Hai korang, budak pandai!
Kali ni aku nak bagi penerangan pasal Module 1 masa Semester 1 lagi. yes memang pasal Module Cellular Biomolecules. again. banyak lagi yang aku belum terangkan dan mesti korang pun pening-pening lalat kan. jangan risau. kali ni kita enjoy sikit. orait?
Kalau korang tengok balik jadual ni, korang akan sedar yang jadual Medic UKM ni tak lah sepadat mana. SLP takyah pergi kelas, MES dan IT Application (PPD) pulak kena pergi by group, ZT tak wujud untuk Semester 1 ni. mungkin Semester 2 ada kot. aku pun tak tau apa dia ZT tu sebab kitorang takde ZT. hehe.
So, kesimpulannya, korang kena pergi kelas ramai-ramai untuk CL, PBL, lab dan English Class je. see. heaven kan. kalau kelas habis awal, boleh terus jalan-jalan kat Berjaya Times Square. hehehe =D
***
Dan, dalam entri yang tu, aku ada nyatakan jugak bahawa EOM dan PBL menyumbang sebanyak 20% dan 10% untuk carry mark for Final Exam. tapi, mungkin itu tak berapa nak details menjadikan korang masih terpinga-pinga tanpa arah tuju. so, kali ni, aku akan tunjukkan format penilaian Module 1 ni. khas untuk korang.
Macam yang aku nyatakan kat atas tadi, EOM = 20% dan PBL = 10%.
EOM + PBL = 30% (Continuous Assessment).
Baki lagi 70%, ada kat Final Exam. so, Final Exam = 70%.
Final Exam pulak ada Theory Paper + OSPE.
Theory Paper = 60%, OSPE = 10%.
Dalam Theory Paper, ada OBA (soalan objektif yang mana kena pilih jawapan paling tepat), EMI (pilih jawapan untuk setiap pernyataan) dan MEQ (essay).
OBA + EMI = 50%, MEQ = 50%.
Jadi, markah ketiga-tiga benda ni akan dijumlahkan untuk dapatkan pecahan 60% macam kat atas tu.
Soalan yang akan keluar dalam Theory Paper ni adalah sume yang korang belajar kat CL, SLP, PBL dan MES.
Kesimpulannya, OBA + EMI + MEQ = 60%.
Finally, OSPE. ni exam kat lab. pape yang korang dah belajar kat lab tu, akan keluar dalam exam ni pulak. aku pun tak berapa nak jelas lagi format sebenar sebab aku belum ambik exam ni. nanti kalau aku dah jelas, aku update ok.
OSPE = 10%.
* aku harap korang terer Maths. baru tak pening. hehehe.
***
Sekali lagi aku nak jelaskan, ni hanyalah format untuk Module 1 je. tiap-tiap module, lain-lain cara penilaian dia. dan setiap module akan menyumbang 100% untuk Final Exam. kiranya, ni macam subjek lah. korang ada subjek Biology, Chemistry, Mathematics, Physics tu sume kan. dan dorang adalah 4 subjek yang berlainan. sama jugak macam module-module ni. ada 4 module yang berlainan. masa final nanti, korang dapatlah gred untuk setiap module. dan ini menyumbang kepada CGPA.
***
Aku asyik membebel pasal cara penilaian je kan. skang ni, jom kita tengok pulak apa dia buku yang sesuai untuk Module 1. aku tau, korang dah semangat kan nak beli buku. dah tak sabar nak pergi Kamal Bookstore lettew =P
Buku ni sume tak wajib pun beli. Ikut suka korang.
Hidup sebagai student Medic, memang kena rajin baca buku. at least 4 jam sehari. tu lecturer aku yang cakap. tapi aku, sejam pun tak sampai. eh ke tak pernah baca pun. hahahaha! =P (aku harap aku akan berubah)
3 comments:
nak tengok nota boleh? hehe
Nak tengok macam mana?
Assalamualaikum,kak. Akak please wasep saya at +6281910278140... i'm from medical student twinning prog ukmunpad... i need ur help, lots of questn to be asked... anyway, thanx in advance ^_^
Post a Comment