Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Hai korang, budak pandai!
Sebelum korang jadi lebih tension dengan jadual Module 1, ada baiknya aku bagitau 1 berita yang menggembirakan dulu. apa tu? jeng jeng jeng~
Yeay pasal biasiswa JPA!
***
Sume student Medic kat IPTA memang layak dapat biasiswa JPA. cara nak mohon, korang kena update sendiri lah dengan web JPA dari semasa ke semasa. apa yang pasti, korang memang akan dapat JPA. takde tapis-tapis, tanpa saringan mahupun saingan.
Saat korang dapat surat ni...
Segala keresahan mengenai kewangan akan lenyap serta-merta. hahahahaha!
***
Untuk Semester 1 ni, aku dah dapat RM6,345. tapi, lepas dapat biasiswa, sempurnakan perkara yang penting dulu iaitu bayar yuran pengajian yang RM900 tu dan juga yuran kolej. jangan dok berjoli sakan sampai duit habis. last-last yuran tak bayar, Final Exam tak boleh ambik. baru padan.
Pape pun, biasiswa guna nya untuk belajar. bukan untuk benda lain ya. so, belajar lah elok-elok. kalau tak, biasiswa kena tarik balik. padan lagi sekali.
So, apa lagi. pergi belajar bersungguh-sungguh. kang dapat course bagus-bagus, konfem dapat biasiswa. takyah menyusahkan parents korang lagi =)
* tujuan asal aku ambik Medic dulu pun sebab nak biasiswa... hehehe =P
***
Updated : sekarang ni cara-cara memohon biasiswa JPA dah lain. dengar cite student medic dah tak automatik dapat JPA macam dulu. macam mana cara nak mohon tu aku tak tau. korang pandai-pandai lah update sendiri dengan web JPA ye.
23 comments:
penulis, saye masih tak tahu cara nak apply biasiswa ni.. mcm mna ea? n bila bole start apply?
Sekarang ni cara nak apply biasiswa ni lain sikit. Lepas result asasi/matrik keluar baru boleh apply. Semua info ada kat laman web JPA.
akak nak tanya,agaknya bila jpa bagi biasiswa dekat student ek?yuran 900 tu bukan kena byr selepas sebulan tempoh pengajian ke?
Biasanya JPA bagi minimum sebulan selepas mendaftar untuk 1st year. Yuran pengajian sebanyak RM900 kena bayar sebelum final exam. Yuran pendaftaran+kolej sebanyak RM1000++ kena bayar sebelum mendaftar.
Salam,ada soalan nak tanya..kalau nk tukar course dari BioMed ke Medik bole ke cenggitu?
*Maaf tanya soalan pelik+nonsense
Anywy,nice blog..byk info. ;D
Wassalam. Rasanya tak boleh. Tapi kalau tak cuba, tak tau hasil nya kan. Anyway, thanks :)
salam,bgi medik uitm camne lak?stu sem bg brape?dpt lmbt ke awl mase sem 1?
Wassalam. Sama je macam kadar yang tertulis kat atas. Kebiasaannya masa awal-awal sem, dapat lambat sikit.
Assalamualaikum. Bila student medic boleh tau utk jd specific doktor? Macam anesthisiologist, cardiologist semua. Sorry tanya :D
Syahirah Basri : Waalaikumussalam. Lepas dah belajar ijazah 5 tahun, graduate... jadi house officer (HO) / houseman 2 tahun, then jadi medical officer (MO). Masa jadi MO ni boleh apply master in pape (eg : anesthesiologist / cardiologist etc). Master ni belajar 4 tahun. Habis master jadi specialist dalam bidang tu.
Kiranya, kena belajar 5 tahun dulu, jadi HO, MO, ambik master 4 tahun, baru jadi specialist :)
6300 tolak 900 tu hny elaun sara diri utk satu sem ke cmne?
Trmksih kak :)
Hanis Biha: Setiap sem akan dapat RM6350. Kena bayar yuran sendiri, yuran pulak tak tentu berapa. Kadang-kadang RM1000++, kadang-kadang kurang. Yang lebih tu untuk sara diri satu sem :)
SALAM akak..6350 elaun sara hidup setahun ke kak? Dah tolak yuran medic skali?
Wassalam. Nope. 6,350 yuran satu semester, belum tolak yuran. Kena pandai-pandai bayar yuran sendiri about 1,000 ++
Murahnye yuran...1k je. Kat USIM tiap2 sem kna bayar 2k. Apela nasib amik medik kat USIM :(
Flight Traveller : 1k +++ maksudnya basic yuran pengajian RM900 utk pre-clinical, RM1,000 untuk clinical. +++ untuk yuran kolej yang mana range nya dari RM600-RM800. Senang cerita, total yuran Medic UKM adalah RM1,800. Dekat 2k jugak.
nak tanya, dalam surat tawaran tu bkn jpa akan bayarkan terus ke ipt eh? mmg slalu biasiswa jpa kita kena byar sendiri ke yuran tu?
lg satu, rm6350 tu trmasuk elaun lain2(buku,alat perkakas,kertas projek) sekali tu ke?
TQ :)
Farah: JPA bagi gedebuk RM6,345 satu sem. Dalam RM6,345 tu dah ada allocation RM900 untuk yuran pengajian SAHAJA. Sebab tu kena bayar yuran pengajian sendiri. JPA tak bayarkan. Dalam jumlah yang diberi, dah termasuk semua elaun dan kegunaan untuk sara diri juga untuk bayar yuran kolej :)
nak tanya, kalau cgpa upu saya 3.95 tapi , kimia dapat 3.00 .... layak ke?
Semuanya bergantung kt rezeki. Critical course pun dah tak automatik dapat scholarship JPA skrg.
Assalam kak. So kalau dpt medic kena tunggu sem 1 nya result untuk mohon? Majoriti dapat x? Tulaa mntak medic pn sebab jpa jgk. Tp knapalah skrg xautomatik dpt. Hahaaha
Assalam kak.. Majority medic student skrg dpt ke jpa? Nanak jpa la sy apply medic π©
Salam akak. Boleh saya contact akak personally nk tanya tentang JPA? Urgent sangat ni kak
Post a Comment