After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


15 July 2012

Program Pembangunan Insaniah (HC9118)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Buat sape-sape yang dapat masuk UKM tu, aku nak bagitau satu berita ''gembira'' kat korang. buat pengetahuan anda semua, UKM merupakan universiti pertama dalam Malaysia yang mewajibkan semua student pra siswazah dia mempunyai sekurang-kurangnya 8 jam kredit dalam aktiviti kokurikulum bagi melayakkan seseorang itu graduate.

Tak paham? ayat aku kompleks sangat? takpe takpe. aku akan ringkaskan.

***

Secara ringkasnya, korang semua kena melibatkan diri dalam pape aktiviti luar bilik kuliah, tak kisah lah pegang jawatan apa sekalipun, tak kisah lah berapa banyak aktiviti korang join sekalipun, asalkan cukup 8 jam kredit. kitorang panggil benda alah ni HC. HC ni bukan untuk student medic je. semua student UKM wajib ada 8 jam kredit ni sebelum graduate. kalau tak cukup, tak boleh graduate.

Oh ye. 8 jam kredit tu bukannya 8 jam ye. kalau cuma 8 jam je, heaven lah.

1 jam kredit = 40 jam
8 jam kredit = 8 X 40 jam
                  = 320 jam 

***

Cara nak dapatkan jam kredit ni, korang kena isi Learning Contract (LC) lepas dah selesai join mana-mana aktiviti. antara aktiviti yang boleh korang join.. sebagai contoh, lawatan ke rumah anak yatim, program anak angkat, gotong-royong perdana dan suka hati korang lah nak join apa lagi. kebiasaannya, kalau program yang ambik masa lebih daripada 2 hari tu, memang akan dilaksanakan masa cuti midsem atau cuti akhir sem lah jawabnya. so, bersedialah untuk potong waktu cuti korang. hehe.

Nak join program orang lain boleh, nak buat program sendiri pun boleh. tapi, kalau dah buat program sendiri tu, faham-faham lah. tugas nya berat sikit. korang kena lah jadi ahli Majlis Tertinggi dan kena uruskan segala benda berkaitan HC ni. paling susah, bab duit =.=




Selain tu, nak buat program ni kena buat kertas kerja dulu. lepas tu, buat permohonan pelaksanaan program kat Jabatan Pembangunan Pelajar (JPPel). lepas dah diluluskan, kena pulak uruskan segala hal yang bersangkut-paut dengan HC  dan dalam masa yang sama tetap kena datang kuliah macam biasa, cari waktu untuk study, buat PBL, buat MES, pergi meeting HC. haish. kebanyakan student memang setuju bahawa HC ni merupakan satu bebanan untuk kitorang *UKM je ada benda alah ni. konon hebat ler tu*

***

JPPel ni ada kat UKM Bangi. sedangkan, kita ni ada kat UKM Kuala Lumpur. memang susah gila lah nak pergi Bangi semata-mata nak buat permohonan HC. so, skang ni, UKM dah pun wujudkan sistem online bagi memudahkan semua student buat permohonan HC dan jugak isi LC. caranya, korang cuma perlu log in ke laman web ni~




Kat situ lah tempat korang nak isi LC, upload pembuktian dan jugak tengok berapa banyak jam kredit yang korang dah ada. aku cuma bagitau secara ringkas je ni. kalau nak tau lebih lanjut, nanti korang dengar lah sendiri taklimat masa dah masuk UKM.

***

Masa Semester 1 dulu, aku join 2 aktiviti. kedua-dua program ni aku jadi orang bawahan je. hehe. tapi, masa Semester 2, aku jadi ahli Majlis Tertinggi. memang pening kepala gila lah masa ni. busy yang amat... dengan uruskan program dan jugak jadual kuliah yang sangat pack. sebab tu lah aku rasa agak terumbang-ambing sikit study aku masa Semester 2 ni. takut sangat kalau tak lulus semua modul. tapi, alhamdulillah... aku lulus jugak akhirnya. syukur yang teramat sangat =)

***

Dan, setakat ni, aku baru je dapat 5 jam kredit. ada baki lagi 3 jam kredit. terpaksa lah cari lagi 3 kredit dalam Tahun 2 ni.


Macam ni lah paparan markah kat web Sistem Pembangunan Insaniah (SPI)

***

Sebelum program berjalan, memang lah kita akan rasa tension dan macam-macam lagi lah perasaan negatif lain. tapi, masa program berjalan.. insyaAllah... keseronokan melaksanakan program dengan kawan-kawan akan timbul. banyak jugak kebaikannya buat program macam ni. selain daripada dapat tambah pengalaman, ukhwah antara kawan-kawan pun dapat diwujudkan =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails