After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


26 November 2011

Kaedah Untuk Mendapatkan Merit

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku ingat nak cite pasal kelab dan persatuan yang wujud kat UKM KL dulu sebelum kita beralih ke cite silibus Medic UKM. orait?

***
Aku rasa, dah pun dinyatakan dalam entri ini dan ini, kalau korang nak stay kat K1 sampai mati Tahun 2, kena ada banyak merit kan. macam mana pulak cara nak dapat merit tu sume? aktiviti yang boleh bagi merit masa BMP dah pun habis. so how? how?

Ok, kat UKM KL ni, ada banyak giler kelab dan persatuan yang boleh korang masuk. nak jadi ahli lelap boleh, nak jadi ahli aktif pun boleh. tapi yang ahli lelap tu, merit korang pun lelap jugak lah.

***
Menyentuh pasal Medic, ada 2 kelab khas yang ditubuhkan atas nama Medic UKM iaitu Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) dan Asian Medical Students' Association (AMSA).



AMSA

PERSIAP, sume student Medic UKM wajib masuk. AMSA tak masuk pun takpe. kelab tu saja je untuk tambahkan merit dan jadikan korang all-rounder student.

***
Sedih sebab takde kelab lain yang boleh korang sertai? mungkin korang berbakat dalam Taekwondo, Silat tak pun Tarian Tradisional. tapi, kelab tu sume takde! oh mengapakahhhhhhhhh?????

Fine, sangat melampau.

Jangan risau. kelab tu sume ada. nak masuk 100 kelab pun masuk lah. nak kumpul merit sampai beratus ribu pun kumpul lah. asal korang larat.

Nanti, memang akan ada Minggu Pengenalan Kelab dan Persatuan. masa tu, sume kelab akan promote kelab masing-masing, dok bukak booth dan pengaruhi korang untuk masuk kelab dorang. suka hati lah nak masuk ke tak. sebab setiap pendaftaran kena bayar yuran. hahaha.


***
Selain PERSIAP, AMSA dan kelab-kelab lain, ada lagi cara kedua untuk dapatkan merit. don't worry be happy. bagaimanakah caranya? ok, korang hanya perlu mendaftarkan diri sebagai exco untuk sebarang aktiviti kolej mahupun fakulti. penglibatan korang secara aktif ni jugak akan diberikan merit.

Antara aktiviti yang ada tahun ni adalah :








***
See. banyak je kan cara untuk dapatkan merit. secara jujur, aku pun takde lah aktif mana. errr... ke memang tak aktif? hahaha =P

Masa sekolah dulu memang aku student yang sangat aktif. sume pertandingan, sume aktiviti, muka aku jelah. takde muka lain. tapi bila dah habis sekolah ni, aku jadi malas pulak. hehehehe. so, bersedialah dengan RM2,000 untuk tinggal kat Plaza Rah =.=

2 comments:

Anonymous said...

Akak, kelab renang ada x? Kalau xtau berenang baru nk blajar boleh x? Haha

kurakuraygslow said...

Kelab renang kat UKM KL takde. Kalau kat UKM Bangi, adalah kot sebab ada pusat renang kat situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails