After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


14 January 2012

Module 3 - Membrane And Receptors

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah lama gila aku tak update blog kan. sebenarnya, hari ni dah pun bermula study week untuk Final Exam. baru je semalam selesai Exam End of Module (EOM) untuk Module 4 sekaligus menandakan silibus untuk Semester 1 dah pun habis. tahun ni kitorang dapat study week 2 minggu disebabkan cuti Tahun Baru Cina pada minggu kedua. selalunya study week seminggu je. untunglaa tahun ni kan =P

***

Errr... Module 4 dah pun lepas. tapi, aku baru nak update pasal Module 3. sori sangat-sangat lah ye para readers. lepas habis EOM 3 kan terus masuk Module 4. memandangkan jadual untuk Module 4 tersangatlah pack, aku tak jumpa masa yang sesuai untuk update blog. so, masa study week ni jelah aku free sikit kot. hehe =)

Aku dah terangkan segala info mengenai Module 2 kan sebelum ni. so, skang jom kita tengok jadual Module 3~




Lepas tu, cuti midsem selama seminggu =D










Sama jugak macam EOM Module 1 hari tu, EOM untuk Module 2 pun akan dijalankan betul-betul sebelum kelas untuk Module 3 ni start. so, sila lah study sebaik-baiknya ok =)

***

Untuk Module 3 ni akan ada :

*  16 CL
*  4 SLP
*  3 PBL
*  2 MES
*  2 CAL
*  1 SGD
*  1 SDL (rujuk sini)

Kali ni, takde Praktikal (P) dah. tapi, MES ada balik. masa Module 2 kan takde MES. CAL tu pulak adalah Computer Aided Learning. masa ni kena pergi makmal komputer ikut group dan boleh cuba jawab soalan mengenai Pharmacology yang ada dalam komputer kat makmal tu. untuk pengetahuan korang, modul ni merupakan gabungan antara subjek Physiology dan Pharmacology.

SGD dan SDL pulak masuk dalam subjek PPD. untuk SGD, sama je macam modul yang lepas. tapi, SDL ni baru lagi kan bagi korang. SDL ni takde kelas pun. cuma kena buat persembahan berdasarkan tema yang diberikan je. group aku buat lakonan. ada je group lain buat game show, puisi dan sebagainya.

Tema SDL group aku adalah Man and His Family. pandai-pandai kitorang lah nak buat persembahan apa ikut tema tu. aku selaku pencipta jalan cerita dan juga penulis skrip, dah pun berjaya cipta satu cerita yang entah pape. hahaha!




***

Ok, skang jom kita tengok format penilaian Module 3 pulak.




Kali ni, takde OSPE dah. ada Theory Paper dan Continuous Assessment je. Continuous Assessment macam biasa, EOM menyumbang sebanyak 20% dan PBL pulak 10%. jumlahnya 30%. 

Baki lagi 70%, sumenya ada kat Theory Paper yang terdiri daripada OBA + EMI + MEQ. modul ni agak tough lah kiranya. memang kena skor Theory Paper disebabkan peratusan yang sangat banyak =.=

***

Jom tengok part buku pulak.




Aku ada buku nombor 2 je setakat ni. hehe. tu buku Physiology. ramai lecturer cadangkan buku nombor 1 untuk Pharmacology. tapi aku tak beli pun. aku beli buku Pharmacology yang lain. buku Katzung tu boring, sumenya tulisan. aku prefer buku yang banyak gambar dan rajah. so, aku beli Illustrated Pharmacology. hehe =D

***

Ok, habis dah part jadual, format penilaian dan jugak buku untuk Module 3. next entri, kita masuk pasal CL dan PBL untuk modul ni pulak.

Stay tuned bebeh~

13 December 2011

Ciri-Ciri Budak Medic Yang Nerd

Assalamualaikum & salam sejahtera...

 


1.  Setiap hari mesti pakai baju kurung/baju kemeja pergi ke kelas.

2.  Bagi yang perempuan, selalu pakai tudung bawal. shawl adalah sangat jarang dipakai oleh budak medic.

3.  Kad matrik umpama nyawa. sentiasa tergantung di leher.

4.  Kasut bertutup adalah satu kemestian. susah nak nampak budak medic pakai sandal.

5.  Bawak bagpack dengan muatan hampir 5 tan setiap hari. oh ya, kedua-dua tali bagpack tu hendaklah digalas, baru nampak ke'nerd'an nya. kalau galas sebelah je, nama nya stailo. harap maklum.

6.  Pegang buku tebal gila hari-hari. tak tau lah budak medic tu baca ke tak.

7.  Waktu tengah tunggu bas, tengah tunggu makanan siap, tengah tunggu lecturer masuk kelas mahupun waktu dalam tandas, nota tak lepas dari tangan. satu saat tak baca nota umpama satu markah exam akan ditolak.

8.  Bawak botol air besar gedabak, siap dengan tali.

9.  Masih berlegar-legar di fakulti walaupun kelas dah habis.

10.  Masa-masa senggang dihabiskan dengan duduk di library. satu-satu nya tempat yang dapat menenangkan hati budak-budak medic yang nerd.

11.  Berjalan-jalan di sekitar fakulti sambil memakai white coat yang tertera logo 'Fakulti Perubatan'.

12.  Memakai spec. ( errrr aku kah? hahaha =D )




27 November 2011

Body Tissue - CL & PBL

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Segala penerangan mengenai Module 2 dah pun diterangkan kat sini. so, jom kita tengok, apa pulak video yang ada kaitan dengan module ni.

***


CL 8 - Mechanism of Muscle Contraction



Aku tau suara dalam lagu ni tersangatlah 'sedap' ==''
Takpe, kita abaikan 'kelunakan' suara dia, cuma fokus kat lirik lagu tu je lah ye.



CL 15 - Hemostasis





Ini merupakan cara mudah untuk ingat Blood Clotting / Coagulation Cascade yang tersangatlah rumit kalau nak hafal gitu-gitu je. at least, rajah yang dilukis tu mampu menyenangkan kita untuk mengingat kan =)

***

Dalam PBL pulak, untuk PBL 3 yang bertajuk 'Ouch, My Knee Hurts', sebenarnya dia menceritakan tentang seorang budak lelaki yang luka kat lutut akibat daripada terjatuh ketika bermain bola sepak. kiranya, ni pasal Knee Injury yang menyumbang kepada skin abrasion. so, kitorang kena discuss pasal proses penyembuhan luka dia tu. 




Video ni boleh jugak digunakan untuk memahami CL 3 - Cell Regeneration dengan lebih mendalam.

Ni dia concept map group aku :


Maaf sebab gambar ni sedikit kabur =.=


***
PBL 4 pulak bertajuk 'The Fallen Angel' menceritakan tentang seorang budak lelaki yang ada penyakit Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) disebabkan DMD gene mutation. so, macam biasa, bincang segala symptom, causes, treatment and bla bla bla.




***
PBL 5 - Golf Ball, pasal seorang lelaki yang menghidap Brain Tumor sebesar bola golf. ni sume disebabkan astrocytes (cell dalam otak) yang mengalami hypertrophy (saiz bertambah). ni dia concept map group aku.




***
Ok, habis dah part Module 2. EOM untuk Module 2 ni result aku jatuh sikit. dapat B je (65% - 69%). adeh! pape pun, aku still bersyukur sebab masih lagi lulus. aku akui yang memang aku tak study sangat pun untuk modul ni. haha =P

Part yang menarik, ramai kawan aku boleh dapat A- untuk Module 2 even Module 1 dorang dapat E. see. betapa hebatnya anjakan paradigma mereka. ni sume sebab usaha dorang yang setinggi gunung. usaha aku? hehe. tinggi pokok betik kat belakang rumah tu je. ahaks.


Module 2 - Body Tissue

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Cite pasal Module 1 sume dah habis. so, skang ni jom kita beralih ke Module 2.

***
Tak banyak perbezaan pun antara Module 1 dan Module 2. cuma mungkin sedikit perbezaan dari segi jumlah PBL dan SLP. yang selebihnya, mengenai format CL ke, PBL ke, SLP ke, sume masih sama.

Ni dia jadual Module 2~










Korang boleh nampak, EOM untuk Module 1 akan dijalankan betul-betul sebelum Module 2 start kan. so, be prepared. untuk golongan yang suka study last minute macam aku tu, sila sematkan dalam minda, korang hanya ada weekend je untuk study. so, please manage your time. orait?

***
Untuk Module 2 ni, akan ada :

* 15 CL
* 3 SLP
* 3 PBL
* 5 P
* 3 SGD (rujuk sini)

See. tak banyak beza pun daripada Module 1. cuma kali ni SLP dia berkurang sikit. dan PBL bertambah. MES takde dalam Module 2, tapi SGD untuk PPD pulak wujud.

***
Kebanyakan Praktikal untuk Module 2, kita akan menggunakan microskop. sebab dah nama pun Histology, memang lah kena observe slide under microscope. 

Kalau korang nak tengok mayat, sabar. itu masuk under Gross Anatomy, bukan Microscopic Anatomy. korang cuma akan didedahkan dengan cadaver (mayat) masa Module 1 hari tu, sekali je. tu pun tengok cadaver gitu je. takde buat dissection (bedah mayat) pun. mungkin dissection cuma akan start masa Semester 2.

***
Habis part jadual, kita tengok pulak format penilaian Module Body Tissue ni.




Jugak tak banyak beza dengan cara penilaian Module 1. cuma kali ni peratus OSPE lebih banyak. dalam Module 1, OSPE cuma 10%. kali ni, 30%. dan kebanyakannya kita kena tengok slide under microscope dan kenal pasti sel-sel tertentu.

OBA + EMI + MEQ pulak cuma menyumbang 40% daripada peratus keseluruhan, kurang daripada Module 1 yang mana menyumbang 60%.

EOM dan PBL masih sama. takde pape perubahan.

Yang Format of Refer Semester 1 Exam tu merujuk kepada exam kali kedua. kalau korang gagal Final Exam module ni, kan kena reseat. so, tu lah cara penilaian reseat exam. takde lagi 30% daripada EOM dan PBL. kali ni, sume nya bergantung kepada performance korang untuk Theory Paper dan OSPE. lagi susah lah kiranya. memang kena buat betul-betul untuk paper ni.

Aku harapkan, takde sape antara kita yang akan reseat atau repeat ok. nak sume nya berjaya dengan sekali ambik je. no siaran ulangan. tapi kalau dah ditakdirkan terpaksa jugak buat siaran ulangan, jangan down-down. cuba buat yang terbaik =D


***
Habis part exam, kita pergi part buku pulak.



Dah dah, pergi beli buku skang. korang kan semangat. haha!

***
Ok lah. aku rasa takde pape lagi yang nak diperkatakan mengenai jadual, cara penilaian mahupun buku untuk Module 2. next entri aku akan list kan video-video berkaitan module ni pulak.

Stay tuned~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...