After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


23 November 2011

Fakulti Perubatan UKM

Assalamulaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Sebenarnya, aku tak tau apa lagi yang patut diceritakan sebelum aku beralih ke bab silibus Medic UKM. errr... maybe sedikit-sebanyak pasal Fakulti Perubatan UKM?


Ok, mungkin korang tau... UKM ni ada kat Bangi, Selangor. tapi, mungkin korang tak tau yang sebenarnya Kampus UKM ni ada kat 3 tempat iaitu kat Bangi, Kuala Lumpur dan Cheras.

***
Kampus Bangi tu merupakan kampus induk, yang mana paling besar antara 2 kampus yang lain. boleh dikatakan kebanyakan course memang ada kat Bangi.

Kampus Kuala Lumpur pulak menempatkan 4 fakulti iaitu Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan yang paling penting, Fakulti Perubatan (bagi Tahun 1 dan 2).

Kampus Cheras pulak, yang ada Hospital UKM (HUKM) tu, menempatkan pelajar-pelajar Perubatan Tahun 3 hingga 5 dan pelajar-pelajar Kejururawatan.

So, sume student Medic yang baru akan masuk Kampus Kuala Lumpur, bukannya Kampus Cheras. aku pun baru tau kewujudan Kampus Kuala Lumpur saat aku dapat surat tawaran =.=

***
Kampus Kuala Lumpur ni ada kat Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dekat je dengan Chow Kit dan Kampung Baru. nak lebih senang, kat belakang Hospital Kuala Lumpur. Kamal Bookstore, kedai femes yang jual buku-buku Medic tu pun dekat sangat dengan Kampus Kuala Lumpur ni. jalan kaki pun bolehhhhh =D


Kamal Medical Bookstore. dari luar tak nampak macam kedai jual buku-buku Medic pun =.=


See. UKM KL dekat je dengan Hospital Kuala Lumpur kan.

Nak lagi best, Stesen Monorel Chow Kit berapa tapak lah sangat dari Kampus Kuala Lumpur ni. jalan kaki 5 minit je kot. bermodalkan RM1.60, korang boleh naik monorel dari Chow Kit ke Imbi. pastu merewang kat Berjaya Times Square. haha. memang heaven lah korang bila kampus ada kat tengah bandaraya. berjalan sakan lah kerjanya =P

***
Nak lebih terperinci pasal fakulti? boleh boleh. aku tau korang memang excited nak tau =D


Ni pintu masuk UKM KL.



Ni dia tangga ke Bangunan Pentadbiran Fakulti Perubatan UKM KL. tak jauh dari pintu masuk tadi.



Ni Bilik PBL / Bilik Sesi Kumpulan Kecil (BSKK). ada banyak BSKK kat UKM KL. dalam 20 buah kalau tak silap. dan BSKK ni ada kat banyak lokasi sekitar kampus. yang kat atas ni, BSKK 13. Terletak dalam Bangunan Pentadbiran Fakulti Perubatan kat Tingkat 5.



Ni lah dia Dewan Kuliah 1 (DK1). dewan kuliah yang paling besar kat UKM KL. boleh menempatkan lebih daripada 200 orang pelajar dalam satu-satu masa. student Medic memang pakai DK ni. sebab purata student Medic untuk setiap batch adalah 200 orang. muat lah masuk sume dalam ni. siap ada kerusi kosong lagi. sebenarnya, DK ni besar lagi. tapi, tak muat nak masuk dalam gambar sepenuhnya.



Library. tempat yang paling disukai kebanyakan student Medic, kecuali aku =.=

Selain tu, kat Kampus Kuala Lumpur ni ada jugak kemudahan lain seperti kafeteria (sebuah je pun) dan jugak U Mart (kedai serbaneka).

***

Oh ya, selain daripada BSKK dan DK1, student Medic UKM KL jugak akan masuk makmal / lab untuk kerja-kerja praktikal. kalau nak masuk lab, wajib pakai lab coat. so, sediakan lah duit untuk beli lab coat Medic UKM ye. RM50 'je'. haha!

Gambar gedik batch aku sambil memakai lab coat =P

Adios~

***

Updated : Sekarang ni semua mahasiswa perubatan UKM ditempatkan kat UKM Kampus Cheras a.k.a HUKM. dah takde kat Kampus KL lagi. mahasiswa perubatan Tahun 1 dan Tahun 2 (pre-clinical students) belajar kat pre-clinical block manakala mahasiswa perubatan Tahun 3, 4 dan 5 (clinical students) belajar kat wad HUKM. basically apa yang ada kat pre-clinical block sama je macam apa yang ada kat UKM Kampus KL. ada lecture hall, BSKK, surau dan library =)

23 comments:

Unknown said...

macam mana nk masuk ukm bagi lepasan spm 2013? melalui borang upu ke?

Anonymous said...

Ukm mana ada diploma

nana said...

gimana cara masuk ukm untuk international student ?

kurakuraygslow said...

Nisa Jaafar : Nak masuk UKM perlu ada form 6, diploma, matrikulasi atau asasi dulu. So, tak boleh masuk UKM melalui SPM. Lepas SPM perlu mohon matrikulasi/asasi, lepas matrikulasi/asasi baru boleh mohon UKM ikut borang UPU.

Nana : Minta maaf. Saya tak tau macam mana permohonan kemasukan international student ke UKM.

Unknown said...

Sya da dpt twrn ukm ni, tp sya xtaw samada dpa nk tggu result sem2 matril or tak, so skrg mcm blur nk p ka dak

Unknown said...

Twrn dia brdasrkan apa? Diorang tggu result sem2 matrik tak? Sbb kmi dpt twrn tmuduga so blur xtaw nk p ka dak

Anonymous said...

Nak tanya mcm mana system perubatan di UKM?

kurakuraygslow said...

Yusuke : Temuduga tu syarat kelayakan masuk UKM sekarang. Pergi je temuduga tu. Mana tau rezeki :)

Anonymous : Semua penerangan pasal sistem perubatan UKM ada dalam entri-entri kat blog ni :)

Unknown said...

Boleh bertànya ke...
labcoat tu beli kat mana ya?
Terima Kasih

kurakuraygslow said...

We ordered from UKM. If you want lab coat without university badge, you can get it from Kamal Bookstore.

Unknown said...

Thank you very much.

Anonymous said...

tumpang tnya, kalau nak ambil prgigian kena ambik asasi dkt ukm ka atau kena ambik matriks?

kurakuraygslow said...

Setakat ni UKM hanya menawarkan Asasi PINTAR. Takde lagi Asasi Pergigian. So, sama ada ambil Asasi UiTM, Asasi UM atau matrikulasi sebelum sambung Ijazah Doktor Pergigian kat UKM.

Anonymous said...

nak tanya, kuliah untuk course perubatan ukm are delivered in bm or english? Setahu saya kalau ukm majoriti courses, kuliah delivered in bm, atau saya mungkin silap. Maaf ye. Thanks.

Sanguine. said...

Maaf tanya, syllabus medic ukm in bm or english eh?

kurakuraygslow said...

Silibus medic UKM semua nya dalam English. Cuma subjek universiti (contoh TITAS dan Hubungan Etnik) dalam BM :)

Unknown said...

Salam nak tanya. Nak masuk medic ukm ni spm bm mmg kna A ke? Sbb abg saya spm semua A kecuali bm dia B. Asasi plk dia dpt 4 flat dan muet band 4. Tpi dia x ditawarkan temuduga

Unknown said...

Salam nak tanya. Nak masuk medic ukm ni spm bm mmg kna A ke? Sbb abg saya spm semua A kecuali bm dia B. Asasi plk dia dpt 4 flat dan muet band 4. Tpi dia x ditawarkan temuduga... Tpi dia dpt temuduga medic usm. Sebab tu ke dia x dpt temuduga medic ukm ataupun sbb bm dia B?

kurakuraygslow said...

Kamal Ariff: Wassalam. 7 tahun lepas, siapa yg dah dapat USM memang takkan ditawarkan UPU lagi. Sekarang tak pasti pulak pasal tu. Sama ada Medic UKM nak BM SPM gred A sahaja ataupun sebab dia dah ditawarkan interview USM.

Anonymous said...

Assalam. Boleh ke kalau dari fakulti sains kesihatan ukm nak bertukar ke fakulti farmasi ukm?

Anonymous said...

Salam. UKM Kampus KL ni ada kemudagan asrama ke?

Anonymous said...

Hi admin,I think u need to update this so that our bakal pljr medic UKM will aware on the new changes, thank u

we are not in KL anymore,we are in cheras :)

Cheezywedges said...

I wish to get study medics in UKM. I'm turning 13 this year and I will put much efforts to enter the course !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails