Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hai korang, budak pandai!
Dah lama aku tak buat entri mengenai PPD. Entri terakhir aku mengenai PPD adalah dalam post Tahun 2. Laaa ni dah tahun akhir, dah nak jadi doktor pulak tu... rasa macam penting pulak untuk cerita pasal PPD.
Medic UKM je yang ada modul khas ni tau. Universiti lain takde pun. So, kita patut berbangga dengan pencapaian PPD kita :)
Korang mesti dah biasa sangat kan berhadapan dengan modul PPD. Objektif PPD boleh dikatakan sama je setiap tahun. Tujuannya tak lain tak bukan, supaya kita menjadi doktor yang berintegriti, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mampu mengawal emosi sepanjang masa. Kot-kot kalau korang terlupa apa dia objektif PPD, boleh lah tengok details kat bawah ni~
***
So, apa yang akan korang lalui dalam PPD sepanjang final year ni?
First of all, korang semua akan sertai Kem PPD3 sebelum memasuki final year. Tak perlu nak terkejut sangat lah kat part ni. Korang mesti dah biasa sangat kan pergi Kem PPD. Masa Tahun 1 dulu, objektif kem lebih kepada nak kenalkan kita apa itu medic. Masa Tahun 3, objektif nya nak beri pendedahan kat kita mengenai life dalam clinical years. Dah nak masuk Tahun 5 ni, ofkos tujuannya lebih kepada persiapan fizikal dan mental sebelum menjadi doktor :)
Ni details Kem PPD3 batch aku :)
Lepas tu, korang balik semula ke HUKM untuk teruskan dengan kerja-kerja SSM selama 7 minggu. Habis je SSM, kini bermulalah kehidupan korang sebagai final year medical student. Masa ni mula lah rasa penat-lelah, kena marah dan hampir mengalah. So, PPD akan bagi motivasi kat korang supaya terus berjuang. Kehkeh.
Berikut merupakan aktiviti utama dalam modul PPD sepanjang final year~
1. Concept Lectures
Ada 2 je lecture PPD untuk final year. Mata korang mesti bersinar-sinar kat lecture Financial Planning tu kan? Haaaa lecture ni tersangatlah penting untuk bakal-bakal doktor sekalian. Sebab ramai antara kita yang perasan gaji doktor ni besar sangat sampai mampu beli volkswagen beetle saat terima gaji pertama. Gaji HO tak besar mana pun dik oi. Setakat cukup makan, pakai, transport, sewa rumah pun dah memadai. So, nanti pasang telinga besar-besar ye masa lecture tersebut.
2. Specific Teaching - Learning Activities
Korang mesti dah biasa aplikasikan PPD dalam setiap posting yang pernah dilalui masa Tahun 3 dan Tahun 4. Well... Tahun 5 pun tiada bezanya. Aplikasikan lah PPD anda setiap masa. Selain daripada tu, ada 3 program khas masa korang final year iaitu MeCCa, Interfaith Discussion dan Bioethics Symposium. Ketiga-tiga program ni akan diadakan pada hujung minggu. Kehadiran adalah WAJIB. Mungkin ada antara korang yang pernah jadi ahli organisasi program ni semua masa fourth year. So, mungkin dah ada overview mengenai kandungan program ni :)
3. Reflective Writing
PPD dan reflective writing memang tak dapat dipisahkan... umpama irama dan lagu. Ahaks! Korang perlu hantar 2 reflective writing masa final year :)
***
Selain daripada tiga aktiviti di atas, ada satu lagi aktiviti wajib dalam PPD iaitu mentoring programme! Kebiasannya, group members PPD adalah sama dengan group members SSM. So, sila lah bersedia untuk berjumpa SSM-mate korang selama setahun lagi. Kahkah. Supervisor SSM korang mungkin akan jadi mentor PPD jugak, bergantung kepada keadaan. So, bersedialah untuk berjumpa dengan supervisor SSM korang selama setahun lagi. Kahkah.
Ada 3 perjumpaan mentor-mentee sepanjang final year. Berikut merupakan details bagi setiap meeting tu~
Resume tu sangat penting sebab kita kena bawak resume masa interview SPA :)
***
Berikut pula merupakan format penilaian modul PPD~
Korang akan dinilai dan dianugerahkan dengan tahap PPD yang berbeza berdasarkan markah di atas. Nah ni dia PPD level yang korang perlu capai tu~
Pada hari pengumuman result Professional Exam, top 20 student yang dapat PPD level 5 boleh naik pentas untuk menerima sijil. Yang tak sampai top 20 tu ambik sijil kat belakang pentas jelah. Hewhew~
No comments:
Post a Comment