After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


20 July 2013

Final Exam Semester 4


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Berikut merupakan jadual final exam Semester 4~



Rasanya dah tiga kali korang ambik final exam kan. mesti dah arif bebenar dengan format setiap modul tu. so aku cuma nak terangkan pasal OSCE dan OSPE je ok =)

***

Kali ni, OSCE bukan je untuk CSL Module. tambah PPD Module sekali. so, korang akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar. satu kumpulan ambik exam PPD dulu, satu lagi kumpulan ambik CSL dulu. lepas tu, rotate.

So, cara perlaksanaan kedua-kedua modul ni sama je macam semester lepas. ada empat stesen untuk PPD Module, mula-mula stesen persediaan, lepas tu jumpa SP, then jawab soalan pasal masalah SP kat stesen ketiga dan jawab soalan mengenai SGD kat stesen terakhir.

Untuk CSL Module pulak, tetap ada dua stesen. satu stesen history taking, satu lagi physical examination. tapi kali ni, korang akan buat physical examination dulu selama 8 minit, lepas tu baru buat history taking selama 4 minit. soalan akan ditanya kat stesen history taking je. takde soalan kat stesen physical examination. tapi, prepare jelah kot-kot tetiba ada ke.

***

Bermaksud, dalam OSPE dah takde PPD. hanya ada empat modul tu je. tapi, jangan main-main dengan OSPE kali ni. modul Gastrointestinal dan Neuroscience tu membunuh secara senyap-senyap. sebab apa? setiap modul ni bawak 20% untuk OSPE. soalan dia lebih banyak berbanding dua modul yang lain. so tekanan lebih tinggi. hehe. tapi, kalau dah usaha yang terbaik, jangan risau. insyaAllah korang boleh jawab. fighting! =D



***

Alhamdulillah, aku lulus final exam untuk kesemua modul dalam Semester 4 ni dengan CGPA 3.17. bila digabungkan CGPA Semester 3 dan Semester 4, jadilah 3.09. bermaksud, aku dah pun tamatkan sesi pembelajaran pre-clinical aku tanpa gagal mana-mana final exam. syukur sangat-sangat.

19 Ogos 2013 ni aku akan mulakan kehidupan sebagai clinical student kat HUKM. tak tau lah macam mana cabaran nya nanti. korang tolong doakan aku mampu mengharungi segala rintangan dan halangan dengan hati yang terbuka ye =)



Akan tetapi, aku tumpang bersedih dengan kawan-kawan satu batch aku yang tak berapa bernasib baik. semoga semuanya lulus reseat exam dan berjaya naik ke Tahun 3. amin....

***

So, mungkin korang dah pernah baca pasal format reseat exam kat entri ni. macam biasa, reseat exam akan diadakan sebulan selepas tamatnya Semester 4~



Aku harap korang takkan lalui reseat exam ni. biarlah struggle habis-habisan untuk final exam, then cuti lama sikit sebelum masuk clinical years. hehe. so, sampai sini je entri aku untuk pre-clinical years iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. aku harap entri-entri kat blog aku ni memberi manfaat untuk korang. aku tak harapkan pape balasan pun. cukup lah doa korang agar perjalanan hidup aku dipermudahkan.

Last but not least, all the best! ^^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails