After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


23 November 2011

Kelayakan Untuk Memasuki Medic UKM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Sebenarnya, aku tak tau dari mana nak mula. sebab skang ni aku dah pun sampai ke pertengahan semester 1 untuk tahun 1. kira tengah cuti midsem lah ni. dah 2 module dah pun habis. tapi aku baru start dengan blog ni, so kena cite dari awal lah kan. takkan takde intro takde apa, tetiba jump into the conclusion. tak boleh tak boleh.

So, aku nak cite dari... errrr.... bermula dengan 'sape yang boleh masuk Medic UKM'. orait?


***
Module tu apa? as we go along with this blog, korang akan tau apa itu MODULE. biaq slow and steady ok =)

Let's begin~

Ehem ehem. kalau adik-adik nak tau lah kan *pergghh tetiba bajet senior.. hahaha*, sume orang boleh masuk Medic UKM. serius! memang sume orang. yang tak pernah sekolah pun boleh masuk Medic UKM. yang tak belajar betul-betul, tak score gempak-gempak pun boleh masuk Medic UKM. tak percaya?

Betulllllll. memang sume orang boleh masuk Medic UKM. tapi masuk pintu pagar dia jelah. kahkahkah. ok, tak lawak.
***
Errr... ok, be more serious. sume kaum boleh masuk Medic UKM ni. Melayu, Cina, India mahupun mana-mana etnik. tak kisah lah penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. to be more specific, ada 3 golongan yang boleh masuk Medic UKM iaitu :

1.   Lepasan Matrikulasi / Asasi
2.   Lepasan STPM Aliran Sains
3.   Lepasan Diploma Sains Kesihatan

* dengan MUET minimum Band 3

Ok, skang biar akak huraikan satu-persatu untuk setiap 'Lepasan' tu *bajet senior kau ye kurakuraygslow =P*.
***
First of all, untuk Lepasan Matrikulasi / Asasi.

Mungkin korang sume tau kot apa itu Matrikulasi. biasanya budak-budak riang ribena panggil dia Matrik. lebih short and sassy kan. Asasi pulak lebih kurang sama dengan Matrik. cuma Matrik kat Pusat Matrikulasi dan bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedangkan Asasi kat Universiti dan bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Tak paham? takpe, abaikan. tak masuk exam pun mengenai sejarah Matrik dan Asasi.

Matrik ni ada banyak kat seluruh negara. ada kat Pahang, Perak, Melaka dan lain-lain. sume layak masuk Medic UKM. korang pilih jelah nak Matrik kat negeri mana. yang anak manja tu, boleh pilih Matrik dekat-dekat dengan rumah. senang nak balik tiap minggu *errkk terasa*.

Tapi, bila tiba part Asasi, ada 2 je Pusat Asasi yang layak masuk Medic UKM iaitu Pusat Asasi UM (Pasum) dan Pusat Asasi UiTM *tempat aku dulu*. Pasum ada kat Petaling Jaya, Selangor. Asasi UiTM pulak ada kat Puncak Alam, Selangor. tapi aku dengar cite, tahun ni Asasi UiTM ada bukak cawangan baru kat Pulau Pinang. pape pun, aku tak tau lah berita tu sahih ke tak. yang pasti, Asasi UiTM kat Puncak Alam tu memang wujud.

Contoh paparan keputusan Semester 1 Asasi Sains UiTM


Contoh paparan keputusan Semester 2 Asasi Sains UiTM

* aku upload result Asasi Sains UiTM ni khas untuk first followers blog ni. sebab dia student Asasi Sains UiTM yang mana merupakan junior aku. hai junior even kita tak kenal! =)

*aku tak tau apsal sume orang gila nak amek Medic. best sangat ke jadi student Medic?*

Oh ya, aku tak habaq mai berapa CGPA yang hangpa kena score kan. don't worry. kalau nak masuk Medic UKM ni, hangpa toksah score banyak sangat. 4.00 cukup. HAHA!


***
Then, jom beralih ke Lepasan STPM pulak.

Sape-sape yang masuk Form 6 tu, dia jumpa lah STPM ni nanti. beza STPM daripada Matrikulasi / Asasi adalah tempat dan jangka masa dia.

Student STPM ni kena belajar 2 tahun sebelum amek exam. student Matrik / Asasi pulak kebanyakannya belajar 1 tahun je. kira, jimat masa sikit lah kalau masuk Matrik / Asasi.

Tapi, sape yang amek Form 6 Aliran Sains je yang layak mohon Medic UKM. yang amek Aliran Sastera tu, mintak maaf lah awal-awal. sebenarnya, aku tak berapa nak tau pasal penggredan STPM. yang aku tau, dia kira jumlah A + principle. bukan ikut CGPA macam Matrik / Asasi. kalau tak silap aku, 5A kot paling tinggi. kalau tak silap lah.

Lagipun, ada 3 4 orang je kot student lepasan STPM dalam batch aku. kebanyakannya memang lepasan Matrik / Asasi. so, takyah pay attention sangat kat point ni.... kot.

***
Ok the last one, Lepasan Diploma Sains Kesihatan.

Kebanyakan universiti kat Malaysia memang ada menawarkan program Diploma bawah Fakulti Sains Kesihatan. ada banyak program bawah Fakulti Sains Kesihatan ni. antaranya Optometri, Teknologi Makmal Perubatan, Kesihatan Persekitaran dan macam-macam lagi. korang cari lah sendiri ok. tak larat aku nak huraikan satu-satu.

Program diploma ni amek masa sekurang-kurangnya 3 tahun. paling lama lah kalau nak dibandingkan dengan Matrik, Asasi mahupun Form 6. aku rasa, kelayakan minimum student lepasan diploma untuk masuk Medic adalah dalam 3.70 dan ke atas kot. 

Rasanya lah. aku pun tak pasti sangat. sebab memang sangat jarang untuk seorang student lepasan diploma masuk Medic UKM. dalam batch aku pun takde golongan ni. tapi, ianya tak mustahil kan =)

***
Ok, aku dah habis terangkan satu persatu untuk sume golongan tu. yang mana kesimpulannya, memang kena score kalau nak masuk Medic UKM ni. tak dilupakan, MUET paling kurang kena Band 3. boleh je nak dapat lebih daripada Band 3. Band 5 pun ramai kot =.=

***
Katakan lah, korang ni tak skor sangat masa SPM. tapi memang cita-cita nenek korang nak sangat korang jadi doktor. kira harapan terakhir dia sebelum menemui Pencipta *chewah gramatis siot ayat aku*. korang pun resah gelisah sebab takut tak dapat menyempurnakan harapan dan impian nenek korang tu.


Don't worry! tak semestinya tak skor sangat masa SPM, tak boleh masuk Medic. asalkan korang skor dalam salah satu antara 3 kat atas tu pun, dah melayakkan korang masuk Medic. 

Ni pengalaman kawan aku sendiri ok. Maddi Jane (bukan nama sebenar) dapat 7A 1B 1C je masa SPM. then, berkat keazaman dia, Maddi Jane skor 4.00 kat Matrik. dan skang, dia ada kat sebelah aku tengah makan kacang. ok, itu tipu.

Maddi Jane ada kat Medic UKM skang. tengah mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor. see! kejayaan masa lalu tak menentukan kejayaan akan datang. cuma, kejayaan masa SPM tu ibarat pintu gerbang untuk korang sambung belajar kat luar negara berbekalkan biasiswa. tu je.

***
Then, katakan korang dah skor masa SPM, pergi sambung belajar kat Matrik / Asasi. tapi, tak dapat pulak result cemerlang. dapat CGPA pun cukup-cukup makan je. kalau memang nak sangat jadi doktor tu, boleh saja. guna duit sendiri, amek lah Medic kat IPTS. berlambak je IPTS yang ada program Medic skang ni. 33 buah IPTS tak silap aku.

Kalau duit dah banyak sangat, amek je Medic kat Mesir, India, tak pun Indonesia =)


Kesimpulannya, ni lah dia kriteria yang diperlukan kalau nak masuk Medic UKM. sebenarnya tak banyak beza pun dengan universiti lain. kalau ada pun, dalam satu dua perbezaan je kot.

Kalau ada pape soalan, boleh tinggalkan komen kat bawah ni ok =)

Adios~

***

Updated : sekarang ni nak masuk Medic UKM memerlukan korang menduduki ujian aptitud dan jugak ada interview. basically, ujian aptitud tu berdasarkan logik je. cuma jawab ya/tidak atau kena rate between 1-10. lain orang lain lah jawapan dia sebab soalan ni berdasarkan apa minat kita. oh ye, ujian ni dalam Bahasa Melayu.

Untuk interview pulak, benda ni akan dijalankan secara individu yang mana korang akan bersoal-jawab dengan dua orang panel dari kalangan lecturer. interview mungkin akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan juga English. basically soalannya mengenai diri korang sendiri je. macam kenapa nak ambik medic, apa yang korang tau pasal medic dan sebagainya. dan sila prepare diri anda untuk soalan yang memerlukan pemikiran kreatif dan kritis juga. always expect the unexpected. hihi. secara amnya, interview ni nak tengok tahap keyakinan diri dan kemampuan korang berkomunikasi je. so, keep calm and do your best =D

p/s: Thanks to Sarah Aisyah and Isyraf Rusyaidi for this great information =)

Updated : Most of requirements for medical practice dah berubah. starting from 2011, Malaysian Medical Council (MMC) stated that the requirements are SPM minimum 5Bs in Biology, Chemistry, Physics, Maths/Add Maths & another subject. without this requirement, you could not register for your housemanship or medical practice in Malaysia.






267 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 267 of 267
kurakuraygslow said...

"From 2011, Those with SPM - minimum 5B in Bio,Chem, Phy & Math/Add Math & another subject
This is Malaysian Medical Council(MMC) requirement
for Foundation/Matriks/Asasi entrance(exempted for STPM/A Level)
w/o this req. you can't register for your housemanship/ Medical practice in Malaysia." - quote from one of the commentators =)

Tak berani nak cakap layak ke tak. Berdasarkan MMC requirement ni mungkin dah boleh tau jawapannya. Banyak lagi course lain selain medic dik. Don't give up =)

Anaksoleh: Could be both languages at the same time =)

Nominces said...

Hye kak, nak tanya betul ke, kalau study kat ukm, course kita boleh dipercepatkan?? Medic boleh ke kena buat gitu?? Thanks :-)

kurakuraygslow said...

Nominces: Medic tak boleh dipercepatkan. Minimum memang 5 tahun. Maksimum 8 tahun. Course lain tak tau pulak :)

farish`s blog said...

salam saya nak tanya pasal scholarship nak amek medic.. apply bila yer..selain jpa apalagi scholar yang taja medic?
saya dapat tawaran MARA utok pre USM.. mana better PALAM or PRE USM

kurakuraygslow said...

Farish's blog : Mara tu untuk USM-KLE ke? USM-KLE kat India kan? Kalau sanggup belajar kat luar negara, okay je nak ambil Mara. Palam pun okay je. Tak kisah belajar kat mana pun asalkan kita pandai bawa diri. Mengenai biasiswa selain daripada JPA, minta maaf tak tau pulak. Apply bila pun tak tau. Rasanya yayasan negeri pun ada yang taja medic.

Anonymous said...

Klw kt matriks saya amek modul 3 (xdafizik) saya blh smbung medic x..

kurakuraygslow said...

Dulu boleh. Sekarang tak pasti boleh ke tak sambung medic kalau tak ambil bio masa matrik.

Unknown said...

Ambil bio.. cuma drop fizik sahaja.. n amek sains comp

kurakuraygslow said...

Eh minta maaf. Tersalah faham komen 1st. Ingatkan module 3 tu ada fizik takde bio. Yup boleh. Kat matrik takde ambik fizik boleh. Asalkan fizik SPM mimimum B.

cikmieylo said...

Assalam kak,,Klau budak kls akaun masa form5 nak amek diploma sains kesihatan boleh tak?πŸ˜‚πŸ˜­

kurakuraygslow said...

cikmieylo: Wassalam. Boleh asalkan lepas syarat minimum diploma kesihatan. Contohnya dia nak minimum C dalam Biology/Physics/Chemistry/Add Maths.

Dr. to be said...

Adsalamualaikum kak. Saya budak duduk spm lagi. Saya nak tnya. Brapa result yang mesti kita dapat kalau nak masuk matrik. Kalau lah bio and chemist b atau c. Dpt tak masok matriks ambik course medic? Saya nak sangat jadi doktor

kurakuraygslow said...

Dr. to be : Waalaikumussalam. Kalau nak jadi doktor, mesti minimum SPM dapat B dalam Bio, Chem, Phy, Math/Addmath dan satu lagi subject. Yang penting kena cuba sedaya upaya untuk dapatkan minimum semua B. Tapi yang terbaik semua A. Persaingan nak masuk medic ni sangat dahsyat :)

Doctor to be said...

spm science stream low grade, diploma medical lab low grade, bachelor occupational health 3.80, master in anatomy n currently progress in mbbs in ipts. means now have 2 degree. age 33 years old starting. study medic perlu ada passion, kewangan utk pengajian dan paling penting niat kerana Allah. medic skadar utk feymes just lupakan krn medic perlukan pengorbanan besar utk society. i love this field. Alhamdullillah...

Anonymous said...

spm science stream low grade (only credits), diploma medical lab low cgpa, bachelor occupational health 3.80, master in anatomy (reseach) 3.76 n currently progress in mbbs in ipts. aged 33 years old. Alhamdulillah. ada x student ukm medic sama tua saya?

Anonymous said...

Assalamualaikum akak sy nk tnye bile ek intake medic ukm untuk pelajar lepasan asasi/matrik??.tq.

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam. Selalunya intake utk degree mana2 kos bagi lepas matrik/asasi pada bulan September.

Amalinabilahrazif said...

Salam kak,,saya sekarang tgh buat Ijazah pertama (Biokimia) dkt ukm jugak kampus Bangi la,,n current cgpa alhamdullillah lepas 3.00,,muet band 4, matrik pointer atas 3.30,,spm 8a1b+,,,jadi saya nak tanye ukm ada terima ke kemasukan lepasan ijazah kalau saya cuba mohon,,macam akak ad post tadi.Boleh mintak pendapat akak x?..Thanks.

kurakuraygslow said...

Amalina Nabilah: Tak berapa pasti pasal tu sebab setakat ni takde lagi student lepasan ijazah masuk medic UKM *as far as I know*. Tapi kalau ada dalam syarat, maksudnya boleh la kan. Cuma benda tu rare ;-)

Unknown said...

Salam Akak ada tak sample question final untuk sem 1 first year. Saya dah try google tapi takjumpa :(

kurakuraygslow said...

Firdaus lah : Please add FB Kura Kura Ygslow. Ada sample question kat situ :)

Unknown said...

Okay saya dah add dah thankyouu :')

Unknown said...

Salam kak nak tanya saya baru habis spm and result spm saya quite teruk ah tak ada A tapi boleh katakan saya lulus ah untuk semua subjek sc kecuali addmaths so saya berhasrat nak buat diploma makmal teknologi perubatan. Saya tahu kebanyakan orang akan buat asasi dengan matriks dulu untuk sambung ke medic masa degree nanti tapi kalau buat diploma boleh mohon juga kan untuk medic? Lagi satu contoh ah kalau pointer saya tinggi lepas habis diploma nak sambung ke degree buat medic dorang still akan tengok keputusan spm kita ke lagi ke? Saya harap sangat akak akan balas comment saya ni. Saya memang dah hilang arah tuju dah. Saya memang minat sangat nak further studies in medic. Harap-harap akak dapat tolong jawab semua soalan saya ni. Maaflah panjang sangat

kurakuraygslow said...

Wassalam adik lina yusoff. Kelayakan nak further medic adalah SPM mendapat minimum B dlm bio, physics, chemistry, maths/addmaths dan satu lg subjek lain. Jd, senang cite, result SPM tetap akan dipandang walaupun adik sgt cemerlang diploma sekalipun.

Kenapa adik nak further medic? Secara jujurnya, akak tak galakkan sape-sape ambik medic dah termasuk adik akak sendiri. Medic ni sangat tough tau. 100x ganda lebih tough dari SPM. Dari segi study, emosi, fizikal.. semua tough. Lagipun, skrg ni bukan semua budak medic dpt biasiswa secara automatik. Dah lah belajar medic byk belanja, tak dpt biasiswa lagi.

Dan, the ugly truth.. tak semestinya grad medic konfem dpt kerja dik. Akak insyaAllah grad bulan 7 ni. Tp tak tau lg nasib akak macam mana. Belajar medic 5 tahun bukan sekejap tau. Dh ramai kwn lain yg kerja, kahwin, ada family sndr sedangkan kitorang yg study medic masih struggle nak pass exam, dgn ada yg tak dpt biasiswa.

Akak nasihatkan, adik further lah diploma teknologi makmal perubatan tu sebab adik minat kn perubatan. InsyaAllah lps diploma dpt kerja kat hospital jugak. Kalau adik masih bersemangat nak ambik mdic, teruskan lps diploma. Harap-harap masa tu ekonomi Malaysia dah makin okay.

Adik jgn putus semangat pulak. Akak bagitau realiti medic skrg. Yg penting, buat yg terbaik dlm apa pun yg adik buat :)

Anonymous said...

Assalamualaikum akak , saya baru dpt result spm je ni . firstly , saya unpredictable dengan result spm saya ni . i have got BIO/PHY B , CHEM B+, ADDMTH C , MATH A only ;(. tapi Saya memang nak continue study saya dlm medic . agak agak layak ke tak saya smbung medic or dentistry lepas matriks nanti . Or akak nak suggest course yang better untuk saya smbung study nnti . Tq akak . Harap membntu :)

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam. Berdasarkan result SPM adik, layak sambung medic asalkan masa matriks dapat 4.00 kalau nak sambung medic atau dentistry. Nasihat akak, nak sambung medic atau dentistry ni perlukan kesungguhan dan kekuatan emosi dan fizikal. Sebab-sebabnya ada kat komen yang akak reply kat lina yusoff. Boleh rujuk komen di atas ye. Yang penting buat keputusan yang betul :)

Anonymous said...

Salam sis.
MMC punya syarat ialah 5B antaranya math/addmath. Maksydnya kalau Math A addmath C+ saya still lepas syarat MMC lah kan sebab dia kata atau.

Anonymous said...

akak saya tak paham yg requirements for medical practice tu.. kalau result matrik dpt 4 flat result spm masih tengok ke?

kurakuraygslow said...

Anonymous 8 April: Wassalam. Yup. Lepas dah syarat tu sebab dia kata atau :)

Anonymous 17 April: Yup MMC still tengok result SPM walaupun matrik 4 flat. SPM minimum 5B dalam subjek sains.

Anonymous said...

assalamualaikum kak, ketgi mase interview kalau dia tnye knape nak jadi doktor, kite nak jawab ape kak?

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam. Mana lah akak tau kenapa awak nak jadi doktor. Hahaha. Jawab je secara jujur kenapa awak nak jadi doktor.

Unknown said...

Assalamualaikum. Thank you for the information I gained from your blog. it is really meaningful. Sister, I am a matriculation student and got selected for the medicine interview programme at UKM. I would love to get an update on the highly asked questions as well as the subject that we must study in each year.

Hope to hear from you soon.

Truly,
Yati

kurakuraygslow said...

Waalaikumussalam Yati. Everything is updated in this blog. You can scroll over the sidebar. Thank you :)

Anonymous said...

hello kak, nak tanya je, macam mane sistem pembelajaran ijazah medic kat ukm ye ?? 5 tahun tu, ape sistem yang digunakan oleh ukm ?

kurakuraygslow said...

Sistem pembelajaran medic UKM adalah integrated module. Nak tau apa yg ada dalam sistem tu, boleh tengok sidebar belah kiri blog ni.

azrina said...

kalau nk ambk pharmacy,,muet tu kena dpt band berapa?.

kurakuraygslow said...

Azrina: Dulu farmasi muet minimum band 3. Sekarang tak tau lah berubah ke tak.

Allah's said...

*Sorry tolong jawabkan*

Ada dua bahagian. 1 sesi dalam BI, 1 sesi dalam BM dalam bilik yg sama. Ada 2 lecturer.

Soalan dalam BM : diberi sebuah situasi, ceritakan apa yang awak akan lakukan.

Soalan dalam BI : common question.
Why choose medic? Why chose UKM? Do you think you can survive in medical course?

-info tersebut berdasarkan iv batch sesi 2014/2015, sekarang mungkin dah berubah-

Unknown said...

Slm sis, nk tnya medic ad kena guna laptop ke? Haha taktahu nii

kurakuraygslow said...

Wassalam. Yup medic kena guna laptop. Dan juga internet.

Anonymous said...

Salam, skrg saya di matrik. Saya nk sambung medic but my Spm results for chemistry and additional mathematics are C. Saya still ade chance ke nak sambung medic, but for sure UM and USM tak layak. Bcs kalau refers kelayakan for sambung medic, based on results SPM. Which Is Grade B min for science subject

kurakuraygslow said...

Wassalam. Kelayakan nak further medic bermula tahun 2011 adalah SPM mendapat minimum B dlm bio, physics, chemistry, maths/addmaths dan satu lg subjek lain. Jadi, kalau mengikut syarat kelayakan ni.. adik tak dapat B dalam chemistry. Bermaksud... adik sendiri pun faham kan maksudnya :)

Jangan cepat down. Ada banyak lagi pekerjaan lain selain jadi doktor.

Unknown said...

Salam kak.. sy nak tanye..klo xdpt 4 flat sem 1.. ade tak peluang nak dpt 4 flat untuk final exam. Ke mmg kne 4 flat dua2 sem?

Anonymous said...

Salam akak kalau pointer 3.7-3.9 untuk asasi layak ke mohon farmasi utk degree di ukm?

kurakuraygslow said...

Cookie Lulu: Wassalam. Tengok jugak study kat Pusat Matrikulasi atau Asasi. Kalau Asasi UiTM atau UM, untuk CGPA keseluruhan nanti dia ambik 3 subjek terbaik termasuk Math. Kalau Matrikulasi, takde pilihan sebab korang ada 3 subjek je termasuk Math.

Anonymous: Wassalam. Layak je kalau tengok pointer tu. Tp bergantung jugak kat persaingan dan rezeki.

Anonymous said...

Hi kak...

Nak tanya macam mana plak dengan kes student yang ada Diploma Penolong Pegawai Perubatan bleh ker nak sambung medic ukm or mana2 uni?

kurakuraygslow said...

Mana-mana individu yang nak jadi Doktor Perubatan mestilah meneruskan pengajian dalam Ijazah Perubatan. Boleh refer requirements according to MMC seperti di atas. Fokus kat Diploma Level. Ada syarat-syarat nya kat situ. Jawapan yang lebih jelas, YA BOLEH sambung medik walaupun dah ada diploma. Tapi mestilah memenuhi requirements.

Anonymous said...

Assalam sis , sy aliran sc prtanian sy ambi subject kimia bio n admath . Aliran kmi x dibenarkan ambil fizik utk spm . Boleh kah sy jd doktor sis even mcm tu ?

Unknown said...

Assalam kak nak tnya sya fizik A- math A chem B+ addmath B but Bio C ada harapan ke jadi medic

Anonymous said...

Assalamualaikum sis, nak tanya ni medic ada banyak cabang kan? Cabang mana yg ramai amik eah? N cbamg man yg paling tinggi demand

Anonymous said...

Assalam..sis medic an... Cabang apa yg ramai amik?

Aisyah said...

Assalamulaikum. Maaf nak tanya akak. Result spm saya :bio A,km B+,fz C+,mm A, mt A-. Pastu syarat nak ambil medik tu tak lepas satu fz macam mana? If saya skor in asasi sains hayat 4flat masih dia terima ker saya ambil medik? Teringin nak jadi doktor.

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Nak tnya klau pointer 3.96 (matrikulasi) and band 5 ,lpas x untuk medic um, ukm, and usm? Saya plan nak letak universiti2 tu top 3 saya....akak rasa dpat x? Sbab sya klau boleh tak nak lah kene tendant smpai pilihan yang ke empat huhu

kamal said...

salam, nak taye, kalu subjek fizik c+ dlm result spm. Subjeck lain cth biology B, Kimia A-, Matematik A.. Bole apply untuk medic?

Shasha said...

Nak tanya, klo phy sya dpt C+ time spm dlu tpi sya dpt pointer 3.90 dan muet band 3 rasa2 layak ke utk medic ukm ni

Nazrin Kamaluddin said...

Assalamualaikum admin, tumpang iklan untuk hebahan..

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Saya buka peluang pengajian bagi pelajar yg berminat mnyambung pelajaran dlm degree medic yg tidak mndapat tmpt dlm IPTA di Malaysia, utk mencuba rezeki di luar negara.
.
.
.
Berminat untuk sambung Medicine (MBBS), Dentistry, Pharmacy & Veterinary?

✔ Terlepas peluang ke IPTA kerana kuota yang terhad?
✔ Yuran IPTS tempatan yang tinggi dan membebankan?
✔ Tidak lulus ujian kemasukkan bagi IPTA di Malaysia?


Jangan risau, masih ada jalan dan cara untuk sambung pengajian dalam bidang yang anda minat dengan kos pengajian yang lebih rendah.

1. Mesir MBBCH twinning Manchester University Programme - RM180K
2. Bangladesh MBBS - RM150K
3. Bangladesh Agriculture University
(Kerjasama kajian & penyelidikan dengan UPM dan UMS - RM57K untuk 5 tahun pengajian)
4. Institut Pertanian Bogor (IPB)
(Universiti ke-147 terbaik Asia - RM97K untuk 4 tahun pengajian)

di University Awam yang diiktiraf MQA, MMC, MDC, MVC & WHO.

Free Consultation

Maklumat lanjut :
http://wasap.my/601114799976/BelajarLuarNegara

Pendaftaran online :
http://bit.ly/prapendaftaranonline

Facebook: Belajar Medic Dentistry Luar Negara

Unknown said...

hai..pd adik2 yg kurg berjaya utk msuk medic..why not go to nursing or farmasi?? not bad tauu...offer gaji nurse pun dh mahai skrg....bole jd private nurse lg...

anyway..akak nk share ,ade adik2 lepasan spm ?nak cuba mohon utk program pendidikan awal kanak kanak?trus wsp sis k sis bg info 011-16930576...intake utk nov dh dibuka bole mohon =progrm kerjasama UPSI ni.. dan jika ada brminat bidg nursing/farmasi pun bole pm sis..sis bg info...dh 8 tahun sis jaga program akademik bolehla sis advice ckit ckit

aisyah said...

assalammualaikum nak tanya kalau spm dpt 2A je pastu subject sains tulen C nthen dpt matriks pastu score 4.0 boleh ke jdi doctor?

aisyah said...

assalammualaikum nak tanya kalau spm dpt 2A je pastu subject sains tulen C nthen dpt matriks pastu score 4.0 boleh ke jdi doctor?

aisyah said...

assalammualaikum kak kalau spm dpt 2A nthen sains tulen C je lepstu dpt smbung matriks endup boleh score 4.0 boleh jdi doctor ke?

ridhwan said...

akak saya budak akaun addmath boleh ke saya nak ambik kos perubatan ? sbb saya mmg dri dulu nk jdi doctor cuma tersalah pilih time highschool

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak mintak pendapat kalau saya amik kos MA tapi masa sekolah saya tak amik subjek sains tulen dan masa SPM result b.inggeris saya D agak agak boleh ke saya habiskan 6 semester ? Ada tak orang macam saya berjaya tamatkan diploma medical assistant tu ? :( B.inggeris saya sgt lemah masa di sekolah

Unknown said...

Hm

Anonymous said...

Assalammualaikum akak, saya baru lepas habis asasi n alhamdulillah 4 flat but my bio for sem 1 is A- but sem 2 A. Die lebih penting kan sem 1 or 2 n kalau sem 2 saya dapat 3.95 lepas x kak

Anonymous said...

Assalamualaikum nk Tanya, sya ad kawan nk masuk medic, dia skang duk matrik tapi dia punya result bawah 3.0, pastu dia punya result spm x capai 5B tu, jadi ad x cara lain untuk masuk medic, ataupun memang xde harapan dh?

Fayy said...

I kinda pretty late for asking but if i already meet all the requirement but i only get manage to get 2As is it still possible ?

Anonymous said...

Klu sem1 gagal dpt D(uitm).ada harapan lg ke

«Oldest ‹Older   201 – 267 of 267   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails