After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


24 August 2016

Posting 5 - Obstetrics & Gynaecology II

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu... bertemu kita dengan posting terakhir dalam final year iaitu Obstetrics & Gynaecology (O&G)!!! Masihkah anda ingat dengan 'kebahagiaan' yang telah anda lalui dalam O&G posting masa third year dulu? :P




Well... O&G posting masa final year ni takde beza sangat pun dengan apa yang korang dah lalui tu. Third year dulu kena oncall, final year pun ada oncall. Cuma oncall masa final year ni lebih mencabar jelah. Hihi. Dulu korang kena cover bed kan? Haaa sekarang pun kena cover bed. Cuma masa final year ni korang akan jadi 1st-liner untuk present case kat specialist jelah :P

***

Sebelum aku menakut-nakutkan korang dengan posting ni, baik aku bagitau dulu apa dia rotation selama 7 minggu posting tu :)

Cara pembahagian group dalam posting ni masih sama macam third year dulu. Ada yang dapat wad merah, kuning, hijau serta oren. Kebiasaannya, ada 3-4 orang student dalam satu group supervisor. Untuk 2 minggu pertama posting, semua orang akan stay kat HUKM sebab masa ni banyak slot workshop dan tutorial. Masuk minggu ketiga hingga keenam posting, barulah korang start attachment kat hospital luar iaitu HTI/HSR. Setiap orang akan berada kat HTI/HSR selama 2 minggu sahaja. Minggu ketujuh tu, semua orang akan balik ke HUKM dan teruskan rutin harian seperti biasa (masa ni dah takde slot workshop dan tutorial).

Nah ni dia jadual rotation~



Dalam satu group supervisor kan ada 3-4 orang student. Haaa untuk minggu ketiga, 2 orang student akan stay kat HUKM dulu di kala 2 orang student yang lain pergi ke HTI/HSR (seorang kat HTI, seorang lagi HSR). Masuk minggu kelima, yang kat HTI/HSR tu balik semula ke HUKM so yang 2 orang tu pulak pergi ke HTI/HSR (macam biasa... seorang kat HTI, seorang kat HSR). Masuk minggu ketujuh, keempat-empat mereka akan bertemu kembali di wad. Ada paham tak?


***

Orait meh lah aku masuk ke topik 2 minggu pertama kat HUKM~






* Tutorial
* Ultrasound
* Ward
* Clinic
* Labour Room
* OT
* Workshop
* Special Clinics (Menopause, Combined Clinic, Family Planning)


Baiklah. Ada banyak sangat yang perlu dihuraikan mengenai jadual O&G posting ni. Kita hurai satu persatu ye :)

Tutorial tu sebenarnya seminar. Ada 2 je tutorial dalam posting ni. So, satu group besar perlulah buat slides untuk sesi tutorial 1 manakala satu lagi group buat slides untuk sesi tutorial 2. Takde markah pun untuk presentation tu. Tutorial akan diadakan kat Dewan Nafisah Adeeb (DNA).

Kemudian, akan ada hari yang dikhaskan mengikut wad bagi slot ultrasound. Sebagai contoh, slot ultrasound bagi wad hijau adalah pada hari Isnin. Hari selasa pulak untuk wad oren. Rabu untuk wad kuning manakala Khamis untuk wad merah. Apa yang korang perlu buat masa slot ultrasound ni? Haaaa korang pergi lah ke bilik ultrasound yang ada kat klinik, dan belajar lah appreciate semua finding on ultrasound. Tak kisah lah obstetrics or gynaecology findings sekalipun.

Slot ward tu pulak membawa maksud ward round. Final year dan ward round memang tak mampu dipisahkan. Ahaks! Lagi-lagi untuk O&G posting. Apa lagi... silalah cover bed seperti biasa. Jangan malu, jangan segan :P

Bagi slot clinic, korang perlulah pergi ke klinik seperti biasa. Klinik wad merah pada hari Isnin, wad kuning pada hari Selasa, wad hijau pada hari Rabu manakala wad oren pada hari Khamis.

Pastu, jangan lah lupa date kita kat labour room. Ahaks! Korang boleh je pergi labour room pada bila-bila masa yang disukai asalkan masa tu korang free. Tapi, pastikan korang stay kat labour room sampai pukul 5 petang sahaja. Selepas pukul 5 petang, labour room dikhaskan kepada student yang oncall.




Then, ada slot OT jugak. Sama je macam third year dulu. OT wad oren pada hari Isnin. Wad hijau pada hari Selasa, wad merah pada hari Rabu manakala wad kuning pada hari Khamis.

Haaa korang perasan tak, ada slot workshop pada setiap hari pukul 2 petang? Slot ni lah yang menyebabkan semua orang akan posting kat HUKM untuk 2 minggu pertama. Ada 8 workshops sepanjang korang berada dalam final year. Workshop ni bukannya lecture tau. Dia macam skills lab. So, banyak lah hands-on yang korang kena belajar nanti. Kebanyakan yang kita belajar dalam workshop ni akan keluar dalam short case station masa Professional Exam. Workshop akan dijalankan kat DNA sepenuhnya :)

Kemudian, ada slot khas iaitu special clinic dalam posting ni. Setiap orang perlu pergi ke semua special clinic tersebut sekali sahaja sepanjang posting. Nanti ketua posting akan buat jadual rotation. Jangan risau. Korang boleh je pergi ke special clinic ni semua dari minggu pertama hingga minggu ketujuh posting. Tapi, pastikan anda mengikut jadual yang ditetapkan. Jangan sesuka hati masuk slot orang lain okay.

Nah ni dia senarai special clinic beserta hari dan tempat masing-masing~

1. Menopause clinic - Selasa pagi - Klinik Pakar O&G
2. Combined clinic - Rabu pagi - Wad kat tingkat 1
3. Colposcopy clinic - Selasa/Rabu - Klinik kat tingkat 1
4. Gynae-Urology clinic - Khamis petang - Klinik Pakar O&G
5. Family Planning clinic - Jumaat pagi - Klinik Pakar O&G




Kini tibalah masanya untuk aku cerita pasal oncall! Oncall dalam posting ni bermula seawal hari pertama posting lagi tau. Sama lah macam Paediatrics posting. So, buat sesiapa yang terus kena oncall pada hari pertama posting tu... good luck! ;-)

Bagi setiap sesi oncall, perlu ada student yang cover labour room, keempat-empat wad dan Patient Admission Centre (PAC). Minimum 3 orang student kat labour room, seorang student kat setiap wad dan seorang student kat PAC. So, sekurang-kurangnya 8 orang student perlu oncall setiap hari. Oncall ni tak perlu ikut wad dan tak perlu ikut group supervisor. Kebiasaannya, ketua posting akan buat jadual oncall mengikut availability korang kat HUKM sebab pada minggu ketiga hingga minggu keenam posting kan ada yang pergi ke HTI/HSR. 

Pada hari yang korang oncall tu... seawal pukul 4.30 petang, kelapan-lapan student perlulah berkumpul kat labour room untuk specialist oncall round. Selepas habis round barulah yang lain pergi ke tempat oncall masing-masing manakala yang oncall kat labour room perlu stay kat situ sampai habis waktu oncall. Yang oncall kat PAC perlu attach dengan registrar yang oncall kat situ. Yang oncall kat wad pulak perlulah cover bed sikit-sikit untuk oncall round bersama registrar pada malam hari. Settle je round, boleh lah cari pape prosedur untuk penuhkan log book atau pun cover bed untuk esok hari.

Waktu oncall adalah sehingga pukul 11 malam. Oh ya, weekend pun kena oncall ye. Cuma masa oncall nya lain sikit iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kebiasaannya, setiap orang akan oncall sebanyak 6-7 kali sepanjang 5 minggu posting kat HUKM. Embrace yourself peeps! ;-)




Oh ye. Sesi teaching tetap ada. So, korang perlulah contact supervisor korang dan arrange waktu untuk teaching ye!

***

Macam dah habis je cerita mengenai 2 minggu pertama posting kat HUKM. Jom kita masuk ke minggu 3-6 posting pulak~




Okeh! Ada yang kena stay kat HUKM untuk minggu ketiga, dan ada yang kena pergi ke HTI/HSR. Aku cerita pasal orang yang stay dulu boleh?

Buat sesiapa yang stay kat HUKM, jadual korang untuk setiap hari lebih kurang je dengan sebelum ni. Tetap ada slot ward work, OT dan clinic selama 2 minggu. Bagi yang oncall, labour room dan PAC jangan lah dilupakan. Masa ni, sesiapa yang stay kat HUKM tu menderita sikit sebab kena cover banyak bed. Huhu. Maklumlah... dah ramai kawan-kawan tinggalkan kita untuk mencari ketenangan kat HTI/HSR.

Tapi, ada beberapa slot tambahan selama 2 minggu korang kat HUKM iaitu Consultant Ward Round (CWR), Specialist Ward Round (SWR), Registrar Ward Round (RWR) dan round bersama Prof Har. Setiap slot tak perlu pun mengikut masa yang ditetapkan. Dia ikut availability doktor tersebut.




Kebiasaannya, CWR akan dijalankan pada hari Rabu pukul 2.30 petang. SWR pulak pada hari Isnin pukul 2.30 petang manakala RWR pada hari Khamis pukul 2.30 petang. Round bersama Prof Har akan dijalankan pada hari Selasa pukul 2.30 petang.

CWR, SWR dan RWR akan dijalankan sebanyak 2 kali sepanjang 2 minggu posting kat HUKM (minggu 3-4 atau minggu 5-6). Round bersama Prof Har pulak sekali sahaja. Apa yang korang perlu discuss masa slot tambahan tersebut? Dalam study guide, dah ada topik yang ditetapkan untuk slot berkenaan. So, boleh je follow topik tu. Jangan lupa prepare case in advance!

Ni dia contoh topik untuk slot-slot tersebut~

CWR
1st week - Hypertension in pregnancy
2nd week - Diabetes in pregnancy

SWR & RWR
1st week - Menstrual disorder / APH
2nd week - Early pregnancy problem / Preterm labour


***

Nah ni notes on miscarriage yang aku dapat masa RWR~






***

Orait habis sudah cerita mengenai 2 minggu posting kat HUKM. Laaa ni kita masuk ke 2 minggu posting kat HTI/HSR pulak~

Macam biasa... korang perlulah naik bas/van pada hari Ahad pukul 10.30 pagi. Sape yang posting kat Teluk Intan dapat duduk kat hostel yang selesa tetapi panas manakala sape yang posting kat HSR perlu duduk kat rumah sewa yang tak semenggah :P

Basically, apa yang korang perlu buat kat HTI/HSR sama je macam rutin harian korang kat HUKM. Ward round, OT, clinic dan labour room adalah perkara biasa. Setiap orang perlu oncall sekurang-kurangnya seminggu sekali kat HTI/HSR. Bezanya, oncall kat HTI/HSR dijalankan sepenuhnya kat labour room. Toksah follow registrar ward round bagai kat wad. Takde registar pun kat HTI/HSR nun. Selalunya, target utama kita kat HTI/HSR adalah untuk conduct deliveries. 5 normal deliveries are compulsory. So, tak kisah pun stay lama-lama kat labour room HTI/HSR tu asalkan dapat conduct deliveries. Midwives kat sana motherly tau. Takde pressure langsung. Ahaks!

Hmmm... korang ulang jelah rutin ni selama 2 minggu. Yang penting, enjoy puas-puas masa kat HTI/HSR sebab life kat HUKM totally different from this. HAHA.

***

Pabila kesemua student dah berkumpul semula kat HUKM pada minggu ketujuh posting, ulang lah balik rutin korang kat HUKM tu. Bezanya, masa ni dah rileks sikit kot. Dah tak banyak sangat bed yang perlu dicover. CWR, SWR dan RWR pun dah takde. Mungkin cuma ada oncall atau special clinic jelah bagi mereka yang belum selesaikan slot-slot tersebut.

***

Okay jom tengok format penilaian posting ni~




Panjang sangat pulak. Malas nak huraikan satu persatu. Haha. Korang baca lah sendiri yang lain ye. Aku nak terangkan mengenai case write-up (CWU) je. Korang perlu lah hantar satu CWU on gynaecology pada minggu keempat posting. Masa third year kena hantar dua CWU kan. Final year kena hantar satu je. Okay lah tu. Hehe.

***

Laaa ni jom tengok buku apa yang perlu dibaca dalam O&G posting~



Takde apa yang lain pun dalam senarai buku kat atas. Kebanyakannya korang dah pernah baca masa third year, kan?

***

Yeay akhirnya habis jugak kelima-lima posting dalam final year. Amacam? Dah ready ke nak menduduki Professional Exam :P

O&G merupakan posting pertama aku dalam final year. So, masa ni semangat tahun akhir tu masih berkobar-kobar. Aku dah start baca buku O&G seminggu hingga dua minggu sebelum bermulanya posting sebenar. Semangat tak ittew study masa SSM? Kihkih.

So, part knowledge tu takde masalah sangat bagi aku. Maklum lah... dah study dari awal. Hiks. Tapi, part penat tu memang tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Dulu aku ditempatkan kat wad oren. Ward round start seawal pukul 7.30 pagi. So, pukul 6.30 pagi dah kena terpacak dalam wad kot-kot ada new admission ke apa. Dah lah final year ni 1st-liner untuk present case masa ward round. Then, teruskan lah ward work/clinic/OT seperti biasa. Kalau ada oncall, stay lah kat hospital sampai pukul 11 malam. Dah lah aku selalu oncall pada hari Sabtu/Ahad. Sobsob.

Sebenarnya, posting kat HUKM pada minggu 1, 2 dan 7 takdelah teruk sangat. Masa ni, masih ramai lagi kawan-kawan kita yang ada dalam wad tu. Masuk je minggu ketiga, haaaa dah ramai yang pergi ke HTI/HSR. Masa ni... pehhhh memang penat! Banyak gila bed nak kena cover. Dalam masa yang sama, kita perlu prepare case untuk CWR, SWR dan RWR. Tidak dilupakan, oncall. Aku tak dapat bayangkan macam mana aku boleh survive 2 minggu yang hectic nak mampuih tersebut. Alhamdulillah aku ke HSR pada minggu kelima posting. So, I got some time to relax after 2 weeks of insanely hectic life ;-)




Bagi aku, apa yang korang perlu study dalam O&G posting ni lebih simple kalau nak dibandingkan dengan IM atau Paediatrics posting. Selalunya, kes kat wad tu berulang-ulang je. Yang penting, korang kena lah tau common case macam anemia in pregnancy, gestational diabetes mellitus, gestational hypertension, heavy menstrual bleeding etc. Ilmu masa third year tu cepat-cepat sikit recall, then boleh apply masa cover bed :)

Masa third year, posting ni lah yang membuatkan aku down yang teramat. Tapi, aku jadi bersemangat pulak pabila melalui O&G posting masa final year. Mungkinkah aku semakin matang? Kahkah :P




Overall, life masa final year ni memang busy kalau nak dibandingkan dengan life kita semasa first year sehingga fourth year. Banyak benda yang perlu kita korbankan sebab dah nak ProExam kan. You want some, you lose some. Arrange things according to priority. Tapi, jangan lah 25 jam study pulak. Hidup kena seimbang gais. Nak keluar makan, tengok wayang, main boling, karaoke, tengok Korean drama... boleh saja. Bukannya tak boleh. Tapi, jangan pula sepanjang masa berhibur sampai tak study langsung. Tujuan utama masuk universiti pun sebab nak kejar ilmu, betul tak?




Dalam masa yang sama, jangan lupa panjatkan doa kepada yang Maha Esa sepanjang masa. Sentiasa berdoa semoga perjalanan korang dipermudahkan di dunia dan akhirat. Jangan lupa minta restu ibu bapa dalam setiap apa yang korang lakukan. Kita ni bukan sesiapa pun tanpa doa ibu dan bapa :)




Okay lah. Sampai sini saja perkongsian aku mengenai lima posting utama dalam final year. Yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan tauladan *haha*. Annyeong~


23 August 2016

Posting 4 - Paediatrics II

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Amacam. Dah ready ke nak masuk ke Paediatrics posting buat kali kedua? Adakah pengalaman dalam Paediatrics posting masa fourth year masih segar-bugar dalam ingatan korang? :P




Pelaksanaan posting ni lain sikit kalau nak dibandingkan dengan IM dan Surgery posting. Kedua-dua posting tu kan ada seminggu pertama yang penuh dengan lecture/seminar semata-mata. Paediatrics posting takde cenggitu. Jumlah minggu posting tetap sama iaitu 7 minggu. Korang tetap ada hospital attachment selama 6 minggu... 4 minggu kat HUKM dan 2 minggu kat Hospital Teluk Intan (HTI) / Hospital Slim River (HSR). Bezanya adalah... pada minggu ketujuh posting, semua orang akan stay kat HUKM untuk slot community presentation dan skill lab sahaja. Takde ward work dah. Hehe :)

***

Kebiasaannya... ada 7 group untuk posting ni, bermaksud ada 7 supervisor dalam Paediatrics posting. Satu group ada 5-6 orang student sahaja. Nah ni dia contoh rotation setiap group~




Ada 6 minggu hospital attachment dan seminggu khas untuk slot Skills Lab (SL) pada minggu ketujuh posting. Semua group akan posting selama 4 minggu kat HUKM (P) dan 2 minggu kat HTI/HSR. Masa posting kat HUKM, ada sesetengah group perlu pergi ke Oncology Ward / Daycare (4B/4D). Jadi, group yang berkenaan tak perlu pergi ke general paediatrics ward. 

Kat HUKM, ada 4 orang consultant sahaja dalam general paediatrics ward. So, group yang berkenaan perlulah follow team consultant yang ditetapkan berpandukan rotation di atas.

Sebagai contoh, untuk minggu pertama posting... group E pergi ke HTI manakala group F ke HSR. So, tinggal lah group A, B, C, D dan G (5 group) kat HUKM. Tapi, consultant ada 4 sahaja. So, hanya group B, C, D dan G sahaja yang perlu cover general paediatrics ward mengikut team masing-masing. Group A perlu cover oncology ward dan daycare. Haaa macam tulah. Faham tak?

Untuk minggu-minggu yang seterusnya, korang tengok jelah rotation tu. Simple :)

***

Okay jom kita tengok jadual 4 minggu posting kat HUKM~




Masa fourth year kan korang kena posting kat HKL. Haaa dah final year ni, boleh lah masuk wad pediatrik kat tingkat 4 tu. Satu wad tu korang punya. Jangan sampai rasa menyampah nak masuk wad pulak. Banyak bed nak kena cover ni. Kahkah! :P

Seperti biasa, hari pertama posting akan dimulakan dengan briefing. Sesiapa yang posting kat HUKM tu boleh lah pergi ke Bilik Seminar JMP dalam Blok Pendidikan untuk mendengar briefing. Yang tengah posting kat HTI dan HSR, korang akan ada teleconference. Bilik teleconference untuk HTI adalah kat blok asrama manakala untuk HSR adalah dalam bangunan hospital.

Untuk hari-hari yang lain, seperti biasa... anda perlulah cover bed mengikut team masing-masing. Kebiasaanya, ward round akan bermula pada pukul 8 pagi setiap hari. Lepas habis ward round, boleh lah teruskan dengan ward work a.k.a buat pape prosedur yang berkaitan. Kalau ada teaching, hang pergi lah teaching. Teaching dalam posting ni adalah minimum 2 kali seminggu. Petang pun ada ward round lagi. Sama je macam Surgery posting :)

Pada setiap hari Isnin, akan ada seminar pada pukul 2 petang. So, korang perlulah contact lecturer yang berkaitan sebelum seminar tu. Macam biasa... anda perlu prepare slides dan presentation. Kemudian, pada setiap hari Jumaat, akan ada problem solving pulak pada pukul 10 pagi. Sama je macam seminar, korang kena prepare slides dan presentation jugak. Kedua-dua seminar dan problem solving ni akan diadakan kat Bilik Seminar JMP dalam Blok Pendidikan. Lebih kurang je dengan slot seminar/PBL masa fourth year dulu.

Bagi slot psychodevelopmental assessment, setiap group hanya perlu pergi sekali sahaja. Sesi ni akan diadakan kat Pusat Perkembangan Kanak-kanak (kat lobi HUKM berdekatan dengan kafe Garden) pada hari Khamis pukul 10 pagi. Nanti ketua posting akan buat jadual bagi sesi ni. Korang ikut jelah jadual tu. Kebiasaannya, korang perlu clerk, examine dan buat developmental assessment (DA) kat particular kids yang datang masa sesi ni. Setiap group hanya perlu assess seorang kanak-kanak sahaja. Umur kanak-kanak tu pulak boleh je lebih daripada 2 tahun. So, baca-baca lah jugak DA bagi kids above 2 years old ye. Lepas habis sesi ni, setiap group perlu hantar satu report ringkas berkenaan kes tadi. Kemudian, pada minggu ketujuh posting... korang perlu buat slides dan present kes yang korang dah assess ni :)

Okay... kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu oncall. HAHA. Setiap group perlu oncall mengikut consultant team masing-masing. Jadi, buat group yang perlu cover oncology ward / daycare, korang tak perlu oncall pada minggu tersebut *untunglaaaaaa*. Kebiasaaannya, kita perlu oncall sekali/dua kali seminggu termasuk weekend. Waktu oncall adalah sehingga pukul 10 malam. Tapi, kita kena cover wad dan NICU serentak. So, group korang perlu dipecahkan kepada dua. Kalau ada 6 orang dalam satu group, 3 orang kat wad manakala 3 orang lagi kat NICU.




Untuk yang oncall kat wad... sama je dengan IM dan Surgery posting, korang perlu lah cover referral case to paediatrics yang ada kat ED. Then, follow MO sepanjang waktu oncall dan jangan lupa present case semasa oncall round bersama specialist.

Untuk yang oncall kat NICU... korang perlulah cover bed kat NICU dan present case semasa oncall round bersama specialist. Kemudian, sila follow MO code pink sampai pukul 10 malam.

Tapi, ada special part mengenai oncall dalam Paediatrics posting iaitu so-called Pre-Registered HO (PRHO). Ada 2 student yang perlu PRHO dalam setiap oncall. Bermaksud... dalam 3 orang yang oncall kat wad tu, 2 orang adalah PRHO manakala seorang lagi oncall biasa. Yang oncall biasa tu boleh lah balik ke kolej pada pukul 10 malam. Tapi, yang PRHO tu kena stay kat wad sampai esok pagi. So, PRHO kena cover semua admission during oncall night. Bukan setakat tu je. Walaupun korang hanya akan oncall sekali/dua kali seminggu, PRHO perlu act as a HO selama seminggu. Bermaksud, setiap minggu perlu ada 2 PRHO dalam group korang dan mereka dikehendaki cover semua bed yang ada dalam team korang selama seminggu. Group members lain pun kena cover bed jugak. Jangan selfish sangat dan biarkan 2 orang PRHO ni je yang terkontang-kanting cover 10 bed. Group members lain tetap kena cover bed tapi PRHO perlu tahu in details about the patients. Sebab tu namanya PRHO... korang perlu jadi macam HO *cuma tak berbayar jelah haha* :P




***

Okay rasanya macam dah habis cerita pasal 4 minggu posting kat HUKM yang sangat 'heaven' tu. Jom kita masuk ke 2 minggu posting kat HTI/HSR~

Seperti yang korang boleh nampak dalam jadual rotation kat atas, setiap 2 minggu... akan ada satu group ke HTI dan satu group lagi ke HSR. Yang pergi HTI tu macam biasa lah. Bas akan bertolak ke Teluk Intan pada hari Ahad pukul 10.30 pagi, then balik semula ke HUKM pada hari Sabtu pukul 8 pagi. Tak perlu aku huraikan lebih lanjut mengenai HTI sebab korang dah lalui posting kat HTI dalam IM dan Surgery posting.

Tapi, posting kat HSR mungkin benda baru bagi korang. Kita akan bertolak ke HSR pada hari Sabtu pukul 10.30 pagi jugak. Tapi, kita naik van je... bukannya naik bas. Bagi yang posting kat HSR, korang takkan duduk kat hostel yang selesa macam kat Teluk Intan tu. Korang kena duduk kat rumah teres satu tingkat yang UKM dah sewa khas untuk medical students. Keadaan rumah sewa tu pulak takde lah selesa sangat. HAHA. Cukup lah untuk melepaskan penat a.k.a tidur selepas seharian di wad. Ada dua buah rumah yang disediakan untuk perempuan dan sebuah rumah sahaja untuk lelaki. Buat sesiapa yang ada kereta tu, aku nasihatkan korang bawak lah kereta ke Slim River sebab takde van nak bawak korang keluar makan macam kat Teluk Intan. Kat Slim River ni kena survive sendiri. So, survival skills perlu mantap. Kahkah :P




Jarak dari rumah sewa ke hospital takdelah jauh sangat. Boleh je jalan kaki dalam 15 minit. Habis je 2 minggu kat HSR, korang boleh balik ke HUKM semula pada hari Jumaat pukul 5 petang :)

Nah ni dia jadual kat HTI/HSR~




Sama je dengan hari-hari korang kat HUKM. Takde beza sangat pun. Cover bed, ward round, ward work, teaching, clinic tu semua perkara biasa. Setiap hari Isnin dan Jumaat tetap ada seminar dan problem solving. So, korang kenalah buat teleconference. Kat HTI/HSR ni tak perlu follow consultant team dah. Satu group ada 5-6 orang student je pun. So, korang kena cover satu wad. Follow jelah external supervisor kat HTI/HSR tu.

Mengenai oncall... setiap hari perlulah ada sekurang-kurangnya 2 orang student yang oncall. Pukul 10 malam dah boleh balik ke rumah/blok asrama :)

* takde PRHO kat HTI/HSR melainkan supervisor HUKM korang suruh jugak buat PRHO ;-)

***

Bila dah habis 6 minggu hospital attachment, jom lah kita masuk ke minggu terakhir posting yang sedikit melegakan :)




Basically, minggu ketujuh ni hanya akan ada skills laboratory, community visit, community visit presentation dan psychodevelopmental assessment presentation sahaja. So, korang tak perlu cover bed dah *melainkan supervisor korang suruh*. Skills lab akan dijalankan pada hari Isnin dan Rabu. Ada dua group besar untuk slot ni. Satu group perlu pergi skills lab pada sesi pagi manakala satu group lagi pada sesi petang untuk kedua-dua hari tu. Korang kenalah baca pape prosedur yang berkaitan untuk skills lab ni macam CPR in neonates, intraosseous infusion dan sebagainya.

Kemudian, akan ada group lain pulak untuk community visit. Korang boleh lah planning in advance apa aktiviti yang korang nak buat masa community visit tu asalkan aktiviti tersebut cover semua objektif yang dah ditetapkan. Kebiasaannya, kita akan buat projek ni kat tadika ataupun rumah anak yatim. Boleh pilih nak pergi pada hari Selasa atau hari Khamis. Alahhh korang mesti dah biasa sangat handle program sepanjang kat UKM. Community visit ni simple je... just a piece of cake ;-)

Lepas dah settle community visit, kenalah buat slides untuk presentation pulak. Setiap group perlu present 10 minit sahaja. Community visit presentation ni akan diadakan pada hari terakhir posting sekali dengan sesi feedback.

Sebelum ni korang dah pergi slot psychodevelopmental assessment kan. Haaa sekarang tibalah masanya untuk present hasil assessment korang tu. Setiap group pun perlu present 10 minit sahaja. Kebiasaannya, psychodevelopmental assessment presentation ni akan diadakan pada hari Khamis pukul 2 petang.

***

Macam dah habis je cerita pasal minggu ketujuh posting. Okeh jom tengok format penilaian posting ni pulak~




Setiap orang perlu hantar 1 case write-up (CWU) dan 1 portfolio untuk Paediatrics posting. Kedua-duanya perlu lah hand-written *huhu*. Format CWU ni takde beza pun dengan CWU yang biasa. Bukan in journal form macam IM dan Surgery posting. Portfolio tu pulak merupakan clerking notes yang korang dah buat masa PRHO. So, format portfolio ni sama je dengan patient's notes. Kena ada admission clerking, am review, pm review, plan etc. CWU dan portfolio menyumbang sebanyak 25%. Kedua-duanya perlu dihantar pada minggu keenam posting.

Kemudian, ada 2 Mini-CEX dalam posting ni... satu kat HUKM manakala satu lagi kat HTI/HSR. Ada 25% markah untuk satu Mini-CEX yang dapat markah paling tinggi *kebiasaannya markah kat HTI/HSR lebih tinggi dari kat HUKM. ahaks!*.

Supervisor's report pulak menyumbang sebanyak 30%. Satu report daripada supervisor HUKM, manakala satu lagi daripada supervisor HTI/HSR.

Setiap orang perlu present sekurang-kurangnya 2 seminars/problem solving. So, markah daripada presentation korang tu menyumbang sebanyak 10%. Baki lagi 10% ada kat log book. PASS continuous assessment (CA) is a must :)

***

Ni pulak buku-buku yang diperlukan dalam Paediatrics posting~



CPG asthma, dengue, gastroenteritis dan nephrotic syndrome tersangatlah penting dalam posting ni!

***

Orait habis sudah cerita mengenai Paediatrics posting. Apa yang aku dapat simpulkan mengenai posting ni adalah... nasib korang bergantung kat supervisor sepenuhnya! HAHA. Jadi, sila lah berdoa banyak-banyak supaya laluan korang dalam posting ni dipermudahkan. Kalau tak dapat supervisor yang malignant, alhamdulillah. Kalau dah TERdapat, pasrah jelah dan cuba buat yang terbaik :)

Bagi aku, posting ni agak memenatkan sebab korang akan palpitation most of the time. Haha. Aura dalam general paediatrics ward tu lain macam sikit :P

Rasanya aku takde pape tips dari segi study sebab korang dah pernah lalui posting ni masa fourth year. Takde beza sangat pun apa yang korang perlu cover masa final year kalau nak dibandingkan dengan fourth year dulu. Cuma, korang kena study cepat-cepat sikit dan kena tau semua calculation yang penting seperti fluid resuscitation, fluid maintenance dan calorie intake sepanjang hospital attachment. Well... dah final year kan ;-)




Paediatrics merupakan posting aku yang terakhir sebelum Professional Exam. Sebelum bermulanya posting ni ada cuti seminggu, so aku pergi ke Korea buat kali ketiga *tak sedar diri sobsob*. Pastu, aku ditakdirkan untuk mendapat salah seorang supervisor yang malignant dalam posting ni. HAHA. Dah nasib badan. Setiap hari palpitation, setiap hari stress... pastu mula lah dok bandingkan hidup kat HUKM dengan masa-masa bahagia di Korea. Kahkah. 

Setiap hari kena marah tu benda biasa. Lepas kena marah, baca lah buku betul-betul supaya esok tak kena marah lagi. Hihi. Masa tengah posting lagi aku dah start nampak kawan-kawan penuh bersemangat praktis long case / short case untuk ProExam. Tapi, aku masih tenggelam dalam dunia khayalan yang tiada penghujung. So, aku tak pernah praktis long case / short case mengikut format exam langsung! Aku setakat cover bed macam biasa dan baca buku mengenai disease yang related to patient yang ada kat wad. Pastu, masa study week mula lah menyesal. Kehkehkeh. Sebab tu aku selalu ingatkan korang supaya study dari awal :)




Okay lah. Sampai sini sahaja cerita mengenai Paediatrics posting. Lepas ni kita akan masuk ke posting terakhir dalam final year. Chow cincau~


22 August 2016

Posting 3 - Surgery II

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Sebelum ni dah cerita pasal Internal Medicine posting, laaa ni kita masuk ke Surgery posting pulak. Apa yang korang akan lalui dalam Surgery posting masa final year pun takde banyak beza dengan apa yang korang dah lalui masa third year. Perbezaan yang paling ketara hanyalah part oncall. Hehe. Well... final year dan oncall memang tak dapat dipisahkan.

Perlaksanaan Surgery posting pun lebih kurang macam IM posting. Seminggu pertama tu penuh dengan lecture/seminar sahaja. Takyah pergi ward round dan takyah pergi oncall. Masuk minggu kedua sehingga minggu ketujuh barulah ada hospital attachment.

Meh kita tengok jadual untuk minggu pertama~






Segala aktiviti dalam minggu pertama posting akan dilakukan sepenuhnya kat Stargate dalam Jabatan Surgeri kat tingkat 8. Ada 7 lectures on surgery, 3 lectures on radiology, 6 seminar dan 1 demonstration.

Lecture tu macam biasa lah... kita hanya perlu datang, tadah telinga dan bukak mata. Tapi, janganlah expect korang perlu datang dengan otak yang kosong. Ada sesetengah doktor suka tanya soalan jugak tau. Then, seminar... seperti biasa... korang perlulah prepare case dan slides. Kemudian, present kat depan. Nanti ketua posting akan agihkan tugasan untuk seminar. Demonstration pulak lebih kurang macam Practical Skills Workshop yang korang dah lalui masa third year. Bagi aku, slot demonstration ni sangat membantu kalau ianya diadakan betul-betul sebelum Clinical Proficiency Test / short case exam pada minggu ketujuh posting.

***

Okeh macam dah takde apa sangat nak cerita pasal minggu pertama posting. Laa ni jom kita masuk ke part hospital attachment~

Korang akan dibahagikan kepada 10 group untuk posting ni. Ada group A1, A2, B1, B2, C1, C2, D1, D2, E1 dan E2. Setiap group hanya ada 4-5 orang student sahaja. Ada 5 unit dalam Jabatan Surgeri HUKM iaitu~

1. Breast and Endocrine (E&B)
2. Colorectal
3. Hepatobiliary (HPB)
4. Vascular
5. Minimally Invasive Surgery (MIS)

Jadi, setiap satu unit tu akan ambik 2 group. Sebagai contoh, Breast and Endocrine akan ambik group A1 dan A2, Colorectal pulak group B1 dan B2. Jadi, setiap group ni kenalah ikut sepenuhnya rutin team korang. Sama je macam third year dulu. Kalau hari Isnin team korang ada OT, kenalah pergi OT. Kalau ada klinik, kenalah pergi klinik. Kalau team korang oncall hari tu, korang pun kena oncall sekali.

Setiap group akan ada 3 minggu attachment kat HUKM dan 3 minggu attachment kat Hospital Teluk Intan (HTI). Group A1, B1, C1, D1 dan E1 akan start posting kat HUKM dulu, di kala group A2, B2, C2, D2 dan E2 start posting kat HTI. Lepas habis 3 minggu, barulah kita rotate.

***

Nah ni dia jadual untuk 3 minggu posting kat HUKM~
























Seperti biasa, hidup kita sepanjang clinical posting akan dimulakan dengan Clinical Ward Round (CWR). Jangan terkejut pulak tengok slot CWR tu bermula seawal pukul 7.30 pagi. Memang ward round dalam Surgery posting bermula seawal tu pun. Kadang-kadang, pukul 7.15 pagi dah start. So, silalah bangun awal ye. Jangan lupa cover bed sebelum ward round. Korang kena cover semua patient yang ada dalam team korang. Nasib lah kalau team korang ada ramai gila patient (team HPB lettew). Good luck! HAHA ;-)

Then, pada pukul 8 pagi... akan ada department activity seperti Journal Presentation/Recap, Radiology Conference dan Census/HPE Conference/Surgitract. Kalau team korang pergi department activity ni semua, korang pun kena pergi. Kalau team korang continue dengan ward round, korang stay lah kat wad sampai habis ward round :)

Selesai je ward round, boleh lah pergi ke clinic kalau team korang ada clinic hari tu. Kalau ada OT, pergilah ke OT. Kalau ada endoscopy seperti colonoscopy dan OGDS (lagi-lagi untuk team Colorectal dan MIS), pergilah ke endoscopy room. Kalau team korang takde tiga benda kat atas tu, boleh lah stay kat wad untuk teruskan ward work macam venepuncture ke, set branula ke, wound dressing ke. At the same time, boleh penuhkan logbook jugak. Hehe.




Bila dah settle semua ni, boleh get ready untuk afternoon round pulak. Sebab tu lah ada slot CWR pada pukul 2 petang. Hehe. Settle afternoon round, sila lah stay kat wad kalau ada bedside teaching. Tak perlu aku huraikan secara terperinci mengenai bedside teaching rasanya. Dah final year kot. Mesti dah biasa sangat dengan teaching ni semua ;-)

Kemudian, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu oncall!!!! Oncall pun ikut team. Kebiasaannya, setiap team akan oncall sekali je seminggu. Tapi, kalau korang oncall pada hari Jumaat, korang perlulah oncall pada hari Sabtu dan Ahad juga *sobsobsob*. Waktu oncall adalah sehingga pukul 12 tengah malam. Sama je dengan IM posting, korang perlulah cover semua referral case to surgery yang ada kat ED. Then, pergi ke wad untuk oncall round bersama MO. Pastu boleh lah cover bed sampai pukul 12 tengah malam.

***

Okay habis sudah cerita pasal posting kat HUKM. Meh kita masuk cerita 3 minggu posting kat HTI~




Jadual bas ke Teluk Intan sama je macam IM posting. Korang akan bertolak ke Teluk Intan pada hari Ahad pukul 10.30 pagi, then balik semula ke HUKM pada hari Sabtu pukul 8 pagi.

Haaaa ulang lah balik rutin harian korang kat HUKM. Ward round, ward work, clinic, OT, endoscopy... semua sama. Bezanya, kat HTI takde team dah. So, tak perlu follow team activities. Nanti ketua korang akan buat jadual... sape yang pergi klinik, sape yang pergi OT etc. Pergi jelah ikut jadual tu semua.

Setiap hari Jumaat akan ada Grand Ward Round kat klinik. Kebiasaannya, HO dari HTI akan present case masa slot ni. Then, ada discussion dan komen daripada specialist.

Kat HTI, kita akan ada tiga external supervisor. So, korang boleh approach mereka untuk sesi bedside teaching. Then, pada setiap hari Rabu... ada seorang specialist dari HUKM akan datang ke HTI untuk sesi bedside teaching. Jadi, korang kenalah prepare sekurang-kurangnya 3 cases untuk long case presentation kepada lecturer HUKM tu. Takkan dia datang jauh-jauh dari KL, korang prepare satu case je kan?

Akhir sekali mestilah oncall. Oncall sampai pukul 10 malam cukup sebab driver van nak tidur awal. Haha.

***

Orait jom masuk ke format penilaian Surgery posting pulak~




Akan ada Clinical Proficiency Test (CPT) pada minggu terakhir posting. CPT ni sama je macam short case exam yang korang dah lalui masa third year. Ada satu modified long case / short case beserta instrument / radiograph. CPT menyumbang sebanyak 50%.

Supervisor's report pulak menyumbang sebanyak 20%. Satu report daripada supervisor HUKM, satu lagi daripada supervisor HTI.

Log book menyumbang sebanyak 20%. Kalau korang fill in log book betul-betul, senang je nak dapat 19-20% tu. Akhir sekali, satu case report / CWU menyumbang sebanyak 10%. Format CWU dalam posting ni sama macam IM posting, iaitu dalam journal form. CWU perlu dihantar pada minggu kelima posting. Seperti biasa, anda perlulah PASS continuous assessment (CA) walaupun hanya 6% daripada CA untuk posting ni akan dibawa ke Professional Exam.

***

Ni dia buku-buku yang diperlukan dalam Surgery posting~




***

Okayyyy tibalah masanya untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dalam posting ni. Memandangkan posting ni adalah posting keempat aku dalam final year, rasanya aku dah mampu adapt dengan kesibukan yang tiada henti tu. Nasib korang dalam Surgery posting bergantung kat team sepenuhnya. Kalau team korang busy, korang pun akan busy. Kalau team korang banyak admission, banyak lah bed yang korang perlu cover. Overall... okay je posting ni. Penat tu memang penat. Tidak dinafikan.

Korang akan ada kelebihan yang sangat besar kalau Surgery merupakan posting terakhir korang. Sebab posting ni je yang ada exam (CPT) berformatkan short case sebelum ProExam. Posting lain mana ada exam cenggini. Setakat Mini-CEX ada laaaa. Mungkin korang dah tak perlu study gila-gila untuk Surgery posting masa study week kot. Sebab dah cover banyak untuk CPT kan. Kot je lahhh... aku tak tau. Sebab posting terakhir aku bukan Surgery. Kehkeh.




Eh okay lah. Malas dah nak taip panjang-panjang. Ada dua posting lagi ni nak cerita. Annyeong~


18 August 2016

Posting 2 - Internal Medicine II

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Korang dah ready ke nak melalui core posting (a.k.a killer posting) buat kali kedua? Kalau belum ready sekalipun, tetap kena baca entri ni. Apa ingat korang boleh lari dari Internal Medicine posting? Tulah... sape suruh masuk final year. Haha.

Apa yang korang akan lalui dalam posting ni takde beza sangat pun dengan apa yang korang dah lalui masa third year dulu. Cuma kali ni, tanggungjawab semakin berat... dan jadual pun semakin padat. Dah nak jadi doktor kan? Kenalah buat-buat sibuk sikit. Kahkah.




***

Masa final year, korang akan ada attachment ke hospital luar seperti Hospital Teluk Intan (HTI), Hospital Slim River (HSR) atau Hospital Kuala Lumpur (HKL). Setiap posting lain-lain tempat dan durasi attachment ke setiap hospital luar tersebut. Memandangkan ini entri mengenai IM posting, aku akan fokus kat IM je dulu. Yang lain-lain tu sabaq naa~

Posting IM akan dijalankan selama 7 minggu. Minggu pertama, semua orang akan stay kat HUKM untuk sesi lecture/seminar semata-mata. Baki lagi 6 minggu barulah ada hospital attachment. 2 minggu kat HUKM, 2 minggu kat HTI dan 2 minggu kat HKL.

Ni dia contoh rotation ke setiap hospital tersebut~



Ada 3 group besar dalam posting ni iaitu A, B dan C. Pandai-pandai lah korang tengok jadual ni berdasarkan group masing-masing.


Untuk minggu pertama, jadual korang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Masa ni toksah pergi ward round, toksah pergi oncall. Korang hanya perlu pergi lecture/seminar kat Bilik Sarjana dalam Jabatan Perubatan kat tingkat 8.

Ini lah contoh jadual lecture/seminar tersebut~




Lecture/seminar ni bertujuan untuk korang recall segala benda yang dah pernah belajar masa third year dulu. Entah berapa peratus je ingatan mengenai posting ni yang tinggal dalam serpihan memori korang kan? Ahaks! Ada sesetengah slot tu adalah lecture semata-mata. Bermaksud, korang tak perlu prepare slide ke apa. Cuma perlu duduk dan tadah telinga serta buka mata. 

Tapi, ada sesetengah slot... doktor nak korang prepare case presentation beserta discussion on that topic. Sebagai contoh, untuk slot emergency medicine... doktor nak korang prepare any case beforehand. So, silalah clerk apa-apa case kat ED... contohnya diabetic ketoacidosis (DKA), prepare slide... jangan lupa segala physical examination, investigation, management dan discussion on DKA... alah macam long case presentation... then present lah semasa slot yang ditetapkan. Masa ni lah nak praktis long case presentation. Ahaks! Nanti pandai-pandai lah ketua posting korang agihkan tugasan untuk presentation tersebut. 

***

Okay... habis sudah cerita pasal minggu pertama posting yang dipenuhi dengan lecture semata-mata. Sekarang ni, jom lah kita pergi ke clinical life yang sebenar :)

* aku akan cerita mengikut urutan group A

Apa yang korang perlu buat dalam 2 minggu posting kat HUKM?




Sebenarnya, takde beza sangat pun dengan third year dulu. Sama je rutin nya setiap hari selama 2 minggu. Bezanya hanyalah... masa final year ni dah takde slot Modular Workshop. Tapi, kita ada oncall.

Radiology Conference tetap akan dijalankan kat Jabatan Radiologi (aras G). Grand Rounds dan CME pulak kat Bilik Seminar Jabatan Perubatan (aras 8). CPC seperti biasa... kat auditorium.

Bagi posting kat HUKM, akan ada 3 lagi group kecil daripada setiap group A, B, C tu. Sebagai contoh... untuk group A... korang akan dipecahkan kepada group A1, A2 dan A3. A1 kena cover General Medicine Ward (Med 1), A2 kena cover Observation Ward kat ED, manakala A3 kena cover Acute Admission Ward (Med 6).

Korang kena stay kat wad yang ditetapkan selama 2 minggu. Satu wad tu korang yang punya. Setiap group cuma akan ada 5-6 students. So, 5-6 students nilah yang kena cover 28 beds dalam satu wad. HAHAHA. Jangan lupa cover bed ye! Setiap hari wajib datang ward round dan kena present case. Dah final year kan? ;-)




Pecahan group kecil nilah group supervisor korang sepanjang IM posting. Tapi, ada 2 jenis supervisor yang wujud iaitu ward supervisor dan student supervisor. Tugas ward supervisor hanya lah pantau korang masa ward round. Student supervisor yang akan buat bedside teaching dan bagi markah kat log book dan CWU. Kalau ward supervisor nak buat teaching pun takde masalah.

Selain daripada tu, kita akan ada satu Mini-CEX yang perlu dijalankan masa posting kat HUKM. Kebiasannya, student supervisor akan assess Mini-CEX korang dalam teaching session. So, bedside teaching tu bertujuan untuk bagi markah kat Mini-CEX korang sebenarnya. Setiap orang kenalah bersedia dengan case masing-masing ye.

Kemudian, tidak dilupakan... oncall. Korang perlu oncall kat HUKM minimum sekali je seminggu. Tapi, aku selalu oncall dua kali seminggu. Waktu oncall adalah sehingga pukul 12 tengah malam. Korang perlu contact MO atau registar oncall, then pergi ke ED untuk cover semua referral case to medical... then present case tersebut masa oncall round bersama specialist. Lepas dah settle oncall round, boleh lah pergi ke wad untuk cover bed ataupun follow registrar oncall sampai pukul 12 tengah malam.

Akan ada satu Mini-CEX lain masa oncall kat HUKM. So, silalah ambik peluang untuk present case yang korang dah cover kat ED tu kepada specialist oncall, then bagi dia borang Mini-CEX untuk dapatkan markah. Dah final year ni... oncall tu kenalah buat betul-betul sikit kan. Nanti masa jadi HO pun kena oncall cenggini jugak. Huhu.

***

Macam dah settle je cerita pasal 2 minggu posting kat HUKM. Laaa ni jom kita masuk cerita 2 minggu posting kat HTI.

Buat sesiapa yang perlu ke HTI, korang perlulah menunggu bas kat nursing block pada hari Ahad pukul 10.30 pagi. Kebiasaannya, sebelum Zohor dah sampai Teluk Intan. Ada hostel khas untuk student UKM kat Teluk Intan tu. Dekat lah jugak dengan HTI kalau naik kereta/van. Kalau nak jalan kaki, ambik masa 20 minit jugak kot. Hostel kat Teluk Intan lebih kurang macam PULAKEM kat Beranang. Satu bilik, dua orang. Ada toilet kat luar dan ada mesin basuh kat setiap aras. Bukan setakat tu je... iron board dan peti ais pun ada tau. Selesa gila hostel kat Teluk Intan. Cuma... panaih dia tak boleh tahan. Tahap panas berdenting!

Pastu, ada van khas disediakan untuk kemudahan korang kat Teluk Intan tu. Lebih kurang macam kat PULAKEM jugak lah. Van ni yang akan hantar korang ke hospital dan untuk keluar makan. Sape yang ada kereta tu better bawak kereta kot. Lebih senang nak ke mana-mana.

Dah habis part hostel... laa ni kita ke part jadual pulak~




Apa yang korang perlu lalui kat HTI takde banyak beza pun dengan life kat HUKM. Tetap kena cover bed dan present case masa ward round. Then, ada satu lagi Mini-CEX yang akan dijalankan kat HTI. External supervisor yang akan nilai Mini-CEX korang tu. So, prepare jelah case sama macam kat HUKM... then present case tersebut masa sesi bedside teaching.

Kat HTI, ada dua je external supervisor. So, korang kena pecah kepada 2 group kecil. Jadi, satu group dalam 9-10 students. Ada 2 wad yang dikhaskan untuk medical student UKM kat HTI tu. So, satu group kena cover satu wad. Takde lah banyak sangat pun bed yang perlu dicover sebab jumlah student dalam satu wad tu ramai. Hehe.

Untuk oncall kat HTI, korang boleh lah pergi ke wad dari pukul 8 malam sehingga 10 malam. Toksah balik lambat-lambat sangat sebab driver van pun nak tidur. Hahaha!

Bila dah habis 2 minggu kat HTI, sila lah balik ke HUKM semula pada hari Sabtu. Bas akan ambik korang kat hostel Teluk Intan pada pukul 8 pagi.

Secara jujurnya, life kat HTI ni kurang sikit stress kalau nak dibandingkan dengan life kat HUKM. Korang faham-faham jelah specialist kita tu semua garang-garang. Hihi.

***

Okay jom masuk part 2 minggu posting kat HKL~



Eh awat macam simple sangat jadual kat HKL ni? Hahaha. 


Korang mesti dah biasa naik bas ke HKL untuk Paediatrics Posting masa fourth year kan? Haaaa sama jelah rutinnya untuk final year ni. Pukul 7.15 pagi kena naik bas untuk ke HKL. Sampai je kat sana, terus pergi medical ward yang ditetapkan. Then, follow ward round dan present case. Pastu, boleh buat pape prosedur untuk penuhkan log book. Kalau ada bedside teaching, pergilah teaching tu. Then, pukul 5 petang boleh balik ke HUKM semula.

Akan ada 2 group kecil untuk posting kat HKL sebab kat HKL pun ada dua je external supervisor. Perkara paling best kat HKL adalah takde oncall dan takde Mini-CEX. Yippeeee. Cuma sedikit penat sebab kena naik bas hari-hari dan tempuh jem kat KL nun.

Eh ada satu slot tambahan semasa kita tengah posting kat HKL iaitu sesi Dermatology Clinic kat HUKM~




Buat sesiapa yang tengah posting kat HKL tu, korang kena pergi klinik dermatologi pada hari Selasa dan Khamis dari pukul 9 pagi sehingga 1 petang. Kemudian, korang perlu pergi ke HKL semula pada pukul 1.30 petang untuk menjalani hospital attachment seperti biasa. Ada 2 group kecil kan untuk posting kat HKL? Haa satu group kecil kena pergi klinik dermatologi pada minggu pertama, satu lagi group kena pergi pada minggu kedua. So, setiap group perlu pergi klinik dermatologi sebanyak dua kali. Sebelum pergi klinik dermatologi tu, boleh lah baca lecture notes pasal acne, eczema, psoriasis dan etc. Kan dah ada lecture mengenai dermatologi dalam minggu pertama ;-)

***

Orait habis sudah cerita mengenai posting kat 3 hospital yang berbeza. Laa ni jom masuk format penilaian IM posting~




Seperti biasa... jumlah markah bagi continuous assessment adalah 100%. Tapi, cuma 6% daripada posting ni akan dibawa ke Professional Exam. Medical case report / CWU perlu dihantar pada minggu kelima posting. Kena buat satu je CWU... dan format CWU ni pelik sikit. Bukan macam CWU yang biasa kita buat. Kali ni, kita kena buat case report in journal form. Jangan risau... ada contoh untuk korang refer nanti.

Then, setiap Mini-CEX menyumbang kepada 15%. Supervisor's report kat HTI dan HKL menyumbang kepada 5% setiap satu manakala supervisor's report kat HUKM menyumbang kepada 30%. Log book pulak 5%.

***

Habis part markah... kita pergi ke part buku pulak~




Aku tak baca pun buku-buku tebal ni semua masa final year. Tak sempat. Hahaha. Aku cuma baca buku yang aku dah guna masa third year. At least aku cuma perlu recall je setiap apa yang aku baca. Bukannya benda baru pun. Ni kan kali kedua kita lalui IM posting :)

***

Hmmm rasa macam dah habis cerita pasal killer posting ni. Apa yang korang rasa dalam posting ni masa final year sama je dengan apa yang korang dah rasa masa third year. Banyaaaaaaaakkkkk gila nak kena study! Medicine is a lifelong learning. Internal Medicine lah core dalam medical field.

Banyak sangat nak kena baca untuk teori, banyak nak kena study untuk long case dan banyak kena praktis untuk short case *nak nangis!*. Masa tengah posting IM, aku tak study betul-betul sangat. Posting ni merupakan posting ketiga aku dalam final year. So, masa ni dah rasa penat sebab dah posting tanpa henti selama 4 bulan. Mana ada inter-posting break masa final year. Jadi, kebanyakan final year student dah hampir physically and mentally drained bila masuk posting ketiga.

Masa study week barulah aku sibuk nak study semua benda pasal IM. Dengan teori nya, long case nya, short case lagi. Pastu stress! HAHAHA. Korang jangan lah ikut perangai tak sedar diri aku. Please study dari awal supaya tak stress sangat masa study week. You can do it! Fighting! :)




Okay lah cukup sampai sini je perkongsian aku mengenai IM posting. Sekali lagi aku nak ingatkan, study lah dari awal. Hehe :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...