Hai korang, budak pandai!
Mesti korang dah tak sabar-sabar kan nak tau apa dia silibus Medic UKM ni. biasalah, freshie memang macam tu. kang dah belajar sebulan dua, baru lah korang rasa tak nak tau pun apa jadual esok. hahaha =P
Kat UKM KL, sume student akan belajar dalam Bahasa Inggeris. tapi, kat UKM Bangi, dorang belajar dalam Bahasa Melayu. so, korang kena kuasai sedikit sebanyak term-term dalam Bahasa Inggeris ok. pape pun, takyah risau. kebanyakan lecturer kita memang warga tempatan. so, English dorang tu tersangatlah Melayu bunyinya. korang takkan mengalami masalah untuk memahami apa yang dorang cakap pun.
***
Kelas untuk student Medic bermula secara rasmi pada minggu ketiga korang mendaftar kat UKM. masa ni, pandai-pandai lah korang nak hidup. dah kena pergi kelas sendiri, naik bas sendiri, makan sendiri. no more makan-makan free macam kat Kem PPD lagi.
So, aku nak bagitau korang silibus Medic UKM secara terperinci. details tau! mana nak dapat senior sebaik aku ni. ehem! andai kata terjumpa aku kat fakulti nanti, payung lah sikit =P
First of all, kita akan ada 2 semester dalam setahun. tempoh untuk 1 semester lebih kurang 6 bulan. jadi, akan ada 12 bulan lah tempoh korang belajar. dah tu, bila masa pulak nak cuti? belajar pun sampai 12 bulan a.k.a setahun.
Adik-adik, kalau nak jadi student Medic, kena korbankan cuti tu. Medic mana ada holiday-holiday ni. 24 jam belajar! ok sangat melampau. aku dah menakutkan freshie Medic yang mungkin akan tarik diri lepas ni. muahahaha =D
Ada je cuti, 2 kali dalam 1 semester. seminggu cuti midsem, dan seminggu jugak cuti akhir semester. puas hati? (untunglaa student course lain cuti lama)
***
Kat UKM, kita belajar guna module. untuk Semester 1, ada 4 module yang perlu kita cover.
Module 1 - Cellular Biomolecules
Module 2 - Body Tissue
Module 3 - Membrane And Receptors
Module 4 - Metabolism
Dan jugak, ada 2 paper lain selain 4 module ni iaitu :
1. Professional & Personal Development (PPD)
2. Academic Communication (English)
Tempoh untuk setiap satu module lebih kurang sebulan. harap maklum.
***
Lepas habis satu module, akan ada Exam End Of Module (EOM) yang menyumbang kepada 20% untuk Final Paper setiap module. bermaksud, korang akan jumpa 4 kali EOM dan 6 kali Final Paper (rujuk subjek dalam slip) untuk Semester 1.
Takat lulus untuk exam ni sume adalah Gred C (50%). yang mana dapat C- dan ke bawah tu, harap maaf, anda gagal.
Kalau gagal EOM, ok lagi. takyah reseat paper. tapi kalau gagal Final Exam, kena reseat dulu module yang korang gagal tu. kalau dah reseat pun gagal lagi, kena repeat year. masuklah Tahun 1 balik waktu kawan-kawan korang sume dah masuk Tahun 2. (Aku berharap supaya aku tak perlu repeat year. Amin)
Paham tak ni? kalau tak paham, sabar. as we go along with other entries, you might be understand with all of this. ok =)
***
Skang ni, jom kita tengok jadual Module 1 aku dulu. let's go~
p.s : sila abaikan segala kerajinan aku mewarnakan jadual tu =.=
***
Kat dalam jadual tu, ada banyak sangat tulisan yang susah nak difahami dengan mendalam kan. don't worry. I'm here. ehem.
Try fokus kat kotak atas tu kejap. aku nak terangkan apa maksud singkatan-singkatan yang ada kat sekeliling dia.
Atas belah kiri (BM) - Aku tak ingat lah pulak. tapi yang pasti, tu paper untuk semester 1.
Bawah belah kiri (DK1) - Nama tempat, Dewan Kuliah 1.
Atas belah kanan (CL2) - Merujuk kepada 'Concept Lecture 2'. maksudnya ini adalah lecture yang kedua.
Bawah belah kanan (Bio) - Nama jabatan. Bio bermaksud Jabatan Biokimia.
Tengah - Tajuk lecture dan jugak nama lecturer.
* aku tau, budak-budak Matrik sume panggil pengajar dorang kat Matrik dulu 'Cikgu' kan? tolonglah jangan panggil 'Cikgu' kat sini. dorang sume Doktor dan Professor. gunakan panggilan yang sesuai ok =)
***
Selain daripada Concept Lecture (CL), dalam module ni, kita akan ada benda-benda lain jugak iaitu :
* 15 Concept Lecture (CL)
* 5 Self-Learning Package (SLP)
* 2 Problem Based Learning (PBL)
* 2 Meet Expert Session (MES)
* 4 Practical (P)
CL - lecture macam biasa. datang lecture hall, tadah telinga.
SLP - dapat soalan berkenaan topik tertentu. kena cari jawapan sendiri. takyah pergi kelas pun. tapi, soalan-soalan dalam SLP ni memang feveret keluar dalam exam.
PBL - sume medical school akan ada PBL. pergi BSKK ikut group PBL masing-masing. setiap group akan ada seorang fasilitator yang jugak merupakan seorang doktor untuk memantau korang. fasilitator ni akan berubah untuk setiap module.
Kalau tengok jadual, ada 2 sesi untuk setiap PBL (kecuali PBL 1). dalam sesi pertama, korang dapat 'trigger' mengenai pesakit. dan kena keluarkan Learning Issues (LI) dia sendiri. yes sendiri, bersama kumpulan korang. fasilitator tu akan senyap je tanpa berkata apa-apa. dan dia akan menilai performance korang untuk sesi PBL tu.
Sesi kedua pulak, korang kena jawab sume LI yang dah dapat masa sesi pertama tadi. kalau LI korang sikit, untunglaa. kalau banyak, tak untunglaa. dan, untuk sesi kedua ni jugak, korang kena buat concept map berkenaan topik tu. ada markah untuk concept map. dan jugak ada markah untuk keseluruhan performance korang dalam setiap PBL.
PBL adalah sangat penting sebab ia menyumbang 10% untuk Final Paper setiap module. so, jangan buat sambil lewa. memang kena perform. bagi aku, PBL lah yang paling menekankan (stress). sebab, kita tak belajar pape lagi pasal penyakit tu. tapi, kena extract sendiri sume causes of that disease, symptom, effect, management and so on.
Pape pun, setakat ni, Alhamdulillah... aku masih boleh uruskan masa aku dengan baik =)
MES - dapat soalan mengenai sesuatu topik beberapa hari sebelum MES (biasanya, topik tu ialah nama penyakit). jawab soalan tu. then, datang BSKK untuk bincang dengan lecturer masing-masing. group MES adalah berlainan dengan group PBL. dalam 12 orang student macam tu lah. dan sape yang ada dalam Group A, takyah pergi MES untuk Group B. MES ni masa dia lain-lain untuk 2 group besar ni.
P - praktikal, macam biasa. masuk lab, pakai lab coat. group lain jugak daripada PBL dan MES. lebih kurang 13 orang student 1 lab. buat experiment, then submit report dalam bentuk kumpulan kecik. itu je.
***
Ok lah. dah penat aku terang panjang lebar pasal Module 1 ni. sebenarnya, tak habis lagi. next entry aku update info-info lain pulak. banyak sangat lah pulak penerangan pasal Medic UKM ni. haha =D
Stay tuned~
2 comments:
Sorry kak. Saya budak matrik jugak tp kami tak lah panggil lecturer kami cikgu :)
Sorry kalau salah info sebab masa batch kitorang dulu, memang budak matrik panggil lecturer dorang cikgu. Mungkin sekarang dah berubah =)
Post a Comment