After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


21 July 2014

Final Exam Tahun 3

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Setelah habis semua entri mengenai keempat-empat posting dalam Tahun 3, marilah kita beralih kepada saat yang dinanti-nantikan oleh korang sebelum bercuti semester iaitu FINAL EXAM!!!

Pape hal pun, jom kita tengok jadual final exam ni dulu~



Jadual Final Exam Semester 1



Jadual Final Exam Semester 2


First of all, jangan takut sangat bila tengok kepadatan jadual ni. sampai dua paper dalam satu hari! mau tercabut sel-sel otak =P

Well... macam yang korang sedia maklum, dalam satu semester... cuma akan ada dua posting. so, bagi sesiapa yang berada dalam group 1 dan 2 tu... korang cuma akan ambil paper IM dan JKM sahaja dalam Semester 1. paper Surgery dan O&G pulak akan diambil dalam Semester 2.

Macam tu jugak lah dengan group 3 dan 4. paper Surgery dan O&G dalam Semester 1 manakala paper IM dan JKM dalam Semester 2. so, konfem lah soalan-soalan exam dalam Semester 1 dan 2 tu berbeza. hehe =D

***

Selain tu... dalam clinical years ni, korang cuma akan ada empat hari sahaja untuk final exam. dua hari theory paper, dua hari lagi OSCE. takde lah sampai enam ke tujuh hari macam pre-clinical years dulu kan. dan secara jujurnya... stress korang pun akan kurang masa final exam dalam clinical years jika nak dibandingkan dengan pre-clinical years dulu. mungkin sebab kita ada gap yang agak banyak kot antara paper. kot lah. ke aku je yang fikir macam tu? haha =P



***

So, apa kata aku share sikit pengalaman batch aku dalam final exam untuk Tahun 3 ni =) 


Posting 1 - Medicine & Society III (Community Health)

Dalam paper teori, ada 40 soalan MCQ yang merupakan OBA sahaja. untuk MEQ pulak, ada 5 soalan besar beserta pecahan soalan masing-masing. kadang-kadang, ada soalan besar yang 10 markah... ada jugak yang 15 markah. 

Kalau korang tengok balik format penilaian posting JKM, MCQ menyumbang sebanyak 20% manakala MEQ pulak sebanyak 10%. memandangkan final exam untuk posting ni menyumbang sebanyak 50%, baki lagi 20% ada kat OSCE.

Ada 9 stesen soalan untuk OSCE posting JKM. setiap satu stesen adalah selama 5 minit. macam biasa, dah namanya OSCE... haruslah pakai white coat ye. untuk theory paper tu, toksah lah sibuk-sibuk nak pakai white coat segala =P

***

Oh ye. seperti yang aku nyatakan dalam entri-entri sebelum ni, setiap posting akan ada PPD component nya yang tersendiri. so, bagaimana cara PPD dikendalikan dalam final exam clinical years?

Bagi theory PPD, korang akan dapat satu booklet khas yang terkandung soalan-soalan PPD mengikut posting. sebagai contoh, dalam posting JKM... korang akan dapat satu booklet soalan MCQ JKM, satu booklet soalan MEQ JKM dan satu booklet soalan teori PPD. untuk soalan PPD ni, korang akan diberikan situasi mengenai posting tu sendiri, dan pandai-pandai lah korang jawab menggunakan PPD skill masing-masing. macam biasa, akan ada beberapa pecahan soalan yang berjumlah 10 markah.

Untuk OSCE PPD pulak, korang mesti akan melalui 1 stesen manned OSCE dan 1 stesen un-manned OSCE dalam setiap semester. mesti dah biasa kan masa pre-clinical years dulu duk bagi nasihat PPD kat SP masa OSCE PPD? haaaa sama jelah keadaannya untuk manned OSCE ni. korang akan diberikan satu situasi, baca dulu kat stesen pertama, lepas tu bagi nasihat kat SP dalam stesen kedua. untuk stesen un-manned OSCE pulak, cuma ada satu stesen soalan yang mana korang kena jawab masa tu jugak. takde SP dah. hanya ada soalan dan korang. haha.

Laa ni aku nak bagi contoh sikit pasal OSCE PPD. untuk posting JKM, kan ada 9 stesen soalan OSCE JKM. lepas tu, dia akan tambah lagi 1 stesen soalan OSCE PPD. tengok lah, dia nak bagi manned OSCE ke un-manned OSCE. kalau manned OSCE dah masuk dalam PPD posting JKM, konfem lah un-manned OSCE yang masuk dalam PPD posting IM. begitulah juga sebaliknya =)

So, macam yang aku pernah nyatakan sebelum ni, theory PPD akan menyumbang sebanyak 30% manakala OSCE pulak 20%.



***

Posting 2 - Internal Medicine

Dalam paper teori, ada 40 soalan MCQ yang merangkumi 28 soalan OBA dan 12 soalan EMI. untuk KFQ pulak, ada 4 soalan besar beserta pecahan soalan masing-masing. macam biasa, ada soalan besar yang 10 markah... ada jugak yang 15 markah. akan ada satu booklet PPD juga disertakan dalam dalam final exam IM. kalau korang tengok balik format penilaian posting ni, teori menyumbang sebanyak 35% yang merangkumi MCQ dan KFQ. 

Tapi, teori IM ni pelik sikit. korang akan dapat soalan MCQ dulu, jawab dalam masa sejam. lepas tu, hantar kertas jawapan dan dikehendaki keluar dari dewan. korang rehat jap 15 minit, lepas tu masuk semula untuk jawab soalan KFQ dan PPD. sama jugak lah dengan teori Surgery. cuma JKM dengan O&G je korang akan dapat ketiga-tiga booklet soalan secara serentak.

Kemudian, OSCE posting IM pun menyumbang sebanyak 35% yang merangkumi short case dan written OSCE. ada 5 stesen soalan untuk written OSCE posting IM. setiap satu stesen adalah selama 5 minit. macam biasa, akan ada tambahan 1 stesen soalan PPD.



***

Posting 3 - Surgery

Dalam paper teori, ada 30 soalan MCQ yang merangkumi 20 soalan OBA dan 10 soalan EMI. untuk KFQ pulak, ada 5 soalan besar beserta pecahan soalan masing-masing. macam biasa, ada soalan besar yang 10 markah... ada jugak yang 15 markah. akan ada satu booklet PPD juga disertakan dalam dalam final exam Surgery. kalau korang tengok balik format penilaian posting ni, teori menyumbang sebanyak 35% yang merangkumi MCQ dan KFQ. 

OSCE pun menyumbang sebanyak 35% yang merangkumi short case dan written OSCE. ada 8 stesen soalan untuk written OSCE posting Surgery. setiap satu stesen adalah selama 8 minit. macam biasa, akan ada tambahan 1 stesen soalan PPD.



***

Posting 4 - Obstetrics & Gynaecology

Dalam paper teori, ada 30 soalan MCQ yang merangkumi 15 soalan OBA dan 15 soalan EMI. untuk KFQ pulak, ada 4 soalan besar beserta pecahan soalan masing-masing. macam biasa, ada soalan besar yang 10 markah... ada jugak yang 15 markah. akan ada satu booklet PPD juga disertakan dalam dalam final exam O&G. kalau korang tengok balik format penilaian posting ni, teori menyumbang sebanyak 35% yang mana 15% OBA, 15% EMI manakala 40% KFQ

OSCE pun menyumbang sebanyak 35% yang merangkumi short case (20%) dan written OSCE (15%). ada 6 stesen soalan untuk written OSCE posting O&G. setiap satu stesen adalah selama 8 minit. macam biasa, akan ada tambahan 1 stesen soalan PPD.



***

So, itu jelah yang dapat aku share pasal Final Exam bagi Tahun 3. seperti yang pernah aku nyatakan dalam entri-entri sebelum ni, korang perlu LULUS kesemua posting bagi melayakkan korang naik ke Tahun 4. katakan lah korang terkandas satu sahaja posting masa Semester 1, korang tetap kena reseat posting tu selepas Final Exam Semester 2. kalau lepas reseat posting tu pun masih terkandas lagi, repeat year lah jawabnya =( 

Dalam Medic UKM, kita cuma boleh terkandas maksimum DUA posting sahaja dalam satu tahun. sebagai contoh, kalau korang dah terkandas posting IM masa Semester 1, lepas tu terkandas pulak posting O&G dalam Semester 2... korang masih boleh reseat kedua-dua posting tu selepas Final Exam Semester 2.



Akan tetapi, kalau korang dah terkandas sampai tiga posting termasuk PPD, repeat year terus lah jawabnya. so, jangan lah main-main ye =)

***

Alhamdulillah, aku berjaya lulus kesemua posting dalam Tahun 3 tanpa perlu reseat mana-mana posting. so, dapat lah bercuti semester lama sikit sebelum naik Tahun 4 pada 11 Ogos nanti. hihi =D

Secara jujurnya, aku tak rasa pun ilmu aku cukup walaupun lulus kesemua posting. masih banyak lagi yang perlu aku belajar dan terus belajar. itulah gunanya menuntut ilmu kan =)

Akan tetapi, aku tumpang bersedih bila mana ada kawan-kawan aku yang terpaksa menghadapi reseat posting dan reseat exam. so, aku harap dorang semua akan berjaya masa reseat exam tu supaya kitorang semua dapat melangkah ke Tahun 4 bersama-sama. insyaAllah. aminnnnnnnn.

*** 

So sekarang ni, aku nak share sikit macam mana slip result korang dalam Tahun 3 nanti~



Memandangkan masa Semester 1 aku dalam posting Surgery dan O&G, so cuma dua posting ni jelah yang tertera dalam slip result Semester 1. tidak dilupakan encik PPD kita. hehe. korang kan belum melalui kesemua posting lagi, so no CGPA dalam slip result Semester 1.

Oh ye, aku baru je lengkapkan 8 jam kredit untuk HC dalam Semester 1 Tahun 3. sebab tulah dia keluar kat slip result aku ni =)



Tadaaaa... akhirnya CGPA yang kita tunggu-tunggu telah tiba dalam slip result keseluruhan. korang akan dapat slip ni selepas Final Exam Semester 2. so, takde dah slip result Semester 2 sahaja macam slip Semester 1 hari tu =)


***

Okay. cukup sampai sini dulu. next entry, aku akan cerita pasal reseat posting pulak. selain tu, aku akan share jugak mengenai cara aku study atas permintaan seseorang. hehe. stay tuned~


2 comments:

Hafiz said...

Memang clinical exam tahun 3 melibatkan sesi iv pesakit atau sekadar lab kita dan kertas soalan sahaja?

Hafiz said...

Memang clinical exam tahun 3 melibatkan sesi iv pesakit atau sekadar lab kita dan kertas soalan sahaja?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails