After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


18 January 2013

Module 1 - Blood & Lymph

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Cerita pasal Tahun 1 semua dah habis. korang pun dah pass Tahun 1 dengan bergaya. so, sekarang jom kita masuk Tahun 2. yeay!

Mula-mula, mesti lah masuk Semester 1 dulu kan. takkan nak terus lompat pergi Semester 2. ahaks! tapi, aku akan gunakan term 'Semester 3' untuk Semester 1 Tahun 2 ni ok. takde lah korang konfius dengan Semester 1 Tahun 1 =)

***

Untuk Semester 3 ni, ada 7 module bagi subjek Fakulti Perubatan UKM yang perlu kita cover~

Module 1 - Blood & Lymph
Module 2 - Cardiovascular System
Module 3 - Respiratory System
Module 4 - Urinary System
PPD Module - Professional & Personal Development
CSL Module - Clinical Sciences IIA
MS Module - Medicine & Society II

Dan jugak, ada 1 paper lain selain 7 module kat atas ni iaitu :

1.  Hubungan Etnik


* sebarang perubahan tertakluk kepada Fakulti Perubatan UKM


***

Basically, Semester 3 ni tak banyak beza pun dengan Semester 2. subjek tambahan yang ada selain daripada 4 modul tu pun sama je kan =)

***

Kebanyakan format pembelajaran dan exam untuk Semester 3 ni pun sama je macam Tahun 1. mesti korang dah arif gila kan pasal ni. dah setahun kot belajar Medic kat UKM =)

So, skang ni, jom kita tengok jadual Module 1 dulu. sesi pembelajaran module ni dijalankan selama 4 minggu~












Warna purple mewakili lecture dalam Module 1, warna biru pulak mewakili MS Module, warna oren ialah CSL Module dan warna hijau mewakili PPD Module. so, buat masa ni, sila fokus pada warna purple dulu ye.

Selain daripada 3 module lain menyelit dalam jadual Module 1 ni, macam Semester 2 jugak, subjek Hubungan Etnik akan diadakan pada setiap hari Rabu untuk setiap minggu. dalam entri akan datang baru aku akan huraikan dengan lebih lanjut pasal module lain ok.

***

Untuk Module 1 ni, akan ada :

*  15 CL
*  2 SLP
*  3 PBL
*  5 P/D/MES (Practical/Demonstration/Meet Expert Session)

Sama je konsep nya macam Tahun 1. takde yang luar biasa pun. so, study jelah semua CL, SLP, PBL dan MES yang ada. kebanyakan soalan berkenaan P/D/MES akan masuk dalam OSPE.

Bagi aku lah kan, Module 1 ni yang paling ringan kot antara modul-modul lain dalam semester ni. kira macam warm-up lah ni. basically, modul ni hanyalah berkisar kepada blood, blood problem, diseases related to blood, lymphatic system and so on. so, study jelah ye. bukan suruh pergi berperang kat Gaza pun =)


***

Dah habis part jadual, jom kita tengok format penilaian Module 1 ni~


Lebih kurang sama je macam format penilaian modul lain dalam Tahun 1. EOM = 20% dan PBL = 10%. overall, continuous assessment akan menyumbang sebanyak 30%.

Dalam final exam pulak, paper teori akan menyumbang sebanyak 60% daripada peratus keseluruhan yang mana OBA + EMI = 50% dan MEQ = 50%. senang cite, ambik 30% daripada OBA + EMI dan lagi 30% daripada MEQ.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%.

***

Ni senarai buku rujukan untuk modul ni pulak~



***

Ok lah. cukup setakat ni dulu. next entri aku akan cerita pasal PBL dan kongsi video untuk modul ni pulak. stay tuned~



Reseat Exam Tahun 1

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Aku dah pernah terangkan kat entri ni bahawa setiap student Medic UKM perlu LULUS kesemua modul yang ada dalam Semester 1 dan Semester 2 bagi menjamin korang berjaya naik ke tahun seterusnya. akan tetapi, andai kata korang takde rezeki dan gagal mana-mana modul, jangan risau.... korang masih ada peluang kedua.

Maksudnya, korang perlu ambik RESEAT EXAM yang akan dijalankan sebulan selepas tamatnya Semester 2. berikut merupakan jadual reseat exam bagi batch aku~



See. dah boleh nampak betapa 'gila' nya jadual reseat exam ni kan. haha. padat nya... kemain! so, kalau korang gagal satu modul je, masih boleh tahan lagi lah. hanya perlu study satu modul tu untuk reseat. tapi kalau dah gagal banyak sangat modul, agak susah jugak nak catch up kesemuanya. however, anything possible kan. asalkan korang gandakan usaha, inshaaAllah boleh! =)

Tapi, korang mesti tak nak reseat kan. jeles kot tengok kawan-kawan lain enjoy je bercuti, tetiba kita kena study untuk reseat exam. takmo takmo =(

Oh ye. kalau final exam biasa, format penilaian dia ada termasuk 30% continuous assessment kan. dalam reseat exam ni, takde dah 30% daripada PBL dan EOM tu. 100% hanyalah bergantung kepada paper teori dan OSPE yang korang jawab dalam reseat exam tu. see. agak susah sebab korang perlu skor 100% daripada reseat paper tu je.

So, nasihat aku... study lah betul-betul untuk EOM dan Final Exam supaya korang lulus semua modul dengan bergaya =D

***

Dalam tempoh sebulan sebelum reseat exam ni, takde kelas rasmi yang akan diadakan. segala lecture mahupun tutorial adalah mengikut budi bicara lecturer. maksudnya, kalau lecturer rasa dia nak buat kelas, korang boleh lah datang kelas untuk modul yang korang nak reseat tu. tapi, masa ni, takde dah datang kelas untuk tadah telinga je. korang kena lah be prepared dengan segala soalan yang korang tak faham mengenai sesuatu modul tu ok =)



Result reseat exam ni akan dikeluarkan seminggu selepas tamatnya exam tersebut. kalau korang berjaya lulus modul yang korang reseat tu, Alhamdulillah. dapat lah korang naik ke tahun seterusnya. tapi, andai kata rezeki tak berpihak kepada korang yang mana korang tetap ada gagal mana-mana modul walaupun selepas reseat, nampaknya korang perlu ulang semula tahun yang sama ataupun dipanggil REPEAT YEAR.

***

Jadi, apa yang perlu korang buat hanyalah... study betul-betul. yup! itu je caranya. takde cara lain =D

***

Secara jujurnya, aku pun tak berapa yakin dengan ilmu sendiri. semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tau. apa yang aku harapkan hanyalah... aku mampu betulkan niat untuk belajar Medic ni. selain daripada nak penuhi impian ibu bapa, aku jugak nak jadi doktor yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. inshaaAllah =)

***


Macam ni lah paparan slip result untuk Semester 2. Untuk overall CGPA, macam biasa... akan dicampurkan CGPA Semester 1 dan Semester 2.

Semester 1 dulu aku dapat 3.26. tapi, CGPA Semester 2 aku jatuh dengan banyaknya iaitu 2.78 je. memang Semester 2 sangat tough pun. huhu. so, overall... dapatlah 2.99.

Sejak masuk Medic ni, aku dah tak fikir sangat dah pasal CGPA. yang penting nak lulus je. hehe. pape pun Alhamdulillah =)

Tolong doakan aku mampu mengharungi Tahun 2 yang lebih mencabar ni ye. amin~

***

Orait. akhirnya habis pun cerita pasal Tahun 1. lepas ni, aku akan masuk cerita pasal Tahun 2 pulak. so, stay tuned~


Final Exam Semester 2

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri yang ni, aku dah terangkan dengan panjang lebar mengenai Final Exam Semester 1 kan. so, kali ni aku nak terangkan mengenai Final Exam untuk Semester 2 pulak =)

Sebelum tu, apa kata korang tengok dulu jadual exam ni~



So, apa pendapat korang? ternyata jadual exam untuk Semester 2 ni lebih mencabar daripada Semester 1 kan =)

***

Baru-baru ni, aku ada terbaca luahan hati sorang junior yang mengatakan wujudnya sekelompok manusia yang telah menakutkan-nakutkan batch dia mengenai final exam. manusia tu cakap, kalau nak final ni... ada yang tidur 2 jam jelah, tak tidur lah, banyak sangat lah nak kena hafal....

Apa yang boleh aku katakan, yup... memang betul banyak nak kena hafal. itulah realiti course Medic yang sebenar =)

Tapi, aku memang tak setuju part tak tidur tu. kalau nak exam, aku akan limitkan waktu study aku paling lambat pun sampai pukul 1 pagi je. kadang-kadang, sebelum pukul 12 tengah malam aku dah masuk tidur. sebelum exam, kita kena lah dapatkan rehat yang cukup. bukannya baru sibuk nak 'burn the midnight oil' sampai tak tidur langsung. kang tak pasal-pasal, esok pagi masa nak jawab exam collapsed. lagi haru kan =)



Walau bagaimanapun, aku faham... mana sempat nak habiskan semua lecture notes sebelum pukul 1 pagi tu kan. banyak gila kot. haaaa... itulah gunanya persediaan awal. seelok-eloknya, korang study lah setiap modul dengan bersungguh-sungguh masa nak EOM. kalau dah faham betul-betul sebelum EOM, takde masalah kan untuk korang study sebelum final exam.

Bukannya masa nak final baru sibuk nak fahamkan semua modul. pehhh boleh jadi gila kot. study sebelum final cuma bertujuan untuk refresh balik memori kita je. konfem ingatan tentang modul 1 yang dah ditingggalkan selama 4 bulan tu dah lesap daripada memori kita. so, apa yang perlu kita buat hanyalah.... baca dan ingat balik je. sebelum EOM kan dah faham segala mechanism, pathogenesis tu semua. so, dah kurangkan sikit beban sebelum final exam =) 

***

Eh banyak pulak aku berceramah. haha. apa yang aku harapkan hanyalah... korang semua study lah dengan cara tersendiri asalkan tak menyusahkan orang lain dan tak menyusahkan diri sendiri. ingatlah... ibu bapa kita semua nak tengok kita berjaya. jangan musnahkan harapan dan impian dorang. setiap masa dalam kita menuntut ilmu, sentiasa lah minta doa dan restu ibu bapa. bukan minta restu masa nak exam je ok. jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. jugak. segala keputusan yang kita dapat adalah dengan izin daripadaNya =)


***

Errrrr ok. tibalah masanya untuk masuk ke topik sebenar. haha! ini merupakan pengalaman batch aku dalam menghadapi Final Exam Semester 2 kitorang~


Module 1 - Human Genetics

Dalam paper teori, ada 20 soalan OBA dan 20 soalan EMI. so 20 OBA + 20 EMI = 40 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 3 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya lah.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 1, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 60% daripada peratus keseluruhan Module 1.

OSPE untuk Module 1 pulak menyumbang sebanyak 10%. ada 4 soalan OSPE dalam module ni.





***

Module 2 - Infection & Immunity

Dalam paper teori, ada 25 soalan OBA dan 25 soalan EMI. so 25 OBA + 25 EMI = 50 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 2, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 50% daripada peratus keseluruhan Module 2.

OSPE untuk Module 2 pulak menyumbang sebanyak 20%. ada 8 soalan OSPE dalam module ni.




***

Module 3 - Mechanism of Diseases

Dalam paper teori, ada 25 soalan OBA dan 13 soalan EMI. so 25 OBA + 13 EMI = 38 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 3, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 60% daripada peratus keseluruhan Module 3.

OSPE untuk Module 3 pulak menyumbang sebanyak 10%. ada 4 soalan OSPE dalam module ni.




***

Module 4 - Musculoskeletal System

Dalam paper teori, ada 24 soalan OBA dan 21 soalan EMI. so 24 OBA + 21 EMI = 45 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 4 soalan MEQ yang mana setiap satu soalan berjumlah 10 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian Module 4, MCQ menyumbang kepada 50% kan, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 50% daripada peratus keseluruhan Module 4.

OSPE untuk Module 4 pulak menyumbang sebanyak 20%. ada 10 soalan OSPE dalam module ni.





***

PPD Module - Professional & Personal Development IB

Dalam paper teori, ada 9 soalan OBA dan 11 soalan EMI. so 9 OBA + 11 EMI = 20 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 1 soalan MEQ berjumlah 10 markah. soalan ni ada pecahan nya jugak.

Kalau korang tengok balik format penilaian PPD Module, MCQ menyumbang kepada 30% kan, dan MEQ pulak menyumbang kepada 10%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 40% daripada peratus keseluruhan PPD Module.

OSCE untuk PPD Module pulak menyumbang sebanyak 10%. ada 1 soalan OSCE dalam module ni.





***

CSL Module - Clinical Sciences 1B

Untuk Final Exam CSL ni, takde pun paper teori tu semua. kita cuma akan berhadapan dengan OSCE yang menyumbang sebanyak 60%. ada 2 soalan OSCE dalam module ni.

Soalan pertama adalah berkenaan 'Aseptic Technique'. sebagai contoh, korang akan dapat arahan mengenai 'Aseptic Technique' kat station 1A dan korang perlu melakukan 'Aseptic Technique' ni selama 4 minit kat station 1B. so, korang ada masa untuk buat preparation selama 4 minit kat station 1A sebelum korang melakukan 'Aseptic Technique' yang sebenar kat station 1B. kebiasaannya, soalan mengenai 'Aseptic Technique' adalah berkenaan cara-cara membasuh tangan menggunakan sabun atau alcohol. jarang dia nak suruh korang pakai surgical gown dan surgical gloves dalam masa 4 minit tu. mana sempat.

Seterusnya. soalan kedua adalah mengenai 'History Taking'. inilah masanya untuk korang mempraktikkan apa yang korang dah belajar sebelum ni. sama jugak macam kes tadi, ada station 2A dan 2B. so, korang akan dapat arahan soalan kat station 2A seterusnya ambik history daripada SP kat station 2B. ada 4 minit jugak untuk korang buat preparation dan listkan soalan apa yang perlu ditanya. kalau soalan cuma minta korang tanya history of presenting illness dan social history je, tak perlu lah korang tanya benda lain. 4 minit tu sekejap je untuk korang dig out problem SP kita. dan cara pemarkahan hanyalah, kalau korang berjaya tanya relevant history, doktor akan tick kat marking sheet dan korang berjaya mendapat markah berdasarkan jumlah tick tu =)




***

MS Module - Medicine & Society I

Dalam paper teori, ada 30 soalan OBA dan 30 soalan EMI. so 30 OBA + 30 EMI = 60 soalan MCQ. untuk soalan essay pulak, ada 2 soalan MEQ yang setiap satunya berjumlah 20 markah. setiap soalan ada pecahan nya jugak.

Dalam MS I Module, MCQ menyumbang kepada 50%, dan MEQ pun menyumbang kepada 50%. keseluruhannya, paper teori menyumbang kepada 70% daripada peratus keseluruhan MS I Module.

Untuk modul ni takde OSPE.





***

Jumlah keseluruhan stesen OSPE kali ni adalah 29. tapi, takde langsung stesen rehat. haha! memang pening lah kepala nak jawab semua soalan kat setiap stesen tanpa ada masa untuk otak berehat walaupun selama 4 minit. hehe. so, apa yang boleh aku katakan hanyalah, prepare your brain! ahaks! goodluck =D




McGraw Hill Website - Semester 2

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dalam entri yang ni, aku dah share dengan korang mengenai website McGraw Hill yang sangat berguna untuk Semester 1. so, kali ni aku nak share link website McGraw Hill untuk Module 2 dalam Semester 2 ni pulak =)



So, check this out readers~



Selain tu, korang boleh jugak ke link ni~


***

Dalam Semester 2 ni, cuma Module 2 je yang memerlukan kefahaman lebih lanjut melalui video dan animasi ni semua. modul-modul lain macam tak perlu sangat. apa yang korang perlu buat hanyalah menghafal dan menghafal =)

So, aku harap... korang dapat memanfaatkan kemudahan internet yang ada dengan sebaik-baiknya. janganlah duk ber'facebook' je 24 jam. sekali-sekala, apa kata kita gunakan internet untuk tujuan pelajaran jugak. lagi best kan =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...