After 4 years then I realised that it was actually RE-SIT the exam. Not RESEAT! Haha. Ignore it. I am too lazy to correct the mistakes =P


10 August 2012

Module 4 - Musculoskeletal System

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Dah habis tinjau jadual Module 3 kan? so, jom kita beralih ke Module 4 pulak. sesi pembelajaran modul ni berlangsung selama 5 minggu~












Warna coklat mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk modul ni, akan ada :

*  19 CL
*  3 SLP
*  4 PBL
*  8 P/D/MES

Dalam modul ni, barulah korang akan jumpa mayat yang telah diawet a.k.a cadaver. jumpa lah cadaver tu puas-puas. haha. korang akan masuk dissection hall (dewan diseksi) sebanyak 5 kali dalam sesi P/D/MES. kat dissection hall ni lah tempat korang jumpa cadaver tu. bagi yang lemah semangat tu, jangan risau. dalam modul ni, semua cadaver yang kita jumpa tu cantik-cantik belaka. bukannya mayat yang dah reput, berulat, kembung dan sebagainya. lagipun, korang cuma akan jumpa part tangan dan kaki cadaver tu je. dah kata musculoskeletal system kan. mesti lah nak tengok muscle yang ada kat tangan dan kaki. so, tak perlu nak meroyan sangat =P



Baki lagi 3 sesi P/D/MES, korang akan masuk makmal. lebih kurang sama je macam modul-modul sebelum ni. haaaa... Module 4 ni memerlukan skill hafalan yang superb dan mantap. so, bersedialah untuk makan kismis banyak-banyak supaya korang mampu menghafal segala nama muscle yang wujud kat tangan dan kaki manusia ye. hahaha =D

Dan, bukan setakat tu je. korang jugak perlu tau segala penyakit yang bersangkut paut dengan muscle kat tangan dan kaki manusia =)

***

Cukup-cukuplah aku menakutkan korang dengan fakta di atas. haha. skang ni, kita beralih pulak kepada format penilaian Module 4~



Untuk modul ni, macam biasa lagi... PBL = 10% dan EOM = 20%. overall, continuous assessment = 30%.

Dalam final exam, paper teori menyumbang sebanyak 50%. OBA + EMI = 25% dan MEQ = 25%.

OSPE pulak menyumbang sebanyak 20%. boleh dikatakan 80% soalan OSPE dalam modul ni mengenai muscle yang ada kat cadaver.

***

Ni pulak buku untuk modul ni~



Kebanyakan lecturer cadangkan medical student beli Atlas (buku yang ada semua gambar muscle dalam badan manusia). Atlas ni memang menyenangkan korang dalam dissection hall, lebih-lebih lagi nak kenal pasti segala muscle yang berselirat macam wayar tu. tapi, Atlas ni takde penerangan. buku tu cuma ada gambar je. semuanya gambar. so, aku tak beli pun. haha =D

Aku beli buku Clinically Oriented Anatomy tu je. gambar ada, penerangan pun ada. errrr... itu pun aku tak baca =P

***

Overall, aku rasakan yang modul ni takkan jadi susah bagi orang yang suka dan rajin menghafal. tapi, ia akan jadi agak susah bagi orang yang tak berapa suka menghafal macam aku. lebih teruk, ia akan jadi sangat susah bagi orang yang tak nak menghafal langsung, so, pilihan di tangan anda =)

EOM untuk Module 4 ni, aku cuma lulus cukup-cukup makan. ye.... dapat C je (50% - 54%). tu lah, baca sekerat-kerat. hafal pun nak tak nak. itulah jadinya. nasib baik lulus =P



09 August 2012

Module 3 - Mechanism of Diseases

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Kali ni, aku akan terangkan mengenai Module 3 pulak. segala info tentang Module 2 korang boleh lah tengok kat sini.

Sesi pembelajaran Module 3 ni berlangsung selama 3 minggu je pun. kejap je~




Kemudian, cuti midsem selama seminggu~





Warna hijau mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk modul ni, akan ada :

*  15 CL
*  5 SLP
*  2 PBL
*  3 P/D/MES

Bagi aku, Module 3 ni ok ok je kot. takde lah berat sangat dan takde lah senang sangat. eh wait. ada ke modul yang senang dalam Medic ni? hehehe. senang cite, korang baca dan try lah hafal pathology sesuatu penyakit tu. itu jelah caranya untuk lulus modul ni. takde cara lain.



***

Skang ni, aku nak beralih kepada format penilaian modul ni pulak~

Untuk Module 3, seperti biasa, continuous assessment menyumbang sebanyak 30%. PBL = 10% dan EOM = 20%.

Paper teori masa final exam pulak menyumbang sebanyak 60% yang mana 30% datangnya daripada OBA + EMI dan baki lagi 30% datangnya daripada MEQ.

Lagi 10%, macam biasa... OSPE. soalan OSPE dia semuanya datang daripada P/D/MES. korang baca jelah ye.

***

Ini pulak buku untuk modul ni~



Kali ni, aku tak beli buku pape. pinjam buku kawan je. hehe =D

***

Ok lah. rasanya cukup sampai sini je kot cerita untuk Module 3. aku tak buat langsung concept map untuk PBL dalam modul ni. so, paham-paham jelah ye. hehe. oh ye, EOM untuk modul ni, aku cuma dapat gred B (65% - 69%). dan, gred B ni merupakan gred paling tinggi yang aku dapat sepanjang EOM dalam Semester 2. skang ni, korang dah boleh bayangkan betapa 'hebatnya' Semester 2 kan. hehehe xD


05 August 2012

Module 2 - Infection & Immunity

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hai korang, budak pandai!

Segala penerangan mengenai Module 1 dah pun lengkap sebelum ni. so, kali ni jom kita tinjau jadual Module 2. sesi pembelajaran untuk modul ni agak panjang iaitu selama 5 minggu~











Warna merah mewakili lecture dalam modul ni

***

Untuk Module 2 ni akan ada :

*  20 CL
*  5 SLP
*  2 PBL
*  11 P/D/MES

Bagi aku, Module 2 ni tersangatlah berat dan memeningkan kepala. microbiology dan parasitology tu bukan senang. ada berapa banyak microbs kat dunia ni. bawah microbiology je ada bacteria, virus, fungi. parasitology pulak ada protozoa, helminths, arthropods. pehhhhhh... memang PENING KEPALA nak HAFAL SEMUA nama dan ciri-ciri microbes yang pelik tu.

So, pesanan ikhlas aku untuk korang semua, study lah betul-betul modul ni. jangan study main-main dan jangan study last minute. notes untuk modul ni terlampau lah banyak. SLP tu jangan tak baca pulak. soalan exam banyak keluar dari SLP jugak. ramai kot orang gagal modul ni sebab tak baca SLP.



***

Skang ni, jom kita tengok format penilaian Module 2 ni~



Boleh dikatakan format penilaian Module 2 sama je macam modul-modul sebelum ni. tak banyak beza pun. continuous assessment tetap 30% yang mana EOM = 20% dan PBL = 10%.

Bagi paper teori final exam, OBA + EMI = 25% dan MEQ = 25%. so, overall.... 50%.

Akhir sekali, OSPE pulak menyumbang sebanyak 20%. soalan OSPE dia agak susah. so, paham-paham lah ye. sila baca dan hafal betul-betul.

***

Dan, ini dia buku untuk modul ni~



Kali ni, aku cuma beli buku Levinson je. tu pun tak baca. hehe =D

***

PBL 4 yang bertajuk 'The Shorter The Better' mengisahkan pasal Nosocomial Infection iaitu jangkitan kuman yang berlaku kat hospital. nak cerita lebih-lebih pun tak perlu kot. korang tengok jelah concept map ni~



***

Ok lah. aku rasa cukup sampai sini je aku cerita untuk Module 2. nak cerita lebih-lebih pasal PBL dan P/D/MES, aku cuma buat satu je concept map dan tak jumpa pun pape video yang berkaitan dengan modul ni. modul ni memang kena banyak menghafal dan hafal dan hafal je. hehehe.

Oh ye. untuk EOM Module 2 ni, first time aku mengalami saat kegagalan dalam Medic. aku cuma mampu dapat C- (47% - 49%). seriously, aku tak study pun modul ni. masa tu aku tengah busy uruskan program HC sampai kan aku tak larat nak study. so, ni lah dia resultnya. nasib masa final exam aku lulus. Alhamdulillah =D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...