After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


27 May 2015

Final Exam Tahun 4

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Pabila dah habis dua posting dalam satu semester, tibalah masanya untuk final exam!

Berikut merupakan jadual final exam batch aku~


 Semester 1


Semester 2


Sama jugak macam Tahun 3... korang akan ada empat hari untuk final exam. dua hari theory paper, dua hari lagi OSCE. bezanya, dulu gabung dua posting dalam sehari sesi OSCE. kali ni, setiap posting ada hari yang tersendiri untuk sesi OSCE masing-masing sebab soalan OSCE dalam Tahun 4 ni lebih banyak dan lebih lama masa yang diperlukan untuk setiap stesen.

Part yang lain takde beza pun. sama je =)

***

Jadi, apa kata aku share sikit pengalaman batch aku dalam final exam Tahun 4~


Posting 1 - Triad (ENT, Ophthalmology & Anaesthesiology)

Seperti yang aku dah bagitau dalam entri mengenai Triad posting, theory paper untuk Triad takde KFQ. cuma ada OBA dan EMI. korang akan dapat kesemua paper soalan secara serentak. ada EMPAT paper kesemuanya iaitu ENT, Ophthalmology, Anaesthesiology dan tidak dilupakan, PPD.

Mula-mula, korang perlulah cepat-cepat isi personal details dalam kesemua OMR paper yang ada. dua OMR paper untuk setiap posting (OBA dan EMI) menjadikan jumlah keseluruhan OMR paper yang korang perlu isi adalah enam!!! bayangkan lah betapa banyaknya masa yang diperlukan untuk isi personal details dalam enam OMR paper tu. jadi, pandai-pandai lah latih tangan korang untuk bergerak dengan pantas ye. hehe =D

Lepas dah isi details dalam keenam-enam OMR paper, korang akan start menjawab soalan yang mana dimulai dengan ENT dahulu. tolong jawab ENT ye masa ni. jangan menggedik-gedik nak jawab Ophthalmology atau Anaesthesiology pulak sebab selepas 15 minit menjawab, korang perlulah hantar ENT paper dalam bakul yang disediakan.

Selepas semua orang settle down, korang akan start menjawab Ophthalmology pulak. juga 15 minit masa yang diberikan lepas tu kena hantar kat depan. then, barulah boleh jawab Anaesthesiology pulak. selepas 15 minit pun kena hantar kat depan. akhir sekali, barulah boleh jawab PPD selama 15 minit. then, hantar kat depan dan boleh blah dari exam hall =)




Dalam theory paper untuk ketiga-tiga posting tu akan ada 10 soalan MCQ yang merangkumi 8 soalan OBA dan 2 soalan EMI. bermaksud akan ada 10 soalan untuk dijawab dalam masa 15 minit. untuk PPD pulak, seperti biasa akan ada pecahan soalan yang bernilai 10 markah. ada satu je booklet PPD nanti. suka hatilah dia nak keluar PPD untuk posting yang mana. masa aku exam dulu, PPD theory paper keluar pasal Anaesthesiology.

Then, untuk OSCE pulak... akan ada 5 soalan ENT, 5 soalan Ophthalmology, 4 soalan Anaesthesiology dan 1 soalan PPD (manned / unmanned OSCE). cara OSCE dikendalikan sama je macam third year dulu. yang pelik sikit cumalah... dia akan gabung dua soalan dalam satu stesen. setiap stesen 10 minit. bermaksud, 1 soalan = 5 minit.

Sebagai contoh, ENT kan ada 5 soalan. jadi, ENT akan ada 2 setengah stesen. yang lagi setengah tu dia gabung dengan Ophthalmology yang menjadikan Ophthal pun ada 2 setengah stesen. Anaesthesiology pulak ada 2 stesen. PPD seperti biasa, ada 1 je stesen selama 10 minit (suka hati lah soalan dia mengenai posting yang mana). jadi, jumlah keseluruhan stesen yang ada = 8 stesen soalan = 80 minit. tak campur dengan stesen rehat lagi tu. seeeeeee. lama kan setiap sesi OSCE. dekat 2 jam -,-

Oh ye. dalam slip result nanti, setiap minor posting ada gred masing-masing tau. bermaksud ENT ada gred dia sendiri, Ophthalmology dan Anaesthesiology pun sama.




***

Posting 2 - Psychiatry

Untuk theory paper, ada 40 soalan MCQ yang mana ia merupakan gabungan OBA dan EMI. untuk KFQ pulak, ada 5 soalan besar beserta pecahan soalan masing-masing yang mana setiap soalan besar bernilai 12 markah. kemudian, seperti biasa akan ada booklet PPD jugak. cara pelaksanaan final exam bagi theory paper Psychiatry sama je macam third year. takde yang pelik pun. korang akan dapat kesemua paper soalan secara serentak, suka hatilah nak jawab yang mana dulu pun, habis je masa exam hantar kesemua booklet ke depan.

Bagi OSCE pulak... haaaa yang ni cuak sikit. korang akan ada 9 stesen manned and written OSCE yang mana setiap stesen adalah 10 minit. part manned OSCE tu yang cuak sebenarnya. akan ada 2 manned OSCE station dan 7 written OSCE station. kat manned OSCE station tu korang kena interview SP selama 10 minit. tak perlu present findings pun. bayangkan korang tengah exam CSL untuk history taking part. haaaa sebijik!

Lepas dah habis 10 minit interview kat manned OSCE station, pergi ke stesen seterusnya untuk jawab soalan mengenai interview tadi kat written OSCE station. dia akan tanya lah apa diagnosis patient tu bla bla bla. kemudian, untuk manned OSCE station yang kedua, korang perlu ulang langkah yang sama. tidak dilupakan, kita ada 5 lagi written OSCE station yang lain. selain daripada Psychiatry station, ada PPD station jugak. ikut nasiblah korang dapat manned / unmanned OSCE untuk PPD station tu.




***

Posting 3 - Orthopaedic & Traumatology 

Untuk theory paper, ada soalan MCQ yang mana ia merupakan gabungan OBA dan EMI (tak ingat pulak ada berapa soalan. haha). untuk KFQ pulak, ada 4/5 soalan besar beserta pecahan soalan masing-masing (tak ingat berapa markah setiap soalan. hihi). kemudian, seperti biasa akan ada booklet PPD. cara pelaksanaannya sama macam paper Psychiatry.

Bagi OSCE pulak... pun sama macam paper Psychiatry. akan ada manned dan written OSCE station. setiap stesen adalah 10 minit. ada 2 manned OSCE station yang mana korang kena buat physical examination on the spot! bermaksud kena buat DUA physical examination! OMG entah kat mana tercabut jantung aku masa ni. oh ye. untuk manned OSCE station ni korang perlu present findings beserta Q&A session sekali. macam short case. cuma ni bukan patient betul pun. SP je. good luck! ;-)

Untuk written OSCE station pulak, akan ada dua soalan dalam satu stesen (macam Triad posting). memandangkan satu stesen tu 10 minit, jadi 1 soalan = 5 minit. kemudian, tidak dilupakan PPD station =)




***

Posting 4 - Paediatrics

Untuk theory paper, ada soalan MCQ yang mana ia merupakan gabungan OBA dan EMI (tak ingat ada berapa soalan). untuk KFQ pulak, ada 4/5 soalan besar beserta pecahan soalan masing-masing (tak ingat berapa markah setiap soalan jugak. haha). kemudian, seperti biasa akan ada booklet PPD. cara pelaksanaannya adalah... korang perlu jawab MCQ terlebih dahulu kemudian hantar ke depan. then, barulah boleh jawab KFQ dan PPD.

Bagi OSCE pulak... sememangnya cuma ada written OSCE station sahaja. so takyah nervous sangat kot sebab takde manned OSCE station. hihi. aku tak ingat pulak setiap stesen berapa minit. yang pasti, satu stesen ada satu soalan je. kemudian, mestilah ada PPD station jugak =)




***

So, itulah yang aku dapat share mengenai Final Exam bagi Tahun 4. basically, korang cuma terkejut kat part manned OSCE tu je. hahaha. part lain korang dah pernah lalui masa Tahun 3 =)

Kalau Tahun 3 dulu maksimum boleh terkandas DUA POSTING, dalam Tahun 4 pulak... maksimum boleh terkandas DUA MAJOR POSTING atau SATU MAJOR POSTING + DUA MINOR POSTING termasuk PPD. bermaksud, kalau korang dah terkandas Orthopaedic dan Paediatrics dalam Semester 1, yang mana kedua-duanya merupakan major posting, korang dah tak boleh terkandas mana-mana posting sekalipun dalam Semester 2. kalau terkandas jugak, repeat year lah gamaknya. kalau cuma terkandas dua major posting tersebut, masih boleh re-sit posting dan exam.

Selain daripada tu, Triad kan ada tiga minor posting. so, kalau korang terkandas Psychiatry (major posting) dan Anaesthesiology (minor posting) dalam Semester 1, bermaksud korang hanya terkandas satu major posting dan satu minor posting. sudah tentulah masih boleh re-sit posting dan exam. akan tetapi, kalau korang terkandas lagi satu major posting masa Semester 2, repeat year jugak jawapannya. 

Cara pelaksanaan re-sit posting sama macam third year. bezanya... major posting perlu re-sit selama 3 minggu manakala minor posting hanya seminggu.




***

Alhamdulillah. aku lulus kesemua posting dalam Tahun 4. bermaksud, aku tak pernah re-sit exam mahupun re-sit posting selama 4 tahun bergelar mahasiswa perubatan UKM. aku percaya semua ni hasil doa ibu bapa aku. kalau dorang tak doakan aku, takde nya aku mampu lulus exam tu. itulah kepentingan doa dan restu daripada ibu bapa. kalau korang nak exam, rajin-rajinlah bagitau parents mintak doakan. doa ibu bapa ni takde hijab tau =D

Aku akan melangkah ke Tahun 5 pada 3 Ogos 2015 nanti. tolong doakan aku mampu manfaatkan setahun yang tinggal sebagai mahasiswa perubatan UKM ye. tahun akhir merupakan tahun yang paling stress, paling takut, paling excited, semua feeling lah ada. paling stress sebab masa ni memang busy, paling takut sebab kita kena tau semua benda (dah final year kan), paling excited sebab dah nak habis belajar dan bakal menggenggam segulung ijazah MD UKM =D


 
One year to go. InsyaAllah ^^


Akan tetapi, ada kawan-kawan aku yang masih tersekat perjalanannya buat masa ni. tolong doakan dorang mampu mengharungi re-sit posting dan exam Tahun 4 dengan lancar dan bakal bersama-sama melangkah ke Tahun 5 dengan jayanya. insyaAllah. aminnnnn =)

* aku belum ambil slip result lagi. hehe. so, tak tau berapa CGPA untuk Tahun 4.


Forensic Pathology

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Forensic Pathology merupakan posting/modul sampingan kedua dalam Tahun 4. tapi, modul ni macam SSM jugak. dia berlarutan dari Tahun 4 hingga ke Tahun 5. hihi.

Apakah yang korang fikir pasal Forensic Pathology? ia sejajar dengan nama yang diberikan... sudah tentulah modul ini mengenai FORENSIC!!!! jadi, silalah prepare hati anda untuk kuat. sape yang lemah semangat tu, selawat banyak-banyak kat bilik mayat nanti ye ;-)

First of all, masa masuk Tahun 4 nanti korang akan dapat briefing daripada staff kat Jabatan Forensik. masa tu lah korang akan dapat forensic log card. anda perlulah observe 10 post-mortem sebelum boleh perform 2 post-mortem. lepas perform kedua-dua post-mortem, kena buat report pulak. satu dalam Bahasa Melayu, satu dalam English. report tersebut perlulah dihantar ketika korang dalam Tahun 5.

Kesimpulannya, korang kena tengok 12 kali post-mortem lah ye kat bilik mayat. boleh acah-acah CSI sikit =P 




***

Selain daripada observe dan perform post-mortem, akan ada forensic lectures jugak masa Common Lecture. forensic lectures ni serius lama. dari pukul 3 petang hingga 6 petang setiap sesi. jadi, pastikan anda telah makan terlebih dahulu sebelum menghadiri Common Lecture tersebut =)

Kebiasaannya, apa yang doktor dah ajar dalam lectures dia akan tanya balik masa kita observe atau perform post-mortem tu. jadi, memang kena pay attention lah masa lectures. bagaimana pula dengan waktu untuk observe atau perform post-mortem? takde dalam jadual pun macam SSM.

Well... Forensic memang takde dalam jadual. korang kena pandai-pandai cari waktu sendiri untuk pergi observe dan perform post-mortem tu. kena pandai-pandai update dengan Jabatan Forensik, berapa banyak kes yang ada pada hari tu... then pergi lah observe. kalau korang tengah posting yang busy, memang mustahil nak tengok post-mortem. jadi, aku nasihatkan... asal korang free je pergi lah tengok post-mortem tu. better observe kesemua 10 post-mortem sebelum habis Tahun 4, kemudian boleh perform masa cuti selepas final exam dan buat report sebelum masuk Tahun 5. kalau tak hantar report, tak boleh ambik Professional Exam.

Berikut merupakan format penilaian Forensic Pathology~


Exam dan Moot Court akan dijalankan dalam Tahun 5


Nak observe post-mortem tak kisah lah berapa ramai sekalipun, tapi nak perform maksimum 4 orang student sahaja setiap kes. kemudian, jangan lupa buat report! hectic tak Tahun 4 ni? dengan SSM lagi, Forensic lagi. haihhhhh tak cuti lah aku gayanya T_T


Updated:

Forensic end posting examination ada 50 soalan MCQ je. bukan 60. soalannya adalah dalam bentuk ABC dan kena jawab 'true' atau 'false'. kebiasaannya, exam ni dijalankan masa study week before Professional Exam. bagi aku agak mengganggu jugak lah sebab nak study untuk ProExam lagi, nak study untuk forensic pulak. padahal tak payah beriya-iya sangat pun study untuk forensic. haha. biasalah budak medik memang kiasu sikit. semua benda nak study. LOL. markah forensic tak masuk dalam ProExam pun. cuma kena PASS forensic baru lah layak ambik ProExam.

Moot Court tu takde apa sangat pun. korang kena pergi DK atau auditorium untuk tengok video demonstration on murder trial. kehadiran adalah wajib. benda alah ni akan dijalankan pada hari Sabtu selama sejam. tu je. toksah study beriya sangat :P


Special Study Module (SSM)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Special Study Module (SSM) merupakan salah satu posting/modul sampingan dalam Tahun 4. ia akan dijalankan selama tiga semester iaitu pada Tahun 4 Semester 1, Tahun 4 Semester 2 dan Tahun 5 Semester 1. kalau korang perasan, dalam jadual posting-posting utama sebelum ni... akan ada slot SSM pada setiap Khamis petang. jadi, masa tu lah korang akan berjumpa dengan supervisor dan groupmate SSM =)

Sebelum kita teruskan, sebenarnya SSM ni pebenda?

Well. sebagai medical student UKM, mesti korang dah pernah belajar Medicine & Society Module masa pre-clinical years. mesti dah kenal apa itu study design, statistical analysis, SPSS etc. mesti masih ingat macam mana cara nak buat research proposal dalam posting JKM. haaaa sekarang lah masa untuk korang aplikasikan segala ilmu pengetahuan yang ada untuk buat RESEARCH SEBENAR!!!

Masa fourth year nanti, korang akan dapat briefing mengenai SSM. masa tu jugak korang akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. satu kumpulan ada dalam 6-7 orang ahli. setiap kumpulan perlu pilih jenis research yang korang nak. antara jenis research yang ada~

* Laboratory-based research
* Clinical research
* Community-based research
* Health system research

Memang korang boleh pilih nak jenis research macam mana. tapi, tak semestinya korang akan dapat apa yang korang nak. dia ikut availability of doctors in that field. sebagai contoh, kalau korang pilih laboratory-based research... kebiasaanya doctor in-charge is a pre-clinical doctors. andai kata ramai sangat yang pilih laboratory based-research, konfem lah pre-clinical doctors tak cukup. jadi, korang akan dapat clinical research. haaa gitulah lebih kurang.

Ni contoh tajuk research sebagai panduan~




Kebiasaanya... laboratory-based research akan dapat pre-clinical supervisor, clinical research akan dapat clinical supervisor, community-based research akan dapat JKM supervisor manakala health system research akan dapat supervisor dari Jabatan Pendidikan Perubatan. andai kata supervisor SSM korang tu under clinical research, dan dia bawah Jabatan Surgeri, jadi... research korang mestilah bersangkut-paut dengan surgeri.

Basically, apa yang korang perlu buat dalam SSM adalah prepare research proposal, collect data, analyse, then buat manuskrip dan present research finding pada Tahun 5 Semester 1.

Nanti akan ada slot khas untuk presentation tu yang dinamakan Medical Undergraduates Annual Scientific Research Meeting (MUASRM). siap ada sijil dan hadiah untuk pemenang. then, mana-mana research yang mantap tu akan diterbitkan dalam medical journal. haaaaa masa ni lah sape-sape yang minat dengan research tu akan tersenyum lebar. *yang penting aku bukan orang tu... hahahaha* =P

***

Jadi, apa yang korang perlu buat dalam SSM adalah... masa Tahun 4 Semester 1, anda perlulah berjumpa dengan supervisor dan groupmate anda untuk membincangkan tajuk research tersebut. then, cari literature review bla bla bla dan buat research proposal.

Berikut merupakan objektif SSM dalam Tahun 4 Semester 1~




Research proposal tu korang hanya perlu tunjuk kat supervisor sendiri sahaja. berikut pula merupakan format penilaian SSM dalam Tahun 4 Semester 1~




Bila dah habis Tahun 4 Semester 1, gred SSM akan tertera dalam slip result anda =)

***

Kini, kita beralih ke SSM dalan Tahun 4 Semester 2 pulak. masa ni, korang kena present research proposal tadi tu kat department (sebagai contoh korang bawah Jabatan Surgeri, jadi korang kena present depan lecturer Surgeri yang lain). lepas dah present, andai kata department dah bagi approval, boleh lah korang proceed dengan ethics application untuk start data collection.






Sama jugak macam Semester 1, gred SSM akan tertera dalam slip result =)

***

Akhirnya, sampai pun ke fasa akhir SSM. masa Tahun 5 Semester 1, korang akan ada SSM selama 7 minggu sebelum bermulanya posting klinikal. masa ni lah nak collect data kemudian analyse, masa ni lah nak buat manuskrip, masa ni lah jugak nak prepare untuk presentation sebab MUASRM akan diadakan pada minggu ke-7.

Sebab tu lah ramai yang start data collection lebih awal daripada yang sepatutnya. kalau korang ada 100 data, mana sempat nak buat data collection dalam masa seminggu. jadi, kebanyakan student akan start data collection dalam Tahun 4 Semester 2 atau pun masa cuti selepas final exam fourth year (kalau takde re-sit posting).

Sebenarnya, tak kisah lah korang nak buat macam mana sekalipun. yang penting, kena siapkan kesemuanya sebelum MUASRM. jadi, ramai lah yang mengorbankan cuti mereka semata-mata kerana SSM =(

Berikut merupakan objektif SSM dalam Tahun 5 Semester 1~




Format penilaian nya~




Kalau research korang hebat, untung-untung boleh menang siap publish dalam medical journal lagi. jadi, silalah buat research dengan bersungguh-sungguh kalau nak menang. hewhew =P


26 May 2015

Posting 4 - Paediatrics

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Setelah habis cerita mengenai Orthopaedic posting, kini tibalah kita ke posting terakhir dalam Tahun 4 iaitu posting yang menjadi kesukaan ramai sebab boleh jumpa budak kecik tapi stress lah jugak posting ni iaitu Paediatrics posting!!!!

Sebagaimana gerun nya korang bila dengar O&G posting, begitulah juga perasaan kat Paediatrics posting =P

Sebelum aku menakutkan-nakutkan korang *haha*, molek lah kiranya kita tengok dulu jadual posting ni yang berlangsung selama 8 minggu =)








* Skills Laboratory
* Communication Workshop (PPD)
* Radiology Tutorial
* PBL
* Seminar


Buat pengetahuan korang, Jabatan Pediatrik terletak kat tingkat 4. wad pediatrik pun kat tingkat 4. tapi, masa fourth year... korang tak boleh masuk wad pediatrik kat HUKM sebab wad tu dikhususkan untuk fifth year. jadi, mana pulak korang kena pergi ni???

Jawapannya... anda perlulah ke Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk praktikal!!! kena bangun awal pagi sebab bas ke HKL pukul 7.15 pagi. huhu. pukul 5.00 petang baru boleh balik ke HUKM semula juga dengan menaiki bas.

Selain daripada praktikal kat HKL, korang juga perlu ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU), HUKM dan juga Daycare/Paeds Surgery Ward, HUKM mengikut jadual yang telah ditetapkan.



Inilah contoh jadualnya. KK4, KK5 dan KK6 tu merupakan wad pediatrik kat HKL. jadi, secara purata... setiap group akan ada 2 minggu kat NICU, 4 minggu kat HKL dan 2 minggu kat Daycare.


Mana-mana group yang perlu ke HKL tu, kenalah tunggu bas pukul 7.15 pagi. yang mana perlu ke NICU, pastikan pukul 8.00 pagi dah terpacak dalam NICU ye. NICU ni dekat je dengan labour room kat tingkat 1. manakala group yang perlu ke Daycare, perlu lah berada di Daycare Ward (Thalassemia Ward) kat tingkat 4 pada pukul 8.00 pagi.

Basically, setiap group perlulah berada di HKL/NICU/Daycare selama tiga hari dalam seminggu mengikut slot ward work / bedside teaching tu.

Bagi yang posting kat HKL... kalau diikutkan, takde jadual yang tetap pun untuk setiap sesi ward work / bedside teaching tu. macam biasa... pergi ke wad untuk praktis clerk patient, buat physical examination dan bedside teaching. supervisor korang dari HUKM akan datang ke HKL untuk sesi bedside teaching tu. selain daripada teaching dengan supervisor, korang juga akan ada teaching dengan doktor kat HKL. tengok jelah jadual nanti. 4 minggu posting kat HKL bersamaan 4 kali teaching dengan doktor kat HKL. tak masuk teaching dengan supervisor sendiri lagi. memang banyak lah teaching korang nanti. hehe. kat HKL ada ward round. tapi, tak wajib join pun. kalau nak join, boleh saja. cuma crowded jelah sebab HO kat sana terlampau lah ramai. sesuai lah dengan patients nya yang juga ramai ;-)


gambar sekadar hiasan


Selain daripada bedside teaching, korang juga boleh penuhkan logbook procedure kat HKL. banyak lah jugak procedure boleh dapat. pandai-pandai lah hang nak hidup ye. hehe. oh sebelum terlupa. sebagai nasihat, banyak-banyak kan lah praktis physical examination lagi-lagi developmental assessment kat HKL. kat HKL tu kan ramai patients. memang banyak sangat lah peluang nak praktis. antara nak dengan tak nak je =)

Bagi yang posting kat Daycare pulak, masa ni lah korang nak praktis history taking dan physical examination kat Thalassemia dan cancer patients. daycare ward boleh dikatakan khas untuk Thalassemia dan cancer patients sebab dorang akan datang awal pagi, undergo blood transfusion atau bone marrow aspiration then balik pada waktu petang. sama jugak macam kat HKL, takde specific schedule untuk sesi ward work / bedside teaching tu. seperti biasa, anda perlulah contact supervisor anda untuk teaching, kemudian clerk lah patients sikit dan terus cari logbook procedure =)

Akan tetapi, posting kat NICU lain sikit. korang memang kena kuarantin dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang kat situ. dah lah NICU tu gelap. haihhh boleh mati kutu kot. kat NICU, setiap orang wajib cover bed dan join ward round. sehari ada dua kali ward round, pagi dan petang. selain daripada ward round biasa, pada hari Selasa dan Khamis akan ada grand ward round. jadi, jadual kat NICU bukan lah tiga hari seminggu, tetapi empat hari seminggu -,-




Memandangkan jadual kat NICU macam padat sikit, jadi kebarangkalian untuk ada bedside teaching tu kurang. dah lah pagi-pagi kena cover bed, ward round, then cover bed lagi, ward round lagi... cari logbook procedure pastu balik bilik pada pukul 5.00 petang. esok nya datang semula NICU dan ulang rutin yang sama. korang tau kan NICU ni merupakan ICU untuk neonates (less than 1 month old). jadi, aseptic technique amatlah ditekankan kat sini. pastikan korang basuh tangan sebelum dan selepas pape procedure. rate of infection untuk neonates kan tinggi. pastikan korang tak bawak penyakit berjangkit pulak kat neonates yang tak berdosa tu. hihi.

Oh ya. masa posting NICU nanti, sila lah ambil peluang untuk praktis newborn screening banyak-banyak. korang takkan jumpa newborn kat HKL mahupun Daycare. cuma kat NICU je ada. tapi, newborn kat NICU tak berapa sesuai untuk korang buat examination memandangkan dorang kan tak sihat. jadi, boleh lah pergi ke O&G ward untuk cari newborn yang sihat =)



Kids... so cute and adorable aren't they? ;-)

***

Selain daripada posting kat HKL, Daycare dan NICU... kita juga akan ada slot Skills Laboratory pada hari pertama posting. selepas briefing kat department, korang akan tengok video physical examination in paediatrics sehingga tengah hari... kemudian pada waktu petang, korang akan praktis physical examination tu kat mannequin. basically, first day in paediatrics kena mahir physical examination skills dulu lah.

Then, pada hari Jumaat minggu pertama posting akan ada PPD Communication Workshop. nanti korang akan tengok video, then komen pasal video tu. ini merupakan PPD assessment. so, attendance is mandatory.

Kemudian, setiap hari Jumaat akan ada Radiology Tutorial bertempat di Jabatan Radiologi kat ground floor. nanti korang akan tengok radiography of common diseases in children. tolong pay attention sebab radiograph ni boleh keluar dalam OSCE. ada 4 kali Radiology Tutorial session, dan pada minggu kelima akan ada kuiz. takde markah pun untuk kuiz ni sebenarnya. hehe =D

Pastu, pada setiap hari Khamis akan ada PBL manakala pada hari Jumaat akan ada Seminar. walaupun namanya PBL, benda alah ni sama je macam seminar sebenarnya. korang kena buat slide dan present untuk slot PBL dan Seminar tu. kedua-duanya akan dijalankan kat department.

***

Kini, jom kita beralih ke format penilaian posting ni~




Seperti biasa, anda perlu lah PASS ketiga-tiga komponen bagi membolehkan anda pass posting ni =)

CA menyumbang sebanyak 30% yang mana 10% datangnya daripada CWU. korang hanya perlu buat satu CWU yang perlu dihantar kepada supervisor masing-masing. ikut lah supervisor korang nak CWU tu bila. then, lagi 5% ada kat logbook manakala baki lagi 15% ada kat supervisor's report.

Then, theory paper menyumbang sebanyak 35% yang mana ada OBA, EMI dan KFQ. OSCE pun 35%. dalam posting ni, akan ada short case dan written OSCE. jadi, bersedialah untuk nervous yang teramat pada hari short case anda. haha. serius short case ni mendebarkan macam short case IM dulu. ada 3 hari yang dikhaskan untuk short case pada minggu terakhir posting. ikut nasib lah korang dapat hari yang mana. kena buat DUA physical examination. huhu. kemudian, dalam final exam akan ada written OSCE.

Untuk PPD component, sama je macam posting yang lain.

Bagi re-sit posting pediatrik, sama jugak macam yang lain... takde CWU mahupun logbook. tapi ada short case. aigoooo T_T

***

Berikut merupakan suggested books dalam posting pediatrik~




Illustrated Textbook of Paediatrics lebih dikenali sebagai Sunflower. dalam buku tu ada banyak jugak lah gambar siap dengan penerangan. Nelson pulak lebih wordy. ikut suka sebenarnya korang nak baca yang mana. aku cuma beli Sunflower. tak beli pun Nelson. tu pun kadang-kadang je baca. hahaha =P

Yang Gomella Neonatalogy tu more to NICU posting. tapi aku tak pernah nampak pulak buku tu. haha. ramai yang beli Paediatrics Protocol Handbook. kalau nak beli, boleh saja. tapi aku tak beli pun. download PDF je. kikiki =P

***

Orait. macam sudah habis cerita pasal Paediatrics posting. mungkin ramai yang cakap, posting ni merupakan posting paling tough dalam fourth year. aku tak nafikan kebenaran tersebut. cuma, takde lah tough mana pun sebenarnya. doktor dia je yang scary sikit. ehhh scary banyak. hahaha =P

Dulu aku dapat supervisor yang paling scary dalam posting ni. stress lah jugak. tapi, entah kenapa aku rasa zaman O&G posting aku lebih tough daripada posting pediatrik. O&G dapat malignant ward, Paediatrics dapat the scariest supervisor. memang bernasib baik betul kan aku ni. hahaha =D

Walaupun posting ni memenatkan sebab kena pergi ke HKL seawal pagi dan balik pada lewat petang, kadar stress aku kurang kalau nak dibandingkan dengan O&G posting dulu. mungkin itu lah hikmahnya aku lalui posting yang sangat tough masa third year. bila dah jumpa posting lain selepas O&G, segarang mana pun supervisor tu, sesukar mana pun posting tu... aku rasa macam "alahhhh apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan O&G posting tu". hiks!




Kesimpulannya, Paediatrics posting okay je. memang lah penat dengan jadual korang yang perlu ke HKL setiap hari tu, memang lah stress dengan supervisor yang garang, memang lah banyak nak kena study... tapi kalau korang mampu uruskan masa dengan sebaiknya, konfem takde masalah. bagi aku, apa yang kita belajar dalam pediatrik lebih kurang je macam IM. cuma kali ni, kena details sikit mengenai children's management. takde apa yang pelik pun dalam posting ni. baca jelah Clinical Practice Guideline (CPG) banyak-banyak. ahaks!

Orait. habis sudah cerita mengenai keempat-empat posting utama dalam fourth year. nanti aku akan sambung cerita mengenai posting sampingan pulak ye. chow bebeh~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...