After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


27 November 2011

Format Exam End Of Module

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Rasanya, aku tak pernah terangkan secara detail pasal EOM kan? padahal, EOM ni penting tau. even dia cuma bawak 20% carry mark untuk Final Exam, tetap penting! even kalau gagal EOM takyah reseat balik, tetap penting!

***
EOM ni akan dijalankan selama sejam je. tepat-tepat lepas habis satu module. EOM akan berlangsung pada permulaan hari untuk Module 2, sama ada kat T1BE atau kat DSG KTSN.



Dah nama pun sejam je kan, mestilah ada 1 paper je pun. takde nya UKM kejam sangat dalam masa sejam tu nak suruh korang harung sampai 3 paper =.=

***
Dalam 1 paper tu, akan ada OBA, EMI dan MEQ. format lebih kurang sama macam Final Exam. cuma, soalan dia kurang sikit daripada Final Exam. masak kot kalau dalam masa sejam kena jawab banyak giler soalan =.=

Kebiasaannya, akan ada 10-12 OBA (12 markah), 8-10 EMI (8 markah) dan 1-2 MEQ [ada pecahan soalan] (10 markah). jumlahnya 30 markah untuk EOM korang. tapi, aku tak tau macam mana 'marking method' yang lecturer amalkan. itu sume sulit.

***
Tup tup dalam masa 2 minggu, result EOM korang akan terpampang kat papan kenyataan. yang dipamerkan hanyalah gred sahaja. markah takdak.

Masa ni lah, sape yang dapat A tu akan dicop sebagai genius. yang gagal, hmmmmm no komen.



***
Kesimpulannya, walaupun EOM ni cuma bawak 20% daripada keseluruhan peratus, korang tetap kena perform. kalau EOM dah teruk, susahlah nak skor Final Exam kan. aku tau korang boleh. lebih boleh daripada aku. yang penting, pahamkan lah lecture dengan sebaik-baiknya. insyaAllah takde masalah.



p.s  :  Alhamdulillah aku lulus EOM untuk Module 1. walaupun cuma dapat B+ (70% - 74%), aku dah cukup bersyukur. dah memang takat tu je usaha aku, layak lah aku dapat gred tu je kan. lepas ni kena usaha lebih lagi kalau nak A.

Perkara yang mengejutkan, first time aku happy even tak dapat A. hehehe =D

Cellular Biomolecules - PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Cite pasal CL dah pun habis. so, skang korang cer rujuk entri ni kejap, aku dah pun terangkan cara PBL dijalankan kat situ. kali ni, aku nak terangkan dengan lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan 'trigger' dan 'Learning Issues'.

***
Nanti, masa sesi PBL yang pertama, korang akan dapat 'trigger' mengenai pesakit. contohnya, "Encik Ahmad, a 60-year old man came to see you after he felt some pain on his chest and bla bla bla bla bla".

Kebiasaannya, trigger pertama tersangatlah ringkas. kadang-kadang susah nak cari apa penyakit dia yang sebenarnya. then, lepas dapat trigger, ada sorang ahli PBL korang kena catat kat white board, apa 'Cues, Hypothesis dan LI' dia.

Buat macam ni.


Then, korang akan dapat beberapa trigger lagi. kebiasaannya, trigger kedua mengenai 'History of Present Illness'. trigger ketiga pulak pasal 'Physical Examination'. trigger keempat pasal 'Lab Investigation' iaitu blood test, urine test dan sebagainya. (kalau tak paham, jangan risau. nanti lecturer akan terangkan kat korang apakah PBL)

Dan korang kena teruskan perbincangan korang dengan ahli PBL untuk cari sume LI yang possible. next session, bincang sume LI tu bersama-sama.

***
Sesi kedua, masa ni lah korang nak sharing and exchanging information dengan ahli PBL yang lain. makin banyak info yang keluar, makin banyak lah ilmu yang korang dapat.



Lepas dah habis bincang sume LI, kena buat concept map. apa yang nak diletak dalam concept map tu? ok, antaranya, korang boleh letak 'sign and symptom of that disease, causes, effect, treatment' dan sebagainya. 

Sebaik-baiknya, korang rangka lah dulu awal-awal concept map tu sebelum datang PBL sesi kedua ni. kalau on the spot baru nak rangka, concept map korang akan nampak sangat tak organised then fasilitator akan bagi markah rendah. ni berdasarkan pengalaman aku sendiri ok. ambik lah pengajaran =.=

***
Nak tau apa dia tajuk PBL kitorang? kalau tengok jadual, PBL 1 tajuknya 'Sick Haemoglobin' kan? sebenarnya, PBL ni cite pasal Anemia. ada seorang patient ni, dia ada penyakit Sickle Cell Anemia. so, kitorang pun kena lah berbincang pasal penyakit ni. 

Jom tengok video comel ni kejap =)



Haha! comel kan kartun pasal Sickle Cell Anemia ni. tengok je video ni, terus boleh paham keseluruhan jalan cite mengenai Sickle Cell Anemia. 

Dan, lepas habis PBL kan kena buat concept map. ni lah contoh concept map hasil perbincangan group aku. mungkin concept map kitorang tak berapa nak lengkap. aku cuma nak bagi gambaran kat korang apa itu concept map. make sure korang buat yang lebih baik daripada ni. orait?



***
PBL 2 pulak tajuknya 'Rotten DNA'. sebenarnya, pesakit tu dapat Lung Cancer  disebabkan 'DNA mutation'. so, ni dia concept map group PBL aku.

Concept map ni tersangatlah tak lengkap. masa ni, kitorang sume masih lagi blur pasal PBL.


***
Ok, cite pasal Module 1 dah pun habis. lepas ni, kita beralih ke Module 2 pulak =D

Adios~

Cellular Biomolecules - CL & MES

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Best tak penerangan aku setakat ni? ada rasa semangat nak masuk Medic UKM tak? berkobar-kobar ke berdebar-debar? hehehe =D

***
Seperti biasa, aku nak korang rujuk jadual ni semula. fokus kat CL yang ada. untuk CL yang agak susah dan rumit, aku suka cari alternatif lain untuk pahamkan dia. sebab, aku ni tersangatlah malas baca buku. tapi, kalau tak study pape, gagal lah pulak nanti. kesian parents aku yang mengharapkan aku akan lulus dengan cemerlang dalam Medic ni.



So, apa yang aku buat? aku akan pergi YouTube, cari video-video berkenaan CL tu sume. lebih-lebih lagi pasal DNA. pehhhh rumit kot. sume kena ada imaginasi sendiri. dah lah daya imaginasi aku ni rendah =.=

***
Dan, ni dia video-video pasal DNA yang aku berjaya cari. harap korang dapat manfaat daripada entri aku ni =)


CL 10 - DNA Replication




CL 12 -  DNA Transcription




CL 13 - DNA Translation




CL 11 - DNA Repair




CL 14 - Regulation of Gene Expression



***
Untuk MES 2 pulak, tajuknya URTI kan. URTI tu adalah Upper Respiratory Tract Infection. dia cite pasal pesakit ni ambik sejenis antibiotic, tapi lepas tu antibiotic tu tak berkesan untuk merawat penyakit dia lagi. so, ada soalan-soalan sume dan kita kena jawab. kan ni MES.

So, aku nak tunjuk video pasal Mechanism of Antibiotic yang memang ada sangkut paut dengan kes ni. check this out~


MES 2 - Mechanism of Antibiotic



***
Ok, that's all for CL and MES. next entri, aku akan cite lebih lanjut pasal PBL.

Stay tuned~

PPD Module 1A

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Memandangkan PPD Module pun masuk dalam Final Exam, so kali ni, aku nak bagi penerangan pasal PPD Module pulak. cara penilaian PPD Module ni lain sikit daripada 4 module yang lain.



Kalau korang rujuk balik jadual ni, PPD pun ada lecture kan. dan bila dah masuk Module 2 nanti, ada Small Group Discussion (SGD) pulak untuk PPD. Masuk pulak Module 3, ada SDL. SGD dan SDL ikut group PBL ok. harap maklum.

***
Persembahan korang masa SGD tu lah yang akan dinilai sebagai Continuous Assessment. ada fasilitator jugak lah masa SGD. sama aje macam PBL. SGD menyumbang kepada 40%. banyak tu. jangan main-main. (in fact, most of student akan main-main masa SGD sebab waktu ni jelah nak santai-santai. termasuk aku. hehehe)

***

SDL pulak, korang kena buat creative presentation untuk dipersembahkan kat dalam DK1. masa tahun aku, dua group PBL bergabung untuk buat satu persembahan. bermakna, ada 10 persembahan lah sebab keseluruhannya kan ada 20 group PBL. markah daripada persembahan tu akan dikumpulkan dan mungkin dibawa ke Final Exam.

***

Kalau korang tengok jadual Module 4, korang akan perasan ada sesi Reflective Writing. sebenarnya, Reflective Writing ni merupakan assignment wajib untuk sume student Medic UKM. sampai korang final year nanti pun, akan ada assignment ni. format assignment ni akan diberikan kepada korang nanti. dan, cara nak hantar pulak, kena upload kat laman web PPD.

***

Untuk Final Exam pulak, baki lagi 50% datangnya daripada ilmu yang korang dapat masa lecture. takdelah heavy mana pun ilmu tu. takyah hafal nama tulang-tulang atau sel-sel yang ada dalam badan pun. cuma berdasarkan penyelesaian masalah. contohnya, kalau patient bersedih, apa korang kena buat. kalau korang ada masalah dengan team, apa korang nak buat. lebih kurang camtu lah.

Macam biasa, ada OBA + EMI + MEQ, sama je macam Module 1. bezanya, kali ni, OSCE / OSPE dia bukan berdasarkan apa yang korang buat kat lab. tapi, berdasarkan cara korang berkomunikasi dengan pesakit. komunikasi yang berkesan itu penting.



So, jelas sume? kalau ada pape yang tak jelas, sila-sila lah bertanya ok. malu bertanya sesat jalan =)

Adios~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...