After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


19 July 2013

CSL Module IIB

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kalau korang jenguk jadual keempat-empat modul sebelum ni, ada warna oren yang mewakili CSL Module. kali ni, CSL tetap akan dijalankan mengikut group PBL masing-masing =)

Untuk modul ni, akan ada:

* 3 CL
* 8 CSL

Basically, cara CSL ni dijalankan sama je macam semester lepasCL tetap kena pergi lecture dan CSL tetap kena pergi kelas mengikut group PBL. ada 3 group besar jugak iaitu Group A, B, dan C. jadi, korang cuma perlu hadir sesi CSL bila tiba giliran group besar korang je. sama lagi, CSL akan dijalankan sepenuhnya kat HUKM.

***

Kalau dalam semester lepas belajar Cardiovascular dan Respiratory Examination, semester ni pulak korang akan belajar Gastrointestinal dan Nervous System Examination. maksudnya, korang cuma akan belajar history taking dan physical examination mengenai dua sistem tu je untuk semester ni.



Dalam CL, kan ada lecture mengenai Reproductive System. tapi, lecture tu setakat untuk menambahkan ilmu je. takde pun CSL untuk Reproductive System dalam semester ni. mengenai sesi 'CSL Procedure' pulak, korang akan diajar macam mana nak perform urinary catheterization dan per-rectal (PR) examination. eh sila perform kat dummy je ok. jangan tetiba buat PR kat kawan korang pulak. terperanjat kang dia. haha! tapi, benda ni setakat belajar je. tak masuk exam pun =)

***

Orait. jom tengok format penilaian modul ni pulak~



Sama je macam semester lepas, continuous assessment = 30% manakala OSCE = 70%. apa yang ada dalam continuous assessment adalah :

Log Book
Reflective Writing
OSCA

Sama jugak macam sebelum ni, ada markah untuk reflective writing. OSCA tu pulak, sama je macam apa yang korang dah lalui sebelum ni. korang boleh nampak jadual CSL Mock OSCE dalam Module 4. haaa tulah slot untuk OSCA. macam biasa, ada dua stesen dalam OSCA iaitu stesen history taking dan stesen physical examination.

Untuk final exam pulak, macam yang korang nampak kat atas tu... OSCE menyumbang sebanyak 70%. 

***

Berikut merupakan buku rujukan untuk modul ni~



Kalau rajin sangat, boleh lah cari buku-buku ni. hehe. orait. next entry aku akan share video berkenaan modul ni pulak =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails