After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


17 January 2013

Asas Keusahawanan & Inovasi (CESMED)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Orait. kini tibalah masa yang dinanti-nantikan. aku akan bercerita mengenai subjek Asas Keusahawanan & Inovasi / CESMED!!! ini merupakan subjek yang paling 'disukai' oleh seluruh batch aku =)



Kalau korang nak tau, subjek ni baru je diperkenalkan kat UKM masa batch aku dalam Semester 2. dah lah subjek baru, tetiba terus wajibkan semua student first year ambik subjek ni pulak tu.

Ok. kalau korang nak tau, subjek ni akan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang. yeay yeay bestnya!!! *sila baca dengan nada menganjing*

***

CESMED ni pun ada sesi lecture dan jugak group discussion serta presentation. kalau untuk student UKM Bangi, dorang akan mendengar lecture kat DECTAR. kalau untuk student UKM KL pulak, sila lah menghadirkan diri anda ke DK1. apa yang berbeza hanyalah, kat DECTAR dorang dapat tengok orang betul. kat DK1 pulak, kita cuma dapat tengok orang tak betul. eh, bukan orang gila. hehe. kat DK1, kita cuma akan tengok melalui siaran secara langsung dari DECTAR je. pehhh dah macam TV Show. hewhew.



Manakala, sesi group discussion serta presentation akan diadakan dalam kumpulan kecil. kalau kat Bangi tu, ikut suka dorang lah nak buat sesi ni kat mana. untuk student UKM KL yang course lain pun, ikut suka dorang lah. yang penting, aku nak bagitau kat mana student Medic UKM belajar CESMED ni =)

Kalau korang nak tau, dulu kitorang ni belajar CESMED kat HUKM tau. yezza! pergi HUKM setiap hari Rabu semata-mata untuk belajar CESMED. lupakan segala kepenatan, skip lunch, terpaksa mengharungi traffic jam, dan ditambah lagi dengan kerja yang berlambak-lambak hanya kerana ingin menghadiri CESMED. weeeehoo~ *ini ayat sarkastik*



Sebenarnya, aku pun tak tau kenapa kitorang perlu pergi HUKM hanya untuk belajar CESMED. macam lah kat UKM Kampus KL ni dah takde tempat untuk belajar CESMED. sedangkan PKP pun boleh digunakan untuk English Class, takkan lah nak belajar CESMED tak boleh pulak kan. aku pun tak faham. takpelah, dah lepas dah pun. harap-harap, batch korang tak perlu mengharungi kesusahan yang batch aku dah tanggung selama satu semester. in fact, aku tak pasti sama ada korang pun akan ambik subjek ni atau tak dalam Semester 2. dah banyak sangat bantahan yang timbul. mungkin, lepas ni, student Medic tak perlu ambik CESMED. who knows? ;-)

***

Orait. tak kisah lah korang akan ambik CESMED atau tak. aku tetap akan terangkan apa dia CESMED ni. sebenarnya, subjek ni lebih kepada nak menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri setiap mahasiswa. yelah. sekarang ni kan peluang pekerjaan dah semakin sengit ekoran lambakan graduan. so, CESMED ni konon-konon sebagai platform untuk kita menjana pendapatan awal kalau masih belum dapat kerja. haik tuih =P



Tapi, matlamat tu macam tak berapa nak tercapai dalam kalangan student Medic sebab konfem lah kita fikir peluang pekerjaan untuk bakal doktor sentiasa ada kan =) aish tak kisah lah. aku tak berminat untuk mempolitikkan isu ni.

***

Dalam sesi lecture, kebiasaannya akan ada beberapa tokoh usahawan yang terkenal kat Malaysia seperti Irfan Khairi; jutawan internet, Mohd Kamaruzaman Che Hussain; CEO Al-Jabbar dan Prof Dato Dr Zainuddin Wazir; Pengasas Allianze University College of Medical Sciences akan berkongsi pengalaman masing-masing dalam bidang keusahawanan ni.

Dalam sesi group discussion dan presentation pulak, korang kena pilih team atau company sendiri. kenapa company? dah nama nya business kan. of course lah kena tubuhkan company dulu. setiap company perlu ada lima orang ahli yang terdiri daripada CEO, VP of Marketing, VP of Operations, Chief Financial Officer dan Analyst. pehhh jawatan nak gempak je. padahal masa buat group task, tak ikut langsung pun jawatan-jawatan ni. haha =D

***

Masa kitorang CESMED dulu, dalam satu group besar ada 6 company. dan setiap group besar ni akan ada sorang fasilitator yang jugak merupakan lecturer Medic UKM. setiap group presentation akan dilakukan dalam group besar masing-masing.

Oh ye, sebelum tu... aku nak terangkan format penilaian CESMED ni dulu lah~


i.  Quiz - 5% x 7 Quiz - 35%

ii.  Start-Up Presentation - 15%

iii.  Growing Your Business Presentation - 20%

iv.  3rd Quarter Mogul Simulation - 10%

v.  7th Quarter Mogul Simulation - 20% 


***

i.  Quiz

Semua komponen dalam CESMED ni akan diberi markah secara berkumpulan. cuma kuiz je yang diberikan markah secara individu. korang akan dapat 7 slides mengenai topik-topik tertentu. then, korang kena baca slides tu seterusnya jawab soalan kuiz untuk ketujuh-tujuh topik. satu kuiz menyumbang kepada 5%. so, 7 kuiz = 35%. oh ye, korang kena baca slides tu sendiri. ambik lah masa korang untuk baca slides tu ye. macam dah takde kerja lain je nak buat kan. padahal lecture notes Medical Module tak sentuh lagi ni =.=


ii.  Start-Up Presentation

Ok. korang dah ada company sendiri kan. so, sekarang ni, korang kena prepare presentation untuk mempromosikan produk korang. masa kitorang dulu, konon-konon kitorang kena jual bluetooth device. so, kena lah reka design bluetooth device tu, then list kan kelebihan dia berbanding produk lain dan sebagainya. dah siap semua, kena fill in template start-up yang ada. oh ye. kita akan dibekalkan dengan template untuk setiap presentation tau. korang takyah lah susah-susah nak fikirkan sendiri apa yang perlu ada dalam setiap presentation. follow je template tu. then, present lah kat depan fasilitator selama 10 minit untuk setiap company.


iii.  Growing Your Business Presentation

Sama je macam start-up tadi. kali ni, korang kena prepare presentation berdasarkan template growing your business. dia cuma advanced sikit daripada start-up tadi je. tak banyak beza mana pun. tetap kena present selama 10 minit untuk setiap company.


iv.  Mogul Simulation

Tadaaa... ni lah part yang 'dinanti-nantikan'. masa ni lah korang kena jual bluetooth device korang tu. tapi, korang tak perlu jual betul-betul. mana nak cekau bluetooth device tu kan. tooth ada lah. bluetooth tarak. haha. sebenarnya, korang kena jual produk korang secara simulasi. alaaaa... macam korang main game Chocolatier tu. tak pun, Cake Mania =)

Korang kena log in satu website ni (aku pun dah tak ingat link dia... haha). cuma CEO je yang perlu log in. maksudnya, satu company perlu satu log in sahaja. then, korang kena bekerjasama dalam company untuk jual produk korang supaya korang dapat untung seterusnya kalahkan company lain. see... memang macam main game.

Masalahnya, takde masa kot nak buat analisis mengenai company lain tu semua. korang bukannya kena lawan company kawan korang je. korang kena lawan dengan satu UKM! ada berapa ratus company kot! lecture notes Medical Module tak sentuh lagi ni. haha! =D



Oh ye. apa maksud 3rd Quarter dan 7th Quarter tu? masa korang main Mogul Simulation tu nanti, akan ada banyak quarter. well... business memang camtu kan. ada 4 quarter dalam setahun. tapi, dalam Mogul ni, korang boleh main sampai beratus quarter hanya dalam masa sehari. errrrr.... tak faham? takpelah. tak penting pun. haha! =D

So, mengikut perancangan asal, markah korang akan diambil setelah korang submit 3rd quarter dan 7th quarter. tapi, rancangan tu berubah saat akhir yang mana keuntungan dalam 1st quarter dan 3rd quarter je yang diambil.

1st dan 2nd quarter kitorang kena submit sendiri. tapi, 3rd quarter... kitorang kena submit serentak kat DECTAR bersama-sama student UKM Bangi. aku ingat lagi, 30 Mei 2012 tu, kitorang semua dipaksa pergi ke DECTAR semata-mata kerana CESMED. tak pasal-pasal kelas lain pada hari tu kena bawak ke hari lain semata-mata kerana CESMED! dah lah masa tu tengah dalam Musculoskeletal Module! grrrrrrrr.



Nasib baiklah dapat t-shirt free dan kupon sebanyak RM10. terubat jugak geram kat hati ni =)

***

Lepas dah submit 3rd quarter tu, akhirnya.... CESMED pun habis! yeay!!!! sebanyak 30 company yang dapat keuntungan tertinggi dapat hadiah. hadiahnya, bluetooth device yang bernilai RM500 kot setiap satu. entah lah. aku tak ingat sangat sebab takde niat pun nak menang. muahahahaha =D

As a conclusion, aku bersyukur sebab CESMED dah habis dan aku berharap aku tak perlu lagi ambik course yang menambahkan stress ni. so, pesanan aku kat korang, andai kata korang kena ambik course ni, sila lah terima dengan berlapang dada. hehehe. mungkin waktu korang nanti dah banyak penambahbaikan memandangkan kitorang dah banyak sangat complain dulu. hihi =)


2 comments:

Anonymous yang baik said...

Sejibik sama apa yang ku lalui ;p
btw siapa punya gerangan penulis blog ini yea....??
humm....

kurakuraygslow said...

Hanya seorang pelajar perubatan UKM =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails