After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


15 July 2012

Human Genetics - PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Segala penerangan mengenai jadual Module 1 dah pun diterangkan kat sini. so, kali ni, aku nak share dengan korang pasal PBL 1 yang bertajuk 'Baby Bruce'. PBL ni menceritakan seorang bayi yang bernama Bruce ada banyak bruise (lebam) kat anggota badan dia. si Bruce ni menghidap Haemophilia, sejenis penyakit kekurangan Factor VIII dan menyebabkan blood clotting disorder.

So, sila lah tengok video comel ni sekejap mengenai blood coagulation process.



Dan, ni dia concept map group aku :


Ni merupakan concept map rasmi yang aku buatkan untuk group aku

***

Dalam entri-entri untuk Semester 2 ni, tak banyak mengenai PBL yang boleh aku share. sebabnya, aku tak jumpa apa-apa video yang berkaitan dengan PBL yang lain. lagipun, kebanyakan concept map dalam Semester 2 ni aku tak buat. ada kawan 1 group PBL yang tolong buatkan. so, tak dapat lah aku nak share. aku akan share concept map yang aku buat sendiri je.

Masa Semester 1 dulu, memang semua concept map aku buat sendiri. sebab tu lah pengetahuan aku agak mantap jugak lah masa Semester 1. bila masuk Semester 2 ni, aku jadi makin malas dan study pun jadi entah pape. hehe. so, pengajarannya di sini.... korang rajin-rajin lah buat concept map sendiri supaya pengetahuan korang jadi lebih mantap. toksah dok mengharap orang lain je ok.



***

Ok habis dah part Module 1. EOM untuk Module 1 ni aku dapat B- je (60% - 64%). huhuhu. tulah... study last minute lagi. dah lah dari awal lecture tak paham pape. Isnin nak exam, pukul 11 pagi hari Ahad baru aku start bukak nota. masa tulah baru sibuk nak pahamkan kesemuanya. hehe.


Module 1 - Human Genetics

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Cerita pasal Semester 1 semua dah habis. so kali ni, jom kita melangkah ke Semester 2 pulak =)

Untuk Semester 2 ni, ada 7 module bagi subjek Fakulti Perubatan UKM yang perlu kita cover~

Module 1 - Human Genetics
Module 2 - Infection & Immunity
Module 3 - Mechanism of Diseases
Module 4 - Musculoskeletal System
PPD Module - Professional & Personal Development 1B
CSL Module - Clinical Sciences 1B
MS Module - Medicine & Society 1

Dan jugak, ada 2 paper lain selain 7 module kat atas ni iaitu :

1.  Asas Keusahawanan dan Inovasi (CESMED)
2.  Workplace Communication (English)

* sebarang perubahan tertakluk kepada Fakulti Perubatan UKM


Masa ni subjek Workplace Communication belum masuk dalam list lagi

***

See. banyak gila kan subjek yang ada. tersangatlah berbeza daripada Semester 1. baru je masuk Semester 2, dah busy. Tahun 2 nanti macam mana lah agaknya =.=

***

Kebanyakan format pembelajaran dan exam untuk Semester 2 ni sama je macam Semester 1. kalau ada lainnya pun, lain sikit je. so, better korang tengok balik entri-entri aku pasal Semester 1 dulu ye =)

So, skang ni, jom kita tengok jadual Module 1 dulu. sesi pembelajaran module ni hanya dijalankan selama 3 minggu~







Warna purple mewakili lecture dalam Module 1, warna biru pulak mewakili MS Module, warna kuning ialah CSL Module dan warna hijau mewakili PPD Module. so, buat masa ni, sila fokus pada warna purple dulu ye.

Selain daripada 3 module lain menyelit dalam jadual Module 1 ni, macam Semester 1 jugak, English Class akan diadakan pada setiap minggu. bezanya, kali ni, English Class akan alternate antara hari Selasa dan Khamis. selain tu, ada subjek baru yang start dalam batch aku iaitu CESMED. kelas untuk CESMED ni diadakan pada setiap hari Rabu. dalam entri akan datang baru aku akan huraikan dengan lebih lanjut pasal module lain ok.

***

Untuk Module 1 ni, akan ada :

*  9 CL
*  2 PBL
*  1 MES
*  3 P/D/MES (Practical/Demonstration/Meet Expert Session)

Sama je konsep nya macam Semester 1. takde yang luar biasa pun. cuma, mungkin korang pelik kenapa ada P/D/MES. itu maksudnya, korang kena pergi lab. tapi, bukan setakat menonong je pergi lab. ada soalan MES berkenaan praktikal tu sekali dan korang kena lah siap sedia dengan jawapan awal-awal. oh ye, soalan-soalan berkenaan akan masuk dalam OSPE.

Bagi aku lah kan, Module 1 ni tak berat sangat sebab lecture dia sikit je. tapi, jangan main-main. even nampak ringan, killer subject jugak ni. ada jugak lah beberapa orang batch aku gagal module ni sahaja. sayang gila kot. rasanya, part paling pening ialah risk calculation. so, tolong beri perhatian betul-betul ye masa lecture tersebut.



***

Habis part jadual, jom kita beralih kepada format penilaian Module 1 ni~



Lebih kurang sama je macam format penilaian modul lain dalam Semester 1. EOM = 20% dan PBL = 10%. overall, continuous assessment akan menyumbang sebanyak 30%.

Dalam final exam pulak, paper teori akan menyumbang sebanyak 60% daripada peratus keseluruhan yang mana OBA + EMI = 50% dan MEQ = 50%. senang cite, ambik 30% daripada OBA + EMI dan lagi 30% daripada MEQ.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 10%.

***

Tiba part kesukaan korang jugak, part buku. hehe =D



Secara jujurnya, aku tak beli buku pun untuk modul ni. aku pinjam buku Emery's buddy je. tapi, pinjam pinjam pun, tetap tak baca jugak. haha =P

***

Ok lah. setakat ni dulu. next entri aku akan cite pasal PBL dan share video berkenaan modul ni pulak.

Stay tuned~


Keperluan Student Medic UKM Tahun 1

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang perlu korang ada sebelum masuk Medic UKM ni. perlu ke ada stethoscope, sphygmomanometer, atau pun torch light tu semua? jawapannya, tak perlu. tak perlu. masa Tahun 1 ni, kita cuma perlukan lab coat je. nak beli lab coat UKM boleh, nak pakai lab coat lain pun boleh.




Selain daripada tu, korang kena jugak lah ada matrik card. tak nak pakai pun takpe. asalkan bawak masa pergi fakulti.



Then, biasalah... budak medic tak dapat dipisahkan dengan buku tebal-tebal. korang je. aku tak.



Marks & Grade

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Berikut merupakan markah, gred dan taraf dalam setiap peperiksaan mengikut format Fakulti Perubatan UKM.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...