Hai korang, budak pandai!
Kalau dalam entri sebelum ni, aku dah cite pasal fakulti, kali ni aku nak cite pasal kolej pulak. kadang-kadang ada student bahasakan kolej tu hostel. tak kisah lah. janji maksud dia sama.
Kalau kat UKM Kampus Bangi, ada lebih daripada 10 buah kolej yang terdapat kat sekitar kawasan kampus. tapi, kat UKM Kampus KL ni, ada 1 je kolej. senang sikit korang nak ingat nama kolej ni, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). nasib tak kena ingat sume nama kolej yang ada kat Bangi tu =.=
***
Kat Bangi, memang kolej dengan fakulti kat dalam kawasan yang sama. even dalam satu kawasan sekalipun, jauh kot nak travel dari kolej ke fakulti. sebab sesungguhnya UKM Bangi tu tersangatlah besar. kebarangkalian untuk korang sesat pun tinggi.
Kampus Kuala Lumpur ni pulak kecik je. kalau sesat jugak, memang melampau. tapi, kolej dengan fakulti kat tempat yang berlainan. fakulti kat Jalan Raja Muda Abdul Aziz, kolej pulak kat Jalan Temerloh. jarak antara kolej dengan fakulti jauh lah jugak. adalah dalam 20-30 minit jalan kaki. tu pun kalau jalan laju macam acara lumba jalan kaki. semput kot kalau hari-hari jalan kaki sejauh tu =.=
Tak dapat bayangkan jaraknya? cer kita tengok peta ni kejap.
Skang ni cuba korang fokus kat KTSN 1 dan UKM KL. tengok jaraknya. jauh kan. sepanjang 2 bulan lebih aku ulak alik kolej-fakulti-kolej-fakulti ni, baru sekali aku mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki. yang selebihnya? aku naik bas jelah. haha!
***
Sebenarnya, ada je perkhidmatan bas kat sini. korang toksah lah nak panik-panik kena jalan kaki tiap hari. dah bayar RM200 untuk yuran bas, takkan tak guna kot. kan kan?
Tapi, sistem bas ni berjadual. bas cuma akan ada setengah jam sekali. so, pandai-pandai lah korang nak aturkan masa sendiri. kalau aku, kelas start pukul 8 pagi, pukul 7 pagi aku dah turun tunggu bas.
Sebab boleh kata ramai orang ada kelas pukul 8 pagi. so, barisan tunggu bas tu memang panjang yang amat lah. kalau dah beratur belakang sangat, silap-silap tak dapat naik bas pukul 7.30, kena jalan kaki. lagi haru!
Ni jadual perjalanan bas. silalah rancang perjalanan korang sebaik mungkin.
Bus stop yang masih lagi cantik. boleh tunggu bas sambil duduk.... kalau beratur awal.
Lambat beratur? jawapannya sila berdiri. sebenarnya barisan boleh jadi lebih panjang sampai melebihi kawasan ni.
***
Mesti korang tertanya-tanya, mana pulak tempat tunggu bas kat fakulti? jangan risau. apa gunanya aku kat sini. ehem. ok, korang sume boleh je beratur kat depan tangga ni.
Memang sume student akan beratur kat situ untuk tunggu bas. ada bumbung. jangan risau putera lilin sume. aku tau korang takut panas.
Jadual perjalanan bas ke fakulti lebih kurang sama je dengan KTSN. sebab memang bas yang sama akan ulang alik bawak student dari KTSN ke fakulti dan student dari fakulti ke KTSN. so memang toksah risau lah. ada je bas. tak patah punya kaki korang duduk UKM Kampus KL ni.
Mungkin kaki korang akan patah sebab banyak sangat berjalan, bukan patah sebab pergi kelas. al-maklum lah, Chow Kit dekat, Berjaya Times Square dekat, Masjid Jamek dekat, KLCC dan Sogo pun boleh lah tahan dekat. youhoo~
***
Ok lah, cukup cite pasal bas dulu. kang aku update cite pasal kolej pulak. mesti korang tertanya-tanya kan apa itu KTSN 1, KTSN 2, KTSN 3, KTSN 4 dan KTSN 5 yang ada kat dalam peta tu.
So, stay tuned bebeh~
***
Updated : Memandangkan mahasiswa perubatan UKM dah takde lagi kat UKM KL, secara automatiknya kolej pun dah berubah tempat. kalau dulu pre-clinical students (Tahun 1 & 2) stay kat KTSN, kali ni korang akan stay kat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di Cheras.
Kat Cheras, ada tiga kolej iaitu KTDI Pusat, KTDI2 dan kolej luar iaitu Laman Midah. KTDI Pusat untuk clinical students (Tahun 3, 4 & 5) manakala KTDI2 untuk pre-clinical students. Laman Midah bagi clinical students yang tak cukup merit untuk stay kat KTDI Pusat. *sila klik sini untuk KTDI Pusat*
KTDI2 terletak kat bekas tapak Institut Pengajian Guru (IPG). ada banyak blok yang mana kebanyakan bilik berkonsepkan double room (satu bilik dua orang). tandas terletak kat luar. antara kemudahan yang disediakan adalah kafe, surau dan wifi.
Kalau nak pergi ke pre-clinical block, ada tiga cara iaitu jalan kaki, naik basikal/motor atau naik kereta. jalan kaki dalam 10 minit je boleh sampai. tapi kalau tak nak berpeluh, boleh bawak motor atau naik basikal. ada tempat parking kat situ. kalau nak naik kereta, kena datang awal sebab parking kat padang IPG cepat penuh.
Bagi mahasiswa perubatan Tahun 2 yang nak stay kat KTDI Pusat untuk Tahun 3 nanti, perlulah kumpul merit banyak-banyak. kalau tak dapat stay kat KTDI Pusat, stay kat KTDI2 je pun okay. tak jauh sangat pun nak pergi wad.
22 comments:
salam... nk tnyer ckit.. dkat kolej dduk bilik berdua an?? jdi,, kte ley pilih roommate ke? and mostly roommate kte same course dgn kte ke t? saje tnyer ;)
Wasalam. Yup, untuk student first year, akan duduk bilik berdua-dua. Malangnya, tak boleh pilih roomate. KTSN dah aturkan awal-awal. Mostly, roomate memang sama course. Tapi ada jugak kes yang roomate lain course =)
oooooo,,, kiranya mmg kne aktif sungguh ke kalau nk trus stay kat kolej utk 2nd yr?
btw,, sonok bce blog niyh ;)
Yup memang kena aktif gila! Boleh baca entri-entri lain jugak. Ada penerangan pasal macam mana nak stay dalam, dan kolej lain yang ada kat luar =D
Anyway, thanks for the compliment =)
bilik campur ke muslim ngan non muslim???
Tak campur bilik. Tapi campur blok dan aras.
medic je ke blh tnye.huhu...dietetic kampus mane ye?
Tak lah. Sesape pun boleh tanya. Tapi, kalau pasal silibus tu, boleh jawab part medic je =)
Dietetik under Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu kan. Kat UKM Kampus Kuala Lumpur jugak =)
Salam. Nak tanya sikit.
Saya dapat course sains(math) dekat UKM Bangi.
Nanti kitaorang belajar dalam BM ke English?
Sorry soalan tak berkenaan Medic ><
Wasalam. Ada sorang kawan ni, dia study sains marin kat UKM Bangi. Mengikut dia, ada subjek yang belajar BM dan ada yang belajar BI. Tapi, kurang pastilah pulak apa dia subjek tu. Sori, setakat ni je yang mampu jawab ><
sori.nak tanya sikit.mostly yang ambil course sains marin tu perempuan ke lelaki?
Boleh kata lebih kurang seimbang kot. Kalau lebih pun, perempuan lebih sikit.
Tumpang tanya lagi :) , Di KTSN ada berapa block ? Saya dapat KTSN(W) , W tu maksudnya apa ?
Ada 9 blok. KTSN(W) tu maksudnya blok untuk wanita. Sama ada blok A, B, C, G, H atau J.
Thanks for answering. Tapi saya lelaki haha, ni kelakar sikit. Dia tulis pendaftaran dekat situ. Mungkin pendaftaran sahaja kot. Selalunya untuk first year medic student dekat block mana ?
Oh yeke. Haha sorry. Mungkin KTSN(W) tu ada maksud lain. Biasanya pendaftaran kat dewan. Kalau student lelaki, sama ada blok D, E atau F.
nak tanye ek...tau x camne klau kite nak wat second degree medik kt ukm?my first degree is biomedical electronic engineering...
minta maaf. tak tau pulak macam mana...
kalo jam 7(example) 1 bas je ke yg dtg?jam brapa perlu beratur baru dpt naik bas?1 jam sblm bas dtg?
Ada lah dalam 3 4 bas datang. Tapi disebabkan ramai sangat student, 3 bas pun penuh siap berdiri lagi. Memang kena beratur sejam awal untuk kelas pukul 8. Klaau beratur pukul 7 insyaAllah dapat naik bas. Sama ada berdiri atau duduk je.
thanks~jwp kamu bnyk membantu=)
Student pharmacist kampus kl jugak ye?
Post a Comment