Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Kali ni, aku akan bagi penerangan mengenai PPD Module pulak. basically, cara pelaksanaan modul ni sama je macam Tahun 1 dulu. kalau ada beza pun, beza sikit je.
Berikut merupakan format penilaian PPD Module untuk Semester 3~
***
Kalau masa Semester 1, korang kena buat creative presentation. Semester 2 pulak korang ada visit. Semester 3 ni korang kena buat Healthy Lifestyle Seminar pulak.
Korang cuma perlu bekerjasama dengan group PBL masing-masing untuk siapkan power point presentation dan jugak poster untuk seminar ni. temanya... of course 'healthy lifestyle'. korang boleh lah pilih tajuk obesity ke, drugs abuse ke..... tak kisah asalkan jangan overlapped antara mana-mana group.
Untuk power point presentation, konon-konon korang kena buat proposal untuk aktiviti korang tu. tapi, ni proposal olok-olok je. bukan korang nak buat program betul-betul pun. jangan terlebih semangat ye =)
Untuk poster pulak, kena ada segala input mengenai topik yang korang pilih tu. then, poster tu akan ditampal kat board biru depan DK1 masa hari presentation =)
Secara keseluruhannya, tugasan korang untuk seminar ni akan menyumbang sebanyak 10% dalam PPD Module.
***
Selain tu, mesti korang pelik kenapa ada sesi tayangan video Homeless to Harvard dalam jadual Module 2 ni. sebenarnya, ada soalan SGD berkenaan cerita tu. so, kalau korang belum pernah tengok cerita ni, boleh lah tengok ramai-ramai macam kat panggung wayang nanti. ahaks!
***
Orait. basically tu je kot yang perlu aku ceritakan pasal PPD Module untuk Semester 3 ni. macam biasa, reflective writing tetap kena buat untuk setiap semester ye =)
Oh cuma... dalam semester ni, takde paper teori untuk final exam PPD Module. yang ada hanyalah OSCE. dan OSCE menyumbang sebanyak 40%.
Ok. sampai sini je setakat ni. nanti aku akan update mengenai CSL Module pulak =)
No comments:
Post a Comment