After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


18 July 2013

Module 1 - Gastrointestinal & Hepatobiliary System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Cerita pasal Semester 3 dah habis. jom kita beralih kepada Semester 4 =)

Untuk Semester 4, ada 7 modul bagi subjek Fakulti Perubatan UKM yang perlu kita cover iaitu~

Module 1 - Gastrointestinal & Hepatobiliary System
Module 2 - Endocrine System
Module 3 - Neuroscience
Module 4 - Reproductive System
PPD Module - Professional & Personal Development IIB
CSL Module - Clinical Sciences IIB
CHC Module - Comprehensive Health Care

Dan jugak, ada 1 paper lain selain 7 modul kat atas ni iaitu :

1.  Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)

* sebarang perubahan tertakluk kepada Fakulti Perubatan UKM


Pada pendapat aku, semester ni lah yang paling mencabar dalam pre-clinical years. semua modul berat sebab banyak gila nak kena cover dalam satu masa. so, sila gandakan usaha anda. hehe =D

***

Sekarang ni, jom kita beralih kepada jadual Module 1 dulu. sesi pembelajaran module ni adalah selama 5 minggu. lama gila dan banyak gila topik yang perlu dimasukkan ke dalam otak~





Masa ni kitorang ada cuti Tahun Baru Cina selama seminggu~








Warna purple mewakili lecture dalam Module 1, warna biru pulak mewakili CHC Module, warna oren ialah CSL Module dan warna hijau mewakili PPD Module. so, buat masa ni, sila fokus pada warna purple dulu ye.

Selain daripada 3 modul lain menyelit dalam jadual Module 1 ni... macam Semester 3 jugak, ZT akan diadakan pada setiap hari Rabu. kalau Semester 3, ZT tu adalah Hubungan Etnik... dalam Semester 4 ni, ZT tu TITAS pulak. dalam entri akan datang baru aku akan huraikan dengan lebih lanjut pasal modul lain ok.

***

Untuk Module 1 ni akan ada~

*  23 CL
*  5 SLP
*  4 PBL
*  1 MES
*  7 P/D/MES (Practical/Demonstration/Meet Expert Session)

Mesti korang dah biasa dengan modul-modul berkenaan sistem masa Semester 3 dulu kan. haaa dalam semester ni, kita akan sambung belajar pasal sistem. so, macam biasa... kalau dah namanya sistem, mestilah merangkumi anatomy, histology, embryology, physiology, pathology, microbiology dan pharmacology. bezanya, dalam modul ni ada tambahan biochemistry dan parasitology.

Bagi aku lah kan, Module 1 ni tersangatlah berat sebab lecture dia banyak gila. kapasiti otak boleh melebihi 500GB untuk memahamkan modul ni. kalau nak exam tu, jangan cite lah. sampai aku tak tau apa yang aku ingat. haha! so, pesanan aku hanyalah... study betul-betul dan fahamkan sebaiknya setiap apa yang korang baca. jangan main hafal je tanpa faham apa-apa. bahaya tu sebab takut korang konfius pulak bila dah hafal banyak-banyak.

***

Jom kita tengok format penilaian modul ni pulak~



Sama je macam modul-modul sebelum ni, continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 25% dan MEQ = 25%. so, overall.... 50%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 20%. soalan OSPE dia akan merangkumi semua bidang daripada anatomy, histology, pathology, microbiology dan parasitology. banyak tu 20%.

***

Dan inilah buku untuk modul ni~


***

Oklah. cukup sampai sini dulu. next entri aku akan share video yang berguna untuk kefahaman lebih jelas tentang modul ni. tak dilupakan, concept map untuk PBL. stay tuned~




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails