After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


26 November 2011

Pautan Ke Laman Web Yang Berkaitan

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah berpusing kepala aku ni memikirkan apa lagi yang perlu diberitahu kat korang. bukan sebab takde benda yang perlu diberitahu. tapi sebab banyak sangat benda yang perlu diberitahu!

Eh ada ke orang paksa aku bagitau sume ni? takde. ya takde. aku saja je nak bagitau sebab aku kan baikkkkkkkkkkkk. ya baik lah sangat =.=

***
Kalau korang tengok entri yang ni, korang akan sedar betapa banyak nya cara belajar (I mean yang CL, SLP, PBL tu sume) yang ada kat UKM. yaaaa memang banyak. bukan setakat cara belajar je berlambak, lawan web yang korang perlu jadikan BF/GF kedua pun berlambak.

Untuk setiap cara belajar, lain-lain lawan web nya. well skang ni kan dah masuk abad ke-21. sume benda guna internet.


Korang nak tau tak apa lawan web tu sume? alaaaa cakap lah nak tau. nak tau kan kan kan?

* kena jadi student UKM secara rasmi dulu, barulah boleh log in ke dalam setiap lawan web ni.

***
Segala hal ehwal membabitkan daftar kursus, gugur kursus tu sume, korang kena layari laman web e-warga UKM.




Then, kena layari laman web SPIN KKL pulak untuk download segala SLP dan MES.

http://spin.medic.ukm.my/

*  sekarang ni, dah tukar ke laman web iFolio

http://ifolio.ukm.my/



Selain daripada lecturer boleh buat penilaian ke atas korang masa PBL, korang pun boleh buat penilaian ke atas lecturer jugak. nak tengok pencapaian PBL korang pun kat laman Web PBL ni.




Cer tengok balik jadual Module 1 dalam entri sebelum ni. korang akan nampak ada kelas IT Application mengikut group. yang tu pun macam group MES. dia buat asing-asing ikut group. masa bukan group kita, takyah lah pergi. tapi, kali ni, dia ikut group PPD. that's mean, ikut group PBL lah kan. korang akan dapat assignment berkumpulan yang perlu disiapkan dan markahnya akan dikumpul untuk Final Exam. sume assignment perlu di'upload' kat laman Web PPD ni.




Skang, tiba part English Class. English Class ni akan ada sekali seminggu. tapi, kadang-kadang English Class akan dibatalkan mengikut kehendak pengajar korang sendiri. cara dia masukkan student dalam English Class adalah mengikut result MUET. yang Band 3 gabung dengan Band 4 dan yang Band 5 gabung dengan Band 6. korang kena buat presentation, project group, dan apa-apa lagi lah ikut suka pengajar korang. laman web ni merupakan pautan untuk English Class. tapi, ada je kelas yang takyah pun buat kerja-kerja ni sume.




Ok, tiba part yang paling disukai oleh student Medic kecuali aku. laman Web Library =.=




Lastly, ini merupakan laman web yang paling penting dalam hidup seorang student Medic terutamanya aku. this is it........... =)))))




Hehehe =P

Ok, adios~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails