After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


18 January 2013

Blood & Lymph - PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Segala penerangan mengenai jadual Module 1 dah pun diterangkan kat sini. so, kali ni, aku nak share dengan korang pasal PBL 1 yang bertajuk 'Roller Coaster Fever'. PBL ni menceritakan seorang student lelaki yang demam selama berminggu-minggu selepas masuk hutan. suhu badan dia ni kejap turun kejap naik macam roller coaster. kalau dalam medical term kita panggil intermittent fever. rupa-rupanya, dia dijangkiti Malaria... penyakit yang dibawa oleh nyamuk. senang cite, malaria ni merupakan vector-borne disease yang infect blood of the patient ;-)

So, sila lah tengok video ni untuk kefahaman lebih lanjut mengenai malaria lifecycle~



Oh ye. aku tak buat pun concept map untuk PBL ni sebab ahli PBL aku dah buatkan. hehe =)

***

Seterusnya, untuk PBL 2 yang bertajuk 'Kissing Fever', patient ni dijangkiti penyakit Infectious Mononucleosis yang berpunca daripada jangkitan Epstein-Barr Virus (EBV). penyakit ni dipanggil 'kissing fever' sebab dia berjangkit melalui air liur. so, inilah dia concept map yang aku buat~



Sebenarnya, aku memang suka buat concept map. sebab... kefahaman kita akan semakin bertambah bila kita buat concept map. lagi best bila dapat kaitkan pathogenesis sesuatu penyakit dengan sign and symptoms yang patient tu tunjukkan. then, terus dapat fikirkan treatment yang sesuai untuk setiap complication yang patient tu hadapi. walaupun mungkin ada info yang tertinggal, sekurang-kurangnya concept map ni membantu untuk jawab soalan exam. ingat je flow dia, inshaaAllah boleh jawab berbanding ingat ayat panjang berjela daripada buku =)

So, korang pun rajin-rajinlah buat concept map =D

***

Kemudian, PBL 3 yang bertajuk 'Ouch! My Back' menceritakan tentang seorang lelaki yang menghidap penyakit Multiple Myeloma. penyakit ni berpunca daripada abnormal proliferation of plasma cells yang seterusnya menyumbang kepada production of abnormal protein / paraprotein. penyakit ni boleh effect bone metabolism. sebab tu patient ni menghadapi komplikasi dengan tulang belakang dia.

So, ni dia concept map yang aku buat~



***

Orait. dah habis dah part Module 1. EOM untuk modul ni aku gagal buat kali kedua... huhu. kali pertama, masa Module 2 dalam Semester 2 dulu yang mana aku dapat C-. kali ni, gred yang aku dapat lagi teruk dari dulu. dapat D (41% - 43%) je. huhu =(

Aku memang study last minute gila masa ni. kan dah cuti 2 bulan sebelum masuk Tahun 2. so, aku memang terleka habis lah. fikir nak enjoy je. sepanjang 4 minggu pembelajaran Module 1 berlangsung, aku tak faham pape. esoknya nak EOM, pukul 5 petang ni baru start baca nota. memang main baca jelah. entah masuk entah tidak. tu yang gagal tu. 

Kesimpulannya, korang jangan lah study last minute ye. kalau tak, dapat result macam aku. huhu. anyway, aku mengharapkan aku mampu lulus final exam untuk modul ni. inshaaAllah.... amin~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails