After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


20 July 2013

Tamadun Islam & Tamadun Asia (ZT)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Penerangan mengenai Medical Module untuk Semester 4 semua dah habis. so kali ni, aku nak beralih kepada subjek universiti pulak. kalau masa Semester 3 korang jumpa subjek yang berkod ZT, kali ni pun korang jumpa lagi kod ZT tu.

Dulu korang belajar Hubungan Etnik kan. kali ni, korang akan belajar subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) pulak. macam biasa, subjek universiti tak masuk dalam CGPA. tapi perlu lulus!



***

Jom tengok format penilaian subjek ni sekejap~


Kehadiran = 10%
Pembentangan Berkumpulan = 10%
Tugasan Berkumpulan = 20%
Peperiksaan Akhir = 60%


Subjek yang berkod ZT ni kan bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum. jadi korang boleh lah gunakan lagi kumpulan PBL masing-masing supaya ada percampuran jantina dan kaum. kelas akan diadakan kat DK jugak. presentation pun kat DK.

***

Kali ni pun korang kena buat research lagi. research tu haruslah berdasarkan kepada ketokohan pemimpin dalam Tamadun Islam atau Asia. presentation dalam bentuk Power Point (10%)report (20%).

Then, Final Exam = 60%. macam biasa, ini merupakan exam bertulis. ada 50 soalan objektif. memandangkan exam ni gabung dengan fakulti lain, so korang kenalah jawab exam bersama-sama student fakulti lain jugak. KMJP pun berbeza daripada KMJP Medical Module.



Masa zaman aku dulu, exam paper ni mengamalkan prinsip banyak jawapan untuk satu soalan. then tolak markah untuk setiap jawapan yang salah, takde markah untuk soalan yang tak dijawab dan tambah markah untuk jawapan yang betul. jadi baik takyah jawab kalau tak tau.

Kalau target nak lulus je (macam aku), korang boleh tengok past year questions sejam sebelum exam. soalan nya banyak berulang. hehe. Alhamdulillah aku lulus dengan menggunakan kaedah tu. kekeke =P

***

Ok lah. dah habis semua penerangan mengenai subjek untuk Semester 4. nanti aku akan update mengenai Final Exam Semester 4 pulak =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails