Hai korang, budak pandai!
Skang ni, jom kita cite pasal kem pulak memandangkan sume cite pasal BMP dah pun selesai.
***
Kat UKM, sume student Medic wajib pergi Kem PPD (Professional & Personal Development) yang akan diadakan kat mana-mana Kem Biro Tatanegara (BTN) di seluruh negara. golongan yang kena pergi kem ni ialah student Medic Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 5.
So, selama korang bergelar student Medic UKM, 3 kali lah korang pergi kem PPD. even kem ni dijalankan kat Kem BTN, dia bukannya guna modul BTN pun. sume nya guna modul PPD.
Tak paham? tak bape nak jelas? it's ok. take it easy. biaq slow and steady~
***
Kem PPD ni akan dijalankan pada minggu kedua setelah korang sah mendaftar sebagai student Medic UKM. sape-sape yang tak pergi kem ni, mungkin tindakan tatatertib akan diambil. sebab ni bukan nya kokurikulum, tapi kurikulum Medic UKM. kedatangan dan penglibatan korang dalam PPD ni akan diambil kira untuk penilaian. masuk pointer kot =.=
Errr.. untuk Tahun 3 dan Tahun 5 nanti, aku tak tau lah pulak bila masa kena pergi kem ni. aku baru Tahun 1. hehe.
***
Memandangkan tahun ni, kitorang pergi Kem PPD bermula hari Selasa, jadi pada hari Isnin tu sume student Medic Tahun 1 kena pergi fakulti dulu. naik bas UKM ramai-ramai then pergi ke T1BE (Tingkat 1 Blok E).
Naik je tangga ni, jumpa lah T1BE.
Masa tu lah para doktor (yang juga pensyarah) bagi taklimat mengenai Kem PPD kat kitorang. pembahagian kumpulan pun masa ni lah. kumpulan untuk Kem PPD akan ikut kumpulan PBL. purata sepuluh orang satu kumpulan dengan campur lelaki perempuan, dan jugak campur Melayu, Cina, India. masa ni sume masih berhingus lagi. tak tau pape pasal Medic tapi semangat sume dah all out. haha!
Kitorang jugak kena tengok satu movie mengenai dunia kedoktoran masa tu. tajuknya Patch Adams. pandai-pandai lah korang carik sendiri movie ni kalau nak tengok awal-awal. kalau nak tengok masa kat T1BE je pun takde hal. bukannya kena panggang pun kalau tak tau pape pasal movie ni.
Lepas tengok Patch Adams, kitorang dapat satu kertas yang perlu diisi, mengenai nilai-nilai yang ada kat dalam movie tu. katanya kena bawak masa pergi Kem PPD nanti. tapi aku tak isi pun. tengok movie tu pun sambil lewa. hahaha! (tolong jangan tiru perangai aku)
***
Hari Selasa, hari untuk bertolak ke kem. tahun ni kitorang pergi ke Kem BTN Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. tahun lepas, senior pergi Kem BTN kat Perak. tahun depan, tak tau lah pergi mana pulak. jangan go to hell sudah =P
Waktu ni, lelaki kena pakai Kod 1. perempuan pulak kena pakai baju macam budak sekolah rendah. dah memang tatacara pemakaian Kem BTN macam tu =.=
Ya ya. macam ni lah =.=
Naik bas pun ikut kumpulan PBL. 1 bas, 4 kumpulan PBL. dan sebanyak 5 bas yang bawak student Medic ni sume pergi Rembau nun. ok ni ada kuiz. ada berapa banyak kah kumpulan PBL dalam Medic UKM? sila hantarkan jawapan anda secepat mungkin ke talian 1-84-44-tekantekantakdapat. haha! =P
***
Then, bila dah sampai selepas lebih kurang 2 jam perjalanan, bawak turun beg sume, cepat-cepat pergi beratur kat sini.
Waktu ni, serius aku dah rasa macam masuk Darjah 1 balik =.=
Benda biasa kat kem, daftar nama, ambik fail apa sume, then masuk dewan untuk upacara perasmian Kem PPD. dewan nya ada kat atas tangga tu je. serius waktu ni boring yang amat. sebab boleh kata sume benda adalah ceramah dan ceramah dan ceramah sampai ke petang.
Lepas minum petang, barulah kitorang diberi cadar, selimut dan sarung bantal. jugak tak dilupakan, kitorang dapatlah bilik masing-masing. ni Kem BTN ye adik-adik. bukannya camping kat ceruk hutan mana entah. kita bukan nya tidoq dalam khemah yang malam-malam nyamuk gigit tu. kita tidoq dalam dorm. ada katil double-decker. sebijik macam asrama. toksah risau-risau sakit badan sume. tilam empuk =P
Keadaan dorm dari luar.
Selepas di zoom sebanyak 27 kali.
***
Aktiviti petang tu, senamrobik kat tempat berkumpul awal-awal tadi. tapi, nasib kitorang masa kat kem ni adalah sangat baik. sebab masa tu musim hujan. asal petang je hujan. asal hujan je petang. so, kebanyakan aktiviti petang dibatalkan menandakan masa berehat kitorang menjadi lebih panjang. hehehehe =D
Aku pun terus skip pergi makan malam, dah tu senamrobik dibatalkan. ngehehehe. tapi, kat dewan makan Kem BTN ni, ada peraturan yang tersendiri. nak tau apa dia? kita tunggu episod yang seterusnya. hahahahaha.
***
Ok lawak tak jadik lagi. korang tak boleh duduk makan sesuka hati. kena duduk ikut kumpulan PBL masing-masing. then lantik ketua dewan makan. dia yang akan panggil sape-sape yang dia minat untuk baca doa. habis baca doa, dia kena jemput sume orang makan dengan ucapan "Jemput makan sampai termuntah sume". pastu, barulah korang boleh makan. ada paham?
Tapi, makanan belum disenduk. korang nak makan apa? so, sila senduk makanan yang ada kat atas meja masing-masing dulu. pastu, makan lah kenyang-kenyang. nak mintak makanan meja lain pun boleh. hehehe.
Macam ni lah keadaan kat meja makan.
Waktu ni, aku tak kenal lagi pun ahli-ahli kumpulan PBL aku. so, waktu makan bersama-sama ni lah kita kenal-kenal, ngurat-ngurat. eh yang tu tak. memang happening giler meja makan aku. ada 2 ahli group yang sememangnya banyak cakap =.=
Dah habis makan, sume kena pergi basuh pinggan sendiri. buat macam kat rumah ya. eh, ke korang suruh mak basuhkan pinggan kat rumah? =P
Yes basuh pinggan macam ni.
***
Lepas tu, macam biasa. bagi yang Muslim tu, pergi lah surau. then, malam baru lah start aktiviti Kem PPD yang sebenar. siang tadi sume aktiviti Kem BTN. sebab tu kena pakai baju putih. dah malam ni, toksah pakai baju sekolah tu sume. pakai t-shirt je.
Aktiviti untuk Kem PPD sume ikut kumpulan PBL. buat kat bilik-bilik kecik yang ada kat sekitar Kem BTN ni. dan aktiviti dia tak berat pun. setiap group akan dapat seorang fasilitator yang jugak seorang doktor. sume aktiviti buat in a group bersama-sama dengan fasilitator tu. aktiviti kebanyakannya berbentuk refleksi diri. dah nama pun Kem PPD kan. memang lah aktiviti untuk kita pupuk semangat yakin diri, kerjasama dalam kumpulan dan sebagainya.
***
Korang jangan risau. sume aktiviti takkan melebihi pukul 11 malam. kadang-kadang, pukul 10 malam pun dah habis. boleh pergi minum malam pastu tidur dengan nyenyak nya. see. lebih best daripada BMP kan. dah lah dapat makan 6 kali sehari. tidur pun awal. korang nak apa lagi.
***
Hari kedua, sama jugak macam hari pertama tadi. bezanya korang dah start aktiviti dari awal pagi lah. hari pertama tadi, tengah hari baru sampai Kem BTN. kali ni, sama je, buat aktiviti dalam kumpulan dan bla bla bla bla. takkan aku nak cite sume pulak. tak suprise lah korang nanti.
Cuma, malam hari kedua, macam kat kem-kem lain jugak, adanya persembahan berkumpulan. kitorang kena buat sketsa berdasarkan tema yang dah diberi. bincang 'outline' sketsa tu waktu petang, dan buat persembahan malam nya.
Jujur aku nak katakan yang persembahan kumpulan aku memang superb! penonton tak habis-habis gelak. part tak lawak sangat pun dorang gelak. mungkinkah itu simptom 'excessive happiness'?
***
Hari terakhir, kitorang kena cipta cheers dan bendera kumpulan. then, persembahkan cheers dan bagi penerangan mengenai bendera tu kat depan sume doktor. ada markah tau!
Last sekali, ada explorace sebelum balik. serius best! redah hutan, redah sungai. perrgghh adventurous! lepas habis explorace, kitorang dibenarkan mandi kat sungai. best woooooooo =D
***
Sebelum balik, ada majlis penutupan Kem PPD sekaligus majlis penyampaian hadiah untuk kumpulan terbaik. guess what. kumpulan aku JOHAN kot! JOHAN! muahahahahaha =D
Piala kemenangan =)
Sebenarnya, ada dapat hamper jugak. tapi aku takde ambik gambar =.=
***
Finally, kitorang pun balik KTSN semula. esoknya kan hari Jumaat. ada MISKOL. dapatlah berehat sekejap kat dalam bas sebelum kembali mengaktifkan diri kat KTSN. dapat bawak piala dan hamper balik. jugak tak dilupakan, baju kotor yang menimbun =.=
***
Bagi aku, Kem PPD ni sangat best. mula-mula, berat hati jugak lah kena pergi kem. rasa tak puas hati pun ada jugak. student course lain takyah pergi pun, apsal pulak Medic kena pergi.
Dah habis kem, baru aku sedar, kem ni sangat penting untuk memupuk semangat berpasukan. sume aktiviti kan dijalankan dalam kumpulan. jadi, aku berpeluang kenal sume ahli group aku dengan lebih rapat. tambah-tambah lagi kitorang kan makan bersama-sama. so memorable =)
Ada 6 perempuan (4 Melayu, 2 Cina) dan 4 lelaki (2 Melayu 2 Cina) dalam group aku. group lain jugak kebanyakannya macam tu. memang campur sume kaum. batch aku ada 201 orang yang mana ada 71 lelaki dan 130 orang perempuan. 110 orang Melayu, 80 orang Cina dan 11 orang India.
Kem PPD dah berjaya mengajar kami erti kerjasama antara pasukan tanpa mengenal jantina mahupun kaum. jadi bagi aku, kem ni memang sangat bagus. sape yang tak suka Kem PPD tu, boleh blah! hahahaha =D
PPD Camp 2011, in memories =)
8 comments:
ermmm,,,akk sy nak tnye ade x kwn2 akk yg ade blog..then cter skit psl dentistry..hehehe..btw blog aakk ni sngt2 berguna bgi sy..
Sori sangat2, akak takde kawan rapat budak dental. Anyway, tq =)
akak, dekat dlm surat tawaran x de pun ckp perlu pakai baju kurung putih. dia akan inform dulu ke kte mmg kena bwk?
Kitorang dulu pun tak diberitahu kena bawak baju kurung putih. Dah sampai kaunter pendaftaran baru tau. Masa tu kelam-kabut lah nak cari baju kurung putih. So better korang prepare jelah awal-awal. Tak tau lah kalau tahun ni dah takyah pakai baju kurung putih lagi.
salam kak. mase mula2 akak masuk medic tu kan, kan kat surat tawaran tu ade tulis yuran pendaftaran and yuran yg perlu dibayar student monthly. sy nak tnye, mmg pelajar kene bayar yuran tu sndiri eh? sy ingatkan sume pelajar yg ditawarkan medic, kerajaan sponsor?
Wassalam. Yup mmg kena bayar yuran setiap semester. Kalau dapat biasiswa JPA, gunakan duit JPA tu utk bayar yuran sendiri. Kira kerajaan sponsor lah tu daripada biasiswa JPA.
Assalamualaikum kak :) Sy nak tanya ; throughout the camp,kita mesti speak un English or cmpur2 pn boleh?
Hanis Biha : Waalaikumussalam. Campur2 pun boleh :)
Post a Comment