After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


24 July 2014

Reseat Exam Tahun 3

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kalau dalam pre-clinical years dulu ada reseat exam, clinical years tak terkecuali. bezanya, kali ni korang siap ada RESEAT POSTING sebelum melalui reseat exam. maksudnya, di kala kawan-kawan lain sedang bercuti semester, korang perlu mengabadikan diri kat wad untuk menjalani posting seperti biasa. kalau posting sebenar tempohnya 7 minggu, reseat posting ni tempohnya kurang sikit lah... iaitu 3 minggu.

Tu pun kalau korang terkandas satu posting je. kalau terkandas dua posting, 6 minggu lah reseat posting jawabnya. so, korang mesti tak nak melalui minggu-minggu yang menyukarkan ni kan. haaaa apa lagi. pergi lah study. HAHA! =P



***

Kalau korang tengok balik takwim tahunan Tahun 3, langsung takde gap tau antara Final Exam Semester 2 dengan reseat posting. selepas 6 minggu reseat posting, terus ada reseat exam pulak. lepas reseat exam, terus naik Tahun 4. pehhhhh... memang menguji ketahanan mental kan takwim tahunan ni >.<

So, bagaimanakah cara perlaksanaan reseat posting? tertanya-tanya? tiada idea? jangan risau... Cik Kura-Kura ada jawapannya. ahaks! =P


Muka berlagak sikit =P


Sejurus selepas result final exam Semester 2 keluar, pada saat tu jugak lah list name untuk student yang perlu reseat posting pun dihebahkan kepada umum. eceh. setiap student akan terbahagi kepada dua kumpulan besar untuk setiap posting. bermaksud, akan ada dua rotation lah bagi setiap reseat posting tu.

Tak faham? it's okay bebeh. ni aku bagi contoh. katakan si A dan si B terkandas posting IM sahaja... lepas list name reseat keluar, si A punya nama ada dalam first rotation manakala si B pulak dalam second rotation. so, si A perlu lah menjalani reseat posting IM dalam 3 minggu pertama di kala si B sedang bercuti. si B pulak kena lah pergi reseat posting IM dalam 3 minggu kedua di kala si A pulak bercuti.

Pape pun, reseat exam tetap akan dijalankan selepas second rotation iaitu selepas 3 minggu kedua tu =)

Tapi, katakan si C ni pulak terkandas dua posting iaitu Surgery dan O&G, so si C perlulah menjalani reseat posting selama 6 minggu. mungkin 3 minggu pertama reseat posting Surgery, 3 minggu kedua pulak reseat posting O&G.



***

Masa reseat posting ni, kebiasaannya korang akan dapat supervisor yang berlainan daripada posting sebenar korang dulu. mungkin untuk mengelakkan korang rasa jemu kot. kekeke =P

So, aku dah pun nyatakan format penilaian reseat posting dalam entri-entri sebelum ni. sila lah klik sini, sini dan sini ye =)

***

Sekarang ni, jom kita beralih kepada jadual reseat exam bagi Tahun 3~


Aku takde jadual yang rasmi. jadual tak rasmi ni je yang ada. boleh laaa kan. hihi =D


Nampak tak betapa dahsyatnya jadual reseat exam. masa final exam dulu okay lagi, boleh chillax chillax. sekarang ni takde maknanya nak chillax bagai. korang mesti perform tau masa reseat untuk memastikan dapat melangkah ke Tahun 4 bersama-sama kengkawan lain. pape pun, jangan fikir negatif dulu. setiap masalah ada penyelesaiannya. you can do it. fighting! ^^

***

Memandangkan ada seorang pembaca ni mintak aku share survival tips in clinical years *pehhh survival kot*, so aku dengan rendah hatinya nak share sikit lah macam mana cara aku study untuk survive dalam tahun yang penuh ranjau dan duri ni. ihiks! =P

Sebelum tu, mungkin korang dah pernah baca tips on study during pre-clinical years yang pernah aku share sebelum ni. basically, apa yang korang dah pernah buat masa pre-clinical dulu, aplikasikan lah jugak dalam clinical years. oh ye... kalau belum baca lagi, sila lah klik button di bawah =)

Baru-baru ni, aku ada terbaca luahan hati sorang junior yang mengatakan wujudnya sekelompok manusia yang telah menakutkan-nakutkan batch dia mengenai final exam. manusia tu cakap, kalau nak final ni... ada yang tidur 2 jam jelah, tak tidur lah, banyak sangat lah nak kena hafal.... Apa yang boleh aku katakan, yup... memang betul banyak nak kena hafal. itulah realiti course Medic yang sebenar =) Tapi, aku memang tak setuju part tak tidur tu. kalau nak exam, aku akan limitkan waktu study aku paling lambat pun sampai pukul 1 pagi je. kadang-kadang, sebelum pukul 12 tengah malam aku dah masuk tidur. sebelum exam, kita kena lah dapatkan rehat yang cukup. bukannya baru sibuk nak 'burn the midnight oil' sampai tak tidur langsung. kang tak pasal-pasal, esok pagi masa nak jawab exam collapsed. lagi haru kan =) Walau bagaimanapun, aku faham... mana sempat nak habiskan semua lecture notes sebelum pukul 1 pagi tu kan. banyak gila kot. haaaa... itulah gunanya persediaan awal. seelok-eloknya, korang study lah setiap modul dengan bersungguh-sungguh masa nak EOM. kalau dah faham betul-betul sebelum EOM, takde masalah kan untuk korang study sebelum final exam. Bukannya masa nak final baru sibuk nak fahamkan semua modul. pehhh boleh jadi gila kot. study sebelum final cuma bertujuan untuk refresh balik memori kita je. konfem ingatan tentang modul 1 yang dah ditingggalkan selama 4 bulan tu dah lesap daripada memori kita. so, apa yang perlu kita buat hanyalah.... baca dan ingat balik je. sebelum EOM kan dah faham segala mechanism, pathogenesis tu semua. so, dah kurangkan sikit beban sebelum final exam =) Eh banyak pulak aku berceramah. haha. apa yang aku harapkan hanyalah... korang semua study lah dengan cara tersendiri asalkan tak menyusahkan orang lain dan tak menyusahkan diri sendiri. ingatlah... ibu bapa kita semua nak tengok kita berjaya. jangan musnahkan harapan dan impian dorang. setiap masa dalam kita menuntut ilmu, sentiasa lah minta doa dan restu ibu bapa. bukan minta restu masa nak exam je ok. jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. jugak. segala keputusan yang kita dapat adalah dengan izin daripadaNya =)

First of all, aku nak mintak maaf awal-awal. kot-kot lah korang rasa aku nak gebang ke apa kan. sebenarnya aku takde niat pun nak show off. ilmu aku pun belum cukup lagi. tapi, kalau kita ada ilmu, kenalah kongsi dengan orang lain kan. baru ilmu tu melekat kat kepala yang keras macam batu ni. hihi.



Ramai yang tanya, apa dia persediaan yang perlu dilakukan sebelum masuk ke Tahun 3. bagi aku, nak masuk clinical years ni perlu persiapkan mental dan fizikal je. cuba latih diri tu kalis peluru dari mulut supervisor. atau dalam bahasa mudahnya... kena marah. bhahahaha =P

Errrr okay. on a serious note, masa mula-mula masuk Tahun 3, korang akan ada Klinik Asas kan. so, kalau nak buat persediaan sikit lah sebelum menempuhi Klinik Asas tu, korang hanya perlu selak sikit-sikit nota pre-clinical dan tengok semula video-video CSL. benda tu je yang akan diulang masa Klinik Asas.


Kompilasi nota pre-clinical aku sebelum di 'binding'. berguna tau nota-nota ni =)


Tapi, bila dah masuk Klinik Asas, korang perlu start order buku kat Kak Ros dan boleh beli buku-buku teks yang lain sebagai persiapan memasuki posting sebenar =D

***

Habis part Klinik Asas, sekarang ni aku nak share cara aku study dalam posting sebenar. sememangnya posting sebenar ni menuntut usaha yang lebih gigih, padu dan jitu. hihi xD

1.  Mula-mula, kita start dengan part buku dulu. secara jujurnya, aku tak berapa nak baca buku teks tebal-tebal macam Kumar & Clark, Davidson semua tu. sebab aku tau takkan habis baca punya lah. haha. so, apa yang aku buat hanyalah... beli segala handout dan buku yang dicadangkan oleh senior kat Kak Ros, then baca lah handout dan buku-buku tu semua. baca, fahamkan dan aplikasikan segala pengetahuan dalam sesi pembelajaran kat wad. heeeee.



2.  Kemudian, aku akan study setiap topik mengikut study guide. kalau kita tengok buku pape pun, mesti banyak gila topik yang ada. sampai kan selalu tertanya-tanya, sempat ke nak baca semua. well, itulah gunanya study guide. toksah pening, toksah takut, toksah kalut tengok topik yang banyak-banyak tu. hang bukak lah study guide, baca dari A hingga Z untuk setiap topik yang perlu dibaca sahaja. as simple as that. *simple lah sangat... haha =P* 



3.  Kadang-kadang, ada ilmu masa teaching yang tak mampu diperoleh dari buku. so, aku akan salin segala apa yang supervisor cakap masa teaching dan buat nota lawa-lawa. sebab prinsip aku, nota yang tak lawa takkan ku baca. haha. tapi, kadang-kadang ada supervisor yang tak suka korang menyalin masa teaching. so, ingat lah apa yang dia cakap, habis je teaching terus discuss balik dengan groupmate dan salin nota ramai-ramai. selalunya, apa yang supervisor cakap masa teaching, tu lah yang keluar exam =)



4.  Selain tu, korang tau kan yang clinical approach ni lain sikit daripada pre-clinical dulu. kita akan dapat patient yang datang dengan signs and symptoms. bukannya datang dengan diagnosis. kalau patient dah tau diagnosis, senang lah kerja doktor kan. patient datang je bagitau... "doktor, saya ada obstructive jaundice secondary to gallstone dan saya rasa ERCP boleh menyembuhkan penyakit saya ni". pehhhh... memang makan gaji buta lah doktor! haha. so, cara terbaik sebelum clerk patient adalah dengan menyelak balik segala PBL dan concept map yang korang pernah buat dulu, tengok dia apa differential diagnosis yang sesuai dengan segala symptoms yang mungkin ada kat patient. lepas tu boleh lah kaitkan apa investigation dan management yang sesuai dengan signs and symptoms tu. seeeee... sape kata concept map tak membantu?



5.  Habis part teori, laaa ni jom kita tengok part clinical pulak. untuk segala physical examination tu, memang takde cara lain dah. korang hanya perlu tengok segala video mengenai physical examination yang berkaitan dan praktikkan skill tu kat patient. tapi, kalau nak praktis kat kawan dulu pun boleh. eh mana nak cari video tu semua? haaaa... YouTube kan ada ;)



6.  Memandangkan kita ni generasi Y yang memang internet oriented *ahaks*, so aku suka je study menggunakan internet. bila ada pape kemusykilan mengenai sesuatu topik tu, kadang-kadang aku google je. kekeke. nak selak buku entah kat muka surat berapa kan. hee. selain tu, aku suka baca laman web yang kat bawah ni. walaupun benda alah ni merupakan panduan untuk Houseman, medical student pun boleh baca. bahasanya mudah dan senang nak faham =)


7.  Last sekali, sebelum final exam... rajin-rajin lah menjawab segala past year questions yang ada. kadang-kadang kita rasa kita tau, tapi bila tengok soalan jadi tak tau pulak nak jawab. itulah gunanya past year questions. boleh lah bincang dengan kawan-kawan dulu sebelum final exam =D



***

Okay. habis dah cara aku study. takde lah gempak mana pun. sama je dengan orang lain. yang penting, sebelum pergi ward round ke, teaching ke... prepare lah sikit dengan baca pape topik yang berkaitan. jangan datang dengan otak kosong. nanti memang korang akan menjadi sasaran kemarahan supervisor. hehe.

Waktu clinical years ni, korang boleh jadi sangat busy atau sangat lengang bergantung kepada supervisor masing-masing. kalau supervisor korang asyik nak buat teaching je, memang kebanyakan masa akan dihabiskan kat wad sampaikan korang rasa penat gila dan tak larat dah nak study.



Aku pun pernah alami situasi tu. dari pagi sampai petang kat wad. malam je ada kat bilik. tu pun dah penat gila sampai tak larat nak study banyak-banyak. so, apa yang aku buat hanyalah... study sikit sebagai persediaan untuk teaching esok, dan salin nota masa teaching dan ward round pada waktu malam. itulah rutin aku setiap hari. bila nak dekat final exam, selak semula buku-buku yang dah dibeli kat Kak Ros dan baca nota teaching tu. lepas tu, buat past year questions. Alhamdulillah... cara ni mampu membuatkan aku lulus. ngee~

Bila banyak sangat masa senggang pun problem jugak. kebarangkalian untuk jadi sangat malas tu adalah tinggi. hehe. so, bila supervisor aku tak nak buat teaching... aku akan balik bilik dan tidur sekejap. bangun-bangun tidur, salin nota masa teaching semalam *bertangguh... haha*, lepas tu santai-santai sekejap sementara menunggu waktu malam. kekeke. lepas maghrib, baru baca buku sikit... tengok video physical examination sikit. bila dah habis target study aku pada hari tu, tutup buku dan bukak laptop pulak. tengok variety show Korea sampai pukul 12 tengah malam. lepas tu tidur. haha =P

***

Ramai doktor cadangkan supaya kita buat study group. bagi aku, cara tu yang terbaik sebenarnya. tapi, aku tak pernah ada study group yang rasmi sebab takut tak dapat bagi komitmen. kadang-kadang, ada masa aku rasa malas nak study sebab penat sangat. mungkin nak tidur dulu, bangun awal pagi baru study. tapi, kalau dah janji nak study group pukul 8 malam, nak tak nak tetap kena pergi walaupun penat. haaa sebab tu lah aku tak join mana-mana study group.



Study sorang-sorang pun okay je. tapi, kalau ada tak faham pape... aku akan discuss dengan groupmate. tukar-tukar ilmu dengan dorang, pastu catit kat nota. kira study group lah jugak tu. hehe =P

***

Nak survive dalam clinical years ni simple je sebenarnya. cuma stress lebih sikit kot bila supervisor kita garang. hihi. waktu study, study lah. waktu riadah, riadah lah. bila free, hangout lah dengan kawan-kawan. nak layan variety show Korea ke, Korean drama ke, K-pop ke... tak jadi masalah. jadi medical student ni bukannya takde life sangat pun. cuma kita kena banyak sikit berkorban berbanding student course lain.

Pape pun, jangan stress stress, enjoy your life dan buat yang terbaik dalam study masing-masing. sesungguhnya, result exam tu memang penting untuk membuktikan kejayaan seseorang. tapi, ingat lah... target utama kita adalah untuk menjadi a good and a safe doctor.



Last but not least, all the best DOCTOR-TO-BE!!! ^^


Someone call the doctor, I'm overdose! *EXO*


8 comments:

Hazel Aprilia said...

Salam Kak, macam mana nk msuk medik ukm? Isi borang upu ke?

kurakuraygslow said...

Nurul Afifah: Ya :)

Allah's said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Greetings!

Where do you usually get all the handouts and notes for all the disciplines (internal medicine, surgery etc)? Any website that I can browse to? Highly appreciated!

Thanks heaps.

kurakuraygslow said...

I provided the link of the website above. As for handouts, I bought hard copies from seniors.

Anonymous said...

Thank you for your reply! How much is the handouts and study guide? Any idea how can I get 'em? :)
Thanks!

kurakuraygslow said...

You have to buy it from a photocopy shop in HUKM. Prices are varies :)

Anonymous said...

Oh, that is quite unfortunate for me :(
I hail from the North side. Hmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails