After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


03 July 2014

Posting 3 - Surgery

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku nak sambung mengenai clinical posting yang kedua dalam third year iaitu posting surgery! mesti korang dah faham kan apa itu clinical posting berdasarkan entri aku yang lepas. well... cara pelaksanaan posting surgery ni tak banyak beza pun dengan posting IM. basically, korang tetap kena pergi wad dan ada bedside teaching. hehehe. wad surgery pulak terletak kat tingkat 5 =D

Oh ye. sebelum tu, apa kata kita tengok dulu jadual posting ni~
















Macam dalam posting IM jugak, slot dari pukul 8.00 hingga 9.00 pagi tu tetap berjalan seperti biasa. selain tu, dalam posting surgery... akan ada beberapa aktiviti utama yang bakal korang lalui iaitu:

* Lectures
* Seminar / Group Presentation
* Practical Skills Workshop
* Bedside Teaching
* Ward Round / Clinic
* Observe Procedures

Untuk slot lectures, macam biasa lah... datang je Stargate, Seagate atau DK2 dan tadah telinga. Stargate dan Seagate ni terletak dalam Jabatan Surgeri kat aras 8. berdepan je dengan Jabatan Perubatan. jangan takut sangat dengan nama 'Gate' tu. ni bilik seminar biasa. saje je nak nama gempak =P

Oh ye, DK2 terletak kat bangunan akademik... dekat je dengan auditorium =)



Lepas tu, ada pulak slot Seminar / Group Presentation kat Stargate atau Seagate. bila dah namanya seminar SAHAJA, maksudnya lecturer yang akan prepare slides dan lecturer yang akan present. tapi, bila ada group presentation sekali... maksudnya korang yang kena prepare slides dan korang jugak lah yang present. so, nanti boleh lah bahagikan tugas ye =)

Untuk slot Practical Skills Workshop tu pulak, korang akan belajar macam-macam surgical skill seperti suturing, per rectal examination, urinary catheter insertion etc. akan ada doktor yang ditugaskan khas untuk mengajar korang. tapi benda ni tak berat pun. saja je nak tambah ilmu dan have fun. hahaha. slot ni akan dijalankan kat Advanced Surgical Skill Centre (ASSC). alaaa... kat bangunan cantik tu. dekat je dengan tempat tunggu bas CSL.



Then, seperti biasa... clinical posting dan bedside teaching memang tak dapat dipisahkan! umpama irama dan lagu. muehehehe. so, macam biasa lah. sila contact supervisor masing-masing untuk teaching session dan jangan lupa clerk patient awal-awal ye =)

Selain tu, sila lah follow supervisor anda ke ward round dan clinic dia untuk menimba ilmu pengetahuan. hehehe. kemudian, boleh lah ambil masa anda untuk observe procedures kat wad jugak. ikut je log book tu. oh ye. selain daripada clinic, korang jugak perlu pergi ke Operation Theatre yang terletak kat aras 2 dan jugak Endoscopy Room kat aras 1. observe jelah procedures yang ada kat tempat-tempat tu mengikut log book.  

Dan kalau diikutkan, setiap hari Jumaat pukul 3.00 petang akan ada Common Lecture kat auditorium. mungkin pihak jabatan terlupa nak masukkan dalam jadual posting surgery ni. hehehe.

***

So, berikut merupakan format penilaian posting surgery~



Juga tak banyak beza dengan posting IM, korang perlulah pass ketiga-tiga komponen untuk melayakkan korang PASS posting. 

Dalam continuous assessment, korang tetap kena hantar written case report yang menyumbang sebanyak 10% kat supervisor. tapi kali ni bukannya satu je case report / case write up, tapi DUA! so, sila lah hantar satu case report anda sebelum minggu ke-3 dan satu lagi sebelum minggu ke-6. then, akan ada part supervisor's assessment (10%) dan juga log book dan attendance (10%). 

Untuk theory paper pulak, macam biasa... akan ada OBAEMI dan KFQ yang menyumbang sebanyak 35%.

Clinical component pun akan ada dua jenis OSCE macam posting IM. bagi manned OSCE / short case, ia akan dijalankan pada minggu ke-7 kat wad surgery. masa ni, korang cuma perlu perform satu physical examination. lepas tu, akan ada beberapa soalan mengenai instrument, x-ray dan CT scan. bagi un-manned OSCE / written OSCE pulak, macam biasa... sama je dengan OSPE.

***

Kemudian, untuk PPD component~



Tak banyak beza pun dengan PPD component dalam posting IM kan. oh ye. aku takde format penilaian reseat posting surgery. pape pun, rasanya sama je dengan format reseat posting IM. written case report dan log book takde dah dalam penilaian reseat posting =) 

***

Ni dia suggested books untuk posting surgery =)





Sila lah order kat 'Kak Ros' dengan segera! =P

***

So, habis pun cerita pasal posting surgery. bagi aku lah kan... posting ni tak berat sangat pun. *sesuka hati je... hahaha*. memang lah banyak physical examination baru yang perlu korang belajar (boleh refer jadual klinik asas), tapi sebenarnya tak banyak sangat pun yang perlu kita cover dalam posting surgery kalau nak dibandingkan dengan posting IM. 

Pape pun... kita tetap kena study dengan bersungguh-sungguh, praktikkan apa yang kita dah belajar, pergi wad... clerk patient dan buat physical examination. ingat... dalam clinical years ni, ilmu tu perlu dicari dan semuanya atas inisiatif sendiri =D



11 comments:

Anonymous said...

Do we get to wear scrubs in 3rd year?

kurakuraygslow said...

Normally the priority to scrub is for 5th year. However, if they are not around, you may scrubs after get permission from doctors.

Anonymous said...

What should we do on oncall nights?

kurakuraygslow said...

Completing your logbook procedures.

Anonymous said...

Hai, kita kena beli ke suture kit/surgical instrument tu eh?

kurakuraygslow said...

Tak perlu beli pun surgical instruments tu :)

Anonymous said...

Yay thanks! :)

Naoki said...

salam sis. sis ade x soft copy In A Page Surgery ? mcm menarik je

kurakuraygslow said...

Wassalam. Takde. Ada hard copy je :)

Anonymous said...

As salam sis. Nk tanya, lecturers ada bagi lecture notes tak?

kurakuraygslow said...

Wassalam. Ada... kalau student mintak direct from lecturer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails