After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


14 July 2012

Takwim Tahun 1 Sesi 2012/2013 *Hai Junior!*

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Setelah sekian lama korang merindui entri terbaru daripada aku, kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu. akhirnya, reti jugak aku update blog kan. ingatkan si kura-kura ni dah tak ingat dia ada blog. haha =D

Errrr.. agak kekok sebenarnya bila nak start tulis entri balik. sebab blog ni dah lama sangat ditinggalkan. aku pun dah tak ingat apa yang aku tulis dulu. hehe. tadi, saja-saja jelah mengintai blog ni kejap. then, agak terkejut cimpanzi jugak lah aku bila tengok jumlah pelawat yang tengah membaca blog ni melebihi 10 orang! selalu nya, tak sampai 5 orang pun *sobsobsob*. 

Aku pun terpikir-pikir, apsal lah blog aku jadi HAWT pulak ni *eceh!*. daaaaa.. patutlah... result UPU dah keluar kan. bermaksud, ramai lah yang dapat Medic UKM tu sibuk tercari-cari blog aku. hehehe. see.... ternyata blog ni sangat berguna *hidung terkembang-kempis*.


Kalau korang nak tau, kat UKM ni, semua junior akan dapat seorang 'buddy' dalam kalangan senior. korang gunakan lah 'buddy' korang ni sebaik-baiknya. kalau nak tau pape pasal Medic UKM, boleh tanya dia. kebiasaannya, nama 'buddy junior' dan 'buddy senior' dekat-dekat. sebagai contoh, kalau nama korang Fatin, maybe korang akan dapat 'buddy' yang bernama Fatin jugak. agak-agak nya, sapelah yang malang jadi 'buddy' aku nanti. kalau dia tanya aku pape, aku malas nak jawab. aku nak suruh dia baca blog ni je. haha =D

***

So, buat JUNIOR tersayang *wow aku bakal ada junior... hakhak*aku update entri ni khas untuk korang. konfem korang teringin gila nak tau macam mana rupanya takwim Tahun 1 korang kan. so, this is it~


Sori sebab agak blur =.=

So, boleh lah korang rancang cuti awal-awal. haha. belum start belajar, dah fikir cuti =P

***

Aku harap, kalau korang teringin nak tau lebih lanjut pasal Medic UKM, sila-sila lah menjenguk semua entri yang ada dalam blog ni. konfem segala pertanyaan korang akan terjawab dengan adanya blog aku. muahahahaha *gelak bangga*.

Tapi, kalau korang nak aku ringkaskan sikit lah pasal perjalanan hidup sebagai student Medic UKM ni, apa yang boleh aku katakan... korang memang kena study lebih sikit kalau nak lulus semua modul. tak perlu nak target 4 flat bagai... target utama kita adalah untuk LULUS. tapi, kalau dapat CGPA gempak lagi best kan =) 

Dalam Semester 1, ada 5 modul subjek Medic. dalam Semester 2 pulak, ada 7 modul subjek Medic. kat UKM ni, kita kena lulus semua modul yang ada untuk kedua-dua semester, barulah hidup selamat seterusnya berupaya melangkah ke Tahun 2 dengan bergaya.

Akan tetapi, katakan lah... rezeki korang tak berapa nak ada, sebagai contoh... 'ter'gagal 1 modul dalam Semester 1 dan 'ter'gagal lagi 1 modul dalam Semester 2, korang kena ambik balik paper yang gagal tu atau lebih glamer dipanggil RESEAT. paper reseat ni akan diadakan lebih kurang sebulan selepas Semester 2 habis di kala kawan-kawan yang lulus semua tengah enjoy bercuti. yup, so korang kena revise balik modul yang gagal tu, walaupun modul tu ada dalam Semester 1.

Jadi, bila digabungkan modul yang gagal dalam kedua-dua semester, jadi lah 2 modul sebagai contoh. korang MESTI lulus paper reseat ni. takde pilihan! kalau 'ter'gagal lagi even 1 modul, jawab nya.... korang kena ulang balik Tahun 1 atau lebih sadis dipanggil REPEAT YEAR.

***

Andai kata lah... ada yang reseat atau repeat year, jangan pulak ingat dunia ni dah berakhir. mungkin korang takde rezeki waktu tu je, tapi ada rezeki yang lebih lagi pada masa akan datang. kita mana tau kan. *eceh, pandai pulak aku berfalsafah =P*


***

Baiklah... sebagai perkongsian tentang perjalanan sebenar aku selama setahun kat UKM ni, alhamdulillah... aku dah pun habis Semester 2. youuhooooo~

Baru je habis exam lebih kurang 2 minggu yang lepas dan baru je dapat result Selasa hari tu. hehe. macam mana result aku? alhamdulillah..... aku berjaya LULUS kedua-dua semester. maksudnya, tak perlu lah aku pergi exam reseat dan dapat lah aku berpuasa sebulan kat rumah. hehehe =D

Memang sangat cuak kebebeh menunggu result Semester 2 ni. sebab Semester 2 ni lebih tough daripada Semester 1. subjek pun lebih banyak. jadual pun lebih padat. lagipun, kalau kena reseat, alamat nya, kenalah berpuasa kat kolej. aku nak puasa kat rumah. huhu. tapi, alhamdulillah... aku lulus. yippeeeee~

***

Untuk Medic UKM ni, result akan dikeluarkan seminggu selepas habis exam. senarai nama student yang lulus semua modul akan ditampal kat papan kenyataan, manakala nama student yang ada gagal beberapa modul takkan ditayang, cuma nombor matrik je yang ada. so, takde lah student ni malu sangat.

Eh tapi kan, Fakulti Perubatan ni tak sama dengan fakulti lain. kita tak dapat check result kat web. kalau nak tau result, kena call sendiri Pejabat Akademik. tapi, biasanya, ada je orang yang rajin stay kat fakulti dan ambik gambar list name tu, then upload kat facebook. so, semua orang dapat check nama masing-masing ikut facebook je. itulah gunanya teknologi. hehe =P

Kebiasaannya, Fakulti Perubatan universiti lain cuma akan bagi result, lulus dan gagal je. UKM je lain sikit. kita akan dapat slip result yang ada gred dan CGPA tu lebih kurang sebulan lepas result keluar. kalau nak dapat CGPA gempak tu memang susah lah. kena usaha gila-gila *melainkan korang genius*. bagi aku, dalam medic ni, cukuplah aku lulus semua modul *sebab aku pemalas*. kalau CGPA lebih daripada 3.00, kira bonus lah tu =)

***

So, you all... macam ni lah slip result yang korang akan dapat nanti~


CGPA Semester 1 aku tak gempak pun. Kalau masa kat Asasi / Matrik boleh lah dapat 4.00. Dalam medic ni, serius kena rajin gila kalau nak 4.00 ==''
Oh ye, CGPA Semester 2 belum dapat lagi. Cukup lah aku tau aku lulus semua modul =)

***

Ok lah, cukup sampai sini dulu. nanti aku update lagi. stay tuned~


10 comments:

arnabygtertidur said...

Saya agak nerves jgk dengan perkataan gagal dan perkataan-perkataan lain berwarna merah tu. Dalam satu batch, average berapa orang ada reseat, berapa orang yg terpaksa repeat. tq kak

freshie-to-be

kurakuraygslow said...

Owh sebab arnab tertidur lah kura-kura yang slow ni mampu menang perlumbaan hari tu. Haha *ok ni takde kaitan* =P

Haha toksah nerves2 dengan perkataan merah tu. Saja je nak bagi gempak. Kalau diikutkan, bila dah study elok2, jawab exam betul2, takde sebab untuk gagal kan. Melainkan memang dah takde rezeki.

So, tak perlu takut dengan jumlah reseat dan repeat. Yang penting, usaha betul2.. jangan main2. Ok =)

* memang lah setiap batch akan ada yang reseat dan repeat. tapi, kebiasaannya... kebanyakan yang reseat tu akan lulus jugak dan dorang boleh melangkah ke tahun seterusnya =)

Unknown said...

tahniah kak.. huhu.. bulan 9 ni dah nak buat degree madik kat sana.. Tapi ada satu kemusykilan berkaitan biasiswa.. Dalam entri akak yang lalu, akak ada bagitau medic UKM akan dapat biasiswa JPA kan? tapi nape takde pun ae2 dokumen pasal tu kat surat tawaran yang diberi.. atau camne kak?

kurakuraygslow said...

Thanks. Oh bakal junior la ni =)

Kalau sebelum ni lah kan, biasiswa JPA tu kena jugak apply. Takde lah dia tawarkan macam tu je. Tapi, sape2 yang dapat Medic memang konfem lah dapat JPA. Caranya pergi kat web JPA dan download & print segala dokumen yang ada. Lepas tu isi dan masa kat UKM nanti, kena serahkan kat pihak2 tertentu. Ni dulu tau. Sekarang tak tau lah macam mana.

Anonymous said...

Satu batch ramai ke dapat 4 flat?o xde lagsung?hahahah

kurakuraygslow said...

Masa Sem 1 yg lepas, ada sorang dapat 4flat. Sem 2 ni tak tau lah pulak.

Anonymous said...

Jadual 1st sem camne er?packed x?sehari klas sampai kul brpe?

kurakuraygslow said...

Kalau nak tau jadual Sem 1, boleh rujuk entri2 yg ada dalam blog ni k. Semua modul mengenai Sem 1 dah di post. Rajin2 lah baca segala info yg ada kat sidebar belah kiri blog ni =)

Jadual Sem 2 pulak belum habis di post. Tengah dalam pembikinan =)

Anonymous said...

Hi Nak tanya sikit. Klu budak lulusan PASUM boleh tak apply kursus medic kat UKM? apa kelayakan yg diperlukan?

kurakuraygslow said...

Boleh je. PASUM, asasi UiTM, matriks, form 6 semua boleh apply. Kelayakan yg diperlukan ada kat dalam entri ni =)

http://kurakuramedic.blogspot.com/2011/11/kelayakan-untuk-memasuki-medic-ukm.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails