaedic sebelum korang teruskan posting ni selama 8 minggu tu.
Untuk seminar pulak, kita kena prepare slides dan present. juga kat department dan ikut availability of doctors in-charge.
Oh ya. untuk posting ni... setiap pagi ada ward round. jadi sila lah cover bed macam O&G posting dulu ;-)
Kemudian, seperti biasa... mestilah ada clinic session. setiap team ada minimum dua kali klinik dalam seminggu. then, dah namanya surgeri kan, mestilah ada OT. masa ni lah korang nak tengok segala kerja pertukangan yang berlaku kat OT ortopedik. hihi. setiap team ada minimum sekali OT dalam seminggu.
Then, setiap hari Khamis jabatan ortopedik ada Clinical Brushing Session (ala-ala CME). jadi, hari Khamis langsung takde klinik mahupun OT sebab semua orang kena pergi ke Clinical Brushing Session selepas ward round.
Bedside teaching dan logbook procedure tetap ada... seperti biasa =)
Slot workshop dan on-call rounds tu takde pun masa aku posting. tak tau lah sekarang ada ke tak. hehehe.
Slot workshop dan on-call rounds tu takde pun masa aku posting. tak tau lah sekarang ada ke tak. hehehe.
***
Orait. habis sudah pasal jadual. kini kita beralih pula ke format penilaian Orthopaedic posting~
Silalah PASS ketiga-tiga komponen (CA, theory, OSCE) untuk membolehkan korang pass posting ni =)
Silalah PASS ketiga-tiga komponen (CA, theory, OSCE) untuk membolehkan korang pass posting ni =)
CA menyumbang sebanyak 30% yang mana 10% daripada CWU. ada dua CWU yang perlu dihantar pada minggu keempat dan minggu ketujuh posting. satu CWU pasal trauma case, satu lagi pasal elective case. kebanyakan CWU dalam Orthopaedic posting is hand-written. jadi, ikut nasib lah korang. kalau supervisor nak hand-written, kenalah beli pen banyak-banyak dan buat exercise tangan awal-awal. hehe. kalau supervisor nak soft copy version je, memang korang bernasib baik ;-)
Kemudian, long case presentation menyumbang sebanyak 10%. takde sesi formal pun untuk long case ni. selalunya supervisor akan assess masa ward round je. then, seperti biasa... logbook 10%.
Untuk theory paper, ada OBA, EMI dan KFQ yang menyumbang sebanyak 35%. OSCE pun menyumbang sebanyak 35%. untuk posting ni, takde short case. tapi, ada manned OSCE station masa final exam. huhu. ada dua station pulak tu! bermaksud, ada dua physical examination yang korang kena buat masa final exam nanti. written OSCE station mestilah ada jugak T_T
Kemudian, untuk PPD component... seperti biasa... 50% untuk CA, 50% untuk final exam. dalam CA ada mentor's report (20%), supervisor's report (20%) dan specific assignment (10%). untuk specific assignment tu, nanti korang kena pakai plaster of Paris (POP) a.k.a simen kat tangan. konon-konon nak selami hati pesakit yang pakai POP bila ada fractures. kemudian, mestilah kena buat reflective writing =)
Untuk final exam... KFQ 30%, OSCE 20%.
Aku tak tau format re-sit posting ortopedik. sorry. hehe. yang pasti, dah takde CWU dan logbook.

Akhir sekali, mestilah pasal buku =)
Seperti yang aku sudah nyatakan kat atas tadi, physical examination dalam ortopedik totally different from others. jadi, boleh lah beli buku Clinical Orthopaedic Examination tu. kalau tak nak beli pun takpe. kat Kak Ros ada jual handout. kiki =P
Then, untuk kefahaman yang lebih lanjut mengenai ortopedik... sila lah beli Apley's. dalam ortopedik kan ada banyak radiography, CT scan dan MRI. jadi, lebih baik kalau tengok gambar yang berwarna. nak beli fotostat version boleh je. cuma tak berapa jelas lah gambar-gambar tu nanti.
***
Finally, habis pun cerita pasal Orthopaedic posting. macam sikit je aku cerita pasal posting ni kan. short and simple! memang begitulah realiti posting ortopedik yang sebenar. memang posting ni simple pun sebab doktor-doktor ortopedik kan cooooool. cuma kena bangun awal lah setiap hari sebab nak cover bed. hehehe.
Walaupun posting ni simple, soalan exam nya tak simple. haha. management dalam ortopedik ni pelik sikit. ada specific management for each diagnosis. bukannya basic management macam medical posting yang lain. takpe... nanti korang belajar, tau lah tu. korang kan lebih pandai dan rajin daripada aku ;-)
Korang tau tak, Dr Halina (isteri angkasawan negara) merupakan medical student UKM. jadi, masa fourth year... mestilah dia ada posting ortopedik. masa tu, Dr Sheikh ni post-graduate student ortopedik kat HUKM. dah namanya jodoh, dorang jumpa each other kat wad ortopedik (mungkin masa ward round... ahaks!), fall in love and finally get married. jadi, aku pun kengkonon nak cari jodoh masa posting ortopedik macam Dr Halina. tapi, TAK DAPAT PUN!!! HAHAHA XD
No comments:
Post a Comment