After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


27 November 2011

Format Exam End Of Module

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Rasanya, aku tak pernah terangkan secara detail pasal EOM kan? padahal, EOM ni penting tau. even dia cuma bawak 20% carry mark untuk Final Exam, tetap penting! even kalau gagal EOM takyah reseat balik, tetap penting!

***
EOM ni akan dijalankan selama sejam je. tepat-tepat lepas habis satu module. EOM akan berlangsung pada permulaan hari untuk Module 2, sama ada kat T1BE atau kat DSG KTSN.



Dah nama pun sejam je kan, mestilah ada 1 paper je pun. takde nya UKM kejam sangat dalam masa sejam tu nak suruh korang harung sampai 3 paper =.=

***
Dalam 1 paper tu, akan ada OBA, EMI dan MEQ. format lebih kurang sama macam Final Exam. cuma, soalan dia kurang sikit daripada Final Exam. masak kot kalau dalam masa sejam kena jawab banyak giler soalan =.=

Kebiasaannya, akan ada 10-12 OBA (12 markah), 8-10 EMI (8 markah) dan 1-2 MEQ [ada pecahan soalan] (10 markah). jumlahnya 30 markah untuk EOM korang. tapi, aku tak tau macam mana 'marking method' yang lecturer amalkan. itu sume sulit.

***
Tup tup dalam masa 2 minggu, result EOM korang akan terpampang kat papan kenyataan. yang dipamerkan hanyalah gred sahaja. markah takdak.

Masa ni lah, sape yang dapat A tu akan dicop sebagai genius. yang gagal, hmmmmm no komen.



***
Kesimpulannya, walaupun EOM ni cuma bawak 20% daripada keseluruhan peratus, korang tetap kena perform. kalau EOM dah teruk, susahlah nak skor Final Exam kan. aku tau korang boleh. lebih boleh daripada aku. yang penting, pahamkan lah lecture dengan sebaik-baiknya. insyaAllah takde masalah.



p.s  :  Alhamdulillah aku lulus EOM untuk Module 1. walaupun cuma dapat B+ (70% - 74%), aku dah cukup bersyukur. dah memang takat tu je usaha aku, layak lah aku dapat gred tu je kan. lepas ni kena usaha lebih lagi kalau nak A.

Perkara yang mengejutkan, first time aku happy even tak dapat A. hehehe =D

2 comments:

xyahirah said...

akak,i hve smthing nk tnye n agk private..really need some words from u T.T

kurakuraygslow said...

Kalau agak private, boleh leave message in my inbox on facebook =)

Nak leave message kat page Blog Kura-Kura pun boleh =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails