After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


11 February 2012

PBL - Overall

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri yang ni, aku pernah terangkan bahawa setiap sesi PBL akan ada fasilitator yang menilai performance korang. dan dalam entri yang ni pulak, aku ada bagi link untuk pergi ke laman web PBL. kat laman web tu nanti, korang kena buat penilaian ke atas fasilitator korang dan jugak nilai diri sendiri (self evaluation).




Lepas buat penilaian untuk fasilitator, automatik kita kena nilai diri sendiri pulak. then, markah untuk self evaluation akan keluar. markah untuk fasilitator takkan keluar ok.

Selain daripada tu, korang jugak boleh check, apa pencapaian korang dalam setiap sesi PBL berdasarkan penilaian fasilitator ke atas diri korang. dan, boleh lah dibandingkan antara result evaluation yang dibuat oleh fasilitator korang dengan self evaluation.

***

Akan ada 4 range markah untuk PBL (kalau aku tak silap lah), iaitu Weak, Average, Good dan Excellent.



Macam ni lah contoh pencapaian PBL


*** 

Dan seperti yang korang sedia maklum, PBL ni menyumbang kepada 10% untuk setiap modul. so, korang akan dapat pencapaian keseluruhan macam ni~




Tapi, aku rasa, cuma pencapaian keseluruhan yang dinilai oleh fasilitator saja yang akan diambil kira.


***

So, itu jelah rangkuman segala info mengenai PBL. korang boleh akses laman web ni bila-bila masa yang korang suka. takde masalah.

***

Kalau korang perasan, kat sidebar belah kiri tu, aku ada buat 3 poll kan. tujuan aku buat poll tu cumalah untuk tau serba sedikit perkembangan Blog All About Medic UKM ni. 


Poll 1


Poll 2


Poll 3


***

Aku buat blog ni pun untuk bagi informasi kat sape-sape yang teringin nak tau pasal Medic UKM. sebab aku faham perasaan tak tau pape dan tertanya-tanya. aku selalu rasa tu. bila nak tau something pasal format exam sebagai contoh, aku try tanya senior. tapi, kadang-kadang dorang tengah busy waktu aku tanya. so, dorang malas nak jawab lebih-lebih.

Dengan adanya blog ni, aku harap korang takdelah rasa frustrated lagi. segala info di hujung jari. hehe. so, sila lah buat undian kat poll tu ok. senang je, cuma klik pendapat korang kat setiap poll, dan boleh klik lebih daripada sekali. nak tengok result pun boleh.

Pendapat korang amat diperlukan untuk pembangunan blog ni. segala kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih =P

Final Exam Semester 1

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Batch aku dah pun habis Semester 1. baru je semalam habis exam. hehe =D

So, kali ni, aku nak share dengan korang pengalaman exam untuk Semester 1 ni. check this out~




***

Module 1 - Cellular Biomolecules

Dalam paper teori, ada 20 soalan OBA dan 20 soalan EMI. memandangkan OBA + EMI = MCQ, so 20 OBA + 20 EMI = 40 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. tapi, setiap soalan ada pecahan nya lah.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 1, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 60% daripada peratus keseluruhan Module 1.

***

OSPE untuk Module 1 pulak menyumbang sebanyak 10%. ada 5 soalan OSPE dalam module ni. untuk OSPE ni, student akan dipecahkan kepada 2 sesi. setiap satu sesi, ada 4 kumpulan. 1 kumpulan ada 25 orang. 25 orang ni akan masuk makmal yang sama.

Jumlah keseluruhan stesen OSPE adalah 27, yang mana 6 daripadanya stesen rehat. that's mean, ada 21 stesen soalan. kat stesen rehat, korang boleh lah tenangkan fikiran kejap sebelum move on ke stesen yang seterusnya. masa yang diperuntukkan untuk 1 stesen adalah 4 minit. lepas 4 minit, loceng akan dibunyikan dan korang kena bergerak ke stesen seterusnya. 

Cara OSPE ni dikendalikan adalah, semua orang akan diberikan nombor stesen untuk bermula. so, cari stesen korang dan duduk situ. maksudnya, itulah stesen permulaan korang. bila loceng dibunyikan, boleh start jawab. kertas soalan dah diletakkan kat atas meja. lepas habis jawab, masukkan dalam sampul yang disediakan.

Bila dah 4 minit, loceng berbunyi lagi menandakan korang kena pergi stesen orang yang duduk depan korang manakala orang yang belakang korang pulak akan pergi ke stesen korang. tapi, kalau korang punya stesen adalah stesen rehat, tak payah lah buat pape. duduk je situ diam-diam ok =) 

Then, kitaran tu akan terus berjalan sampai lah korang habis 27 stesen. maksudnya, korang akan berhenti kat stesen sebelum korang bermula tadi. sebagai contoh, korang start kat stesen 15, so, korang akan habis kat stesen 14. got it?

Perkara wajib dalam OSPE ni adalah white coat. wajib pakai ye student Medic sekalian.




***

Module 2 - Body Tissues


Dalam paper teori, ada 19 soalan OBA dan 21 soalan EMI. so 19 OBA + 21 EMI = 40 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 3 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 2, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 40% daripada peratus keseluruhan Module 2.

OSPE untuk Module 2 pulak menyumbang sebanyak 30%. ada 15 soalan OSPE dalam module ni.




***

Module 3 - Membrane & Receptors

Dalam paper teori, ada 30 soalan OBA dan 15 soalan EMI. so 30 OBA + 15 EMI = 45 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 3, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 70% daripada peratus keseluruhan Module 3.

Untuk modul ni, takde OSPE.




***

Module 4 - Metabolism

Dalam paper teori, ada 20 soalan OBA dan 20 soalan EMI. so 20 OBA + 20 EMI = 40 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 4, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 70% daripada peratus keseluruhan Module 3.

Untuk modul ni, takde OSPE jugak.




***

PPD Module - Professional & Personal Development IA

Dalam paper teori, ada 12 soalan OBA dan 15 soalan EMI. so 12 OBA + 15 EMI = 27 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 1 soalan MEQ berjumlah 10 markah. soalan ni ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian PPD Module, MCQ menyumbang kepada 30% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 10%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 40% daripada peratus keseluruhan PPD Module.

OSCE untuk PPD Module pulak menyumbang sebanyak 10%. ada 1 soalan OSCE dalam module ni.




***

Kesimpulannya, itu jelah yang dapat aku share pasal Final Exam untuk Semester 1. semoga seluruh batch aku akan mencapai kejayaan dalam Semester 1 kitorang ni. amin~

Academic Communication I (English Class)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Memandangkan sume penerangan pasal Module 1, Module 2, Module 3 dan Module 4 telah pun habis, kali ni aku nak terangkan lebih lanjut pasal English Class pulak. memang lah English Class ni ada seminggu sekali je, tapi subjek ni penting jugak ok. tak masuk CGPA tapi ada tertera gred nya dalam slip result nanti.

***

First of all, ini adalah format penilaian dalam subjek English ni~

i.  Information Sharing  -  15%

ii.  Project  -  35%  :    Outline  -  10%
                                 Project Paper  -  15%
                                 Presentation  -  10%

iii.  Participation  -  10%

iv.  Final Exam  -  40%


***

i.  Information Sharing (15%)

Dalam komponen ni, korang kena buat satu group yang terdiri daripada lebih kurang 8 orang. memandangkan dalam satu kelas ada lebih kurang 32 orang, so dapatlah 4 group. then, satu group pulak kena pilih satu topik umum. daripada satu topik umum tu nanti, korang kena cari subtopik dia pulak. setiap orang kena lain-lain subtopik. dan ini bermaksud, setiap orang kena present sendiri. 

Tapi, jangan risau, korang bukannya kena present on the spot. ada lah beberapa minggu untuk korang buat persiapan. then, present dalam bentuk 1 group yang ada 4 orang. that's mean, kena pecah lah group yang ada 8 orang tadi jadikan dua group lain. for purpose of presentation sahaja ok. main topik still kena sama.

Group 8 orang aku pilih topik 'Sleep Disorder'. and then, aku pilih subtopik 'Snoring'. group aku buat presentation dalam bentuk power point. ni lah hasil presentation aku~





***

ii.  Project (35%)

Project ni merupakan penyumbang markah terbesar selain daripada Final Exam. dan, korang kena isi something yang dipanggil 'Learning Contract (LC)' untuk Project ni. jangan risau, korang akan dapat contoh LC nanti.

Sebenarnya, Project ni lebih kurang sama je macam Information Sharing. cuma, kali ni korang kena buat kerja dalam a group of 4. dan, korang kena cari satu topik untuk buat comparison. macam group aku, kitorang buat 'comparison between depression in children and adults'.

Memandangkan markah Project ni terlampau lah banyak, so akan ada 10% untuk outline. outline ni maksudnya rangka kerja korang. kena buat table dulu untuk tunjukkan perbandingan antara kedua-dua komponen tu. yang ni, kena buat dalam bentuk point form.

Then, markah untuk project paper pulak sebanyak 15%. korang kena karang apa yang korang dah buat dalam outline tu jadi bentuk karangan. then, submit kat pengajar korang.

Lastly, presentation menyumbang kepada 10%. suka hati lah nak buat presentation macam mana pun. asalkan korang tunjuk segala perbandingan antara dua komponen yang dah dipilih tu. kali ni, korang buat presentation in a group. bukan sorang-sorang macam Information Sharing. ini merupakan presentation group aku~





***

iii.  Participation (10%)

Participation ni termasuklah attendance korang, kuiz yang korang jawab dalam web MyLine dan sebagainya.

***

iv.  Final Exam (40%)

Yezza. tibalah part yang korang tunggu-tunggu iaitu Final Exam. hahaha. macam biasa, Final Exam ni merupakan exam bertulis. toksah lah duk kalut sangat nak tau macam mana format exam English ni. aku dapat tau format sehari sebelum exam kot. haha =D

Memandangkan exam ni korang perlu ambik bersama student course lain, so exam ni awal sikit daripada paper subjek Medic.




*  ZE1012 - MUET Band 3 & Band 4
*  ZE1022 - MUET Band 5 & Band 6

KMJP tu pulak merupakan slip peperiksaan macam slip SPM dulu tu. KMJP untuk exam English dan KMJP untuk subjek Medic adalah berbeza. so, korang kena ambik dua KMJP lah nanti.

***

Finally, habis dah penerangan pasal Academic Communication I. lepas ni, boleh lah kita masuk topik Final Exam Semester 1.

Stay tuned~

McGraw Hill Website - Semester 1

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Aku nak share dengan korang pasal website McGraw Hill ni. McGraw Hill ni merupakan publisher buku-buku ilmiah yang terkenal. dan, banyak manfaat yang boleh korang dapat daripada website ni. 




Antaranya, korang boleh tengok video untuk sesuatu topik dalam mana-mana modul. sekaligus, dapatlah tambahkan kefahaman korang pasal topik tu. selain tu, korang pun boleh jawab soalan dan check jawapannya. memang membantu sangat-sangat kan =)

Check this out, readers~


Bila dah klik link kat atas, korang akan nampak macam ni kan~


So, korang boleh klik segala link yang ada kat tepi tu untuk pergi ke topik lain. aku dah pun highlight kan dalam gambar kat atas untuk topik dalam Module 1 dan Module 3.


***

Selain tu, korang boleh jugak ke link ni~


Sume link kat sini adalah untuk topik dalam Module 1.


***

Akhir sekali, mungkin link ni pun boleh membantu~


Sume link kat sini pulak untuk Module 3.


***

Ok, tu je yang aku dapat share dengan korang. untuk Module 2 dan Module 4, aku tak jumpa pulak link nya. so, harap korang boleh usaha sendiri lah ye kalau nak jugak cari link tu.

Adios~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...