After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


03 July 2014

Posting 4 - Obstetrics & Gynaecology

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kini... tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh korang... clinical posting ketiga dalam tahun 3... yang mana akan membuatkan korang rasa macam nak menangis tapi tak mengalir air mata... mempersembahkan... posting O&G!!!!! *bunyi dram*

Sebelum kita teruskan... sudahkah anda baca entri mengenai posting IM dan Surgery? adakah anda merasa terbeban dengan posting-posting tersebut? sekiranya jawapan anda ya, sila lah ubah fikiran anda kerana sesungguhnya... posting O&G adalah 100 kali lebih menyesakkan dada daripada dua clinical posting tu *pehhhhh... hiperbola habis =P*

Eh korang jangan lah fikir negatif sangat. aku saja je nak bagi situasi yang dramatik sikit. hehe. pada awalnya, mungkin korang akan rasa posting O&G ni tough sikit. tapi bila dah boleh adapt, insyaAllah... all is well =)



***

Sebenarnya, korang tau ke tak O&G ni pasal apa? haaaa buat yang tak tau tu, ni akak kura-kura nak habaq mai sikit. hehehe.

Korang tau kan, kebanyakan perempuan nak bersalin akan pergi hospital? so, bila dah pergi hospital tu... dia akan duduk wad Obstetrics. kiranya, Obstetrics ni merujuk kepada antenatal, pre-natal dan post-natal phase. dan... pernah kah korang dengar pasal sakit puan? haaa medical term untuk sakit puan adalah Gynaecology. kiranya, korang akan jumpa perempuan sahaja sepanjang posting O&G ni. jangan harap nak jumpa lelaki. lelaki jadian perempuan pun takde. kekeke.



Kat HUKM, unit O&G ada blok dia sendiri. O&G Admission Centre (OGAC) terletak kat ground floor manakala wad-wad O&G terletak kat tingkat 1 dan 2. bila dah cerita pasal O&G, tak sah kalau takde labour room kan. so, labour room terletak kat tingkat 1. sila lah bersedia untuk mengabdikan diri anda kat blok O&G selama 7 minggu ye =P

***

Okay. pape hal pun, marilah kita tengok jadual posting ni dulu~






So, macam biasa... CPC akan ada setiap hari Rabu pukul 8.00 hingga 9.00 pagi manakala Common Lecture pulak pada setiap hari Jumaat pukul 3.00 petang. kedua-duanya akan dijalankan kat auditorium.

Selain tu, antara aktiviti utama dalam posting O&G adalah:

* Lectures
* Workshop
* Consultant Ward Round (CWR)
* Specialist Ward Round (SWR)
* Tutorial
* Video Show
* Bedside Teaching
* Ward Round / Clinic
* Observe Procedures
* Labour Room

Lectures dan workshop akan dijalankan kat Dewan Nafisah Adeeb (DNA) yang mana dewan ni terletak dalam Jabatan O&G kat tingkat 2. kesemua 50 lebih student yang tengah dalam O&G rotation WAJIB pergi lectures dan workshop tu. attendance dalam posting ni tersangatlah strict!

Then, untuk slot CWR dan SWR... group korang akan ada sesi dengan 2 orang consultant dan 2 orang specialist yang bukannya supervisor korang pada tarikh yang dah ditetapkan dalam jadual. so, sila lah contact mereka secepat mungkin sebelum sesi CWR dan SWR korang tu. so, apa nak buat masa sesi CWR dan SWR? macam biasa... clinical student perlulah prepare case untuk di present. memandangkan korang akan ada 2 sesi CWR dan 2 sesi SWR, so sila lah prepare 4 cases ye (2 obstetrics dan 2 gynaecology).

Bagi slot tutorial pulak, group korang perlu lah prepare slides dan present mengikut tajuk yang dah ditetapkan. sesi tutorial ni akan berjalan kat DNA. untuk slot video show, korang akan tengok caesarian section video kat DNA mengikut group.



Kemudian... bedside teaching bersama supervsior haruslah ada. selain tu, untuk pengetahuan korang... cara pembahagian group dalam posting O&G adalah mengikut warna wad. ada 4 wad O&G kat HUKM iaitu wad oren, hijau, kuning dan merah. wad oren dan merah kat tingkat 1 manakala wad hijau dan kuning kat tingkat 2. so, segala sesi ward round adalah mengikut wad masing-masing. maksudnya, student wad merah perlu lah ikut ward round wad merah. tapi, itu tak bermaksud korang tak boleh masuk wad lain. boleh je. tapi, untuk ward round... korang MESTI join round wad sendiri. MESTI.

Untuk sesi clinic, macam biasa... kena ikut supervisor masing-masing. selain tu, dah jadi kewajipan untuk semua medical student observe procedures mengikut log book. akhir sekali... sila lah pergi ke labour room untuk observe / assist deliveries. goodluck! HAHA xD

***

So, ni dia format penilaian posting O&G~



Macam biasa, untuk part continuous assessment... akan ada written case report, supervisor's assessment dan log book. kalau posting IM kena hantar satu case report / case write-up, posting surgery pulak kena hantar dua... tapi posting O&G kena hantar empat! yes. EMPAT.

Korang perlu lah hantar 1 obstetrics case write-up, 1 gynaecology case write-up, 1 partogram of normal deliveries dan 1 partogram of abnormal deliveries (korang akan tau apa itu partogram bila dah masuk posting O&G). keempat-empat benda ni perlulah dihantar pada minggu ke-4. so, bila dah start je posting O&G... cepat-cepat lah cari case untuk dibuat case write-up sebab korang tak boleh langsung share case yang sama dengan kawan. untuk posting IM dan Surgery okay lah lagi sebab boleh share case. O&G memang TAK BOLEH. so, bila korang dah dapat case tu, cepat-cepat lah cop ye. tapi jangan sampai bergaduh dengan kawan pulak. rebut case punya pasal. ish ish ish.



Then, theory paper untuk final exam pulak akan menyumbang sebanyak 35% manakala clinical component akan ada dua jenis OSCE *macam biasa* iaitu short case dan written OSCE. short case akan dijalankan pada minggu ke-6 atau ke-7 kat mana-mana tempat yang disukai oleh examiner korang. perbezaan short case O&G dengan dua short case clinical posting yang lain adalah... korang dah tau awal-awal sape examiner short case korang untuk posting O&G. so, sila lah contact examiner anda untuk menentukan masa dan tempat short case yang bakal dijalankan. akhir sekali, written OSCE akan ada dalam final exam.

So, sudahkah anda bersedia untuk PASS ketiga-tiga komponen sebelum melayakkan anda melangkah ke tahun 4? =P



***

Selain tu, PPD component haruslah ada kan.



Takde beza pun dengan format penilaian PPD dalam posting surgery kan. untuk reseat posting O&G pun sama jugak. written case report dan log book tak dikira. hanya supervisor's assessment, theory dan clinical component sahaja yang akan dinilai =)

***

Antara suggested books dalam posting ni adalah:







Semua buku dalam posting ni datang dalam bentuk kembar. mesti ada satu buku Obstetrics dan satu buku Gynaecology. masa pre-clinical years dulu, kita cuma belajar asas O&G dalam Reproductive Module. tu pun hanya superficial semata-mata. memang sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang perlu kita tau dalam posting ni. so, korang kena lah lipat gandakan sikit usaha tu untuk study betul-betul dan fahamkan segala-galanya dalam masa 7 minggu. don't worry. you can do it! =D

***

So, apa yang boleh aku share pasal posting O&G adalah... posting ni memang tough. tak dinafikan. majoriti akan setuju dengan statement aku ni. hehehe. tapi, kalau korang asyik fikir tough... tough... tough... tak boleh buat... tak boleh adapt... sampai bila pun korang takkan boleh kan. so, apa yang boleh aku pesan hanyalah... sentiasa fikir positif. walaupun adakalanya korang rasa down gila dengan diri sendiri, it's okay. normal lah tu. manusia mesti lah akan rasa down sekali-sekala kan ;)



Life korang dalam posting ni bergantung kepada nasib sebenarnya. nasib korang akan jadi sangat baik kalau korang ditempatkan kat wad yang 'benign'. tapi, nasib korang akan jadi sangat dahsyat kalau korang ditempatkan kat wad yang 'malignant'. mesti korang pening kan... pebenda lah yang si kura-kura ni merepek. kejap 'benign', kejap 'malignant'. takpe takpe. nanti kalau korang dah start posting O&G, konfem korang akan faham apa yang aku maksudkan. kekeke =P

Dulu, nasib aku agak dahsyat sebab dapat wad yang paling 'malignant'. memang horrible gila. posting O&G dah berjaya membuatkan aku menangis for the first time sepanjang dua tahun lebih dalam medical school. dahsyat tak dahsyat. hahaha. aku pun terkejut dengan diri sendiri. konon kuat sangat tak pernah nangis. last-last nangis jugak =P

Alhamdulillah aku dikurniakan family dan kawan-kawan yang supportive. so, bila aku rasa down... dorang ada untuk bagi semangat kat aku. tanpa dorang, tak tau lah aku kuat ke tak untuk mengharungi 7 minggu yang penuh ranjau dan duri tu *pehhhhh ayattttttt*. so, thanks uolllllllls. lebiu. mmuaaaahhhh =P

Kata-kata semangat daripada seorang kawan =)


Dan, kalau nak difikirkan dari sudut positif... mungkin Allah tetapkan aku untuk dapat wad 'malignant' supaya aku lebih berusaha dan tak lagha. kalau dapat wad 'benign', mungkin aku akan santai, relaks dan lagha dengan macam-macam hiburan yang ada. hehehe. so, ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. bak kata omputih, everything happens for a good reason. eceh! 

Lastly, just keep calm and continue to enjoy this posting *enjoy ke... hahaha*. try perbetulkan niat, stay positive, gain courage dan ingatlah... kadang-kadang kita tak tau kemampuan diri sendiri. kalau tak pernah mencuba, macam mana nak tau kita bakal berjaya ke tak. kalau dah cuba tapi tak berjaya tu lain cerita. so, sentiasa lah berusaha dan berusaha. insyaAllah kejayaan menanti kat depan. eh dah lah. gaya dah macam penceramah bebas pulak. muahahaha. kbai =D

Juga kata-kata semangat daripada seorang kawan =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails