After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


25 August 2016

Keperluan Student Medic UKM Tahun 5

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Masuk final year ni, mesti semua keperluan medic korang dah ada kan? Maklumlah... mesti dah semangat gila pergi beli semua benda kat Kamal masa Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4.

* klik setiap link untuk tengok keperluan medic tersebut




Kesemua yang korang dah beli tu sangat diperlukan masa Professional Exam. Tapi, andai kata barang yang diperlukan masa ProExam tu tak lengkap, korang masih ada masa untuk lengkapkan berdasarkan list ni~

1. White coat

Kalau white coat korang tu dah penuh dengan kerak serta calitan pen di sana-sini, aku nasihatkan korang beli jelah white coat baru. Kalau tak mampu beli baru, boleh rendam white coat tu dalam clorox. Kalau tak mampu beli clorox, pinjam je white coat junior. Habis cite.

2. Matric card + nametag emas

Haaa kalau korang dah cicirkan matric card merata-rata, tolonglah cari balik sampai jumpa. Kalau tak jumpa, apply matric card baru. Nametag emas tu pun macam kena ada sekali. Boleh order kat PERSIAP kalau nametag korang dah rosak ataupun hilang.

3. Stetoskop

Ni RUKUN EXAM *kahkah memandai je aku*. Macam mana nak auscultate heart dan lungs kalau takde stetoskop. Sebelum pergi exam tu, letak stetoskop dalam beg siap-siap. Kot-kot lah pagi tu kalut semacam sampai terlupa nak bawak stetoskop. Haaa hang dengaq lah murmur with naked ear. Kalau murmur tu grade 6 takpe lah. Ni grade 3 je.

4. Measuring tape + ruler

Measuring tape dah jadi rukun exam dalam obstetrics examination. So, letak jugak measuring tape awai-awai dalam beg. Ruler jangan dilupa. Stail medical student, nak measure JVP kena pakai ruler.

5. Pen torch

Pen torch tu bawak lah lebih-lebih sikit. Bawak 2 okay jugak. Kot-kot lah satu tu bateri termati masa nak exam. Seelok-eloknya, guna pen torch yang lampu oren, bukan lampu putih.

6. Neurokit

Kalau set neurokit korang dah tak lengkap, lengkapkan lah. Mana tau lidi dah patah ke, cotton wool dah habis ke... topup apa yang patut. Tak pun beli baru je.

7. Tendon hammer

Malam sebelum exam, sangkut tendon hammer kat white coat siap-siap. Takde lah terlupa pagi nak exam tu.

8. Developmental assessment set

Korang bawak jelah DA set sendiri masa exam. Senang sikit sebab kita dah biasa praktis guna DA set sendiri. Kalau takde, pergi lah pinjam kat kawan yang berlainan exam session dengan korang. Kalau takde kawan, pinjam kat junior.

9. Otoscope & ophthalmoscope set

Haaaa yang ni payah sikit. Tak ramai yang beli otoscope & ophthalmoscpe set ni. Jangan bimbang. Korang boleh je pinjam kat kawan yang berlainan sesi exam. Kalau semua kawan exam hari yang sama dengan korang, try lah pinjam kat junior. Aku rasa takde masalah kalau korang takde set ni masa short case exam sebab otoscope dan ophthalmoscope disediakan kat stesen ENT dan Ophthalmology. Set ni disediakan jugak masa long case exam, tapi mungkin masa tu korang kelam kabut nak buat physical examination sampai terlupa kewujudan set ni kat luar examination room. Kalau dah ada depan mata tu senang sikit. Takkan terlupa punya.

10. D.U.I.T

Akhir sekali, korang amat memerlukan D.U.I.T semasa final year. Bukan duit = money tu. DOA, USAHA & IKHTIAR, TAWAKAL = D.U.I.T. Sentiasalah berdoa semoga perjalanan final year korang dipermudahkan. Banyak sangat cabaran dan rintangan sepanjang final year. Hati kena kental, kalau tak... mesti kecundang tengah jalan. Setahun final year bukan satu tempoh yang sekejap. Masa ni macam-macam perkara negatif datang kat fikiran korang. Tapi, try ambik semangat dan tukarkan yang negatif tu kepada positif. Next, usaha dan ikhtiar. Jangan pernah berhenti berusaha. Jangan cepat mengalah. Buat je sebaik mungkin. Tanam impian untuk grad tepat pada waktunya. Akhir sekali, doa dah... usaha dah... jangan lupa bertawakal. Serahkan semuanya kepada Allah s.w.t. InsyaAllah perjalanan kita menuju ProExam tu dipermudahkan.




All in all, all the best semua! Next entry, PROFESSIONAL EXAM. Stay tuned~




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails Related Posts with Thumbnails