After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


11 February 2012

Academic Communication I (English Class)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Memandangkan sume penerangan pasal Module 1, Module 2, Module 3 dan Module 4 telah pun habis, kali ni aku nak terangkan lebih lanjut pasal English Class pulak. memang lah English Class ni ada seminggu sekali je, tapi subjek ni penting jugak ok. tak masuk CGPA tapi ada tertera gred nya dalam slip result nanti.

***

First of all, ini adalah format penilaian dalam subjek English ni~

i.  Information Sharing  -  15%

ii.  Project  -  35%  :    Outline  -  10%
                                 Project Paper  -  15%
                                 Presentation  -  10%

iii.  Participation  -  10%

iv.  Final Exam  -  40%


***

i.  Information Sharing (15%)

Dalam komponen ni, korang kena buat satu group yang terdiri daripada lebih kurang 8 orang. memandangkan dalam satu kelas ada lebih kurang 32 orang, so dapatlah 4 group. then, satu group pulak kena pilih satu topik umum. daripada satu topik umum tu nanti, korang kena cari subtopik dia pulak. setiap orang kena lain-lain subtopik. dan ini bermaksud, setiap orang kena present sendiri. 

Tapi, jangan risau, korang bukannya kena present on the spot. ada lah beberapa minggu untuk korang buat persiapan. then, present dalam bentuk 1 group yang ada 4 orang. that's mean, kena pecah lah group yang ada 8 orang tadi jadikan dua group lain. for purpose of presentation sahaja ok. main topik still kena sama.

Group 8 orang aku pilih topik 'Sleep Disorder'. and then, aku pilih subtopik 'Snoring'. group aku buat presentation dalam bentuk power point. ni lah hasil presentation aku~





***

ii.  Project (35%)

Project ni merupakan penyumbang markah terbesar selain daripada Final Exam. dan, korang kena isi something yang dipanggil 'Learning Contract (LC)' untuk Project ni. jangan risau, korang akan dapat contoh LC nanti.

Sebenarnya, Project ni lebih kurang sama je macam Information Sharing. cuma, kali ni korang kena buat kerja dalam a group of 4. dan, korang kena cari satu topik untuk buat comparison. macam group aku, kitorang buat 'comparison between depression in children and adults'.

Memandangkan markah Project ni terlampau lah banyak, so akan ada 10% untuk outline. outline ni maksudnya rangka kerja korang. kena buat table dulu untuk tunjukkan perbandingan antara kedua-dua komponen tu. yang ni, kena buat dalam bentuk point form.

Then, markah untuk project paper pulak sebanyak 15%. korang kena karang apa yang korang dah buat dalam outline tu jadi bentuk karangan. then, submit kat pengajar korang.

Lastly, presentation menyumbang kepada 10%. suka hati lah nak buat presentation macam mana pun. asalkan korang tunjuk segala perbandingan antara dua komponen yang dah dipilih tu. kali ni, korang buat presentation in a group. bukan sorang-sorang macam Information Sharing. ini merupakan presentation group aku~





***

iii.  Participation (10%)

Participation ni termasuklah attendance korang, kuiz yang korang jawab dalam web MyLine dan sebagainya.

***

iv.  Final Exam (40%)

Yezza. tibalah part yang korang tunggu-tunggu iaitu Final Exam. hahaha. macam biasa, Final Exam ni merupakan exam bertulis. toksah lah duk kalut sangat nak tau macam mana format exam English ni. aku dapat tau format sehari sebelum exam kot. haha =D

Memandangkan exam ni korang perlu ambik bersama student course lain, so exam ni awal sikit daripada paper subjek Medic.




*  ZE1012 - MUET Band 3 & Band 4
*  ZE1022 - MUET Band 5 & Band 6

KMJP tu pulak merupakan slip peperiksaan macam slip SPM dulu tu. KMJP untuk exam English dan KMJP untuk subjek Medic adalah berbeza. so, korang kena ambik dua KMJP lah nanti.

***

Finally, habis dah penerangan pasal Academic Communication I. lepas ni, boleh lah kita masuk topik Final Exam Semester 1.

Stay tuned~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails